Hari ketiga saya bangun agak awal. Sempatlah buat sarapan untuk pagi itu, nasi goreng dan cekodok pisang. Aqil dan Alia macam tak nak bangun dari tidur mereka. Nyenyak sungguh. Mungkin sebab penat bermain air semalam. Dalam dok sibuk nak bersiap pagi itu, barulah kami perasan di luar caravan kami pagi2 ni, ada arnab dak itik berkeliaran. Anak2 abang S seronok nampak itik. Mereka beria beri itik tu makan roti. Aqil dan Alia barulah bangun excited nak tengok itik.
Selesai bersarapan, kami menuju ke St. Michael Mount seperti yg dirancangkan. Ianya sebuah pulau kecil ditengah laut tu...tapi tak jauh sangat dari daratan. Kalau air tak pasang, boleh jalan kaki menuju ke sana...ada jalan kecik dalam air laut tu untuk menuju ke sana. Tapi sebab, malas nak basah..kami naik bot ke sana. Tambangnya seorang GBP1.20, dan kanak2 80p. Dapatlah naik bot menuju ke sana. Di bawah ini gambar yang kami ambil sepanjang berada di sana.
Habis jalan2 di sana, kami menuju pula ke Lands End. Nama pun dah penghujung daratan kan..memang kira kalau dalam peta tu yg paling bawahlah di UK ni. Cantik betul pemandangan di sini. Teringat pulak cerita hindustan, bahagian bila diorang dok menyanyi...mungkin ada yang pernah buat di sini kot..hihi. Kami makan bekalan yang di bawa sambil menikmati keindahan kawasan sekitar. Saya dan keluarga sempat juga berposing di papan tanda dekat Lands End ni, di mana kita boleh letak nama kampung sendiri. Dok letaklah kat situ, Muar Johor dan Tg Minyak Melaka...hihi. Boleh lihat pada slide di bawah ni yer. Tapi kena bayar, sebab ada jurukamera yang akan ambil gambar kita...sekeping GBP9.50. Lepas tu, bolehlah posing pakai kamera sendiri pulak. Kalau tidak, tak dapatlah nak letak sign board nama tempat sendiri tu. Kamera kami ni pun macam tahu2 jer, lepas jer selesai tangkap gambar kat situ, terus jer bateri dia kong. Lupalak nak bawak charger dia....lepas daripada tu, takdelah gambar lagi....huhu.
Di bawah ni pula gambar daripada poskad yang saya beli semasa berada di St. Michael Mount dan Lands End.
Lands End ni adalah tempat terakhir yang kami lawati. Lepas tu, kami terus balik ke caravan semula. Masing2 macam dah tak daya nak jalan2 lagi. Esok ada satu hari yang panjang nak pulang semula ke Sheffield kan. Tapi, malam itu kami sempat buat barbeque..makan ayam dan sosej. Sampai hari dah gelap pun masih dok bakar ayam kat luar caravan...sebabnya kami start lambat, pukul8 mlm baru start. Security yang pusing2 area caravan kami tu, sempat berhenti menjengah dan tengok apa yang kami buat. Nak di ikutkan rasanya caravan kami yang paling bising malam itu. Mana taknya..ramai bebudak kan. Kami berilah security tu rasa, ayam barbeque kami. Punyalah dok puji sedap kata dia. Mana tak sedap..dapat makan free kan....hihi.Tapi, sayang takde gambar yang saya dapat ambil sebab digital camera saya dah kehabisan bateri. Handphone pulak baterinya pun dah nak hampir mati..jadi saya malas nak guna.
Keesokkan harinya, kami check-out pukul 9.45pagi. Balik tu dah tak singah mana2. Semua dalam kereta kepenatan jer. Mana taknya, malam tadi buat barbeque sampai dekat pukul 12mlm. Kalau boleh nak sampai cepat jer ke Sheffield. Nasib baik perjalanan kami tidak mengalami banyak gangguan. Agak cepat berbanding masa kami pergi, hanya mengambil masa 8 jam..campur rehat, makan dan solat.
Dalam banyak2 tempat yang kami pernah pergi sepanjang berada di Sheffield ni, rasanya, kali inilah yang paling lepak sekali..tapi seronok.Mungkin rombongan kami yang ramai. Lagipun ini pertama kali kami menginap di caravan, boleh masak semdiri. Jadi, tu yang penat sikit kot. Namun begitu, kami enjoy..dan ianya akan menjadi satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan.
11 comments:
Puan Yus,
MasyaAllah cantiknya bumiNya di hujung UK ni. Teringin nak pergi, tapi sure cik abe malas nak drive jejauh dah.
Curamnya, kalau saya dah tak gi dekat dah.
Cantik lay-out terbaru ni.
Lawanya landskap semulajadi tu.... Kagum !
psss.. kena pulak background template ni dgn entry kali ni ekk.... :)
Waa..cantiknyer!!!cantik cantik. especially gmbr Alia and bunga2 kecil tu!so cute!
eh..tukor template pulak dah..
bestnyalah p jalan2.
lepas ni nak p mana pulak?
Kak Faez,
Yus pun rasanya kalau nak pegi lagi, pikir dua tiga kali..jauhnya rasa..penat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BP,
Memang indah bumi ciptaanNya ni kan. Background tu, ambil dari gambar masa di Land's End.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nani,
Alia memang pantang nampak bunga..berapa kali pangil nama dia suruh tgk kamera..tapi asyik benor..dgn bunga tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Syikin,
Lepas ni takdelah jalan jauh2 lagi rasanya...habiskan yg kat sini2 jer...
p/s: tak tukar template...tukar background jer...saja try boleh tak kalau nak letak gambar sendiri...heheh
Cantik nye masyallah..tp yg paling tak tahan tgk jambu Alia. Comey..hihihi
peh! best! teruja nak ke sana.. tapi tak tahu bila..
Wah....8 jam kalau kat sini mahu dari JB sampak Kedah sana.... Mmg lepak ler...Tapi bila lagi nak tgk tempat2 'ORG' yek...
ajzie,
Memang cantik, angin dia pun sedap jer rasa...Alia tu memang mengeramkan orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cikgu gitar,
Bumi CiptaanNya ni memang cantik. Saya pun bernasib baik suami belajar di sini, dapatlah jejak kaki...padahal yang kat tanahair sendiri pun tak semua pernah pergi..huhu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nbk,
Memang penat....masa pergi tu 12 jam..lagi penat. Tapi nak jln2 punya pasal...redah jua.
Yus,
wah seronok tengok gambar kat hujung UK tu, rasa rugi pulak tak ikut haritu..tapi kalau pergi tentu perjalanan 12 jam tu jadi 24 jam sebab kereta kak aida lagi canggih dari keta Yus wakakaka....
kak aida
Tulah..akak tak nak pergi sama hari tu. Takkanlah pulak 24 jam...apalah akak ni..hihi...tapi memang penat.
Post a Comment