Thursday, February 21, 2008

Tuesday, February 12, 2008

Cerita cuti tahun baru cina....

Dah basi cerita rumahku syurgaku tu. Aku pula tak sempat nak update cerita baru..mrgreen. Terima kasihlah pada yang meninggalkan komen. Tuan rumah dah hilang rindu dah..redface.

My dear SRD dah balik...yeehaa. Kengkonon macam dia nilah, tukar K jadi D jer..(bang jangan mare). Siapa tak suka hubby dah balik kan. ..kan. Bila SRD dah balik, macam2 programlah di atur. Sebenarnya dah di atur sebelum SRD ke Sarawak lagi. Program sempena cuti raya cina. Hari Rabu tu pagi-pagi dah balik ke rumah MIL di Muar. Kami di sana sampai hari Khamis tengahari jer. Lepas makan tengahari hari Khamis tu, kami balik ke BP semula. Ada jemputan kahwin di Pelican Hotel.

Bersama pasangan pengantin Anisah dan Ashraf

Di sana dapat berjumpa semula dengan Kak Fadzilah dan Kak Shima sekeluarga. Kenalan kami semasa di Sheffield dulu. Balik dari majlis tersebut, mereka semua bertandang ke rumah kami. Al-maklum lama juga tak berjumpa sejak masing2 dah pulang ke Malaysia. Esoknya, hari Jumaat 8/2 kami di rumah saja sehingga waktu tengahari. Keluarga aku sampai dari Melaka kerana kami akan ke Tanjung Balau untuk menghadiri majlis kahwin sepupu aku di sana. Selepas makan tengahari, kami bertolak ke sana dan tiba pukul 5.30 petang. Kami tidur di sana kerana majlis sebenar ialah pada keesokkan harinya. Sempat juga kami menikmati angin pantai di sekitar rumah mak andak itu.

Bergambar bersama pasangan pengantin dan mak andak aku yang vogue..(ibu pengantin lelaki)

Bergambar di jeti, berdekatan dengan rumah mak andak..(angin dia kuat, Abid punyalah suka)
(Dari kiri, SRD, Abid, aku,adik bongsu aku dan Alia)

Kami bertolak pulang ke Parit Raja pukul 1.30 petang. Sampai di rumah pukul 4 petang, beli barang2 dapur sikit sebab abang ipar, akak ipar, mil dan adik ipar aku semua dah habaq nak tiba maghrib. Busylah aku hari itu. Nasib baik juga ada emak aku menolong...hihi. TQ mak. Riuh-rendah di buatnya rumah aku hari itu. Tapi aku seronok walaupun penat, ceria jer suasana rumah, takdelah boring kan.

Hari Ahad, lepas semua bertolak pulang ke destinasi masing2 (famili aku ke Sg Balang, famili in law pula ke Muar), aku, SRD dan anak2 melepak sakan..huhu. Penat beb..lelapkan mata sekejap. Pukul 2 petang bangun tidur, baru aku masak untuk makan tengahari. Masak simple jer, ikan caru bakar dengan sayur bening. Ikan tu pulak cicah dengan kicap campur bawang dan cili padi yang di perahkan limau kasturi sikit. Hmmm tangkap leleh gak walaupun simple jer lauk..huhu.

Begitulah serba sikit cerita aku. Oh ya ini hadiah istimewa dari SRD from Sarawak. Terima kasih yer bang...cantik sekali, ibu suka..biggrin

Sunday, February 3, 2008

Rumahku Syurgaku

Aku teringat satu ketika pernah berbual bersama seorang rakan. Apa yang kami bualkan hari itu, dapat aku rasakan hari ini. Malam ketiga aku dirumah bersama anak2 tanpa suami di sisi. Namun begitu, aku tidak rasa kekok, aku rasa selesa, sekali sekala, rindu itu bertandang jua, tapi aku rasa senang di rumah sendiri (walaupun rumah sewa...biggrin).


Kalau dulu, sebelum kahwin, walau kemana aku pergi, bila pulang ke rumah mak, memang seronok. Waktu cuti, sebulan pun tak rasa apa. Tapi, sekarang paling lama seminggu, aku masih rasa selesa, tapi lebih dari itu, sudah mula tak senang duduk. Lebih-lebih lagi bila suami tiada di sisi. Rasa tak keruan jer. Contohnya bulan lepas, 'Dia' berkursus, aku di rumah mak, walaupun cuma dua hari...ada rasa tak 'best'nya. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab bukan di rumah sendiri. Bila dah punya keluarga sendiri, rumah kitalah tempat yang paling best sekali. Bukanlah bermaksud rumah mak atau mertua tu tak best, cuma yang paling best rumah kita sendiri, di sisi suami dan anak-anak. Yelah...cuba imbas kembali, bila kita tinggalkan rumah sendiri dua tiga hari, rasa banyak benda tak settle (akuler rasa macan tu). Bila balik jer, badan rasa letih, baju banyak nak basuh, tengok rumah pun macam tak siap jer. Betullah kata orang 'Rumahku Syurgaku'. Lagi pula, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya kan.

Hmm..apalah aku merepek malam-malam buta ni. Tengah tunggu panggilan dari 'Dia' sebenarnya...anak-anak pula sudah lama di buai lena. Layankan ajerlah si yus ni merapu yer....mrgreenlolrazz

Friday, February 1, 2008

Aku rindu......

Hati rasa sayu aje pagi ini.........sad

Tiba-tiba rasa rindu pula pada suasana sejuk di sana...

Rindu bermain snow di belakang rumah....

Rindu sat-saat kita gembira bersama...

Sebenarnya hati aku sayu kerana aku bakal sendiri untuk beberapa malam bersama 'the 3A' kerana si 'Dia' ke Kuching Sarawak atas urusan kerja crycrycry. Tak pernah kami ditinggalkan begitu lama, semalam pernahlah....(padahal baru jer berangkat untuk ke KLIA tu)

Abah jaga diri yer....
Abah cepat pulang yer.....
Abah kami rindu abah....
Abah ibu pun rindu abah....
Walaupun begitu....balik nanti jangan lupa ole-ole untuk kami dari Sarawak yer...biggrin


We will miss U...
Take care....