Tuesday, May 6, 2008

Aku yang tak sabar....

Temperature dalam badan aku ni boleh naik mendadak bila berdepan dengan kerenah anak2. Aku yang memang tak berapa nak sabar di tambah dengan dengan sikap anak2 aku yang terover ligat dan tak makan saman. Macam mana cara untuk atasinya? Ada sesiapa boleh tolong?? Kalau cerita dengan mak aku, mesti dia kata, sabar jer dah memang budak2 macam tulah. Kita sebagai ibu dan bapa kena banyak sabar dalam mendidik mereka. Tapi adakalanya aku memang tak boleh nak sabar.

Kalau kat dalam rumah sendiri, aku tak kisah sangat dah mereka nak bergaduh ker bertekak ker. Anak2 aku ni kecik2 pun dah pandai bertekak. Sorang kuat dengki dan kuat mengadu, sorang kuat merajuk tahap gaban, sorang lagi ter'over' ligat. Bila cakap baik2, semua memang macam bagus jer dengar, tu kat rumah lah. Tapi kerenah diorang ni menjadi bila kat tempat awam, atau di luar rumah. Adus!!! Boleh sakit jiwa kadang tu.

Contoh:
1) Yang ni masa majlis konvokesyen SRD hari tu. Dari dekat rumah lagi, aku dah nasihat habis pada Aqil dan Alia supaya well behaved. Aku beritahu mereka, hari ni abah akan naik pentas, dapat hadiah. Tengok abah, duduk diam2, jangan gaduh atau jerit-jerit yer. Nanti orang marah. Aku memang takut Abid tak reti duduk diam. Yelah, Abid tu memang susah nak suruh duduk diam. Ligat dan lasak ya rabbi. Tapi, tahu tak siapa yang buat perangai. Aqil yang paling besar dan paling di harap untuk tunjuk baik pada adik2 nya. Aku tak pasti dia marah apa pada aku. Tapi masa dalam dewan tu, dia memang tak dengar kata aku. Orang suruh duduk diam, dia boleh terbaring dekat kerusi yang di sediakan. Aku marah, dia baring kat lantai, lepas tu boleh main 'celup baa' (nyorok-nyorok) pulak bawah kerusi. Aku kasi gula2 biar dia diam, dia boleh baling gula2 tu ke bawah kerusilah, lepas tu kata nak ambik lah. Adus. Aku cakap, orang tengok Aqil, janganlah macam tu. Dia diam sekejap. Lepas tu ada ker patut, masa orang tengah berucap dekat pentas, dia boleh baring kat tengah2 tempat orang berjalan tu. Aduss. Jumpa kawan baik dia pulak masa di Sheffield dulu, mereka berdua boleh main kejar2 kat belakang dewan. Aku diam jerlah. Mak mertua aku pun dah tak tahu cakap apa. Nasib baik Dr Faez, ibu pada kawan baik dia Darwish bagi main game handphone dia. Mulalah dua2 senyap. Tapi bila majlis dan selesai dan jamuan makan bermula, apa lagi, meligat lah mereka berdua kat tempat makan tu. Siap terlompat, terbaring kat tangga, terjerit2. Memang lah budak2 macam tu agaknya kan, tapi kalau orang tak biasa, mesti cakap, anak siaplah tu.

2) Yang ni masa kat restoran pizza. Ibu dan abah dia memang lah teringin nak makan pizza. Jadi bawalah anak2 ke sana. Kalau anak-anak orang lain, mesti suka giler dapat pergi KFC ker, Mc Donald ker atau Pizza Hut ker kan. Tapi anak2 aku semuanya tak pandai makan benda2 tu semua. Satu lagi memang dari dulu tak pernah ajar mereka makan di kedai. Yelah kat Sheffield dulu, mana pernah pergi, balik Malaysia ni macam2 tempat makan boleh pergi kan. Mereka ni memang lah macam orang jakun kot..huhu. Yang kita orderkan mereka tak tahu nak makan. Setakat minum air jerlah. Makan ayam sikit. Tapi yang tak tahan tu, tak reti duduk diam. Order belum sampai, dah sibuk main sudu dan garfu. Ketuk2 sana, ketuk2 sini. Abid pulak memanglah tak betah duduk di kerusi baby tu. Asyik nak bangun jer lepas tu main sudu jugak. Sengaja dia jatuhkan, lepas tu sibuk nak ambik balik. Sambil tu masing2 sibuk tanya bila makanan nak sampai dengan volume yang agak kuat. Semua orang boleh pandang. Adusssss.....baik2 mood baik nak makan, terus hilang mood. Kemudian tu, duduk kat kerusi pun boleh terlompat, dah pesan juga supaya baik-baik, but still terlalu aktif..ketiga-tiganya.

3) Dalam bank, aku ni nak buka akaun untuk mereka. Jadi sementara aku berurusan dengan pegawai tu, masing2 memanglah tak boleh duduk diam. Main kerusilah, main kertas lah. Ada komputer kat situ, Abid boleh main plug dia lah. Tutup bukak plug tu. Sekejap2 aku kena bangun dari kerusi ambik dia. Abid ni nampak macam tak takut orang, tapi sebenarnya takut bila orang nak pegang atau ambil dia. Terus melalak sakan. Orang tegur pun tak boleh, tapi kalau orang lain hanya berada di sekitar dia, dia buatlah perangai dia yang terlebih aktif tu. Panjat kerusi, tolak kerusi, tiga2 boleh main kereta dengan kerusi beroda tu. Satu bank boleh dengar suara mereka. Kalau M**bank Parit Raja tu, rasa semua pegawai dah kenal dengan anak2 aku...huhu. Kalau aku datang bawak Abid sorang jer, boleh ada yang tanya, Harry Potter tak datang sekali ker? Mana si rambut kerinting?Tapi kalau Aqil dan Alia ada, terpaksalah mereka dengar suara mereka bergaduh, bermain, main kejar2 dalam bank tu. Satu lagi, kalau aku tak bawak pushchair, ada yang tanya, tak bawak pushchair ker? Masalahnya Abid sekarang, duduk dalam stroller ker pushchair ker, dah pandai bangun keluar sendiri dari kerusi tu tanpa bukak pengikat dia pun. Terus jer sibuk nak tolak pushchair tu ke sana sini. Kita tak kasi, dia boleh terus terbaring kat situ. Kita dukung, dia terus buat2 lembikkan badan, nak angkat pun tak larat...adussss.

Tapi itu di M**bank. Bila di H**C bank, harus kena marah anak2 aku tu dengan manager dia kot. Berlari sana sini, sementara abah dan ibu dia ni tengah nak dengar penerangan pegawai bank di situ. Kena sound lagi aku ni, siap berdesing rasa telinga, malu pun ada. Tapi mereka memang tak faham bahasa aku atau buat2 tak faham. Masih nak bermain2 dalam bank tu. Last2 kena sound, " Ini bank yer bukan playground". Sadisss rasanya hati aku sebagai ibu.

Namun begitu, satu yang kami perhatikan, anak2 aku semua terang hati. Cepat dapat bila diajar. Dengar cd lagu kanak2 sekejap jer dah boleh ikut. Abid tu, suka benar dengar kaset Ustaz Akhil Hayy. Zikir2 dalam album Ustaz Akhil Hayy tu semua dia boleh ikut. Ayah aku siap kagum tengok dia boleh ikut, betul lagu nya walaupun sebutan tak jelas. Pelat lagi+ tak pandai cakap lagi. Alia pun sama.

Ibu berdoa semoga anak2 ibu Aqil, Alia dan Abid akan menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Harap2 kecik2 ni jer susahkan ibu dan abah, besar esok dapat tolong ibu dan abah yer. Menjadi seorang ibu bukannya mudah, sabar dengan kerenah anak2 bukan satu tugas yang senang. Ibu memang bukan seorang ibu yang baik, cepat naik darah, selalu marah Aqil, Alia juga Abid. Maafkan ibu.Bantu ibu yer sayang, dengar cakap ibu, tolong jaga tingkahlaku bila di tempat orang, jangan terlalu aktif, sampai orang marah. Tunjuk sikap yang baik, jangan suka sangat merajuk, lepas tu buat perangai. Bolehkan anak2 ibu....

Hmmm luahan hati ibu yang ibu tahu anak2 ibu tak dapat baca lagi. Harap2 satu hari nanti akan faham juga...Ibu sayang Aqil, Alia dan Abid. Kamu bertiga adalah permata hati ibu yang tak ternilai harganya.

Buat semua ibu2 di luar sana, Selamat Hari Ibu.

16 comments:

Ajzie said...

Ibu ibu......... engkau laaaaaa ratu hati kuuuu

13may said...

errr...errr...

selamat hari ibu!

:)

misah said...

sabar..sabar...

oldtown~Smell the Roses said...

Sabar bu!!!

kakLuna said...

ada hadis Rasullullah kata, didiklah anak sesuai dgn zaman nya. mmg itu cara terbaik.

anak2 zaman skrg mmg makin pandai tunjuk perasaan, kita kene tahu lebih advance apa yg dia suka dan x suka....kene pulak 'berfikir' mcm dia fikir.

tetapi kalau anak2 tu hyper aktif sgt, cuba bg minum air penerang hati...tak pun time dia nak tido tu kene zikir,wiridkan kat telinga dan ckp dia anak yg baik, anak yg dgr ckp, anak yg hormat orang tua etc..

sy ni mmg bkn yg terbaik nk nasihat bab parenting ni..anak pun sorg tu je..cuma pndgn x seberapa ni kot2 lah boleh membantu..

Kaklong Syikin said...

salam yus,

anak2 aktif ni mmg bijak.

akak pun tak tau nak bg pandangan camner. Bukannya anak2 akak tak lasak, tp kat luar tu masih berani bawak depa p majlis atau makan kat kedai.

akak sokong saranan luna tu.
cubalah dulu ya..

lagi satu akak suka pesan kat anak2 akak, kalau ikut p jalan tak behaved, akak takkan bawak depa keluar lagi. hehe..nampak menjadi gak amaran tu.

Unknown said...

azi,13may, misah dan nani,

memang bersabar ni...kalau tidak meletup agaknya...haha

Unknown said...

Luna,
terima kasih atas nasihatnya, kalau bab masa tidur zikir kat telinga, nasihat yg baik2 tu selalu juga buat, mereka ni ok cuma kadang2 tu mereka terlupa, saya ni pulak kurang sabar especially kalau kat luar kan... Kalau tiga2 sekali buat perangai serentak, memang susah saya nak sabar kadang tu, but then, thanks again for the advice...

Unknown said...

kak syikin,

saya pun ada bagi amaran kak,contoh kalau nakal, lenkali tak bawak keluar (yg ni tak menjadii). Yang terbaru, siapa nakal or bergaduh, sorang hantar rumah maktok, sorang rumah tokmak, yg ni nampak menjadi, semua tak mau duduk dengan nenek dia..melalak sakan...huhu

aNIe said...

Yus...dengan anak2 ni kadang perangai mereka kita tak dpt jangkakan apa yang diorang akan lakukan...kita jgn jemu membimbing dan memberi nasihat...yang pasti bila dengan mereka kita kene banyak sabar...memang ujian semua tu...tapi Insyaallah...bila mereka besar...diorang akan ingat ajaran yg kita berikan...

Bunga Rampai said...

Sabar Yus, temperature tinggi sangat nanti masak pula badan tu :p

Ucapan terlewat- Selamat Hari Ibu, semoga terus berusaha menjadi ibu mithali, juga semoga Tuhan memudahkan segala urusan Yus sebagai seorang ibu.

Salam :)

victoire said...

budak2 ni ade bermacam2 jenis.
ni jenis nakal lebih sikit kot, hehe.
mcm biase, bersabor je laa.
ni fasa mereka tngah nakal.
nanti da besar sket makin ok laa

zlaa said...

InsyaAllah bila mereka menginjak umur ke 12 tahun, akan berkurangan lasaknya. Anak-anak Yus tu bijak-bijak sebab tu dia orang macam tu.

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

mrah tandanya syg...x giteww

HAPPYIRFA said...

salam kak yus..
lama x dtg blog akak sbb selalu dtg tp xde apdet.he he.

anak saya pun sama.baru 2 org.x buleh duk dekat..baik kejap jer pastu mesti gaduh..selalunya adiklah yg mulakan tp yg kena marah kakaklah..adui..adiknya mmg aktif sesangat.langsung xduk diam.
cakap elok diam kejap,kalau marah lagi ligat

Faizah said...

mmg budak2 ni byk kerenah..mcm2 perangai..sama mcm Wafeeq dan Nasrin..ni yg kecik pun dah ada peel dah..adoi..