Hmmm....dah lama aku tak terajin dan terlebih masa seperti hari ini. Satu hari sampai 2 n3 baru dlm blog nih...
Sebenarnya hatiku begitu teruja untuk mengabadikan dua gambar ini dalam blogku ini. Dua keping gambar lama yang aku jumpa selepas membelek-belek album lama dalam simpanan kami bersama. Sekeping gambar ibuku, dan sekeping lagi gambar ibu mertuaku. Kedua-duannya sama-sama cantik kan masa muda-muda dulu.
Ini gambar ibuku, يونستيري بنت بابا
Ini pula gambar ibu mertuaku, هاڤيڤه بنت إبراهيم.
Bila tengok gambar-gambar nih, aku dapat rasakan mesti teruja sangat dapat ambil gambar dalam studio. Yelah, masa itu tak seperti waktu sekarang. Bila2 masa boleh ambil gambar, guna digital kamera jer atau camera phone, dah boleh transfer dalam computer, dan boleh terus tengok hasilnya. Mesti bila nak ambil gambar di studio tuh, semua akan rasa seronok sangat, mencari pakaian yang terbaik untuk di abadikan dalam gambar. Dan mungkin kerana itu juga, mereka kelihatan begitu ayu sekali dalam gambar kan. Hmm...kalaulah aku boleh cari gambar ayah dan arwah abah masa muda dulu, mesti mereka pun begitu segak sekali.
nota kaki: agak-agak masih ada tak dalam simpanan mereka gambar2 lama tuh. Aku akan cuba mencarinya...
Rasanya ramai yang menyaksikan aksi bulan dan bintang di langit sepertinya tersenyum kepada kita semua pada malam 1hb Disember yang lalu kan. Bila saja berita tv3 menyiarkan gambar itu, kami sekeluarga turut keluar untuk melihatnya. Sayangnya kamera aku nih tak canggih, dan aku juga tidak pandai untuk merakamkan gambar dengar baik. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.
Gambar nih mula-mula nampak gelap, tapi bila aku adjust cahaya dia, jadi macam nih pulak. Aku pun tak pasti, mana datangnya dot-dot kecil yang bulat-bulat tuh.
Tak berapa jelas kan?
Tapi bila aku zoom kan kamera aku, nih pula hasilnya...
Bila guna night view macam nih pula....
Yang nih adalah kut nampak seperti mata dan mulut orang, tapi cahaya bulan tuh kelihatan pecah, dan bintang yang membentuk mata sebelah kanan juga kurang cahanya, jadi tak nampak juga seperti tersenyum..
Gambar yang last nih barulah nampak jelas sikit.Itu pun sebab aku zoom kan dekat sikit..
Tapi kan, gambar yang di ambil oleh sahabat ku ini, memang nampak jelas sedikit.(Sila klik sini). Cantikkan.... سبحانالله p/s: hmm tak jadi kerja lain bila mengadap blog nih...chow dulu.
Selamat Hari Lahir yang ke 4, buat puteri ibu Nur Alia Zafirah. Ucapan ringkas dari ibu dalam blog ini kerana ibu tak punya waktu untuk ber'dating' lama dengan pc ini.... Alia anak ibu yang baik, walaupun agak kuat merajuk, namun keletah Alia sentiasa mencuit hati ibu dan abah. Al-maklum, Alia nih paling banyak mulut, asyik pot-pet, pot-pet jer.Moga membesar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, berjaya di dunia dan di akhirat yer sayang.
Selamat hari lahir buat anakku Muhammad Abid Zulfan. Hari ini genap usianya 2 tahun. Dah besar rupanya anak bongsuku itu (erkk bongsu buat masa ini). Apa ekk ibu nak cerita pasal Abid. Abid anak ibu yang manja, selalu buat ibu ketawa. Paling lincah antara 3 anak-anak ibu. Paling nakal pun mungkin juga.
Abid paling cepat perkembangannya berbanding dengan kakak dan abang Abid. Baru berusia 2 tahun, Abid sudah pandai bercakap. Bercakap, dalam erti kata semua orang dah boleh faham. Tak seperti abangmu, atau kakakmu dulu sewaktu seusia dengan Abid. Mungkin juga pengaruh dari abang dan kakak. Abid cepat belajar, suka memanjat grill pintu depan rumah. Tinggi Abid panjat, kononnya nak cuba buka pintu grill tulah tu. Pantang nampak kunci, mulalah Abid tunjuk aksi nak buka sesuatu; pintu, almari,kereta dan seangkatan dengannya.Abid kuat juga merajuk, pandai mengamuk. Kalau tak dapat barang yang di hajati, Abid akan terus merebahkan diri, tak kiralah dimana pun berada, tengah jalan pun boleh, dalam restoran pun boleh. Aduh!!!Ibu tak tahan kalau Abid mengamuk. Sakit kepala di buatnya.
Abid suka tengok bas. Sempena hari jadi Abid, abah belikan bas mainan untuk Abid, tapi tak sampai sehari, dah habis jahanam Abid kerjakan bas itu..huhu. Abid bermain dengan bersungguh-sungguh, sampai semua anggota bas itu hancur berkecai. Tapi ibu dan abah puashati melihatnya. Abid suka dengan apa yang kami beri padanya. Kalau nampak bas di jalanraya, Abid akan terjerit-jerit menyebut bas sambil menunjuk ke arah bas itu. Abid tidak akan berhenti menjerit BAS!! selagi ibu atau abah tak kata IYA!! BAS!!. Suka sangat Abid dengan bas.
Abid juga suka dengan teletubbies. Seronoknya Abid dapat bergambar bersama teletubbies di KLCC kan...Satu lagi Abid sangat suka makan roti canai dan kuah kari. Suka benar ibu tengok cara Abid makan roti canai tuh. Penuh aksi, macam rasa sedap sangatlah kuah kari tuh...huhu.
Harapan ibu semoga Abid membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ibu tahu Abid anak yang bijak, sama seperti abang dan kakakmu. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.
Cutenya Abid makan roti canai tuh...
Tapi bila mengamuk macam nih...aduhhh!! sakit kepala ibu tau!
Aksi Abid bersama ibu...
Abid bersama Atok Ayah, Aqil dan Alia
Happy Birthday Abid. Kami semua sayangkan Abid... from : Ibu, abah, abang Aqil dan kakak Alia...