Friday, July 27, 2007

Wajah Terkini Anak-Anakku...

Aqil Zafran, Alia Zafirah dan Abid Zulfan (Alia cuba ikut aksi abangnya Aqil..hehe)

Aqil bersama wajah harimaunya

Alia dengan aksi manjanya

Abid dengan muka toyanya..huhu (kompius ker apa anak ibu ni..hihi)

Tiga permata hati ibu dan abah...
Semoga ceria selalu yer sayang...

Nota kaki: Ben 10, kartun feveret Aqil dan Alia sekarang, naik muak ibu dia tengok. Tv Ben 10, games pun Ben 10, ibu pun letak lagu tema Ben 10 ni kat sini yer sayang...haha. Sabor jerlah, sikit jer, opening jer ni..hehe

Thursday, July 26, 2007

Alhamdulillah, sekalung tahniah buat Abang

Hari ini satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Hari penentu buat abang setelah hampir 4 tahun bertungkus lumus untuk mendapatkannya. Dari minggu lepas lagi, sejak mula tahu tarikh viva itu, hati aku dah tak tenteram. Bukan aku yang nak menghadap pemeriksa itu, tapi aku turut merasakannya. Abang pun aku tengok tak keruan juga. Makan masih lagi lalu, tapi asyik nak keluar semula. Pagi tadi pun sebelum keluar melangkah dari rumah, sarapan tidak abang habiskan sepenuhnya. Perut lapar, tapi nak masuk tak boleh kan bang.

Sebelum melangkah masuk ke bilik viva, abang sempat telefon dulu. Minta kata-kata semangat buat kali akhir. Selama dua jam itu, hati aku gundah gulana. Segala kerja macam tak menjadi. Bagaimana agaknya abang? Berjayakah abang? Selepas mandikan Alia, aku tengok jam dah pukul 11.48 pagi. Baru aku siap pakaikan baju untuk Alia, telefon pun berdering. Kelihatan nombor handset abang. Hati aku makin berdebar. Perkhabaran gembira dari mulut abang itu betul2 buat aku terharu. Tak tahu nak kata apa, mengalir air mata ini. Air mata gembira. Syukur, alhamdulillah. Tahniah Bang!!! Akhirnya abang berjaya.

Ibu dan anak-anak tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan abang. Segala dugaan dan rintangan yang di tempuh selama ini seperti hilang dek kerana berita gembira itu. Keluarga di kampung turut bangga dengan abang. Mereka semua menantikan kepulangan kita. UTHM pun khabarnya dah menunggu abang pulang dengan tugasan sekali. Belum balik dah tahu ada kerja menunggu ni. TAHNIAH SEKALI LAGI BANG!Semoga dapat digunakan ilmu yang ada untuk mendidik anak bangsa kita.

Saturday, July 14, 2007

Aqil's Achievements Reports

Khamis:12 Julai 2007

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke sekolah Aqil. Ada jemputan kepada semua ibubapa untuk ke perhimpunan mereka dan mengambil lapuran kemajuan anak masing-masing. Kami sampai agak lambat. Bila tiba, kelas Aqil tengah membuat persembahan. Bukan main lagi aku tengok aksi dia. Aqil tak perasankan kami. Bila masuk lagu kedua, baru dia perasan. Mukanya terus tersengih-sengih. Siap melambai-lambai lagi pada kami. Seronok dia melihat kami. Selepas persembahan dari kelas Aqil, ada lagi persembahan dari kelas yang ke tiga. Kami tak sempat melihat persembahan dari kelas yang pertama. Abid pun tumpang seronok dengar mereka menyanyi. Alia siap jerit nama Aqil. Aku tumpang gembira melihat telatah mereka. Teringat kembali zaman kanak-kanak satu ketika dulu.

Selepas semuanya selesai, ibubapa di jemput ke kelas anak masing-masing untuk mengambil lapuran kemajuan mereka. Bila tiba giliran Aqil, perkara pertama yang aku tanyakan ialah tentang trip mereka untuk ke 'Farm' esok. Aku takut juga nak biarkan Aqil pergi tapi sebab ini peluang akhir dia bersama rakan-rakannya, aku dan suami izinkan. Nampak dia gembira bersama rakan-rakan sekelasnya. Aku sempat juga memberitahu Mrs Holland, guru kelas Aqil itu, kami akan pulang ke Malaysia Ogos ini. Aqil tidak lagi bersama mereka untuk kenaikan semester depan. Terkejut juga dia. Siap beri email address dia dan beriya-iya suruh aku terus menghubungi dia walaupun dah berada di Malaysia nanti. Katanya dia mungkin akan ke Malaysia tahun hadapan, jadi bolehlah dia ke rumah kami.

Kemudian kami sama-sama melihat lapuran kemajuan Aqil yang dah siap di taip cantik. pada satu helaian tertulis 'End of Foundation Stage 2 results' dimana Maths:Above ELG, Reading: Above ELG dan Writing ELG 7. Aku bertanya padanya apa maksud above ELG tu?? Dia jawab, Aqil dah boleh mengira dan membaca seperti budak year 1, bukan lagi tahap foundation. Alhamdulillah. Menulis jer memang aku tak nafikan. Tulisan dia agak buruk plus selalu tak tahu apa yang dia nak tulis.

Aqil sayang!! Ibu saja tulis semula apa yang ada dalam lapuran Mrs Holland ni. Moga satu hari nanti Aqil boleh baca semula dan Aqil tahu inilah lapuran prestasi pertama yang Aqil terima dari cikgu Aqil di sekolah. Aqil pun selalu asyik dengar cakap Mrs Holland aje kan. Cakap ibu Aqil kurang nak dengar. Asyik-asyik Mrs Holland said......, sampai ibu naik boring tau. Ok, dibawah nilah apa yang Mrs Holland tulis untuk Aqil.

THIS YEARS' ACHIEVEMENTS AND ADVICE FOR NEXT YEAR

Communication, Language and Literacy
Aqil uses his phonic knowledge to write simple regular words and make phonetically plausible attempts at more complex ones. His writing is clear and he is beginning to form sentences. He reads a range of familiar words and simple sentences independently. Well done Aqil!

Mathematical Development
Aqil is able to count reliably to at least 100 and beyond, recognises these numerals and is able to write them correctly. He can find one more or less than a number to 20, understands the operations of addition and subtraction and is familiar with 2-D and 3-D shapes. He really likes to learn how to play different maths games and graps new concepts very quickly.

Knowledge and Understanding of the World
Aqil has shown an interest in all our topic work, he has been encouraged to make comparisons, and has begun to learn about life cycles. He enjoys computer work and is extremely confident with mouse control using internet.
Topics this year include Myself, Foood/ Harvest, Colours, Special Times, Nursery Rhymes, Transport, Life Cycles, Stories, Growing, Animals, Mini-beasts and Summer.

Creative Development
Aqil is able to work with imagination and to explore a variety of media, i.e paint, clay, or collage. Aqil enjoys listening to music and sings simple songs from memory. He has a good sense of rhythm and uses untuned instruments to make or repeat simple patterns.

Physical Development
Aqil moves with confidence, control and imagination. He experiments with different ways of moving and can combine a sequence of movements, demonstrating increased co-ordination and balance. He has worked hard to improve his manipulation skills.

Personal, Social and Emotional Development
Aqil is a polite, independent member of the class. He has lots of friends. Aqil has a good imagination and enjoys the creative parts of school. He enjoys playing in the imaginative play area and imagining he is a different character. He really enjoys playing turn taking gamrs and has a tremendous sense of justice.

Teacher Comments
Aqil is a delight to teach, he soaks up knowledge like a sponge and is always eager to learn. Aqil always tries his best in every curriculum area and is one of the children that make teaching worthwhile. I will miss Aqil very much and wish him well in the future.

Attendance this year
323 half days present from a possible 335

Teacher's signature : Judith Holland
Headteacher's Signature : Sue Daniels
Date: 9/7/07
Ibu dan abah rasa bangga dengan pencapaian Aqil. Harap-harap balik Malaysia nanti Aqil boleh teruskan pencapaian Aqil ni yer. Ibu takut sangat Aqil tak dapat hadapi nanti. Cakap melayu pun tak berapa pandai tu, macam manalah Aqil nanti. Ibu tahu Aqil akan rindukan Mrs Holland, Mrs Bibi dan rakan-rakan. Bila abah cakap balik Malaysia nanti takde dah Mrs Holland atau Mrs Bibi, yang ada cikgu Fauziah, cikgu Ahmad, terus Aqil cakap kawan Aqil ada yg nama Hamad....huhu. Aqil seperti tak faham.Takpelah Aqil,lama-lama nanti mesti Aqil faham, takut masa tu tak ingat pulak pada mereka.

Aqil bersama rakan-rakan sekelas

Aqil dan Alia bersama Mrs Holland dan sebahagian kawan sekelas

Aqil dan Alia bersama Mrs Holland dan Mrs Bibi serta rakan-rakan yang lain

Wednesday, July 11, 2007

Sibuk sikit...

Tuan rumah ter'over' sibuk minggu ini. Tak berkesempatan blog hop atau melepak di blog. Semakin hampir dah nak balik, aku busy pulak dengan kerja. Cari gali pulus untuk tambah-tambah apa yang patut sebelum pulang. Hujung minggu pulak sibuk packing dan sibuk shopping. Penatnya rasa badan. Ini pun rasa letih tulang-tulang. Baru balik kerja. Dah lama aku tak kerja 8 jam terus-menerus macam hari ini. Biasa aku ambil 4 jam aje. Bila lagi nak kerja kan. Terlanjur abang tengah free dan relahati nak jaga budak-budak di rumah..kan bang. Balik Malaysia nanti, belum tentu aku dapat kerja semula.

Macam ada banyak benda nak cerita di sini, tapi aku tak berkesempatan nak melepak lama-lama depan pc ni. Bila dah sehari takde di rumah, balik ajer anak-anak mulalah macam-macam yang mereka hendak. Kenalah layankan. Lepas ni nak kena masak untuk bekalan esok pulak. Nantilah bila aku free sikit atau tak kerja aku update apa yang aku rasa nak update. Kerja kat sini pun bukannya hari-hari.Ada masa nanti, bila kerja tak banyak, takdelah peluang aku nak kerja. Macam minggu lepas, dua hari juga off.

Tulisan pada blog aku ni lari-lari ker??? Entahlah pada pc aku ni ok jer. Cantik ajer, takde lari-lari pun. Aku view guna mozilla firefox ok, guna IE pun ok. Tapi masih boleh baca ekk? Boleh baca, oklah tu, tuan rumah tak dapat nak adjust sebab tak nampak apa yang lari..hihi.Untuk yang bertanya bila aku nak balik tu, kena tunggu aku sendiri dapat tiketnya..hehe. Bila aku dah dpat tiket flight balik, aku sendiri akan umumkan di blog ni. Tak sabar dah nak balik ni. Tapi urusan abang masih belum selesai. Tarik viva masih belum dapat. Masih dalam penantian. Kami berharap sangat dapat selesai semua urusan sebelum berakhirnya Ogos. Berdebar juga menanti semuanya selesai. Doakan kami...

Sehingga di lain waktu...
See U when I see U..

Tuesday, July 3, 2007

Happy Birthday Abah : 29 June 2007

Agak terlewat n3 ini, tapi takpe kan Bang. Tarikh 29 Jun 2007, hari ulangtahun kelahiran suamiku tersayang. Aku yang plan konon nak buat kek untuk dia, tapi barang semua takde di rumah. Aku pulak kerja tak sempat nak pegi beli sendiri. Lagipun sejak duduk di sini, memang aku tak pernah keluar rumah ke supermarket sendiri. Setakat kedai runcit dekat2 rumah ni adalah. Guane nak buat surprise ni, jadinya takdelah surprised. Aku mintak dia sendiri beli bahan masa aku di tempat kerja...haha. Memang tak best betul ibu ni yer bang. Petang 28hb tu, balik dari kerja aku buatlah kek coklat tu. Esoknya pagi-pagi baru acara menghias kek. Aqil tak sekolah sebab masih belum kebah dari demam. Jadinya dia pun excited nak tolong hias sekali. Kecoh pulak dapur aku hari tu dengan suara mereka. Alia pun sama, sibuk bebenar nak tengok apa yang aku buat. Dengan orang yg nak sambut birthday tu pun sama sibuk...hihi. Akhirnya inilah hasilnya.

Selamat Hari Lahir Abang

Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki kita bersama kan Bang

Anak-anak yang ter'over' seronok

Malam tu pulak balik dari kerja abang beli pizza. Lama dah tak makan pizza kedai ni..hehe. Terima Kasih Bang...

Inilah rupa kotak pizza yang di jual di sini di beli di Pizza Planet

Pizza special nampak sedap dan memang sedap pun, terus licin...

Selamat Hari Lahir sekali lagi buat Abah. Terima Kasih untuk segalanya. Kami semua sayangkan Abah. Ikhlas, Ibu, Aqil, Alia dan Abid.

Gambar di bawah ni pulak takde kena mengena dengan n3 di atas yer. Ini gambar Alia semalam. Kesian dia sampai tertidur di sofa. Ibu dia sibuk tengok blog. Nilah kalau ada peluang tengok pc sampai tak sedar anak dah tertidur. Sweet jer tengok dia tidur tu. Minta maaf yer sayang, ibu ingatkan Alia khusyuk tengok kartun, rupa-rupanyanya dah terlelap.

Monday, July 2, 2007

Salam Kembali...

Rasanya dah dua minggu aku menyepi diri. Banyak cerita yang aku nak kongsi di sini tapi aku tak berkesempatan untuk melakukannya. Antaranya Sheffield banjir minggu lepas, dan ulangtahun suami tersayang. Terlanjur hari ini aku berpeluang mengadap pc ni, blog ini pun akhirnya bertukar wajah untuk kesekian kalinya. (Tak tahu dah untuk kali ke berapa). Cuma kali ini setiap kali aku bertukar template, aku rasa aku patut letak gambar template lama supaya aku sendiri ingat, template mana aku dah pernah guna. Kes sendiri tak ingatlah ni..haha.


Wajah blog sebelum ini
Design by finalsense.com

Terima kasih kepada yang meninggalkan jejak.Tak sangka ramai juga yang masih sudi ke teratak aku ini. Aku juga rindu nak pusing-pusing blogland. Bilalah nak mengganas kembali ni.Harap-harap lepas ni semangat berblogging aku pulih kembali.... Bounce

Sehingga di lain waktu dan ketika....
Salam Ceria Buat Semua