Showing posts with label Suka-suka.... Show all posts
Showing posts with label Suka-suka.... Show all posts

Sunday, August 3, 2008

Strawberry jam ;sirap;air pink;air bandung...

Hari minggu, macam boring jer kat rumah nih..huhu. Pagi-pagi lepas subuh, aku potong dan jahit semula kaki seluar kawan. Dua pasang. Lepas tu, mandi, on kan mesin, buat sarapan. Lempeng dan nasi goreng. Lepas sidai kain, aku sambung potong baju kurung aku yang belum siap. Tergendala dari minggu lepas, kainnya dah siap, tapi bajunya tak potong2 lagi, macam mana nak jahitkan. Eiii..melalut aku ni.

Sebenarnya nak cerita pasal anak-anakku itu. Sungguh seronok lihat mereka bertiga bermain. Berkejar-kejar satu rumah. Memang riuh-rendah. Gelaran untuk mereka, Aqil - budak kurus, Alia - budak gomok, Abid - budak kenit. Hihi..mrgreenlol. Tapi paling kiut bila dengar Alia yang sebut. So, cute...tak kering gusi aku ketawa...kihkihkih. Lepas tu, Aqil sibuk nak makan roti dan jem strawberry. Alia kata, itu macam sirap kan abah...(merujuk kepada jem strawberry tersebut).lollol Senyum sorang aku dengar. Teringat pula pasal semalam. SRD buat air bandung.

Alia : Wahhh...ada air strawberry!!

Aqil : Tu bukan air strawberry, tu air pink lah..

Aku : Salah..tu air bandung.

Aqil & Alia : Air bandung???

Hihihirazzlolmrgreen.

Aku boring sebenarnya nih. SRD dah balik dari kedai. Aku suruh dia beli kelapa parut. Oklah..nak buat pengat pisang campur cendel. Mesti sedap kan..makan petang2 nih.

Thursday, May 29, 2008

Ada UntukMu

Aku suka lagu ini sekarang. Liriknya sungguh puitis, dan penyanyi yang memperkenalkan lagu ini malam itu, berjaya membawa lagu ini dengan baik (walaupun dari awal aku tengok dia takde bakat nyanyi, malam itu dengan lagu ini, he's totally changed).Syahdu dan menusuk ke kalbu....



Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Oooohhhh......
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembah
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci.....

Aku, berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku
Aku, berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku, sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Oooohhhhh......
Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku, berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dariku
Aku, berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku, sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya...


Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah
Nyanyian : Nubhan