Ini pun sepatutnya saya tak boleh menghadap komputer ni lama2. Banyak kerja lagi perlu beres sebelum kami berangkat ke Cornwall Jumaat pagi. Plannya nak bertolak dari sini pukul 6 pagi. Jadi, segala persiapan awal dah kena buat. Esok dah sibuk nak masak itu dan ini untuk di bawa bekalan. Sebelum masak, kenalah beli barang2 nya dulu..ye tak. Semua tu nak kena buat esok. Oleh kerana itu semua nak buat esok, hari ni dah patut start packing baju2 yang nak di bawa. Saya ni biasalah, semua buat awal kalau nak berjalan. Sebab semua pun saya juga yang buat nanti. Abang tolong sikit2 jer.Tapi dalam hati, terasa kena update blog ni sebelum di tinggalkan lama sikit. Jadi, mulalah saya merapu ni.
Oleh kerana tak tahu nak merapu apa, saya uploadkan di sini gambar yang kami ambil masa kami ke Botanical Garden Di Sheffiled pertengahan bulan April yang lepas. Dah lama duduk sini, baru tahun ni pergi. Terukkan. Asyik nak tengok yang jauh2 yang dekat baru nak pergi...ahaks. Tempatnya takdelah cantik sangat, tapi untuk bawa anak2 bermain di waktu petang ok ler.
Boleh click pada gambar untuk lihat apa saya tulis. Kali ni, semuanya ada description...sebab gambar sikit jer.
19 comments:
Salam yus.
Musim bunga dan awal musim panas, kombinasi yang cukup romantik. Seromantik blog ini :) Sejuk mata memandang, redup rasa jiwa.
Cantiknya bunga..kempunan nak tengok, nak ke sana, tak mampu..Salam perkenalan..
Dah tua..tak ingat pernah gi tak taman nie... Area mana yek? He..he..he.. cerobong tuh mmg dah dekat dgn Meadowhall kan? Rindunya kat kampung halaman...
Yus, akak dah apdate sikit pasal kuantiti air n bil. siraman air tu kat entri sucikah rumah kita?. tq
ha..nanti elok2 dlm perjalanan tu. tidur kat sana ke?tangkap gambor banyak2 tau, blh masukkan dlm entri ni :)
Puan,
Kuitho tu kat mana??? short form untuk apa? Botanical garden ni banyak tempat ada kat UK ke? Selamat berjalan2 :)
wahhh best ler jln2 yea.. Tp masa dah balik jln tuh yg tak leh tahan..mcm2 nak buat kan..nak settle kan baju2 kotor dan mcm2 lagi..Anyway yg best dapat jejln hihi.
P/s
Nanti ada satu famili warga Kuitho gak nak datang rumah Yus tau..tp tak tahu bila..hopefully dapat datang before Yus balik Msia.
BR,
Saya bila baca coretan awak, terkedu kejap, tak tahu nak jawab mcm mana, rasa jatuh cinta...hahahah
atehlaila,
salam kenal dari saya juga. Belum sempat balas kunjungan, nanti balik jln saya jenguk yer.Terima kasih ke blog ini.
nbk466,
Botanical garden ni kat area town, dah dekat juga dgn universiti, meadowhall dah ke arah lain. Masa tu ada funfair dekat padang bersebelahan meadowhall tu. Naik apa ke benda yg pusing2 tu, sampai atas, saja tangkap gambar tmpt parking kat area meadow tu. Konon, nak cari kereta sendiri..hahah
Kak Syikin,
Terima kasih, tak sempat tgk lagi, nanti saya tgk yer.
Ha'ah..kami tidur sana 3 malam, bertolak pagi Jumaat, balik sini semula InsyaAllah petang isnin. Tunggu..nanti yus masukkan dalam entri baru.
izhal,
Kuittho tu singkatan bagi Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Terletak di Parit Raja Batu Pahat, suami saya kerja sana. Kalau tak silap tempat lain di uk ni, ada gak botanical garden ...tak pernah masuk jer.
ajzie,
best tu memanglah best..tapi mcm ajzie ckp, bila balik banyak benda nak kena settle, sebelum pegi ni pun banyak gak yg kena prepare...especially bab makanan, sbb takut kat sana susah cari makanan halal. Tapi, ada masa jengah blog lagi pagi2 ni..heheh
p/s: staff Kuittho yg nak dtg tu dari German kaaa...heheheh, kalau yer cepatlah ajzie, sebelum yus balik.
waaa.. mahu pergi ke Cornwall yaaa, jgn lupa tangkap banyak gambar dan upload di sini ya..
kagumlah yus...kalau MR tengok mee belum tentu mee tu dapat jadi meehailam ker mee goreng ke...pasal mR tak kreatif kalau bab masak2 ni!!
raiedzall,
memang tak kan lupa ambil gambar ...sekali jer dapat pergi ni.
MR,
hahaha..yus pun sejak duduk uk ni baru pandai masak pelbagai jenis makanan. Sbbnya kuat makan, tapi takde kat kedai, jadi kena belajar masak sendiri...lama2 terror sikit. Kalau kat Mesia, teringin jer, boleh pegi kedai makan..yg memang sedia banyak kan.
Selamat bercuti & enjoy!!
Wow...sebagai orang landskap...saya begitu mengkagumi taman seperti tu......simple, neat and tidy...
Yus...dah cantik blog yus...yang comel gambar2 sikecik & slide gambar botanical garden tu...akak ni memang suka tengok gambar tempat2 org
Waaahhh.... duduk kat overseas, yea? Best nye...
hmm best nyer Yus..Bila la dpt jejak kaki ke UK. Suka tgk Blog Yus ni...:p
p/s:tangkap gmbr byk2 tau..nak tgk!
Menyampuk skali lg.Nampaknyer bukan Nani sorang yg kata Yus blh tulis novel..aa...Yus boleh garapkan 'experience' kat UK utk buat novel tau!Heheh..Kalau tulis compom Nani beli.Hihihi!
MB,
dah balik bercuti baru dpt baca ni. Memang enjoy, tapi penat.....
BP,
Hmm, boleh design satu mcm tu kat Malaysia nanti, saya ni tak pandai sgt menilai...
Kak Lady
Terima kasih. Kalau nak tgk banyak gambar lagi, tunggulah ye..masih penat lagi nak update blog.
edoras,
welcome to my blog, terima kasih sudi menjengah ke sini. Duduk overseas ni sama jer mcm duduk mana2 pun, cuma dptlah tgk2 tempat org.
Nani,
InsyaAllah kalau ada rezeki sampai...
p/s: Buat novel kaaa??? Tak termampu lagi...saja jer korang ni cakap2 kan.
Post a Comment