Saturday, July 29, 2006

Tuesday, July 25, 2006

Malazzzz

Takde mood pulak tgk blog dua tiga hari ni. Malasnya....Menjengah juga ke blog kawan2, tapi tak se'excited' selalu. Mood malas saya dah datang, di tambah perut ni rasa makin berat, nak relax jer rasa. Cam mana tu????

Fikiran pun tak menentu. Sabtu lepas ada kenduri Aqiqah di rumah kawan di Sheffield ni. Ada dua keluarga yang baru menerima cahayamata baru. Seronok di sana...tapi, saya tersentuh bila di tanya oleh mak seorang kawan ni,

" Yang pompuan ni bersalin sini jugak ker?"( merujuk kepada Alia)
" Ha'ah mak cik".
"Mak datang lah ye masa tu?"
" Err...tak de pun mak cik, semua buat sendiri."
" Abih yang ke tiga ni, saper datang?"
" Takde jugak rasanya, sendiri jugaklah."....

Balik rumah, lepas solat, relax2 jap...... tanya kat hubby,

" Cam mana nanti ek bang ibu nak bersalin ni? Ok ker bebudak ni??"
Tetiba.....meleleh balik air mata...teringat kata2 mak cik tu. Esoknya, pagi2 telefon mak.....pujuk lagi.....jawapan tetap sama.............hua..hua... Malas nak pikir dah.
Saja nak kongsi di sini, gambar2 Aqil dan Alia bermain di belakang rumah. Panas2 ni memang seronok diorang bermain.



Aqil bersama slidenya n Alia bersama kudanya Posted by Picasa


Seronoknya main nampak Posted by Picasa



Kutip apa tu Aqil?? Posted by Picasa



Sampai terpejam mata tu Alia....haha Posted by Picasa

Thursday, July 20, 2006

Dah besar anak aku.....hehe

Minggu ni minggu terakhir Aqil berada di nursery sebelum cuti summer. Hari Isnin lepas, adalah meeting dengan ibubapa bersama guru besar dan bakal guru yang akan menjadi guru kelas Aqil lepas cuti musim panas ni. Maknanya, bulan September ni, Aqil dah mula masuk kelas reception (kelas peralihan sebelum masuk year1).
Saya tak tahu bagaimana perasaan korang semua bila anak nak mula masuk sekolah sepenuhnya. Tapi bagi saya, berdebar2 pulak. Saya yang dok fikir, macam manalah dia nanti. Ok ker dia kat sekolah. Macam mana bila dia nak masuk tandas, salin baju bila waktu PE, macam mana cikgu layan dia, macam mana dia dengan kawan2. Pandai ker dia nanti. Aduh!!! Macam2 gak dalam kepala otak ni. Yelah..sekarang kat nursery cuma 2 jam setengah jer di sekolah. Sebelum pergi nursery saya dah pastikan dia makan dulu, buang air dulu. Ini nanti dari pukul 8.40 pagi sampaii pukul 3 petang dia di sekolah. Dahlah nak makan pun, kalau saya tak suapkan, ciput jer dia makan. Kalau buang air besar pun, saya lagi yang cebukkan. Dah ajar suruh cuci sendiri, tapi bila time nak buang air tu, masih panggil saya juga. Kalau kat sekolah sini, mana ada air kat tandas. Pakai kesat jer.
Nampak gaya banyak yang perlu saya pastikan sebelum Aqil mula sekolah bulan 9 nanti. Cuti sebulan lebih ni kena lah pastikan, dia tak lagi terlalu bergantung pada saya. Rasa macam kecik jer lagi Aqil pada pandangan mata saya, betul ker dah nak masuk sekolah. Kalau di Malaysia baru nak masuk tadika, sini pun kira tadika jugalah ni...kan. Teringat pulak dulu2 masa saya baru masuk darjah 1, siap pesan dgn mak jangan tinggal, asyik dok tgk mak kat luar, alih2 mak tinggalkan juga, tapi tak nangis, sbb dah ramai kawan. Bagaimana agaknya perasaan mak masa tu..hihi.
Semalam, sedang saya dok mengadap komputer ni, Aqil bersuara:

"Ibu, Aqil nak paper"

" Nah...(sambil memberi beberapa keping kertas A4 pada dia) . Aqil nak tulis apa?"

" Ibu tunggu!!!"
Cheh pandai pulak dia suruh tunggu.
Selang beberapa minit kemudian,

" Ibu look....Aqil draw picture."
Saya pun tengoklah gambar yang dia lukis tu...Nak tergelak pun ada, tak pernah nampak dia melukis sebenarnya, selama ni mewarna, tulis ABC, 123 tu biasalah dia buat. Kalau saya suruh lukis, tak jadi apa pun. Conteng2 jer. Tapi kali ni ada lah rupa. Saya tanya dia balik,

" Aqil lukis apa ni?"

" This is my face". Saya dah tersenyum.

" Abih yang ni?"

" This one abah, Ibu and Alia"

Hahah..dah besar anak aku, Kalau nak tgk gambar yang aqil lukis tu, nilah dia....


Hehe, jadi 4 segi muka saya dan abah dia, muka sendiri dan adik bulat pulak. Rasa seronok lak tengok dia lukis tu, gini rupanya imaginasi dia. Yang belah atas tu, dia kata bird...hihi.Nanti yer Aqil..ibu ajar betul2 macam mana nak lukis ........Ibu pun tak pandai sebenarnya, jadi orang lidi jugak nanti agaknya...haha. Seronok rasanya tengok anak2 sendiri membesar kan.....

Monday, July 17, 2006

Ayam Jago dan Adik Bongsuku

Bila baca blog BP mengenai ayam jago masak semur kicap beberap hari yang lalu, saya teringat kisah adik bongsu saya bersama ayam jago ni. Cerita ini berlaku sekitar tahun 89 kalau tak silap saya. Masa tu, keluarga kami tinggal di Kampung Paya Jaras, Sg. Buloh Selangor. Adik saya ni baru nak masuk setahun ketika itu. Belum lagi pandai berjalan, baru nak bertatih. Rumah yang kami sewa tu, rumah kampung. Antara jiran kami ketika itu, ada keluarga india yang agak rapat juga dgn keluarga kami. Dia ada membela seekor ayam jago yang berwarna putih. Memang garang ayam jago dia ni. Saya ingat lagi, setiap kali nak pergi atau balik dari sekolah, saya terpaksa melalui kawasan rumah jiran kami ni. Memang takut sangat kalau terserempak dengan ayam ni, sebab dia garang sangat.

Rumah kami dan jiran kami ni, berhadapan. Satu petang, emak saya sedang sibuk nak memasak di dapur. Waktu itu dan saya rasa sampai sekarang pun, ada cerita cina bersiri kat tv. Saya ni memanglah peminat cerita cina bersiri ni, yang di siarkan setiap jam 6 petang. Sebelum ke dapur, mak dah berpesan dengan saya supaya tengok2kan adik-adik saya. Kami cuma 3 beradik. Saya pun mengiyakanlah pesan mak tu. Tapi, saya ni dok khayal tengok tv, adik saya yang sorang lagi pulak sibuk bermain dengan kereta permainannya. Nak di jadikan cerita, adik bongsu saya, dengan merangkak2 tu, keluar lah bermain di luar. Seronok agaknya dia nampak tanah. Saya pun tak perasan bila dia keluar.

Tiba-tiba terdengar bunyi suara adik saya ni menangis. Menangis yang tak henti-henti. Pada masa yang sama, saya juga terdengar, bunyi ayam jago putih tu bising seperti tengah mematuk sesuatu. Ketika itu, barulah saya tersedar adik bongsu saya dah tak ada di dalam. Saya tanya pada adik saya yang sorang lagi, " bang....mana adik?" Masing2 berpandangan, terus cepat2 berlari ke luar. Ketika itu, barulah kami berdua nampak, adik saya tengah bertarung dengan ayam jago tu. Ayam tersebut, tak henti2 mematuk adik saya. Saya lihat adik saya bangun, kemudian jatuh balik, merangkak, cuba melarikan diri dari ayam tu, tapi masih di kejar juga. Pulak tu, kepala, tangan dan kakinya dah berdarah2 di patuk ayam tersebut.

Punyalah takut saya. Saya jerit, dari tangga rumah jer, sebab saya memang takut dengan ayam tu. Habislah....memang kena marah dengan mak ni. Saya ambil selipar, baling ayam tu, tak jalan juga. Masa tu, adik saya yang sorang lagi dah panggil mak di dapur. Bila mak muncul, apa lagi....menjerit sakanlah dia. Terus mak turun, ambil selipar ayah, mak pukul ayam tu. Ayam tu melawan, tapi tenaga mak lebih kuat. Memang mak pukul habis-habisan ayam jago tu, sampai ayam tu lari, tapi mak pulak yang kejar ayam tersebut. Bisinglah sekeliling rumah tu dengan bunyi ayam dan jeritan mak yang marah sangat dengan ayam tu. Adik pulak dah menangis melalak. Saya dukung adik cepat2 dan bawa dia ke atas sambil memerhatikan emak berlawan dengan ayam tu. Tuan ayam tu tiada di rumah ketika itu. Masih belum pulang dari kerja. Bila ayam tu dah lemah, terjelepuk dia kat tanah tu, baru mak puas.

Mak memang garang masa saya kecik2 dulu. Dalam hati saya dah tahu dah, lepas ni turn saya pulak lah kena. Mak bukan terus tengok adik yang berdarah2 kena patuk ayam jago tu, tapi bila naik jer, terus jerit nama saya,....." Apa yang nko buat ni ha?? Suruh tengok adik pun tak boleh. Asyik tengok cina dia ajer." Emak terus ke bawah semula. Mula2 saya ingat apsal mak ke luar rumah semula. Saya tengok aje dari tingkap, nampak mak tengah cari ranting kayu panjang kat luar. Aduh!!! Habislah. Terus saya letak adik, berlari masuk bilik. Emak sempat kejar bersama kayu di tangan, belum sempat saya tutup pintu bilik dengan rapat, mak dah dekat depan pintu tu.

"Nko nak lari mana?? Sini cepat!! Suruh tengok adik kejap pun tak boleh! Mak buang tv tu nanti."

" Emak, sorry mak, orang tak buat lagi mak. "

Saya dengan mak bertolak2 depan pintu tu. Saya cuba tutup pintu, mak pulak menolak. Tapi, apalah daya saya, dengan tenaga emak yang tengah menyinga ketika itu. Kalahlah saya, habislah saya di kejar satu bilik tu, dengan berdas2 sebatan juga kena pada saya. Sempat juga saya lari ke ruang tamu, mak tetap mengejar, kena lagi. Bila dah puas hati baru mak berhenti. Adik saya dua2 pun terus senyap, yang sakit kena patuk tu pun terdiam tengok mak menyinga macam singa. Tak lama kemudian, bila ayah dah pulang dari kerja, emak dan ayah terus ke klinik bersama adik.
Malam itu, ayah berjumpa dengan jiran kami bercerita pasal kejadian itu. Dia pun minta maaf sebab ayam jagonya telah mencederakan adik. Ayam jago itu terus diikatnya di tepi pokok. Selepas dari hari itu, ayam tersebut kelihatan lemah, tak garang seperti selalu. Ayah cakap juga pada jiran kami tu, takut ayam tu sakit, tak nak ke diorang sembelih makan. Tapi, sebab ayam tu sebenarnya diorang sayang sangat, diaorang tak nak makan. Keesokkannya, ayam itu pun mati. Kesian pulak dengan ayam tu, kalah juga dia dengan mak saya. Tapi, diorang tak salahkan mak, bila diorang tengok adik luka2 macam tu, diorang yang rasa bersalah.
Bila saya ingat balik, emak memang garang masa muda dulu. Kalau ingat balik, takutnya. Atau saya yang nakal sangat tak dengar kata..hehe.

Sunday, July 16, 2006

Petua Tercekik Tulang

Ini adalah cerita yang saya dapat melalui email.

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan, Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya : Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. " Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

p/s: Ada sesiapa yang pernah buat atau kalau tercekik tulang tu, mungkin boleh cuba petua ni yer.....hehe
>

Friday, July 14, 2006

Aqil buat!!!

Assalamualaikum semua......

Saya ada katakan pada entri sebelum ni, saya akan cerita serba sedikit mengenai Hari Keluarga Sheffield pada hari Ahad lepas. Tapi, rasanya malaslah saya nak buat entri pasal ni. Lagipun Puan Anita kita ada buat entri pasal ni. Sesiapa yang nak tahu pasal ni boleh pergi ke blog
Puan Anita lah ye. Namun begitu, saya ada uploadkan beberapa gambar aktiviti hari keluarga tersebut didalam Fotopages saya. Kalau ada yang nak tgk boleh klik di sini.
Hari ini saya ada temujanji di hospital untuk scan anak dalam kandungan saya ni buat kali kedua. Scan untuk minggu ke 21. Pagi2 lagi saya dah kejutkan Aqil dan Alia utk bangun. Yelah...temujanji saya pukul 10.50. Bebudak ni biasalah liatnya nak bangun. Aqil bila saya suruh bangun tu, dia sibuklah bertanya itu dan ini. Saya nak kemana semua. Dan untuk pengetahuan semua, Aqil walaupun dah 4 tahun, cakapnya masih tak betul lagi. Bercampur aduk English dan Bahasa Melayu. Dulu dah masuk 3 tahun pun, dia masih tak pandai cakap. Takut juga saya di buatnya. Dan kadang2 saya cakap pun dah terikut2 cara dia supaya dia faham. Antara perbualan saya dengan dia pagi tadi,
" Why ibu??"
" Bangun cepat. Ibu nak pergi hospital"
" Hospital?? Why?? Ibu sakit??
" No, ibu nak check baby. Kan ada one more baby kat dalam perut ibu".
"Ibu got one more baby?? Ibu saper buat??"
Saya dah tergelak dengan soalan dia tu. Saya saja tanya dia...." Ha! Sape buat??"
" Aqil buat!!!",......kuang..kuang..kuang.
Suami saya kat dlm bilik study dia masa tu pun ketawa. Wakaka......kelakar betul anak ibu ni.
Sebenarnya, masa scan yang pertama kali, minggu ke 16 yang lalu, Aqil ada bersama dalam bilik scan tu. Excited dia tengok ada baby dalam perut ibu dia. Lepas keluar dari bilik scan tu, sibuk dia nak bukak baju saya tengok kat mana baby tu...haha. Lepas tu sibuk lagi dia cakap,
" Ibu ada baby dalam perut??"
" Iya sayang...ada baby dalam perut ibu. Aqil nak baby lagi tak?"
" Aqil ada baby jugak, there's Alia inside my tummy".
Kah..kah..kah..punyalah saya ketawa. Dan hari ini, oleh kerana takde tempat parking, suami saya duduk dalam kereta saja tunggu saya pergi buat scanning tu. Bila saya balik, Aqil lagi sekali bersuara,
" Ibu ada baby?"
" Iya ..ibu pergi check baby tadi".
"Where??"
"Kan ada baby inside my tummy".
" What??? Baby inside Tommy Zoom??"
Aduh.......punyalah gelak sakan saya dan husband dalam kereta tu. Buat lawaklah pulak anak lelaki saya ni. Dan untuk pengetahuan semua,Tommy Zoom tu kartun yang selalu dia tengok dalam tv.

Monday, July 10, 2006

Cleethorpes dan Lain-lain

Salam untuk semua kawan-kawan bloggers. Maaf sebab dah lama juga tak update blog ni. Ada sawang ker?? heheh..... Hari ni baru masuk 5 hari..oklah tu....kan..kan. Sebenarnya a little bit busy dengan benda2 lain. Di samping pening kepala saya yang kejap2 datang di tambah dengan sakit pinggang gak. Tak tahulah kenapa. Saya rasa pregnant ke 3 ni, banyak sikit sakitnya saya ni. Badan pun tak delah secergas dulu. Cepat penat, cepat mengah, baru naik tangga sikit dah tercungap. Walaupun begitu, takdelah duduk relax jer tau.
Semalam sebenarnya ada family day untuk semua warga Melayu di Sheffield ni. Jadi, dari pagi sampai ke petang di sana. Nanti akan saya cerita serba sedikit mengenainya, Bukan sekarang ye. Petang pukul 6 dah start final WC. Jadi di depan tv jer lah walaupun kami terlepas untuk tgk first half. Sebabnya ingat dia start pukul 8 mlm, rupanya pukul 6 petang. Hahah. Saya duk sibuk tgk cerita lain, husband pulak tidur kepenatan. France kalah lah pulak. Zidane kena kuar padang.....aduh. Semua pasukan yg diharapkan menang, kecundang. Jadi, malaslah nak cakap pasal bola.
Saya sebenarnya nak cerita mengenai trip kami ke Cleethorpes beach pada hari Khamis lepas. Rombongan ni di buat oleh nursery tempat Aqil belajar sekarang ni. Jadi, ini kira rombongan dari Greenland Nurserylah. Dah lama, cikgu dia beritahu pasal rombongan ni. Mula ingat tak naklah ikut. Tapi, kalau takde family yang ikut, anak tak leh pegi pulak. Kena bayar, satu kepala £7. Saya ingatkan adalah game apa2 ker bila pergi sana...yelah apa2 aktiviti yang menarik ker untuk bebudak nursery ni kan. Kesianlah pulak kat Aqil, sibuk dia nka pegi beach. Jadi, kami sekeluarga ikut sekali. Mula saya dengan Alia jer yang nak pegi, abang tak nak ikut, tapi bila fikir2 kami jer Melayu rasanya, saya takut mati kutu lak dgn parents lain, saya suruh gak cik abang ikut..hehehe.
Perjalanan sepatutnya bertolak pukul 9 pagi, tapi biasalah kan bas pulak lambat, pukul 9.30pagi baru bertolak. Aqil bukan main seronok lagi, konon nak pegi pantai bersama2 cikgu dan kawan-kawannya. Tapi, takdelah kawan dia sibuk ngan dia, sibuk ngan mak dia jer. Kesian Aqil.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Saya ok jer dalam bas, aqil pun happy jer, alia pulak mula2 seronok dia, lepas tu tidur je sepanjang perjalanan. Tapi, kesian kat husband saya, boring dia, tak ramai bapa2 yang ikut, ramainya emak2. Pulak tu, yang ada tu boleh katakan majoriti semua orang Pakistan, India n Bangladesh kot. Kira dalam bas tu penuh dgn kaum dialah kalau tak termasuk cikgunya dan driver bas. Cikgu pun seorang jer mat salleh. Aduh!! Cik abang saya sibuk sakit kepala. Yelah, diorang dalam bas tu, macam apa jer. Pok pek pok pek 24 jam, cakap bahasa dia. Dia siap cakap dgn saya, kita ni kat mana ni???? England ker? India ker? Pakistan????
Hahahah...memang betul, saya pun naik pening. Kat nursery Aqil ni, memang majoriti student dari kaum2 dia. Maklumlah area Darnall tempat kami duduk ni, kawasan Muslim, mat salleh ramai gak, cuma diorang tak ke sekolah Greenland ni. Semua ke tempat lain kot. Adalah juga yg sekolah di sini, tapi tak ramai. Sekolah ni yang paling dekat dgn rumah kami, jadi gasaklah kan. Dan Muslim Britain ni ramainya orang Pakistan, jadi apa lagi...memang terpaksalah kan. tapi, nasib baik husband saya ikut, kalau tak memang betul saya mati kutu. Dahlah rupanya tak de aktiviti yang di rancang oleh cikgu2 ni. Main redah sendiri jer, ikut suka family masing2. Jadi kami pun buat hal sendirilah. Kalau tahu memang tak nak ikut, tapi Aqil sibuk jer kan. Takpelah..pengalaman ni. Nasib baik pantai dia cantik gak. Dan kawasan sekitar pun boleh tahan lah. Kami pun memang tak pernah pegi sini, layan kan jer lah. Aqil jer konon sibuk naik main dgn kawan2 dia, tapi kawan dia bila dah ada family masing2 semua tak sibuk pun. Macam tak layan jer.....geram pulak tgk kaum ni. Nasib cikgu dia ok. Takdelah rasa tersisih sangat. suami saya lagilah, asyik dok panggil diorang ni...'k......ng'. Saya pulak yang marah, takut diorang dengar kan. Dia cakap, apa barang, bukan diorang faham pun, kalau yg kat Mesia memang lah marah..ini tak fahamlah. Tak kisahlah diorang faham ke tidak, sya tak suka gak.
Jadi, di sana, kami buat hal sendirilah. Waktu tengah hari makan mee goreng yang kami bawa. Berjalan2 di kawasan sekitar. Pukul 2 bas bertolak balik. Tapi, dah di beritahu bas bertolak pukul 2 tu, ada juga yang ntah ke mana-mana, lambat. Pulak tu, bila dah sampai situ, boleh berlenggang-kangkung lagi jalan. Geram betul. Sepatutnya sampai semula Darnall, pukul 3.30 lah kan, tapi ada kemalangan pulak dekat Motorway. Dah tersangkut, pukul 4.30 baru sampai. Lepas tu, masa nak turun tu, cikgu Aqil ni pun beritahulah yang esok takde nursery, tapi kena pegi Hazel park, ada aktiviti lain bersama keluarga gak. Hmm tak kuasa nak pegilah, mesti jumpa kaum dia gak ramai. Dan betul pun, sebab semalam masa family day tu, ada kakak ni cakap..." Memang pun Yus. Tak payahlah pegi. Macam pesta diorang pulak..siap dgn pakaian masing2, berwarna-warni. Nasib baik.
Di bawah ni, slide gambar2 masa kami di sana. Aktiviti keluarga sendiri jer..heheh.




Dan hari ini, barang yang kami kirim dari Malaysia dah sampai. Heheh..seronoknya, stok baru ikan bilis dah sampai. Belum bukak pun lagi, lepas ni bukak lah. Oklah semua. Berhenti di sini dulu.

Wednesday, July 5, 2006

Satu kejutan lagi

Sebenarnya lagi malam tadi lepas habis jer perlawanan German dengan Italy tu, saya ingat nak update blog ni. Tapi tak dayalah. Kepala saya ni berdenyut jer...macam di cucuk-cucuk. Lepas tu dok terfikir, mesti Puan Ajzie kita dah beri ulasan pasal ni. Sebelum tidur tu, sempat lagi buka blog dia, tengok..ha betul pun. Heheh..cuma tak sempat beri komen apa. Sakit kepala woooo.

Saya bukanlah sakit kepala sebab German kalah pada Italy. Lagi saya suka pun. Memang satu kejutan sekali lagi.Cik abang saya paling happy, sebab German kalah siang2...ingat nak suruh dia kalah masa final, alih2 semi final dah kalah. Nasib diorang lah kan. Tapi, memang dua2 pasukan ni semalam main dengan baik. Seronok jer tengok dalam kepala saya pening-pening tu. Tahniah buat Italy.....diorang memang main best. German pun best gak, tapi, mungkin bukan nasib diorang masuk final kan, terpaksa tunduk pada Italy 2-0. Macam kata Puan Ajzie, penyokong German memang patut di beri pujian. Tetap beri semangat walaupun dah kalah.....semangat kesukanan yang tinggi.
Berbalik pada sakit kepala saya, sebenarnya menjangkit dari cik abang saya ni. Saya pun dah terjangkit demam sikit2. Ni pun masih berdenyut-denyut, cuma perasaan nak update blog ni tinggi sebab ada yang dah tinggal komen pada entri lepas mengenai kekalahan German....hahah. Hari ni, Portugal lawan France, saya masih berharap France menang. Sebabnya saya tak nak Portugal masuk Final....menci diaorang kalahkan England hari tu....hehe. Tapi, kalau diorang masuk gak...saya sokong Italy lah lepas ni. Yang penting...tak mau Portugal menang.
Aduh!! Kepala ni sakit lagi. Nasib saya dah tak kerja pagi. Dah tak larat nak angkat vacuum pagi-pagi, jadi cleaner. Perut saya pun dah makin besar. Takut tersandung kat mana2 kang..mau naya jer kan. Memang dah niat awal bulan 7 berhentilah saya. Yang saya tension sikit tu, berhenti jer saya, semua kengkawan kat tempat kerja dapat t-shirt kerjalak. Selama ni takdelah t-shirt untuk cleaner ni, pakai baju sendiri jer. Alih-alih saya berhenti, ada t-shirt lak. Bukanlah suka noo pun nak pakai t-shirt cleaner ni kan...lengan pendek pun. Mungkin ada yang lengan panjang kot. Tapi, naklah jugak simpan kan, sebab dah dapat, kalau berhenti bukan pulang balik pun. T-shirt free kan..saper tak nak...hehe. Cantik pulak tu.
Aahh nasib saya lah. Yang penting, memang dah tak larat nak buat kerja2 tu semua. Dah masuk 5 bulan pregnant ni. Kalau setakat kerja kat office, macam dulu2 cuma perah otak dan guna jari-jemari jer buat kerja..oklah boleh tahan sampai 9 bulan. Ini...kerja guna tenaga, naik tangga turun tangga....sakit pinggang omaks.
Oklah. Nak berehat. Pening lagi ni.Hahah.....sempat lagi berblog ye. Salam untuk semua.

Monday, July 3, 2006

Demam Bola

Dari semalam bila saya baca blog kawan-kawan, ramai yang memberi serba sedikit ulasan mengenai bola. Antaranya blog ajzie, Dr Faez dan uDa. Saya takdelah nak bercerita pasal bola, tapi nak cerita penangan kekalahan team favorite kami agaknya. Suami saya memang penyokong kuat Argentina. Bila Argentina kalah...rasa frust aje. Lepas tu, sebab konon duduk England, sokonglah England pulak kan. Tup2 England kalah gak. Sedih jer. Tapi terubat sikit perasaan bila Brazil kalah. Memang tak sokong Brazil sebab dah banyak kali diorang ni menang. Bagilah can pasukan lain pulak...heheh.
Tapi, yang peliknya, kami dua orang ni, lepas jer tgk aksi2 perlawanan tu, semua terus tak sihat. Saya dengan tak sedap perut. Asyik meragam jer. Cik abang pulak, sakit2 badan. Kata dia masuk angin. Lemah jer. Alih2 tengok pagi ni, terus seram sejuk. Demam. Kesian pulak dia. Kata dia sebab berkipas. Yelah..dah lama tak berkipas, asyik pasang heater jer. Tapi sekarang ni, cuaca kat sini panas bebenor. Tak tahan saya. Tu yang tidur malam asyik nak berkipas jer. Cik abang pulak, tak tahulah..takut kipas ker apa. Sibuk sakit badan. Ker sebab bola....hahaha. Demam bola yer bang. Yelah...semua yang di harapkan menang dah kalah....hihi.
Harap-harap demam tu cepatlah kebah. Kesian ibu tengok. Cuaca sekarang ni tak menentu. Dua tiga hari ni memang panas. Kang kejap lagi sejuk balik. Anak2 tidur pun berpeluh2. Bau semacam je bila bangun pagi. Tapi nasib baik diorang tak demam sekali ikut abah dia. Kalau tak pening gak kepala saya. Asyik merengek jerlah jawabnya.
Berharap German jumpa France di perlawanan akhir...dan France menang. Kalau tak menjadi gak tekaan ni, lagi demam agaknya..hahahahah.