Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Monday, November 10, 2008

Konvokesyen Aqil dan Alia

Semalam hari konvokesyen buat Aqil dan Alia. Aku malas nak cerita panjang, jadi semuanya aku dah satukan dalam video di bawah ini. Namun begitu, video ini ada sekali majlis konvokesyen Aqil tahun lepas. Aku satukan dengan gambar2 pada majlis tahun ini bersama Alia. Biar nampak banyak sikit..mrgreen. Well...enjoy the pictures!! Kenangan yang pasti tak dapat dilupa. Congrats buat anak ibu Aqil dan Alia.


Sunday, August 3, 2008

Strawberry jam ;sirap;air pink;air bandung...

Hari minggu, macam boring jer kat rumah nih..huhu. Pagi-pagi lepas subuh, aku potong dan jahit semula kaki seluar kawan. Dua pasang. Lepas tu, mandi, on kan mesin, buat sarapan. Lempeng dan nasi goreng. Lepas sidai kain, aku sambung potong baju kurung aku yang belum siap. Tergendala dari minggu lepas, kainnya dah siap, tapi bajunya tak potong2 lagi, macam mana nak jahitkan. Eiii..melalut aku ni.

Sebenarnya nak cerita pasal anak-anakku itu. Sungguh seronok lihat mereka bertiga bermain. Berkejar-kejar satu rumah. Memang riuh-rendah. Gelaran untuk mereka, Aqil - budak kurus, Alia - budak gomok, Abid - budak kenit. Hihi..mrgreenlol. Tapi paling kiut bila dengar Alia yang sebut. So, cute...tak kering gusi aku ketawa...kihkihkih. Lepas tu, Aqil sibuk nak makan roti dan jem strawberry. Alia kata, itu macam sirap kan abah...(merujuk kepada jem strawberry tersebut).lollol Senyum sorang aku dengar. Teringat pula pasal semalam. SRD buat air bandung.

Alia : Wahhh...ada air strawberry!!

Aqil : Tu bukan air strawberry, tu air pink lah..

Aku : Salah..tu air bandung.

Aqil & Alia : Air bandung???

Hihihirazzlolmrgreen.

Aku boring sebenarnya nih. SRD dah balik dari kedai. Aku suruh dia beli kelapa parut. Oklah..nak buat pengat pisang campur cendel. Mesti sedap kan..makan petang2 nih.

Tuesday, July 29, 2008

Subang dan tindik....

Ini cerita terbaru kami. Dari semalam, telinga sebelah kanan Alia bernanah. Aku tak pasti puncanya. Sebulan lepas aku tindikkan dia. Dengan erti kata lain, anak dara aku seorang ni dah pakai subang ler. Tengok semua ok ler. Entah kenapa dua tiga hari ni, telinga sebelah kanan dia bernanah pulak. Mungkin juga dia ikut aku yang alergik kalau pakai subang biasa. Mesti nak subang emas gak. Telinga pun pandai gak memilih ekk..

Aku cuba nak bersihkan nanah tu. Tapi Alia selalu mengelak. Jadinya aku dapatlah cuci serba sikit jer. Pagi tadi, dalam pukul 6.30 pagi, aku ni gatal lah konon nak cuci sikit nanah dia tuh dan sapu minyak gamat pada telinga dia. Terlanjur dia masih tidur, aku fikir, senang lah sikit kerja aku. Dalam pada aku gobek-gobek telinga dia tu, susah pulak nak bersihkan. Aku cuba pada sebelah telinga yang tak bernanah, iaitu yang sebelah kiri. Aku cuba buka skru subang tu..hmm susah juga, tapi longgarlah sikit. So, aku pikir, kalau aku nak keputusan yang lebih baik, aku kena longgarkan sikit skru subang sebelah kanan tu supaya senang nak bersihkan.

Dalam aku cuba-cuba nak tarik skru tu, Alia terjaga. Apa lagi merontalah dia. Telinga dia tu pun memang dah bengkak sikit, jadi mudahlah dia terasa sakitnya kan. Meronta punyalah kuat, aku yg tengah cuba tarik skru tu tertarik kuat terus. Akibatnya, bahagian depan subang tu yg bulat tu, yg sepatutnya terletak cantik di bahagian hadapan bawah cuping telinga tu, termasuk terus kedalam lubang tindik tu. Terus darah memancut keluar. Aku yang panik, terus jerit panggil SRD tolong bantu. Alia dah melalak sakan. Kesiannya dia. Aku cuba tolak semula dari bawah subang tu supaya keadaan subang tu kembali ke tempat asal kedudukannya, tapi tak berjaya. Dah tak nampak dah warna hijau subang tersebut, hanya darah Alia yang kelihatan. Aku bersihkan dengan tisu. Kemudian aku cuci dengan air. Alia masih lagi meronta. SRD kata biarkan saja dulu. Kami cadang nak bawa dia ke klinik nanti, lepas SRD habis kelas.

Aku biarkan saja Alia tidur semula. Kesian dia. Pukul 10.30 kami bawa dia ke klinik. Doktor kata, dia akan cuci dan beri ubat dulu. Biarkan bengkak pada telinga tu hilang berkurang dulu, baru dia akan cabut dalam dua tiga hari lagi. Tetapi masa proses nak mencuci telinga tu, Alia yang sememangnya kuat, meronta-ronta. Susah betul nak tenangkan dia dan dia pun seboleh-boleh cuba mengelak dari telinganya di sentuh. Bila doktor itu dapat peluang sentuh, dia cuba bersihkan bahagian bawah cuping dekat skru subang tu. Tiba-tiba dia tertolak kuat sikit, dah bahagian depan subang yang bulat tu, muncul semula (maksudnya terkeluar dari lubang tu ler). Bila dah nampak subang tu terkeluar, apa lagi doktor kata, baik cabut sekarang jer subang tu terus. Tak payah tunggu bengkak telinganya surut. Dia masih tak berjaya nak keluarkan. Minta tolong jururawat yang ada. Kami tiga orang, (aku, doktor dan seorang lagi jururawat) pegang Alia dengan kuat. Jururawat yang seorang lagi, cuba keluarkan subang tu dari telinga. Akhirnya dia berjaya setelah beberpa kali mencuba.

Alia marah sungguh sebab kami semua dah 'mengerjakan' telinga dia bersama-sama. Selepas itu, doktor cuci lagi bekas luka dan berikan ubat pada luka tersebut. Jadinya sekarang, Alia hanya pakai subang pada sebelah telinga saja. Dan aku confirm, dia mesti tak nak pakai subang lagi untuk telinga kanannya itu. Lepas ni, aku kena fikir bagaimana aku nak keluarkan subang yg satu lagi dari telinganya. Macam peliklah pulak pakai sebelah jer kan.

Esok aku masih perlu bawa dia ke klinik lagi untuk cuci luka pada telinganya itu. Bila aku beritahu Alia, esok jumpa doktor lagi jer, dia jawab, dah tak sakit dah. Dah kuar dah...Alia tak nak jumpa doktor. Huhu...kesian dia, tapi terpaksalah. Salah aku, gatal nak tindikkan telinga dia. Sudahnya ini pula jadinya. Aku dulu pun, kalau pakai subang biasa mesti bernanah, dah terikut macam aku agaknya Alia. Harap-harap luka pada telinga dia sembuh cepat..... Dia pun aku tengok dah meligat jer macam biasa.

Fuhh...panjang rupanya aku menaip. Moga semangat menaip dan mengupdate ni tak hilang lepas ni...lol


Tuesday, May 6, 2008

Aku yang tak sabar....

Temperature dalam badan aku ni boleh naik mendadak bila berdepan dengan kerenah anak2. Aku yang memang tak berapa nak sabar di tambah dengan dengan sikap anak2 aku yang terover ligat dan tak makan saman. Macam mana cara untuk atasinya? Ada sesiapa boleh tolong?? Kalau cerita dengan mak aku, mesti dia kata, sabar jer dah memang budak2 macam tulah. Kita sebagai ibu dan bapa kena banyak sabar dalam mendidik mereka. Tapi adakalanya aku memang tak boleh nak sabar.

Kalau kat dalam rumah sendiri, aku tak kisah sangat dah mereka nak bergaduh ker bertekak ker. Anak2 aku ni kecik2 pun dah pandai bertekak. Sorang kuat dengki dan kuat mengadu, sorang kuat merajuk tahap gaban, sorang lagi ter'over' ligat. Bila cakap baik2, semua memang macam bagus jer dengar, tu kat rumah lah. Tapi kerenah diorang ni menjadi bila kat tempat awam, atau di luar rumah. Adus!!! Boleh sakit jiwa kadang tu.

Contoh:
1) Yang ni masa majlis konvokesyen SRD hari tu. Dari dekat rumah lagi, aku dah nasihat habis pada Aqil dan Alia supaya well behaved. Aku beritahu mereka, hari ni abah akan naik pentas, dapat hadiah. Tengok abah, duduk diam2, jangan gaduh atau jerit-jerit yer. Nanti orang marah. Aku memang takut Abid tak reti duduk diam. Yelah, Abid tu memang susah nak suruh duduk diam. Ligat dan lasak ya rabbi. Tapi, tahu tak siapa yang buat perangai. Aqil yang paling besar dan paling di harap untuk tunjuk baik pada adik2 nya. Aku tak pasti dia marah apa pada aku. Tapi masa dalam dewan tu, dia memang tak dengar kata aku. Orang suruh duduk diam, dia boleh terbaring dekat kerusi yang di sediakan. Aku marah, dia baring kat lantai, lepas tu boleh main 'celup baa' (nyorok-nyorok) pulak bawah kerusi. Aku kasi gula2 biar dia diam, dia boleh baling gula2 tu ke bawah kerusilah, lepas tu kata nak ambik lah. Adus. Aku cakap, orang tengok Aqil, janganlah macam tu. Dia diam sekejap. Lepas tu ada ker patut, masa orang tengah berucap dekat pentas, dia boleh baring kat tengah2 tempat orang berjalan tu. Aduss. Jumpa kawan baik dia pulak masa di Sheffield dulu, mereka berdua boleh main kejar2 kat belakang dewan. Aku diam jerlah. Mak mertua aku pun dah tak tahu cakap apa. Nasib baik Dr Faez, ibu pada kawan baik dia Darwish bagi main game handphone dia. Mulalah dua2 senyap. Tapi bila majlis dan selesai dan jamuan makan bermula, apa lagi, meligat lah mereka berdua kat tempat makan tu. Siap terlompat, terbaring kat tangga, terjerit2. Memang lah budak2 macam tu agaknya kan, tapi kalau orang tak biasa, mesti cakap, anak siaplah tu.

2) Yang ni masa kat restoran pizza. Ibu dan abah dia memang lah teringin nak makan pizza. Jadi bawalah anak2 ke sana. Kalau anak-anak orang lain, mesti suka giler dapat pergi KFC ker, Mc Donald ker atau Pizza Hut ker kan. Tapi anak2 aku semuanya tak pandai makan benda2 tu semua. Satu lagi memang dari dulu tak pernah ajar mereka makan di kedai. Yelah kat Sheffield dulu, mana pernah pergi, balik Malaysia ni macam2 tempat makan boleh pergi kan. Mereka ni memang lah macam orang jakun kot..huhu. Yang kita orderkan mereka tak tahu nak makan. Setakat minum air jerlah. Makan ayam sikit. Tapi yang tak tahan tu, tak reti duduk diam. Order belum sampai, dah sibuk main sudu dan garfu. Ketuk2 sana, ketuk2 sini. Abid pulak memanglah tak betah duduk di kerusi baby tu. Asyik nak bangun jer lepas tu main sudu jugak. Sengaja dia jatuhkan, lepas tu sibuk nak ambik balik. Sambil tu masing2 sibuk tanya bila makanan nak sampai dengan volume yang agak kuat. Semua orang boleh pandang. Adusssss.....baik2 mood baik nak makan, terus hilang mood. Kemudian tu, duduk kat kerusi pun boleh terlompat, dah pesan juga supaya baik-baik, but still terlalu aktif..ketiga-tiganya.

3) Dalam bank, aku ni nak buka akaun untuk mereka. Jadi sementara aku berurusan dengan pegawai tu, masing2 memanglah tak boleh duduk diam. Main kerusilah, main kertas lah. Ada komputer kat situ, Abid boleh main plug dia lah. Tutup bukak plug tu. Sekejap2 aku kena bangun dari kerusi ambik dia. Abid ni nampak macam tak takut orang, tapi sebenarnya takut bila orang nak pegang atau ambil dia. Terus melalak sakan. Orang tegur pun tak boleh, tapi kalau orang lain hanya berada di sekitar dia, dia buatlah perangai dia yang terlebih aktif tu. Panjat kerusi, tolak kerusi, tiga2 boleh main kereta dengan kerusi beroda tu. Satu bank boleh dengar suara mereka. Kalau M**bank Parit Raja tu, rasa semua pegawai dah kenal dengan anak2 aku...huhu. Kalau aku datang bawak Abid sorang jer, boleh ada yang tanya, Harry Potter tak datang sekali ker? Mana si rambut kerinting?Tapi kalau Aqil dan Alia ada, terpaksalah mereka dengar suara mereka bergaduh, bermain, main kejar2 dalam bank tu. Satu lagi, kalau aku tak bawak pushchair, ada yang tanya, tak bawak pushchair ker? Masalahnya Abid sekarang, duduk dalam stroller ker pushchair ker, dah pandai bangun keluar sendiri dari kerusi tu tanpa bukak pengikat dia pun. Terus jer sibuk nak tolak pushchair tu ke sana sini. Kita tak kasi, dia boleh terus terbaring kat situ. Kita dukung, dia terus buat2 lembikkan badan, nak angkat pun tak larat...adussss.

Tapi itu di M**bank. Bila di H**C bank, harus kena marah anak2 aku tu dengan manager dia kot. Berlari sana sini, sementara abah dan ibu dia ni tengah nak dengar penerangan pegawai bank di situ. Kena sound lagi aku ni, siap berdesing rasa telinga, malu pun ada. Tapi mereka memang tak faham bahasa aku atau buat2 tak faham. Masih nak bermain2 dalam bank tu. Last2 kena sound, " Ini bank yer bukan playground". Sadisss rasanya hati aku sebagai ibu.

Namun begitu, satu yang kami perhatikan, anak2 aku semua terang hati. Cepat dapat bila diajar. Dengar cd lagu kanak2 sekejap jer dah boleh ikut. Abid tu, suka benar dengar kaset Ustaz Akhil Hayy. Zikir2 dalam album Ustaz Akhil Hayy tu semua dia boleh ikut. Ayah aku siap kagum tengok dia boleh ikut, betul lagu nya walaupun sebutan tak jelas. Pelat lagi+ tak pandai cakap lagi. Alia pun sama.

Ibu berdoa semoga anak2 ibu Aqil, Alia dan Abid akan menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Harap2 kecik2 ni jer susahkan ibu dan abah, besar esok dapat tolong ibu dan abah yer. Menjadi seorang ibu bukannya mudah, sabar dengan kerenah anak2 bukan satu tugas yang senang. Ibu memang bukan seorang ibu yang baik, cepat naik darah, selalu marah Aqil, Alia juga Abid. Maafkan ibu.Bantu ibu yer sayang, dengar cakap ibu, tolong jaga tingkahlaku bila di tempat orang, jangan terlalu aktif, sampai orang marah. Tunjuk sikap yang baik, jangan suka sangat merajuk, lepas tu buat perangai. Bolehkan anak2 ibu....

Hmmm luahan hati ibu yang ibu tahu anak2 ibu tak dapat baca lagi. Harap2 satu hari nanti akan faham juga...Ibu sayang Aqil, Alia dan Abid. Kamu bertiga adalah permata hati ibu yang tak ternilai harganya.

Buat semua ibu2 di luar sana, Selamat Hari Ibu.

Tuesday, January 8, 2008

Ikut muka siapalah anak-anak kami ni??

Jumpa benda ni dalam blog mummyrizq. Nak cuba jugalah. Selalu ada orang tanya, ikut muka siapalah Aqil, Alia dan Abid ni. Mereka semua 'equally' ikut muka aku dan Din. Baru sama adil kan....





Friday, November 16, 2007

Sepetang di Tasik Y

Sudah lama nak letak gambar2 ni di sini, tapi tak berkesempatan. Hari ni nampaknya bolehlah aku buat, but still, malas nak taip panjang2.Hari sebelumnya, aku terjatuh 3 anak tangga di rumah. Jadinya badan terasa sakit2. Teringat satu ketika dulu, masa aku mengandungkan Aqil, aku selalu kemari, pijak batu2 di situ untuk buat urutan kaki. Terasa lega sedikit. Petang itu pun niat hati nak pijak batu2 tulah. Anak-anak nampaknya sangat gembira dapat bermain-main di taman permainan. Sungguh seronok melihat telatah mereka terutama Alia dan Abid. Abid berlebih lagi seronok, sampai ketawa berdekah-dekah. Lain kali InsyaAllah, kita main2 di sini lagi yer sayang.

Friday, July 27, 2007

Wajah Terkini Anak-Anakku...

Aqil Zafran, Alia Zafirah dan Abid Zulfan (Alia cuba ikut aksi abangnya Aqil..hehe)

Aqil bersama wajah harimaunya

Alia dengan aksi manjanya

Abid dengan muka toyanya..huhu (kompius ker apa anak ibu ni..hihi)

Tiga permata hati ibu dan abah...
Semoga ceria selalu yer sayang...

Nota kaki: Ben 10, kartun feveret Aqil dan Alia sekarang, naik muak ibu dia tengok. Tv Ben 10, games pun Ben 10, ibu pun letak lagu tema Ben 10 ni kat sini yer sayang...haha. Sabor jerlah, sikit jer, opening jer ni..hehe

Saturday, July 14, 2007

Aqil's Achievements Reports

Khamis:12 Julai 2007

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke sekolah Aqil. Ada jemputan kepada semua ibubapa untuk ke perhimpunan mereka dan mengambil lapuran kemajuan anak masing-masing. Kami sampai agak lambat. Bila tiba, kelas Aqil tengah membuat persembahan. Bukan main lagi aku tengok aksi dia. Aqil tak perasankan kami. Bila masuk lagu kedua, baru dia perasan. Mukanya terus tersengih-sengih. Siap melambai-lambai lagi pada kami. Seronok dia melihat kami. Selepas persembahan dari kelas Aqil, ada lagi persembahan dari kelas yang ke tiga. Kami tak sempat melihat persembahan dari kelas yang pertama. Abid pun tumpang seronok dengar mereka menyanyi. Alia siap jerit nama Aqil. Aku tumpang gembira melihat telatah mereka. Teringat kembali zaman kanak-kanak satu ketika dulu.

Selepas semuanya selesai, ibubapa di jemput ke kelas anak masing-masing untuk mengambil lapuran kemajuan mereka. Bila tiba giliran Aqil, perkara pertama yang aku tanyakan ialah tentang trip mereka untuk ke 'Farm' esok. Aku takut juga nak biarkan Aqil pergi tapi sebab ini peluang akhir dia bersama rakan-rakannya, aku dan suami izinkan. Nampak dia gembira bersama rakan-rakan sekelasnya. Aku sempat juga memberitahu Mrs Holland, guru kelas Aqil itu, kami akan pulang ke Malaysia Ogos ini. Aqil tidak lagi bersama mereka untuk kenaikan semester depan. Terkejut juga dia. Siap beri email address dia dan beriya-iya suruh aku terus menghubungi dia walaupun dah berada di Malaysia nanti. Katanya dia mungkin akan ke Malaysia tahun hadapan, jadi bolehlah dia ke rumah kami.

Kemudian kami sama-sama melihat lapuran kemajuan Aqil yang dah siap di taip cantik. pada satu helaian tertulis 'End of Foundation Stage 2 results' dimana Maths:Above ELG, Reading: Above ELG dan Writing ELG 7. Aku bertanya padanya apa maksud above ELG tu?? Dia jawab, Aqil dah boleh mengira dan membaca seperti budak year 1, bukan lagi tahap foundation. Alhamdulillah. Menulis jer memang aku tak nafikan. Tulisan dia agak buruk plus selalu tak tahu apa yang dia nak tulis.

Aqil sayang!! Ibu saja tulis semula apa yang ada dalam lapuran Mrs Holland ni. Moga satu hari nanti Aqil boleh baca semula dan Aqil tahu inilah lapuran prestasi pertama yang Aqil terima dari cikgu Aqil di sekolah. Aqil pun selalu asyik dengar cakap Mrs Holland aje kan. Cakap ibu Aqil kurang nak dengar. Asyik-asyik Mrs Holland said......, sampai ibu naik boring tau. Ok, dibawah nilah apa yang Mrs Holland tulis untuk Aqil.

THIS YEARS' ACHIEVEMENTS AND ADVICE FOR NEXT YEAR

Communication, Language and Literacy
Aqil uses his phonic knowledge to write simple regular words and make phonetically plausible attempts at more complex ones. His writing is clear and he is beginning to form sentences. He reads a range of familiar words and simple sentences independently. Well done Aqil!

Mathematical Development
Aqil is able to count reliably to at least 100 and beyond, recognises these numerals and is able to write them correctly. He can find one more or less than a number to 20, understands the operations of addition and subtraction and is familiar with 2-D and 3-D shapes. He really likes to learn how to play different maths games and graps new concepts very quickly.

Knowledge and Understanding of the World
Aqil has shown an interest in all our topic work, he has been encouraged to make comparisons, and has begun to learn about life cycles. He enjoys computer work and is extremely confident with mouse control using internet.
Topics this year include Myself, Foood/ Harvest, Colours, Special Times, Nursery Rhymes, Transport, Life Cycles, Stories, Growing, Animals, Mini-beasts and Summer.

Creative Development
Aqil is able to work with imagination and to explore a variety of media, i.e paint, clay, or collage. Aqil enjoys listening to music and sings simple songs from memory. He has a good sense of rhythm and uses untuned instruments to make or repeat simple patterns.

Physical Development
Aqil moves with confidence, control and imagination. He experiments with different ways of moving and can combine a sequence of movements, demonstrating increased co-ordination and balance. He has worked hard to improve his manipulation skills.

Personal, Social and Emotional Development
Aqil is a polite, independent member of the class. He has lots of friends. Aqil has a good imagination and enjoys the creative parts of school. He enjoys playing in the imaginative play area and imagining he is a different character. He really enjoys playing turn taking gamrs and has a tremendous sense of justice.

Teacher Comments
Aqil is a delight to teach, he soaks up knowledge like a sponge and is always eager to learn. Aqil always tries his best in every curriculum area and is one of the children that make teaching worthwhile. I will miss Aqil very much and wish him well in the future.

Attendance this year
323 half days present from a possible 335

Teacher's signature : Judith Holland
Headteacher's Signature : Sue Daniels
Date: 9/7/07
Ibu dan abah rasa bangga dengan pencapaian Aqil. Harap-harap balik Malaysia nanti Aqil boleh teruskan pencapaian Aqil ni yer. Ibu takut sangat Aqil tak dapat hadapi nanti. Cakap melayu pun tak berapa pandai tu, macam manalah Aqil nanti. Ibu tahu Aqil akan rindukan Mrs Holland, Mrs Bibi dan rakan-rakan. Bila abah cakap balik Malaysia nanti takde dah Mrs Holland atau Mrs Bibi, yang ada cikgu Fauziah, cikgu Ahmad, terus Aqil cakap kawan Aqil ada yg nama Hamad....huhu. Aqil seperti tak faham.Takpelah Aqil,lama-lama nanti mesti Aqil faham, takut masa tu tak ingat pulak pada mereka.

Aqil bersama rakan-rakan sekelas

Aqil dan Alia bersama Mrs Holland dan sebahagian kawan sekelas

Aqil dan Alia bersama Mrs Holland dan Mrs Bibi serta rakan-rakan yang lain

Thursday, May 31, 2007

Sepetang di Play Area Meadowhall Sheffield

Sabtu lepas bawa anak2 bermain di play area di Meadowhall Sheffield. Saja jalan-jalan sambil window shopping. Takde beli barang apa pun. Ronda-ronda bawa budak-budak tu sebab mereka boring jer kat rumah.


Video Aqil dan Alia sedang bermain

Wajah dua beradik ni

Abid terkini, semakin ligat. Amboi!! Hisap jari nampak anak ibu...

Monday, May 14, 2007

Satu petang di ruang tamu....


Tiga beradik bermain di ruang tamu. Permainan yang Aqil dapat masa pergi Carboot dulu(masa sibuk ambil gambar dengan bunga kolza tu). Itulah kali akhir ke Carboot, bila ntah nak pegi lagi...hihi. Abid punyalah suka tengok keretapi mainan tu bergerak. Kalau dapat di capai, memang bagus ni..kan Abid.


Aqil panggil Abid monster, sabar ajerlah. Nasiblah Abid baru nak belajar maju kedepan, belum laju lagi. Kalau dah laju nanti, mesti habis mainan tu di kerjakan..hehe. Perhatikan juga seluar Abid, dia ni sejak dah pandai maju ni, selalu ajer seluar dia tertanggal(masa ni dah terlondeh dah sikit) Kalau tidur pun macam tu, bangun pagi, seluar entah kemana. Dia ni kalau baring, selalu buat aksi kayuh basikal...haha

Aku suka tengok gambar Aqil dan Abid ni, mereka berdua seperti cuba berkata-kata antara satu sama lain kan....

nota sisi: ada sedikit gangguan bunyi pada video ni. tak pasti bunyi apa, rasa datang dari kamera aku tu, something wrong ker??...janganlah....huhu. Gangguan bunyi lain, aku batuk, masih belum sembuh sepenuhnya...hihi.

Sehingga di lain waktu dan ketika....salam

Wednesday, May 2, 2007

Update: Anak-anak

Wajah dua beradik yang kena chicken pox, seorang muka malas, seorang lagi terpejam mata

Aqil dan Alia masih lagi belum sembuh dari chicken pox. Nasib baik juga mereka tak demam teruk. Badan Aqil panas bila menjelang malam, Alia pulak, bila masuk waktu nak tidur ajer, mulalah dia merengek. Abid pun sama. Walaupun dia belum terkena, malam tadi dia buat pasal, tak tahu kenapa, asyik mengamuk aje. Aku masih berharap Abid tak terkena sekali. Dia masih menyusu badan sepenuhnya, harap2 dapat menjauhkan jangkitan chicken pox tu daripada dia.

Air kelapa muda kami tak dapat cari, biasa ada. Aku cuma beri mereka minum coconut juice yang dalam tin tu. Harap2 khasiatnya masih sama. Lain2 aku sapu dengan calamine lotion ajerlah. Alia punya macam tak keluar habis aje, Aqil memang dah penuh satu badan. Apa pun aku berharap mereka cepat sembuh dan dapatlah Aqil ke sekolah semula. Masalahnya, member tak excited pun nak pegi sekolah balik. Dia lagi suka duduk rumah...sabor ajerlah. Dibawah ni gambar terbaru Abid. Tengah belajar bermain dengan kamera aku ni, tapi masih tak pandai nampaknya. Abid sekarang ni ada hobi baru. Suka bermain dengan air liur dia. Beriya2 dia bersuara sampai berbuih2 mulut dia. Siap buat belon besar lagi...huhu. Lagi banyaklah rambut aku ni gugur....

Terima kasih atas ucapan dan komen kawan2 pada entri saya yg lepas. Terima kasih yer..

Oklah, sehingga di lain waktu...salam.

Friday, April 6, 2007

Sepetang di belakang rumah......

Sudah hampir semingu cuti sekolah berlalu. Ada lagi seminggu bakal dilalui. Bila Aqil sepanjang hari di rumah, rumah ni memang tak akan sunyi dengan suara-suara yang riuh, gelak ketawa, menangis, jerit-pekik mereka berdua. Macamlah dalam rumah ni ramai sangat. Cuaca pulak kejap cantik, kejap mendung. Tapi hari ini memang cantik. Aku sempat menyidai kain di belakang setelah agak lama hanya mampu mengantung kain basuhan di heater.

Bila saja aku hendak mengambil kain jemuran petang tadi, Aqil dan Alia tidak mahu melepaskan peluang untuk bermain di belakang rumah. Seronok betul aku tengok mereka. Abid pun tidak ketinggalan juga. Tambahan pula anak-anak kak Niza, jiran sebelah rumah aku pun ikut join sekali. Tambah meriahlah suasana. Aku dan kak Niza berbual2 kosong sambil memerhatikan mereka bermain.

Aku paling seronok memerhatikan gelagat Alia. Tapi Alia ni kejap2 panggil aku mintak tolong. Nak pusingkan basikal pun dia tak tahu. Asyik2 jerit..."Ibu!! Lalah!!", itulah ayat standard dia sekarang. Semua pun 'lalah', tak tahulah bila masa betul...huhu. Seronok rasa bila cuaca dah mula panas ni. Kalau tidak rasa terkurung aje dalam rumah dengan cuaca yang sejuk beku. Budak-budak ni dah sibuk cakap, "esok kita main lagi kan ibu!!". Diorang pun suka sangat dapat main kat luar tu. Ibu dia pun sama kan..hihihi

Sepetang bermain di belakang rumah memang tak puas rasanya. Esok kalau cuaca elok, kita main lagi kay....