Selepas membaca entri Kak Syikin mengenai ular semalam, saya teringat akan cerita adik bongsu saya di patuk ular senduk satu ketika dulu. Masa itu saya di tingkatan 4 dan adik saya baru saja berumur 4 tahun. Sebaya dengan anak saya Aqil sekarang ni.
Kalau nak diikutkan, masa kejadian tu, saya takde di rumah sebab masa tu saya tinggal di asrama. jadi saya tidak menyaksikan kejadian ini dengan mata kepala saya sendiri. Tapi mendengar cerita dari emak dan adik dah buat saya seram sejuk. Tak tahulah kalau saya ada sama masa tu.
Kejadian ni berlaku semasa kami sekeluarga menetap di Kem Kabota, Tawau Sabah. Ayah saya seorang tentera, jadi semasa bertugas di sana kami menginap di kuarters tentera yang di sediakan di kem tersebut. Kuarters tentera di sana bentuknya seperti rumah panjang yang besar. Rumah ni rumah papan. Oleh kerana ayah ada pangkat sikit, kami dapat duduk di kuarters pegawai. Rumah kami adalah yang paling hujung. Kalau di ingatkan balik memang agak seram kawasan rumah kami ni. Belakang penuh dengan semak samun..tapi kawasan semak tu berpagar. Emak memang suka bercucuk tanam di kawasan belakang, ada sayur sawi, bendi, dan yang paling banyak jagung. Puas lah kami makan jagung masa di sana. Siap ada bela ayam lagi.
Oleh kerana tidak jauh dari kebun mak tu, memang belukar, tak hairanlah kalau ada ular yang berkeliaran dan masuk kedalam kawasan kem. Masa saya masih di sana pun, dah dua tiga kali juga saya terjumpa ular. Pernah sekali masa tingkatan 3 saya tidur agak lambat kerana menyiapkan kerja sekolah. Disebabkan dahaga, saya nak ke dapur untuk ambil air. Bila saya buka aje lampu, rupa2nya ada ular kecik betul2 di depan kaki saya. Nasib saya tak melangkah ke depan. Saya tak tahu ular apa, terus perlahan2 saya gerakkan kaki ke belakang, berlari ke bilik emak dan ayah minta tolong. Bila kembali semula ke situ ular dah takde. Emak juga beberapa kali nampak ular2 kecik duk sedap melingkar dalam tong beras kami. Tapi sebab kecik jer, kami tak pernah bunuh, halau jer dia keluar. Biasanya memang malamlah ular ni suka masuk dalam rumah. Adik bongsu saya ni dari kecik memang suka tengok rancangan lumba kereta F1 tu. Tak kiralah lumba kereta apa pun, memang mengadaplah dia depan tv. Baru 4 taun tu. Malam itu, rancangan lumba kereta tu rasanya sampai ke pukul 12 malam. Saya tak pastilah, sebab saya pun di Terengganu masa tu kan. Adik saya ni macam biasa, khusyuklah di depan tv. Walaupun dia baru 4 tahun, tapi dia ni memang berani. Emak, ayah dan adik saya yg sorang lagi dah lama di buai lena. Saya tahu adik saya ni, kalau dah minat dia, mak suruh tidor cam mana pun tetap di tunggunya. Tetiba dia nak ke bilik air untuk buang hajat. Dia ke bilik air di bilik ayah dan mak saya. Tanpa membuka lampu bilik air, terus saja dia masuk. Rupa2nya ada seekor ular kat depan pintu bilik air itu. Oleh kerana dia tak nampak, dia terpijak agaknya, dan ular tu pun mematuk dialah. Adik saya ni terus berlari ke depan ke belakang sambil menjerit " Mak!!! Sakit!!" Ayah dan emak yang tak tahu hujung pangkal ni terjaga dari tidur. Mak panggil adik tapi dia macam orang kena rasuk kata mak, tak nak berhenti berlari, ke depan..ke belakang, buka main laju. Ayah cepat2 terus dokong dia, dia tgh pegang ibu jari kaki dia. Bila ayah tengok, kaki dia dah biru hingga ke buku lali. Sahlah ular patuk adik. Emak cepat kejutkan adik saya yang sorang lagi, mereka terus berkejar ke RESAT berdekatan yang turut berada dalam kawasan kem kami tu. RESAT ni, klinik bagi anggota tenteralah kiranya. Oleh kerana dah malam, doktor takde masa tu. Emak dah semakin panik.Adik yang mula2 lari lintang pukang tadi, dah mula kelihatan lemah, walaupun dia masih menangis. Emak dan ayah takutlah kan. Nasib baik ada pemandu van bagi menghantar pesakit RESAT ke hospital ada di situ. Dia juga tentera di situ. Biasalah kan, kalau kat kem tentera ni, doktor, nurse ker, semua pun tentera juga. Saya panggil dia ni A lah yer. Si A ni orang tempatan Sabah. Bila dia tengok kaki adik saya dah makin biru hampir ke atas tu, dia cakap ini tak boleh tunggu lama ni bang. Dia rasa, itu bisa ular spesis senduk. Terus dia keluarkan macam batu geliga kata mak warna putih. Di letakkan batu tersebut kat tempat patukkan ular itu. Batu tersebut terus melekat kat kaki adik, dan menyedut bisa ular tersebut. Emak kata pelik jugak tapi memang betul batu tu macam menyedut bisa ular tu dan nampaklah kaki adik beransur-ansur hilang birunya. Mak kata masa batu tu tengah menyedut bisa tu, mak cuba tarik untuk tangglkannya tapi tak boleh. Batu tu melekat macam magnet dengan kaki adik sehingglah bila mak nampak kaki adik dah ok, teus dia tertanggal sendiri. Lepas batu tu tertanggal, adik saya terus boleh berlari semula. Punyalah ligat dia ni. Terima kasih sungguh kami sekeluarga kepada Si A ni. Lepas tu dia menghantar ayah, emak, dan adik2 saya yang berdua tu ke hospital berhampiran. Tiba di hospital, doktor memberi satu suntikan, untuk pastikan bisa betul2 dah hilang. Selepas malam tu, ayah memang rasa tak senang jer kat dalam rumah tu. Yelah takut2 ular tu datang semula. Dua tiga malam semua dalam rumah tu tak dapat tidur dgn tenang. Kejadian ni, ayah ada ceritakan kepada kawannya yang berketurunan Iban Sarawak. Jadi, kawan ayah cakap, kalau nak tangkap ular ni boleh. Dia ajarkan satu ayat dalam bahasa Iban untuk panggil ular tu datang semula. Malam itu kata mak, ayah dok cubalah baca ayat tu dalam rumah. Siangnya tu, ayah dah siapkan satu kayu bruti besar kata mak. Tak tahulah apa yang ada dalm kepala otak ayah masa tu. Berani sungguh. Bila semua dah masuk tidur malam itu, mak yang mula2 terdengar bunyi ular tersebut. Betullah dia datang semula. Bila ayah buka lampu bilik, ular tu betul2 di depan ayah kata mak. Macam tahu2 jer dia. Kayu bruti tu, memang ayah dah letak dalam bilik, ayah cuba nak tangkap kepala ular tu tapi tak berjaya. Emak kata, sebab dia rasa diganggu, terus dia angkat kepala...macam nak mematuk ayah. Memang besar jugalah ular senduk tu kata mak, sebesar lengan mak. Tak tahulah ular senduk ke bukan, tapi rupanya macam ular senduk. Mak masa tu kat atas katil, tak berani turun dah. Ayah pukul ekor ular tersebut dgn bruti tu, mak kata ular tu terbang cuba patuk ayah. Nasib ayah saya ada ilmu silat. Saya tak tahulah macam mana kejadian tu, tapi mak kata memang ayah dan ular tu macam bertarung. Mak dah kecut perut, marahkan ayah sebab nak juga bunuh ular tu. Ayah macam geram sangat dengan ular tu, sbb dia dah patuk adik kan. Mak kata beberapa kali ayah ketuk ular tu, dan beberapa kali juga ular tu melawan dan cuba mematuk ayah..tapi tak berjaya. nasiblah dia tak menuju ke mak saya. Lama2 ular tu semakin lemah, ayah memang ketuk dengan kuat sampai banyak kesan darah. Tamatlah riwayat ular tu di situ. Mak kata, ayah buang ular tu di tengah jalan, dan kesokkan nya bangkai ular tu masih ada. Kejam pulak ayah saya ni. Lepas daripada tu, ayah bacakan ayat pendinding supaya ular tak masuk lagi ke rumah. Alhamdulillah lepas daripada tu, takde lagi ular masuk kata mak. Saya pun tak tahu macam mana ayat tu. Bila saya jumpa adik akhir tahun tu, kesan patukkan ular tu masih boleh saya nampak. Alhamdulillah adik saya selamat. Kalau tak tak tahulah macam mana kan.
11 comments:
wuish!!! macam2 ubat kat kem tentera ni... batu geliga tuuu...
pernah tengok crocodile hunter dalam animal planet tak? ala mamat australia tu... teringat mamat tu bila Puan ceritakan aksi ayah Puan tu heheh... hebat dia nak tangkap kepala ular...
ok, lepas ni beli sulphur/belerang kuning dan taburkan dekat pintu... ular tak suka bnda ni...
eaa...Nani pantang betul dgt 'U' ni. Sampai skarang takleh tgk. Even dlm paperpun takleh tgk. Jadik fobia sbb dulu binatang ni pernah masuk dlm bilik tidur masa kat sekolah. time tu,adik ade. Nani kat asrama. Adik mcm asyik terbayang2 smpai siap panggil bomoh lg. kadang2 trasa mcm kena kat Nani plak.Taktau la mcm mana nak buat. Kalo tibe2 tgk dlm paper blh terjerit tau! Kalo dlm tv tu takyah cakap lah. Nauzubillah!
Sama mcm Nani, ular pernah masuk bilik kat rumah. Bukan sekali tapi 3-4 kali. tu yg takut sesgt. Pastuh tak dapat bunuh, coz tak tahu ular tuh hilang kemana. Pastu ayah Ajzie tabur belerang keliling rumah, coz katanya binatang berbisa takut belerang. Tp masih takut.
izhal,
Saya pun tak tahulah mcm mana batu tu boleh jadi penawar pada bisa ular. Mak kata, Si A tu, orang Bidayuh tak silap, mungkin dia ada ilmu pasal ular ker..tak tahulah mana dia dapat, mak dan ayah tak sempat tanya pun.
Saya pernah tgk cerita tu..heheh tapi saya pun tak dapat gambarkan aksi ayah saya, sbb ini menurut cerita mak saya. Tapi, saya tahulah ayah saya ni, memang berani benda2 macam tu. Lagipun pernah masuk hutan...jadi pernahlah kot dia jumpa binatang2 bisa ni.
Nani n ajzie,
Saya pun takut dan geli dgn ular ni. Kalau saya ada masa tu, mahu pengsan agaknya. Tapi rumah kami memang dah banyak kali ular masuk. Rumah mak skrg yg kat Melaka ni pun, baru 2 bulan lepas mak kata ada ular sawa dok sedap melingkar dalam mak punya mesin basuh. Sampai rosak mesin tu, langsung tak leh guna.
hi kak yus....
still remember me? got to know this blog from ur fren from germany (my neighbour at Parit Raja). Really nice ... at least we can check on what Din's activities... hehehe... really miss u all... cant wait for ur family and akmal to be back here. Kem salam kat din.
puan yus,
isk citer pasai ular, geli geleman saya.
terrer la ayah yus bertarung dgn ular tu.
kalau teman, dah lama lari dah...mungkin tak ingat panggil bomba pun. janji diri dan anak2 selamat.
ps: thanks for de tips utk slides tu. nampaknya, dah kecik, tapi yg sides masih kat bawah, ada kena repair memana ni
ntah2 nanti gi tukar wajah blog plak...
assalamualaikum,
Menggerikan la cerita tuh. Saya dulu pun duduk kuarters masa tu darjah 4. Mmg banyak ular jugak. Tapi alhamdulillah tak pernah masuk umah. G toilet pun jumpa katak pisang ajer itupun geli geleman dah. Kat rumah dulu tu pun spooky gak. Kuarters zaman jepun. Tapi ramai kata antara ular ular tu pun ada jelmaan syaitan jugak. Wallahualam
azlis,
Sudah tentu saya ingat lagi.Saya pernah berkunjung ke blog azl sebelum ni, tapi pembaca sepi jer..hehe. Nak check apa tu pasal Din..ahaks. Salam azl sudah saya sampaikan..doakanlah di permudahkan segala urusan kerjanya, dapatlah kami cepat balik...mmg dah rindu sgt dgn Malaysia ni...esp Parit Raja..hehe.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Faez,
Saya pun geli juga dgn ular.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zakiah,
Welcome to my humble blog. Ular ni memang mengerikan, kalau saya jumpa depan mata, mahu saya jerit sakan...pergi zoo pun takut nak tgk ular.
takutnya baca..berani ayah akak panggil ular tu blk..
syni mmg takut ular.. binatang lain xpe lg..syukurla adik akak selamat..
ayah akak tu memang berani, bekas tenteralah katakan...kalau ikut akak semua binatang geli dan takut. Katak pisang pun takut.
Post a Comment