Tuesday, September 26, 2006

Sekolah Aqil dan Rumah Kami di Sheffield

Entri kali ni takde nak cerita apa sebenarnya. Seperti biasa, tadi pukul 3 ptg aku ambil Aqil dari sekolah. Tergerak pulak hati ni nak ambil gambar sekolah dia ni. Nanti kalau dah balik Malaysia mesti Aqil lupa rupa sekolah dia di sini. Kalau letak dlm blog ni, dapatlah dia tgk bila dah besar nanti kan. Nama sekolah Aqil di sini ialah Greendlands Nursery Infant School. Kalau naik kereta, nak cari parking memang susah kalau datang terlambat sikit. Siap terpampang kat depan sekolah tu, kain rentang ni. Itu pun, bila time hujan, memang ler penuh. Ini sbb datang awal, jadi nampak lengang.


Alia memang lah seronok bila masuk jer sekolah abang dia ni. Boring agaknya dia di rumah dgn ibu dia. Tgk tu menonong jer dia kan. Ni kat depan sekolah lepas masuk pintu pagar.


Yang ni pula gambar di sekitar kawasan sekolah. Tempat2 bebudak ni main dan berehat biasanya. Gambar budak2 beratur tu, masa saya ambil gambar ni, mereka baru balik dari lawatan kot. Sebab semua baru turun dari bas dan masuk ke sekolah semula. Tak tahulah pelajar year berapa ekk...

Ini pula gambar kelas Aqil dari luar. Pintu warna merah tu ler menuju ke kelas dia. Kejap lagi nak ke sana ambil dia....hehe

Sementara menunggu Aqil, Alia bermain slide.

Tak sempat nak ambil gambar Aqil keluar kelas. Ramai sgt ibu bapa di depan pintu. Sebelum pulang, Aqil dan Alia main slide lagi.


Ini pula gambar di kawasan rumah tempat kami tinggal sekarang. Macam kawasan taman ke kalau di Malaysia ekkk...Nilah dia jalan di kawasan penginapan kami di sini. Balfour Road namanya...Gambar di ambil dari belakang, bukan dari jalan masuk utama. Nampak tak Alia kat depan tu, sedang menuju ke rumah dialah tu...hehe

Ha!!!Ni ke rumah kami......OOO tidak. ini rumah yang berhadapan dengan rumah kami. Nampak cantikkan. Rumah no 68.

Inilah rupa rumah kami di sini. No 71, Balfour Road. Tu dia Aqil dan Alia di depan pintu pagar.

Hmmm dah 3 tahun sebulan kami menetap di rumah ni. Sejak tiba di UK ni tak pernah lagi berpindah-randah. Banyak kenangan di rumah ni. Alia pun lahir di sini. Lepas ni adik dia pun akan lahir di sini.(Erkkk..lahir di hospital, tapi di besarkan di sinilah... sampai skrg ni...hehe) Dan tahun ni kali ke 4 kami berpuasa di sini, dan bakal menyambut raya di rumah ni. Tak tahu lah tahun ni dapat tak buat rumah terbuka atau tidak. Dah makin sarat ni, tak larat nak masak bebanyak. InsyaAllah ada kot, tapi rumah tertutup, siapa datang, adalah makan...hehe dan kena inform dulu yer. Agak2 ada tak orang kampung nak datang yer.......hmmm dalam mimpi jerlah kot..haha.

Monday, September 25, 2006

Puasa dan Video Aqil & Alia

Hari ni dah masuk puasa yang ketiga di UK ni. Alhamdulillah, setakat ni aku rasa aku boleh puasa, walaupun adalah lapar sikit. Sejak aku peknen anak yang ke tiga ni, mmg tahap kelaparan aku agak kritikal. Nasib di bulan Ramadhan ni, takdelah aku terasa sangat. Kalau tak biasa, kalau lambat sikit aku makan, mulalah aku nak termuntah jer, sbb perut dah masuk angin.

Alhamdulillah juga, puasa kali ni bermula hari Sabtu. Dapatlah aku berbuka puasa hari pertama dan kedua bersama abang. Teringat tahun lepas, buka puasa sorang2 sebab waktu kerja part time abang, dari pukul 4.45petang hingga 7.45 petang. Biasa dia buka puasa di tempat kerja minum air jer. Balik rumah baru makan. Aku pulak makan sorang2.....sedih jer rasa. Tahun ni pun sama, cuma dapatlah puasa pertama dan kedua berbuka bersama. Dapat juga bersembahyang maghrib, Isya' dan terawih bersama. Aku berharap dapat puasa penuh tahun ni. Takde lubang2....harap2 kesihatan mengizinkan, janganlah aku asyik muntah sbb perut lapar masuk angin. Memang wajib bersahur, harap janganlah sampai tak terbangun.

Di bawah ni video kedua aku....aksi Aqil dan Alia. Aqil yang jakun main lampu picit (torch light).....keskeskes


Thursday, September 21, 2006

Dugaan dariNya dan Salam Ramadhan

Aku baru aje balik dari jumpa midwife. Rutin biasa antenatal check-up. Biasanya aku rasa biasa aje, tapi kali ini apa yang midwife beritahu tadi buat aku kecut perut. 3 minggu lepas sample darah aku di ambil. Keputusannya, aku perolehi tadi. Kandungan hemoglabin dalam darah aku kurang. Kena ambil banyak iron. 3 minggu lepas juga, bila midwife check aku punya urine, kandungan gula berlebihan. Aku berharap sangat kali ni ok. Yer...memang kandungan gula ok, tapi dia kata ada lain pulak yang tak ok. Protein lebih dan apa lagi tadi ntah. Fikiran aku agak melayang sebab benda lain. Jadi dia kata, kena bawa contoh urine tu ke lab untuk buat ujian lanjut. Next meeting baru tahu apa keputusan.

Semua tu, takdelah aku risau sangat. Apa yang buat aku tambah risau, bila dia check perut aku, dia kata, kedudukan baby patut dah mula ke bawah. Yelah aku dah masuk 32 minggu. Tapi baby aku ni kepala dia kat tepi. Aku memang rasa juga dan dua tiga hari lepas ada aku sebut pada abang. Kenapa ekk kali ni, tak rasa dia ke bawah pun. Duk situ jer. Aku jadi takut. Midwife aku cakap jangan risau sangat, lagi dua minggu jumpa balik, kalau kedudukan masih begitu, kena buat scan lagi. Dia tengok keputusan scan aku yang lepas. Kedudukan placenta aku ok kata dia. Jadi, dia kata mungkin akan berubah nanti. Harap-harap begitulah.

Aku takut sungguh kalau kena Caesarean. Seboleh-bolehnya, biarlah aku bersalin normal, sakit macam mana pun takpe asal normal. Pertamanya, aku risau dengan anak-anakku, Aqil dan Alia. Kalau aku kena operate, maknanya aku kena stay lama juga di hospital. Bagaimana mereka di rumah?? Dengan Alia yang takut orang tu. Mak aku pulak, masih tak mahu datang. Keduanya, kalau bersalin secara caesar, itu juga bermakna, aku kena lebih banyak rehat. Tak boleh buat kerja berat sangat, pantang kena lebih. Dengan kedua2 kanak2 ribena yang masih tak faham cakap lagi tu.... Aku pujuk mak lagi tadi. Hmmmm, macam ada sedikit perasaan nak datang setelah aku khabarkan kemungkinan yang bakal aku tempuh. Tapi masih belum pasti.

Ketiganya sebab abang agak sibuk dengan tesis sekarang ni. Orang kata masa kritikal juga. Aku kesian pada dia. Memang banyak rakan2 di sini yang menawarkan diri membantu bila aku melahirkan nanti. Tapi, akan lebih mudah kalau mak ada. Aku tak mahu juga susahkan orang. Sudahlah anakku itu takut orang. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Itu aje yang aku pinta sekarang ni.

Ramadhan pun akan menjelang tiba. Aku kena lebih banyak bersabar. Abang cakap, aku suka pikir yang bukan2. Itu yang aku takut. Memang kadang2 entah apa2 yang aku fikir. Takut dah bersalin meroyan pulak. Nauzubillah. Semoga Ramadhan kali ni memberi aku ruang untuk lebih beribadat kepadaNya. Banyakkan berdoa, peluang ini perlu aku ambil sebaik-baiknya. Aku tahu kadang2 aku alpa dan ini mungkin satu ingatan dariNya supaya aku lebih dekat padaNya.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga aku dapat harunginya dengan tabah. Doakan aku sama ye...

Kepada semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita sama-sama dapat menunaikan ibadah puasa kali ini dengan sempurna. Amin....

Tuesday, September 19, 2006

Soto dan Aksi Alia

Semalam teringin sangat nak makan soto. Sebabnya cik abang balik dari kenduri rumah kawan hari Sabtu tu, cakap kata makan soto. Adei!!! Teringin terus. Dah lama tak buat pulak tu. Hasilnya, hari Ahad semalam, gagahkan diri buat jugak. Memang sedap makan, tapi lecehnya nak buat, kena ada pegedil semua kan. Kalau tak lengkap tak sedap pulak..hehe.

Saja nak bagi semua terliur, tengok gambar jerlah.


Yang ni bee hoon soto


Ini pulak soto nasi empit.

Ok, tukar topik pulak...............
-------------------------------------------------------------------------------------

Baru cuba posting video kat blog ni. Saksikanlah aksi si Alia...tak padan kecik. Sudahlah dok pegang pisau...hehe. Pisau makan tu, tak tajam pun. Entah macam mana boleh ada dalam bilik abah dia ni, dah dapat tak nak lepas, saja ambil gambar aksi dia ni, macam orang tengah marah jer ekkk...... Percubaaan pertama upload video....hehe


Friday, September 15, 2006

Upgrade ke Blogger Beta

Niat di hati malas nak upgrade ke blogger beta ni. Tapi, bila jer try view blog pagi tadi ada 'internal error 500' pulak. Cuba buka blog kawan2 yg saya ingat address blognya pun sama. Tapi, bila buka blog yang telah di upgrade ke beta boleh pulak. Nasib bila saya cuba login masuk ke dashboard boleh...... cuma nak view blog jer tak boleh.Oleh kerana saya ingat ada problem nak bukak blog biasa, dah jadi saya pun ter"upgrade" sama. Rupa-rupanya error tu sekejap jer....hampeh.

Laa ni tak tahu mcm mana nak tukar balik ke template asal. Cuba copy paste dari yang saya dah save, tak boleh pulak. Akhirnya, macam nilah rupa blog saya sekarang. Terpaksa guna template basic dalam blogger ni. Nasib boleh lagi nak tukar2 kaler.Tension gak ni.....

Nasiblah....malas dah saya nak gobek2 blog ni. Kepada yang masih guna blog biasa, rasanya dah tahu kan, kalau nak tinggal komen, kenalah guna 'Other' atau 'Anonymous'. Nampak gaya saya kena belajar lagi pasal Blogger Beta ni. Laa ni biarlah mcm ni dulu.

Salam....

Nota kaki:~ Dah tahu mcm mana nak revert balik pada template asal. Tapi, kalau tukar ke asal, features yg ada dlm beta ni dah tak berfungsi pulak. Hmmm tak bestlah pulak. Sebab beta version ni banyak jugak yg bestnya....huhu.

Tambahan:~ Saya tak dapat nak tinggalkan komen pada rakan blog yg hanya membenarkan blogger untuk meninggalkan jejak. Sebabnya saya dah upgrade ke beta blogger. Harap2 ini hanya untuk sementara. Cepat2lah blogger beta version ni buat improvement.....

Saturday, September 9, 2006

Jam yang unik.....

Kali ni saya nak berkongsi dengan semua jam baru yang saya pakai..hadiah dari suami bulan lepas. Jam saya yang lama, dah lama kehabisan bateri. Kat UK ni kalau nak ganti bateri jam, baik beli jam baru. Terima kasih banyak2 bang belikan saya jam baru........

Dah dekat sebulan saya pakai jam ni, tak nampaklah apa2 yang pelik pada jam ni. Cuba tengok gambar di bawah....ada apa2 yang pelik tak??

Apa yang lain pada jam ni???


Tak ada apa kan...Tapi, bila saja bertukar ke 1hb September yang lepas, baru saya nampak perbezaan pada jam ni. Saya jadi pelik?? Bila saya tengok jam ni, pada tempat "date" tu menunjukkan angka 32. Aikk??? Takkan lepas 31 ogos 32 Ogos kot??? Saya cakap dengan suami. "Bang....apsal jam ni date dia 32hb? Bengong ker???" Lepas tu saya adjust lah date dia....tahu tak sampai ke angka berapa?? Ha!! Tengok gambar di bawah pulak...

Lihat pada date yang ditunjukkan pada jam....39???


Lepas angka 39 tu takdelah dia naik ke angka 40,patutnya 01 lah kan. Tapi tidak?? Sila lihat pulak gambar seterusnya...

Tengok yang ni pulak....00??? Tarikh dalam bulan bermula dengan 0??



Saya dan suami punyalah ketawa. Bengong ker apa jenama jam ni, letak date pada jam sampai ke angka 39 lepas tu 00 pulak. Atau kami yang jakun tak pernah jumpa jam macam ni. Kawan2 blogger pernah ker jumpa jam yg tarikhnya sampai 39?? Ker kami jer yang tak pernah tahu? Adeii..kalau betullah memang macam tu, ketinggalan zamanlah kami ni yer?? Tapi sungguh, inilah baru pertama kali jumpa.

Tapi, takpelah. Simpan jam ni buat kenangan. Beli jam di UK, tarikh pada jam sampai ke angka 39. Ni bukan beli carboot tau. Beli kedai lagi. Dan ini juga bermakna, setiap kali bertukar ke bulan yang baru, saya kena betulkan ler tarikh pada jam ni ke angka 01. Haiii!!!! Berapa kali mau betulkan daah......

Tuesday, September 5, 2006

Hari baru buat Aqil....

Hari ni Aqil mula bersekolah semula setelah lama bercuti. Sebelum ni nursery kelas cuma 2 jam setengah jer. Ni dah masuk kelas peralihan sebelum masuk year 1 dia rasa lain agaknya. Dulu sebelum cuti, nursery bermula pukul 12.30tgh hari, skrg ni 8.50 pagi dah kena sampai ke kelas. Taklah susah sangat nak suruh dia bangun pagi sebab dah beritahu beberapa hari sebelum ni hari ni mula sekolah. Tapi dia liat nak mandi. Biasalah....sejuk agaknya.

Setelah siap saya menyediakan sarapan hari ini (nasi lemak), abang pun balik dari kerja pagi. Aqil dah bersedia nak ke sekolah dengan beg PE dan beg bukunya. Kosong jer beg buku tu, semua barang kat sekolah, beg tu fungsinya untuk letak buku yang nak di pinjam dari sekolah. Sampai di sekolah, Aqil nampak excited, dapat tanda nama, cikgu suruh dia gantung jaket dia di tempatnya. Punyalah dia pusing cari nama dia, akhirnya jumpa. Tempat letak jaket dan kot tu dekat dengan tandas, terus saya tunjuk dia kalau nak ke tandas ke sini tau.... Ada tulis untuk girls n boys. Abang tanya dia "ni toilet untuk siapa Aqil?" pandai pulak dia jawab..."girls" pas tu pergi yg satu lagi....."boys". Saya ingat dia tak tahu baca perkataan tu.....Lepas tu terus pulak dia buang air kecil .......

Bila kami nak tinggalkan dia, muka dah mencemek. Cakap taknak...yelah kawan dia Darwish takde dah. Ada dia jumpa nama Darwish di tempat gantung jaket tu sebelum dia jumpa nama sendiri. Abang suruh saya keluar dari kelas dulu, lepas tu dia menyusul, menangis gak dia tapi tak sibuk ikut balik. Minggu pertama sekolah ni cuma sampai pukul 11.30pagi jer. Minggu kedua nanti sampai 12.15, lepas tu barulah sampai ke pukul 3 petang. Bagus juga sekolah ni buat penyesuaian dulu untuk bebudak ni. Yelah dah lama cuti, ada rasa lain sikit bila datang sekolah semula.

Bila saya jemput dia balik tadi, sibuk dia nak ambil beg PE dia dalam kotak yg disediakan. Cikgu dia kata tak payah, terus dia mcm nak nangis. Pergi kat saya, cakap "I want that bag...."Ketawa saya sekejap. Yelah beg tu isinya baju untuk PE session. Seminggu ada 3 kali, so, cikgu dia cakap biasa ambil balik akhir minggu ler untuk basuh. Pakai pun sekejap ajer kan...dia sibuk nak baju dia balik. Merengek2 kat situ. Pujuk2 baru ok. Tu pun cakap sebab balik nak singgah kedai beli coklat. Baru dia ok. Tapi muka sedih gak lagi. Nasib bila tanya esok nak pegi sekolah tak dia jawab ok. Maknanya dia sukalah tu. Macam manalah nanti bila dah masuk minggu ke tiga sampai petang tu. Saya pulak yang melebih ekk....Alah baru mcm sekolah tadika jer kalau kat Malaysia ni. Belum apa2 lagi...umur dia pun belum masuk 5 tahun. Ibu dia jer yg lebih2......

Alia pun ada perkembangan terbaru sekarang. Dah pandai panggil saya ibu. Kalau tak semua orang dia panggil abah, tak pun dia panggil saya abu. Seronoknya rasa bila dia panggil saya ibu tu... hehe. Dah nak jadi kakak pun dia kan....Saya rasa perkembangan Alia lebih cepat berbanding Aqil dari segi percakapan. Aqil dulu bercakap punyalah lambat. Mungkin sebab Alia dah ada abang, ada kawan ajak bercakap, tak macam Aqil dulu....dengan ibu dia ajer kan.


Hobi baru Aqil dan Alia. Bermain puzzle. Tengoklah gelagat si Alia dengan rambutnya tu. Tekun sungguh.....

Sunday, September 3, 2006

Aktiviti Seminggu......

Dah lama rasanya saya membiarkan blog ini bersawang. Minta maaf pada kawan2 yg menjenguk ke mari, tapi takde entri baru... Saya sebenarnya agak sibuk dengan benda2 lain2 di tambah dengan mood saya yang kurang aje nak tengok blog. Tak tahu kenapa. Blog kawan2 ada juga saya singgah sepanjang seminggu ni, tapi malas aje nak tinggal komen. Kepala pun agak berat, kesihatan tidaklah begitu baik sebenarnya. Perut ni tegang jer rasa, tidur pun dah mula rasa tak selesa. Tu yang malas aje nak update blog ni.

Kalau nak di ikutkan sepanjang minggu ni banyak perkara yang berlaku sebenarnya. Banyak jugalah aktiviti yang di buat. Walaupun dalam perancangan asal konon nak ke Cambridge weekend lepas, tapi yang tu tak jadi pulak sebab saya rasa kesihatan saya tak mengizinkan nak berjalan jauh. Tak larat sangat..... Sabtu tu ada kawan buat majlis yassin dan tahlil di rumahnya. Jadi sepetang di sana. Ahad pula ke carboot Marshlane, cari baju untuk Aqil dan Alia. Aqil pun akan mula sekolah minggu ni. Hari Isnin 28/8 tu bank holiday di sini. Dari pagi hingga ke petang saya dan suami dok mengemas rumah. Packing barang lagi sikit2. Dapat jugalah 12 kotak. Tak sangka pulak. Bila dah kemas2 tu, nampak rumah clear sikit. Petangnya ada kawan jemput birthday party anak dia. Rezeki makan lagi...alhamdulillah.

Balik dari rumah kawan ni, tuan rumah datang nak kutip sewa. Memang ada rasa hairan jugak, sbb dia dtg lambat dari biasa. Kalau tak selalu 24hb aje mesti dah muncul. Rupanya dia nak naikkan sewa rumah kami lagi. Adei!!! Mula dia nak tambah £30 dari amaun skrg. Akhirnya, dia kurangkan £10.....so, bermula bulan depan sewa rumah kami bertambah £20 sebulan.Sakit hati jugak, tapi nak buat mcm mana. Terpaksa terimalah. Nak pindah dah tak sampai setahun pun di UK ni. Lagipun, abang semakin sibuk dan perut saya dah makin besar. Nasib abang pandai, suruh dia clearkan barang2 dia dalam stor tu, kalau tak kami akan bayar amaun yg sama next month.Dapatlah tambah ruang utk barang2 sendiri. Harap2 dia kotakan janji sebelum 24hb September ni.

Hari Selasa 29/8 Dr Faez mengangkat barang ke kontena. Kesian dia, kontena patut datang pukul 10 pagi, sampai dekat pukul 4 petang baru muncul. Memang dugaaan betul. Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar juga. Dan hari itu juga hari terakhir Aqil dapat bermain2 bersama kawan baiknya Darwish. Keesokkan harinya niat di hati nak juga menjengah ke rumah beliau, tolong2 apa yang patut. Tapi perut saya rasa tak sedap. Malam baru dapat ke sana, konon Aqil nak jumpa Darwish kali terakhir, tapi sayang dia dah tidur. Aqil pun kadang tersasul panggil Alia Darwish...... Lepas ni nak naik sekolah, mesti sebut lagi nama kawan dia ni. Kami sekeluarga doakan semoga semuanya berjalan lancar yer kak...... Terima kasih untuk untuk segalanya di sini. Semoga kita dapat berjumpa lagi nanti di Malaysia.

Hari Rabu hingga Jumaat, rutin biasa. En Din ke sekolah, saya sibuk dengan bebudak. Hari merdeka 31 Ogos tu pun takde apa yang istimewa. Duduk sini takde terasa sambutan apa2. Tak macam kat Malaysia, macam2 ada kan. Semalam 2/9 ada lagi kawan buat majlis yassin dan tahlil. Sedap betul makanan yang dihidangkan....Sebenarnya dah lama tak dapat makan acar buah yang sedap mcm tu. Dapat lagi jumpa kawan2 seperjuangan di Sheffield ni. Macam2 cerita lagi keluar. Biasalah kan, bila berjumpa adalah cerita2 yang keluar. Pengalaman masing2. Tambahan ada lagi seorang kawan yang dah bergelar Dr. Tahniah untuk Dr Suhailah. Kejayaaan beliau diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat yang lain yang masih meneruskan perjuangan.

Hari ini pun saya tidak ke mana2. Berehat2 di rumah bersama keluarga. Ada juga menjengah ke internet tengok2 cerita pasal Siti kahwin minggu lepas dan kisah Mawi dan Ina. Amboi grand sungguh Siti kahwin. Tapi yang pelik cerita Mawi dan Ina putus tunang tu pun boleh jadi sensasi macam gitu sekali yer. Dunia hiburan tanahair sekarang....macam2.

Terima kasih untuk kawan2 yang bertanya kemana hilangnya saya seminggu ni. Saya pun dah semakin berdebar nak menanti kelahiran ketiga ini. Doakan semoga semuanya berjalan lancar yer. InsyaAllah dapat lagi saya berpuasa dan beraya sebelum anak saya ni lahir.

Sehingga di lain waktu............