Tuesday, June 6, 2006

Hari pertama-Perjalanan dari Sheffield ke Newquay,Cornwall 2/6/06

Di rumah abang H tengah tunggu diorang masa ni.

Kali ini kami bercuti ke Cornwall. Percutian 4 hari 3 malam ni agak memenatkan, tapi semua yang pergi enjoy. Anak-anak lah yang paling seronok dapat berjalan. Tapi, mereka pun kepenatan juga, bila dalam kereta..masing2 nak mengamuk aje. Bila dapat turun barulah muka nampak ceria.



Kami bertolak seawal pukul 7 pagi. Walaupun plan asal nak bertolak pukul 6..tapi nampaknya masing2 agak penat, dan terlewat bangun. Nasib baik semua persiapan awal telah di buat. Dari Sheffield kami bertolak dua kereta. Kiranya kami pergi 3 keluarga kali ini, tapi satu keluarga dah bertolak sehari lebih awal kerana mereka ke tempat lain terlebih dahulu. So, kami berjumpa di tempat penginapan jerlah.



Slide di atas gambar yang saya ambil sepanjang perjalanan. Boleh click pada gambar untuk lihat penerangan.
Dalam perjalanan sempatlah saya mengambil gambar2 di kiri kanan jalan sepanjang motorway yang kami lalui. Kami berhenti rehat beberapa kali di tempat rehat yang di sediakan untuk buang hajat (heheh) dan makan. Masa berhenti makan tu, tiba-tiba ada mat salleh ni bersama isterinya datang dekat kami. Dia tanya kami asal mana. Bila abang H jawab kami dari Malaysia, terus dia cakap " Apa khabar?" Lepas tu terus jer dok borak dengan kami guna bahasa melayu. Rupanya pakcik ni dulu askar british yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Seronok dia dapat jumpa kami. Bahasa Melayu dia memang fasih..tak sangka you. Tapi isteri dia diam aje, rupanya isteri dia ni org Belgium.




Berhenti rehat makan

Bergambar bersama pakcik mat salleh yg pandai cakap melayu tu.


Cuti kali ni memang agak mencabar. Baru je nak seronok, lepas makan tu, kononya nak teruskan perjalananlah. Sekali tayar belakang kereta kami sebelah kanan pancit lah pulak. Pancit sikit2 tu takpe lagi, ini kempis terus. Nasib baik lah kat tempat rehat. Jadi bawalah kereta tu ke tempat pam tayar di stesen minyak berdekatan. Bila dah pam tu, ingatkan ok ler, tapi boleh dengar lagi angin keluar. Dah sah ler mesti ada yang bocor ni. Saya dah mula tension. Rasa tak seronok lah kan...kita nak berjalan tiba2 ada hal macam ni. Tapi kuat kan jer hati, teruskan perjalanan perlahan2. Sampai di bandar Bridgewater kalau tak silap, tayar tu mula kempis semula. saya dah tak sedap hati. Jadi, saya cakap dengan abang suruh ganti dulu tayar tu. Carilah mana2 bengkel tukar tayar berdekatan. Takut saya, sebab dah boleh dengar bunyi sebab kita dah jalan guna rim dia jer kan. Dahlah tayar spare takde.
Dalam dok sibuk cari bengkel ganti tayar tu, tersesat2 lah juga. Kami terpisah sekejap dari kereta abang H sebab jalan yg kami lalui tu sempit, abang H tak boleh berhenti di situ. Kami pulak tak boleh nak jalan lagi. Jadi, abang pun berhenti jerlah di situ. Pakcik yang duduk di depan rumah yang kami berhenti tu, keluar dari rumah dia. Sibuk dia tanya, dia ingat kami ni dah sesat. Tak boleh berhenti kat situ. Nasib baiklah dia baik hati, dia pinjamkan pam tayar untuk kami pam dulu buatt sementara. Lepas tu, dia tunjukkan bengkel tayar yang berdekatan pada abang. Masa abang pergi cari bengkel tu, sayalah yang dok mengepam tayar tu kat tepi jalan tu. Punyalah penat...semput jugalah.
Akhirnya bengkel tu dapat jugalah kami cari. Dapatlah tayar tu di ganti dan terbang ler duit kami £60. Hua..hua...tak kisahlah, kalau tak, tak boleh nak teruskan perjalanan pulak.





Perjalanan yang sepatutnya cuma mengambil masa 6 jam, telah berlanjut kerana tayar kereta kami pancit. Di tambah dengan keadaan jalan yang jam. Banyak sangat jalan yang dalam proses baik pulih.Kami sampai di caravan kami pukul 7 ptg. Maknanya perjalanan kami, lebih kurang 12 jam. Penat sungguh, kalau naik flight dah boleh sampai Malaysia..hahaha. Kami menginap di Parkdean Holidays park. Caravan ni kami kongsi bersama satu lagi keluarga, iaitu keluarga abang S. Mereka dah sampai dulu, yelah sebab mereka bertolak sehari lebih awal. Malam itu, kami makan bekalan yang kami bawa. Dapatlah berehat setelah melalui satu hari yang panjang.




Bersambung perjalanan seterusnya untuk hari ke dua pulak.Tapi, next entrilah ye. Dah panjang sangat ni. Tempat2 yang kami lawati memang cantik. Sejuk mata memandang. Kawasan sekitar Cornwall ni terkenal dengan pantainya. Jumpa di next entri.

12 comments:

aNIe said...

Memang cantik2 kawasan yang dilawati...sejuk mata memandang...kak lady ni tak dpt tengok betul2 dpt tengok kat blog orang pun jadilah

Ajzie said...

cantik2..memang hijau mata memandang.

P/s
Mercd kat UK berapa regga Yus? Nak beli satu gak lah...hihi

oldtown~Smell the Roses said...

Sejuk mata memandang, tenang hati yg melihat...menghirup udara segar, wow best2...
Cantiknyer caravan dia! ingatkan caravan yg biasa2 jek.

Literature Sushi said...

Hari tu kita org pergi Cardiff pun duduk kat Caravan Parkdean jugak.. drp luar caravan tu nampak macam kuarters askar dulu2 je tapi kat dalam mewah kan...

blackpurple @ jowopinter said...

Berjalan sakan ni... hehehe...
Oooo...ada 'jam' gak ekk.....

Unknown said...

kak lady,ajzie,nani...
memang cantik kawasan sekitar di situ. Tu baru permulaan, gambar yg seterusnya lagi cantik...nanti yea.

raiedzall,
oo ye ker? Yus ni pun kali pertama menginap di caravan...takdelah rasa mewah dalam dia, sbb pernah stay dlm apartment yg lagi cantik kot.

BP,
Heheheh..takdelah sakan sgt...penat wooo. Mana2 pun ada "jam"...betul ker ejaan tu ek...atau 'jem'...heheh.

NBK466 said...

Oh....student M'sia (tak kira undergrad ler postgrad) pakai Mercd tuh cam normal jerk kan Yus. Dulu kenkawan pakai sbb org2 M'sia yg kirim..so sementara bawak balik M'sia...bergaya sakan ler pakai Mercd... Den lak kempunan sbb masa gi sana tak amik lesen lagik...kalau tak buleh gak merasa..he..he..he..

Kaklong Syikin said...

tabiklah kat preggy mom pam tayar pancit..nasib baik tak terbersalin ...itupun kandunggan yus kecil lgi kan..

bestnya jalan2 tpt org..akak minat sangat bab travelling ni, shopping2 krg sikit. kalau p melancong zmn kampus dulu, akak belikan souvenier utk keluarga jer lbh, utk akak sendiri satu or tak de langsung, sbb yg penting akak dah dpt berjalan2...

FaEzHussain said...

puan yus,
sorry no tel nursery takde dlm fon baru.
wahh bestnyer jejln.
darwish sibuk nak rumah aqil, byk kali kena bgtau dia aqil's not home, gi jln2.
nasib baik ade sufiyah pengubat hati..cehwah

Unknown said...

nbk466,
Tak nak smbg belajar lg ker??..Nanti bolehlah merasa...hihih
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Syikin,Semput tu kak...mmg nasib baik baru 4 bulan, kalau dah 7 or 8 bulan, terberanak agaknya kat situ...hihi.

yus pun jln2 cuci mata jer, beli souvenier, satu dua jer...mahal souvenier dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Faez,
Takpe kak, smlm yus buat checkup kat hospital, ingat tak sempat hantar aqil ker nursery..tu yg mintak no tu, kot2 nak masuk lambat,atau tak masuk terus. Tapi, alhamdulillah sempat hantar dia.

NONIE AZIZ said...

mesti bestkan?...dapat cuti jalan2 sefamily...

NBK466 said...

Yus...kalau ada mak datin nak sponsor nak jugakk....ha..ha..ha... Tapi otak cam dah BEKU ler...he..he..he..