Saturday, June 24, 2006

Rindu ke aku???

Hari ni hatiku terusik lagi. Tak tahu kenapa, rasa sedih jer semacam. Termenung sana tak kena, ke sini pun tak kena. Tengok anak2 mula tersenyum semula. Tapi dalam hati Tuhan aje yang tahu.
Sudah selalu perasaan ini tenggelam timbul dalam benak hatiku. Tapi, pada siapa harus aku mengadu. Hai, entahlah....tiba2 air mata ini mengalir lagi.
Pagi ini, tiba-tiba aje aku rindu pada emak dan ayah. Baru seminggu aku tak telefon. Kalau dulu, setiap selang dua hari aku mesti telefon mereka. Tapi, sekarang ni, aku sengaja jarakkan seminggu sekali. Bukan apa, kadang tu, tak tahu nak cakap apa. Tak pun, aku tak tahu nak jawab macam mana bila diorang tanya...."agak2 bila Din siap. Bila ek balik??" Aduh!!!......tak tahan rasa sebak di hati. Aku tahu mereka pun dah rindu sangat dengan kami. Terutamanya kedua cucu-cucu mereka tu. Maklumlah, memang itu saja cucu yang mereka ada.
Dan hari ini, aku telefon lagi. Aku sendiri dah rindu nak dengar suara emak dan ayah. Terutamanya ayah. Selalu bila aku telefon, ayah belum balik kerja, tak pun ayah ke masjid, tak pun ada kenduri di rumah sesiapa. Dengan emaklah aku banyak bercakap. Tapi, hari ini...dua tiga kali aku telefon takde orang yang angkat. Kemana pulak pergi mereka semua. Aku cuba telefon handset. Dua2 tiada jawapan. Ku cuba sekali lagi telefon rumah, terdengar suara ayah di hujung sana.....
Assalamualaikum.
Waalaikumsalam..ayah. Kenapa lama baru berangkat. Ingat pergi mana2 tadi.
Takde kemana pun. Ada kat luar tgh makan. Kenapa? Engkau nak balik ker??
Ayah sengaja mengajukan soalan cemu emas itu. Aku cuma terdiam aje.
"Alah ayah ni. Sajalah tu." Aku berseloroh. Aku memang rapat dengan ayah. Sebenarnya aku rapat dengan kedua-duanya, emak dan ayah ku. Bergurau ketawa tu biasa aje. Emak seakan kawan pada ku. Ayah pun sama. Maklumlah, aku sorang aje anak perempuan. Pulak tu, umur 6 tahun baru dapat adik. Kira manja jugalah aku ni.Entah macam mana, dalam perbualan aku dengan ayah tadi, aku tertanya...
Tak pergi mana2 ker hujung minggu ni ayah. Balik kampung ker?
Tak. Apsal? Nak balik eh minggu ni? Kalau nak balik...lagilah ayah tak kemana2. Boleh siapkan apa-apa. Dah 33 tahun nko tak balik kan. Sampai banyak dah bangunan tinggi2 kat sini, nko tak nampak. Ada yang nak cari rumah ayah pun tak jumpa nanti.
Aduh!! Sekali lagi.
Apalah ayah ni. Apalak 33 tahun. Baru nak masuk 3 tahun. Saja jer nak buat orang sedih. Kalau boleh balik dah balik dah ayah. Esok juga nak balik.
Aku macam tak dapat teruskan kata2 lepas itu. Tiba2 ayah terbatuk. Pas tu terus dia cakap..."Cakap dengan emaklah. Ayah batuk ni. Nak minum air."
Dengan emak..aku cerita biasa aje . Emak pun tak tanya apa yang aku bualkan dengan ayah. Sibuk cerita pasal adik aku yang masih dalam preparation nak masuk TLDM 8/7 ini. Dan akhirnya seperti biasa, perbualan akan di akhiri dengan sampaikan salam pada semua.
Lepas dari perbualan tadilah, aku seperti tak dapat duduk tenteram. Terfikir itu, terfikir ini. Entah apa2 yang aku fikir. Kesian ayah dan emak. Mungkin mereka dah rindu sangat dengan kami. Bila aku pandang wajah anak2 aku, lagi aku sedih. Aqil masa kami sampai dulu, baru setahun 6 bulan usianya. Sekarang ni dah 4 tahun 4 bulan. Lama tu. Wajah Tok Mak dan Tok Ayahnya tak pernah dia ingat pun. Teringat pulak, bila dia bermain2 bersama2 kawan baik nya yang kedua Tok Mak dan Tok Ayahnya ada di sini. Mula2 dulu kedua tok sebelah mamanya, lepas tu sekarang, kedua tok sebelah papanya pula. Bila kawannya itu sebut pasal tok mak dan tok ayah..dia pulak tiba2.....Aqil nak tok mak. Masa tu, aku suruh dia makan, kawannya tu dah balik. Dia boleh cakap..."Aqil nak makan dengan tok mak." Aku tanya balik, " Mana tok mak Aqil?". Dia jawab, " Kat rumah Darwish". Tersentuh rasa hati ku.
Sebenarnya, aku tahu dia tak tahu pun apa erti tok mak tu. Dia pun tak ingat bagaimana wajah tok mak dan tok ayah dia. Alia lagi kesian, tak pernah pun bersua muka dengan kedua2 atok dan neneknya. Ayah dan mak ku pun cuma melihat gambar dan video yang kami hantar. Dengan atok sebelah suamiku pun sama. Tapi mungkin mak mertua ku tak terasa sangat, sebab cucu2 dia yang lain ramai sebagai pengubat rindu. Tapi, bagi kedua orang tua ku, Aqil dan Alia sajalah cucu mereka.Anak2ku itu tidak mengerti apa2. Aku saja yang sedih semacam.
Aku pun kadang tak tahu nak jawab apa bila di tanya bila nak balik. Bukan aku yang buat phd. Aku tahu, abang juga dah rindu dengan kampung. Teringat pulak bila arwah bapa mertuaku meninggalkan kami pada tanggal 14 Ogos 2004. Kami tak dapat balik. Masa mendapat berita itu, suamiku terduduk dan terus menangis semahunya. Padahal baru pagi itu kami berbual gembira sempena hari jadi abah hari itu. Aku sedih lagi. Takut rasanya kalau perkara2 yang tak diingini berlaku lagi. Ya Allah, peliharalah keluarga kami. Semoga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah, dan kami dapat bersua muka kembali setelah sekian lama menanggung rindu........Air mata ini mengalir lagi.
Aku dah selalu juga bertanya abang..."bila ek bang kita nak balik?". Tapi, aku takut nak tanya lebih2. Kadang tu aku pulak yang bengang, bila abang baru balik jumpa supervisor, dia cakap...banyak yang kena komen. Kena tambah itu dan ini. Kena buat eksperimen lain pulak. Hai..kalau cam tu bila lah nak siap ni. Abang...mintak maaf banyak2. Ibu tak bermaksud nak beri tekanan pada abang. Cuma ibu nak luahkan apa yang ibu rasa.
Bila mengenangkan, aku sekarang mengandungkan anak ketiga kami, aku menangis lagi. Dah banyak kali aku pujuk emak datang sini, bila aku bersalin nanti. Emak masih dengan jawapannya tidak. Kata emak, " Tak payahlah emak datang sana. Engkau tu aje yang balik cepat. Emak datang sana pun, bukan boleh lama2. Duit tu baik simpan buat pergi Haji. Tak payahlah bazir duit suruh mak datang. Korang pun bukan banyak sangat duit. Baik simpan duit tu untuk masa depan. Sekejap jer tu. Emak tahu engkau boleh buat sendiri."
Tak tahu macam mana nak pujuk emak. Dulu masa nak melahirkan Alia pun sama. Tak mahu dia walaupun tambangnya kita nak bagi. Macam2 alasan. Tak tahan sejuklah. Nanti siapa nak jaga adiklah. Aku pun dah tak kuasa nak pujuk lagi. Orang tua kan. Tak mahu dia tinggal rumah dia lama2. Aku pun tak tahu bagaimana nak hadapi kelahiran yang ke tiga ni. Dulu masa Alia, tinggalkan Aqil di rumah kak aida yang masa tu tinggal berdekatan dengan kami. Ni nanti, macam mana agaknya. Tu yang mula2 dapat tahu, aku mengandung lagi...sedih sangat. Sebabnya aku tahu, abang semakin sibuk, belum lagi nak balik Malaysia, mak tak mahu datang dah tentu. Kadang tu jeles sungguh bila parents orang lain datang. Dahlah parents datang, diorang pun boleh balik Malaysia..at least dalam tempoh 3 tahun tu, ada sekali balik. Aku????

Nak balik Malaysia..duit tak cukup? Mahalnya tambang...satu kepala dah 400 pound. Takkan nak balik sorang. Sebab tulah abang selalu bawa kami sekeluarga jalan2 di hari minggu. Biar aku tak terasa terperap jer kat rumah ni. Tak delah aku pikir yang bukan2. Walaupun dia sibuk, sanggup luangkan masa untuk kami. Terima kasih abang.

Dan, aku percaya...Tuhan itu Maha Adil. Ada hikmah di sebalik semua tu. Kita hanya merancang.....Dia yang menentukan. Aku pasrah dan berserah.....anak ini dia yang kurnia. Ada orang berapa tahun kahwin pun masih menanti. Bila aku fikir semua tu, aku jadi tabah.InsyaAllah segala-galanya akan di permudahkan nanti.

Pada abang...minta maaf kalau nukilan ini buat abang terasa. Ibu tetap akan berada di sisi abang. Buatlah yang terbaik yer bang. Untuk kita. Ibu tahu abang boleh. Kuatkan lagi usaha tu. Minta maaf banyak2 kalau terkadang ibu seakan tak faham masalah abang. Ibu tahu bukan senang buat phd ni. Banyak dugaan dan cabarannya. Di tambah dengan usia kita mungkin yang agak muda berbanding orang lain yang buat phd. Banyak yang perlu di pelajari. Kuatkan semangat abang. Semoga kita dapat pulang dan kembali bersama keluarga tercinta di tanah air. Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri....alangkah indahnya negeri sendiri kan bang.

Entah apa2lah yang aku tulis ni. Sekadar ingin berkongsi dengan semua perasaan aku hari ini. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.

15 comments:

anita kema said...

yus...
doa saya..supaya semuanya selamat. saya pun rindu kat mak ayah saya. dan anak2 saya tu je la cucu mereka buat masa ini. Kekadang ada jugak rasa macam nak lari balik...tapi bila memikirkan byk rasa dan masa yg telah dikorbankan, saya cuba kuatkan semangat.

Ajzie said...

Yus, sama gak ngan Ajzie. Moga semua selamat dan berjalan dengan lancar. Ajzie juga rindu kan emak dan keluarga. Masa Ajzie tinggal kan mereka, mak Azjie baru aje keluar hospital coz potong dua jari kaki nye kerana kencing manis. Bayangkan perasaan Ajzie masa itu. Lepas 3 hari berada di Germany, nenek yg paling rapat ngan Ajzie plak kembali ke Rahmatullah. AlFaithah utk arwah nenek.

P/s Kadang kala kita perlu berkorban rasa, perasaan demi masa depan yg lebih cemerlang utk suami dan anak2 kita.

Salam and Take Care.

FaEzHussain said...

Yus,
Byk2 sabar Yus
Duduk oversea ni kejap aje, nanti dah balik Malaysia, kita kat situ je dah.
Kalau rasa rindu kat parents tu, jemput la dtg kat rumah kami, kut2 dengan berborak dgn in-laws kakfaez, dpt ubatkan rasa rindu pd parents yus.

Sedih baca entry ni.
Sabar ye Yus sabar....byk2 kan doa pada Allah, moga pjg umur parents Yus untuk u all bersua semula.

MissMultazam said...

yus sedih la tulisan ko nih..sorry le baca tanpa kebenaran..dpt dr kak faez blog..
dtg le umah kitaorg..boring2 tu..jgn risau kalau nk bersalin hantar aje budak 2 berdua tu umah kami dekat dgn hospital.insya Allah.

zura/azam

Kiah Kardashian said...

Sabo banyak banyak ek. insyaallah kalau ada rezeki balik la tu...

sedih nyer entry kak yus kali nih. Nanti mak saya dah balik mesia camner plak eh...hermh takmo piki sedih sedih

Literature Sushi said...

Jangan sedih, nnt dah balik Malaysia semua ni jadi kenangan manis je.. bila terkenang boleh senyum sendiri2... (nasihat untuk diriku sendiri juga...)

Kaklong Syikin said...

saya yg duduk kat gombak n mak di selayang pun tepon selang 2 or 3 hari, inikan yus yg jauh diperantauan..

insyaAllah, mudah segala urusan terutama berpantang tu, apatah laig yus ikut suami..banyak berkatnya tu..yg penting minta ALlah mudahkan segala urusan ya.

blackpurple @ jowopinter said...

Rindu bertandang lagi kekasih
Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..
~ Hattan

p/s... cuma lagu selingan....

Sastri said...

Salam perkenalan Yus... Bila baca entri Yus ni, tingat kat family kat kpg... Biasa sas balik tiap 3-4 bulan sekali... Tapi kali ni atas sbb2 tak dpt dielakkan, kena tunggu lama sket baru leh balik... Sabar la Yus... Sas doakan semuanya selamat...

Ayu Mohamad said...

sedey baca entry kali nih. semoga yus dan keluarga tabah yer..
Allah itu Maha Pengasih.. pasti ade hikmah yang tersembunyi tuh.. takper.. nanti dah abis belajar nanti..baru la terasa betapa beruntungnya pernah berada di tempat org itu.. ok? take care

Nik Ha said...

Tumpang sedih..isk...isk..saya ni berangan nak belaja jauh2 gak tp tak kesampaian sbb mak tak bg. Rupanya mmg saya tak thn rindu sbnrnya. 3bln tak balik kg pun dah rindu sgt kat mak ayah. Duk KL je pun. Kg kat Kelantan. Saya & husband pun tak sempat di sisi mak mertua di saat dia menghembuskan nafas terakhir. Sbb tulah, dgn izin suami saya usaha utk dpt keje kat kelantan. Sbb mak&ayah mmg tak dpt dtg KL walaupun saya bersalin dll. Moga doa saya utk di sisi dorang termakbul. Happy tgk dorang happy bila cucu sorang tu balik kg.

Saya doakan yus&family dpt cepat balik ke m'sia. Semoga Allah mudahkan segala urusan :)

Unknown said...

Kepada semua kawan2 blog yang memberi komen dan nasihat,

Terima kasih banyak2. Saya ter over sensitif petang Jumaat hari itu. Betul apa yang semua cakap. Yelah..bila dah lama tak bersua muka, memang rindu dia lain sikit. Tapi, mcm yg raiedzal dan ayu cakap, bila dah balik nanti...baru terasa beruntung pernah pergi tempat orang. Akan menjadi kenangan indah bila dah pulang nanti. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun saya kena kuat supaya husband pun tak lemah semangat. Kang makin lambat pulak..ye tak.Saya mula2 tak boleh nak baca komen semua, tetiba jer air mata mengalir semula. Tapi takpe, hari ni dah ok...lepas ni buat enri happy sikitlah. Sedih2 ni....kena letak jauh2, takut merana diri kan.

Mamamanja said...

salam kak. sedih plak rasa baca entry nih. dah lama x balik mesia erk? berdoalah semoga xde apa2 yg buruk berlaku kat keluarga di kampung. satu ari nanti pasti kan bertemu kembali...

uDA said...

sabar la yus. pengorbanan ini akan membuahkan sesuatu yg pastinya berbaloi untuk yus dan keluarga. tabahkan hati okay? :-)

Anonymous said...

Kak,kalau kiteorg tanye tu bukan nk kasi pressure..kiteorg pun rindu jugak.Tapi kiteorg faham..bukan senang kt sana.. Lain kali x tanye lagilah..