Tuesday, June 27, 2006

Cerita bergambar di hari Ahad

Minggu ini kami tak de ke mana2, ke carboot tidak, berjalan-jalan pun tidak. Maksudnya, melepak kat rumah jerlah. Pagi Ahad tu, (takdelah pagi noo pun, 10 baru start) cik Din kita sekali lagi mengemaskan kawasan belakang rumah. Kalau semua masih ingat pada n3 saya Rumput oh Rumput, maknanya baru sebulan jugalah cik abang saya duk mesin rumput kat belakang rumah ni. Tapi, aisey...dah panjang semula. Cepat sungguh...musim2 panas tapi sejuk gak ni...rumput tu menjadi-jadilah pulak...hehe. Jadi, saksikanlah aksi2 mereka.

Si abah sedang sibuk memesin rumput sambil disaksikan anak perempuannya. Anak lelakinya pun ada tapi tak nampak dlm gambar.


Aksi si anak, sambil melihat abahnya mesin rumput. Si Alia kononnya buat colouring, si Aqil belajar menulis ABC.

Si abang tekun menulis

Si adik bertepuk sakan


Bila abah dah siap masing2 sibuk nak menolong kemas.
Dan oleh kerana blogger.com buat hal lg, saya tak boleh nak upload gambar seterusnya, terpaksalah buat slide lg.

Bila semua dah selesai, si ibu pun dah siap masak laksa (menu hari tu). Menjamu selera, berehat dan lps tu pukul 5 ptg menonton bola England main masa tu. (Yg bak kata Dr. Faez, lenggang kangkung jer main). Oklah...itulah saja cerita bergambar kita kali ini.

16 comments:

Mama Sarah said...

Saya baru je nak tulis komen kat entry videoclip yang lawak kat bawah tadi, tgk2 dah ada entry yang baru!

wah rajin sungguh mesin rumput dan bercanda blkg rumah yea?

waaah sodapnya makan laksa! hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Mama Sarah said...

yus, hari sabtu baru ni kami sekeluarga pergi notts. singgah asda depa. tengok ada patung si rooney tu jugak.

terus teringat kat gambar aqil! hehehe

btw, nampak kat slide show, ada gambar meja makan. pastu ada botol jeruk!!! hehehe mengidam lagi ke? saya suka brand sama tapi cermai. sedap tau!

yus said...

MS,
Kena rajin...sbb anak2 suka main kat belakang rumah tu. Kalau rumput panjang kesian pulak tgk diorang main tak selesa.

Saya memang suka makan jeruk mangga...nak2 time mcm ni..hehehe.

Zakiah said...

takder halaman la kat sini. Takder rumput ler...hihihih.]

saya nakupload gambar pun selalu tak bleh. Lepas ni pun kena blaja buat slide.

Wilhelm~Achtzehn said...

sama mcm zakiah , tak de laman, tak de rumput yg ada tangga. hihi. Itu pun ada org vaccum tiap2 hari selasa.

P/s
Ada jual jeruk ker kat sana?? Best nye..Sini apa2 pun tarak.. Timun jeruk ada lah...huhuhu

ainn said...

rajinnyer si abg n si adik tu nk tulun abahnya..hehe.. bestnya akak buat laksa.. sy blom pass lg tu..hehe

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

amboiii...bestnyer besantai lagikk...

blackpurple said...

Eh.... Saya rasa baru saja dipotong rumput2 itu..dah panjang balik....tapi elok jugak tu...exersice he he he..

Syikin said...

wah..bestnya bersantai kat belakang rumah yg kehijauan tu..seronok tgk anak2 buat homework kat tpt camtu..rasa lapang kepala dibuatnya.

yus, camner ya akak nak masukkan text dlm slide tu? akak dah try buat tapi tak jadilah. nak kena choose text dulu baru nak pilih slide jenis apa ke? s

alamak, akak tak sempat nak tgk video tu lagi..nantilah.

NBK466 said...

Wah...santainyer weekend itu....

Den ni bukannya MALAS nak motong rumput...takde equipment.. Cam biasa 'abang La' ler diupah. Kat sana takde ker 'abang La' potong rumput? hi..hi..hi..

ontahsapo said...

rajinnyerrrrr....

Izhal said...

mangaiiii...besaqnya laman dia... boleh rembat2 bola situ tu...

Shami said...

Asalamualaikum, ....saya lompat dari blog, syikin..masuk blog yus....he..he..he salam kenal

yus said...

zakiah,
takde laman maknanya tak yahlah sibuk nak mesin rumput. Takdelah penat..hihi.

ajzie,
bagusnya ada org tolong vacuum. Sini buat sendirilah.

Jeruk ada jual kat kedai Thai.

ainn,
bebudak tu saja jer gatal, konon jer nak tolong. Tapi tak bergerak pun. Ibu dia jer saja ambik gambar, nampak mcm real..hihi.

yus said...

zz,
Nampak cam bersantai ker?? Oklah..berehat di laman sendiri kan.

BP,
tulah..baru tak sampai sebulan. Memang cpt dia panjang time panas cam ni. Tapi, kalau asyik nak mesin jer rumput tu, penat gak.

Kak Syikin,
Memang selalu bebudak tu suka duduk di luar. Tapi, kalau musim sejuk, takdelah..takut nak gi luar..hihi.

Nak tambah text tu senang jerlah kak. Click jer kat kotak bawah gambar yg akak nak letak text tu. Tak kisah pilih text dulu atau jenis slide. Dah tulis text pun boleh pilih kemudian. Cubalah lg..mungkin akak tak click betul2.

yus said...

nbk,
kelakar lak bila baca "abang La" tu..hehe. Manalah ada kat sini, sini diorang semua kaya2 banyak rumah apa. Mana nak buat keje mesin rumput tu...mcmlah tak pernah duduk sini.

ontahsapo,
terpaksa...kang kalau dah panjang sampai tak rupa laman..nampak semak noo pulak.

izhal,
rembat bola dgn anak2 bolehlah...kalau nak main reramai...manalah dpt..hihi.

shami,
Waalaikumsalam. Salam kenal dari saya juga...silalah lompat lagi kemari...hehe.