Bila tengahari, masing2 dah mula lapar. Balik ke caravan,makan, lepas tu berehat sekejap. Pukul 3ptg baru kami mulakan perjalanan ke Eden project. Boleh click di sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal tempat ni.
Kami tak masuk pun, hanya tgk dari luar. Mahal sangat yuran masuknya sampai £13 sorang. Lagipun last masuk pukul 4.30ptg. Kami sampai betul2 waktu tu.Dapat tangkap gambar dari luar jerlah.Lepas tu ke kedai souvenier dia. Tapi memang cantik tempat ni. Kalau ada peluang masuk, tengok yang kat dalam mesti lebih menarik. Saya sempat beli beberpa keping poskad gambar2 di Eden project ni. Boleh lihat di bawah ni. Cantikkan.
Balik dari Eden Project tu, kami bersantai di pantai Newquay. Seronok anak2 bermain pasir..konon buat sand castle. Ibu2 dok sibuk borak sambil makan2.Dalam waktu tu ada mat salleh sedang buat majlis perkahwinan dia. Dalam pada kami berborak tu, sambil cuci matalah tengok majlis diorang. Tapi saya tak teringat pulak nak tangkap gambar majlis tu.
Malam itu kami makan di caravan abg H. Perut pun dah lapar, rasa berselera sangat makan lauk ayam masak tika massala, ada rendang, sayur goreng campur, telur dadar dan sambal belacan. Sayalah siap bawak lesung batu nak buat sambal belacan punya pasal..heheh.
Habislah hari kedua percutian kami. Agak relax berbanding hari pertama. Anak2 yang paling seronok dapat mandi dan main pasir. Hari ke tiga kami menuju ke St. Michael Mount dan Lands End. Tempat ni memang cantik. Nanti saya sambung eh.
13 comments:
cayalah..siap bawak lesung batu tu :)
anak teruna sapalah tu rajin berkemas
mcm telur alien eik..bentuk eden tuh.. Kat Pasir Gudang pun byk mcm telur2 alien..tp tempat letak gas titan ler. hihi
Ada apa yek dlm doom Eden tuh? Tak sojuk ker anak2 tuh mandi pool? Cam mak bapak jerk yg lelebih..he..he..he...
Kak Syikin,
Tulah..semangat kak...
p/s: Yg tu anak teruna abg H...anak2 dia 6 org kesemuanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ajzie,
Ye kot, mcm telur alien...hihihi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nbk466,
Eden ni tempat pelbagai jenis tumbuhan di seluruh dunia. Diorang buat kat satu2 Eden tu mengikut musim yg terdapat di dunia ni. Katanya ada jugalah tumbuhan tropika, kira semualah.Sebab tu tertutup macam tu, so, kalau nak tengok tumbuhan apa pada musim apa, kena masuk semualah. Dengarnya juga, tumbuhan dari Malaysia juga ada...sayang tak dapat masuk..lagipun mahal sangat.Kami sempat tanya dengan security di situ, kalau nak tengok semua, kena spend masa lebih kurang 3 jam lebih...baru dapat cover semua.
pool tu tak sejuk sbb kat tengah2 dia ada pemanas...lagipun cuaca sekarang dah start panas, suhu dah sampai 24..dlm rumah rasa bahang..tak tahulah kalau balik Malaysia nanti cam mana...panasnya.
Teringin juga nak merasa sehari kehidupan di dalam caravan tu... macam menarik pulak...!
waa..best best! meriah gittu!:p
BP,
Sekali sekala memang seronok, lebih2 lagi kalau beramai2.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nani,
Meriah sebab ramai rombongan kami tu. 18 orang kesemuanya, 6 adults, yg lain semua bebudak.
Yus
Balik Mesia beli ker air-cond..hihihi.
lawa tempat2 kat sana noo... eden project tu mahal betul entrance masuk dia kalau diconvert ke duit kita... kalo untuk mat saleh depa kata mahal juga ke??? gambar budak2 main tepi pantai tu lawa betul :)
ajzie,
Tulah..kena belilah ni agaknya. Tapi, nanti bil pulak yg melambung..huhu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
izhal,
memang mahal nak masuk..tu yg nak masuk pikir dua tiga kali, dgn rombongan yg ramai tu...hihihi. Mat saleh tak rasa mahal kot, semua mcm pelik masa kitorang sampai tu, ada yg tgk jam, sbb entrance last pukul 4.30, dan kitorang sampai 4.35...haahahah. Mungkin diorang dok kata, apalah diorang ni, dtg lambat sgt,nak masuk cam mana..kan.
hahahah samalh macam saya masa pi zoo haritu... time 30 minit nak tutup kai baru sampai... wah lawa layout baru blog ni :)
Rugi ler tak masuk EDEN Yus...maybe ada gak pokok durian ker.... Anyhow kat M'sia tgh Winter skg..he..he.he..
nbk,
Memang ada rasa rugi..tapi mahal lah. Pokok durian?? Kalau ada pun, boleh beli ker buah dia..haahah
p/s: Malaysia winter??? Hujan batu ker??heheeh
Post a Comment