Friday, April 6, 2007

Sepetang di belakang rumah......

Sudah hampir semingu cuti sekolah berlalu. Ada lagi seminggu bakal dilalui. Bila Aqil sepanjang hari di rumah, rumah ni memang tak akan sunyi dengan suara-suara yang riuh, gelak ketawa, menangis, jerit-pekik mereka berdua. Macamlah dalam rumah ni ramai sangat. Cuaca pulak kejap cantik, kejap mendung. Tapi hari ini memang cantik. Aku sempat menyidai kain di belakang setelah agak lama hanya mampu mengantung kain basuhan di heater.

Bila saja aku hendak mengambil kain jemuran petang tadi, Aqil dan Alia tidak mahu melepaskan peluang untuk bermain di belakang rumah. Seronok betul aku tengok mereka. Abid pun tidak ketinggalan juga. Tambahan pula anak-anak kak Niza, jiran sebelah rumah aku pun ikut join sekali. Tambah meriahlah suasana. Aku dan kak Niza berbual2 kosong sambil memerhatikan mereka bermain.

Aku paling seronok memerhatikan gelagat Alia. Tapi Alia ni kejap2 panggil aku mintak tolong. Nak pusingkan basikal pun dia tak tahu. Asyik2 jerit..."Ibu!! Lalah!!", itulah ayat standard dia sekarang. Semua pun 'lalah', tak tahulah bila masa betul...huhu. Seronok rasa bila cuaca dah mula panas ni. Kalau tidak rasa terkurung aje dalam rumah dengan cuaca yang sejuk beku. Budak-budak ni dah sibuk cakap, "esok kita main lagi kan ibu!!". Diorang pun suka sangat dapat main kat luar tu. Ibu dia pun sama kan..hihihi

Sepetang bermain di belakang rumah memang tak puas rasanya. Esok kalau cuaca elok, kita main lagi kay....

25 comments:

VitAmiN said...

haaaa..ibu yang suka main kat luar ke anak2 ibu ni..hihi..

RaFFLeSiA MeRaH said...

nape 2/3 hari ni bukak blog yus, entry semua duk kat bwh yerk? tp still leh bukak laaa...cantiknyer gambar yg yus buat tuuu...dah la tempat permainan anak2 tu cantik...memang nice lerrr...

Mama Sarah said...

saya baru je cakap pd diri sendiri; syoknya dah panas sikit. tapi nanti bila betul summer, mau bertukar 'kaler' kitaorang ni!!!

Unknown said...

liza
hihi..ibu dia mmg terlebih suka...haha

rafflessia merah
yer ker? yus view guna dua2 komp kat rumah ni nampak ok ajer. Tak tahulah pulak. Ada tak pembaca lain hadapi masalah yang sama ekk? Kalau ada ckp yer...

Kat belakang rumah ajer tu kak, mainan tu semua kebanyakkannya beli di carboot, ada gak dpt free..

Memang seronk sangat dapat stay kat luar dgn hanya pakai jumper, kalau tak nak kena bungkus bebudak tu semua, leceh dan tak best ajer..

mama sarah
hehe..masuk summer nak tidur pun kadang tak selesa kan. Anak2 yus ni tak biasa panas, Alia tu, baru main kat luar mcm tu pun pipi dah merah. Balik Malaysia nanti berlenggeng aje agaknya, skrg ni pun dlm rumah dia asyik nak bukak baju ajer...

WRA said...

akak pun sama kes cam Rafflesia Merah tu...entry semua dok kat bawah...maybe resolution kami kot....
walaubagaimanapun, memang best sangat nampak dorang main2 kat luar tu....tengok video2 kat bawah tu pun tergelak akak sorang2....

Faizah said...

spring mmg best..cuaca x berapa sejuk or terlalu panas kan..bunga2 pula semakin berkembang..segar..mewangi..seronok tengok anak2 bermain..

Unknown said...

kak wan
yer ker kak. Agaknyalah ekk, tak tahu mcm mana yus nak adjust sebab tak nampak, kat pc yus cantik ajer..

faizah
betul tu, orang kata sedang2 kan, tak panas sangat dan tak terlalu sejuk. Tapi sekali-sekala angin bertiup, sejuk gak kan..

Ajzie said...

Wahhh best2 main belakang rumah.. Kami main bawah rumah aje... Tak de belakang rumah..hahahah

NBK466 said...

Meriah gak barang2 permaianan mereka...nanti plan nak bawak balik dlm kontena ker?

hanny said...

bestnya rumah yus ada halaman rumah kat belakang,, rumput pun nampak hijau,...cantik..kat sini nak ada halaman rumah cam rumah yus mahu gak sewa mahal giler.. standard rumah kat jepun nih ada beranda ajer...nak main kena gi taman mainan..

13may said...

hehhe...jaga jaga...nanti tungau gigit:D

blackpurple @ jowopinter said...

Beruntunglah di belakang rumah ada halaman yang luas kan... boleh menjadi tempat bermain... :)


Sudah ditrim ek rumputnya ..he he he...

D said...

best kan, bila ada sunshine!! ni baru la spring...

Unknown said...

ajzie
bawah rumah pun ok apa..hehe boleh gak main...

nbk466
tak bawak balik semua kot, kontena?? tunggu dan lihat..:D

hanny
yus agak bertuah dapt rumah yg ada halaman ni. Masa kami dtg rate rumah sewa di sini tak setinggi sekarang, masih dlm reasonable rate lah, walaupun tuan rumah yus tu dah naik kan sewa dua kali gak tau..

13may
tungau?..hihi dah lama tak dengar org sebut tungau tau, kat sini takde kot..

blackpurple
alhamdulillah..

Belum trim lagi tu BP, kejap lagi mesti dia semakin panjang, masa winter biasalah, rumput tu nak membiak sangat..haha

D
yea...spring dah datang...

juwaidah said...

Waaahhh.. gambar pun dah senget-senget dah! Cantik!!

Anak-anak Ju pun dah beria main kat luar rumah. Siap kumpul cacing ngan semut dalam kotak. Kata nak bawak balik Msia, tunjuk kat daddy diorang. Errkk!! O__O

maklang said...

kalau nak main kat belakang rumah maklang boleh gak...kat sini paaaanaaaas sangat sekarang, walaupun hujan di sana sini sedikit2...

Kiah Kardashian said...

oh lagi sorang dah pandai buat photo senget senget, Tak leh jadik nih ;)

sini takder halaman untuk bermain. rayyan main dalam rumah ajerla...

Unknown said...

juwaidah
hihi..semut pun ada ehh..tapi kat sini susah gak nak nampak semut kan..

maklang
hehe..kalau kat Malaysia tu mmg dah tahu panas..boleh hitam main kat luar hari2 kan..

zakiah
hihi, yus baru gak belajar buat photo senget2 ni, jomlah join the club zakiah...

silversarina said...

syoknya budak-budak tu main kat belakang rumah.....dah lama tak jejak rumput ekkk...

spring is nice :)

Sastri said...

hmmm... main kat backyard ek... sbb tu laa dari dulu sas mengimpikan rumah sendiri nanti kena ada laman... sbb sas membesar pun main kat laman rumah my grandma yg huge...

oldtown~Smell the Roses said...

bestnya main kat luar!sronok tgk!tumpang gembira.


p/s:comel betul slide bebudak ni!

Kak Teapot said...

cuti2 sekolah ni mmg seronok kalau ada xtvt utk anak2. yg tak best tu kalau takde...halamak!

akirasuri said...

Salam.

"IBU!lalah!" ha ha ha comel jek :D

tengok budak-budak ni terasa nak jadi budak kecik jugak :P

ha ha ha..

Mulan said...

syok yek dah spring.. baru la nampak rerumput nan hijau dan sinar mentari..

yus, camna yek nak create gambar lagu tu??

Unknown said...

kak jordan
dah lama tak bersantai kat luar sebenarnya..

sastri
yus pun mengimpikan rumah sendiri yg ada halaman ni, entah dpt ke tidak..

nani
memang seronok, dioranglah yg seronok pun...hehe

honeymj
yupp kalau takde aktiviti utk diorang kitalah yg seksa kan...riuh rendah rumah betul tak??

akirasuri
zaman kanak2 memang yg paling indah kan..takde masalah apa, main ajer...

mulan
yupp...happy sbb takdelah rasa mendung ajer, cerah sikit suasana..

gambar lagu tu boleh ambil dalam wwww.esnips.com. Cubalah pegi web tu, cari lagu yg mulan suka, boleh pilih reka bentuk player lagu dlm more widgets...