Monday, May 29, 2006

Rumput oh rumput

Hari minggu kami kali ni takde apa yang menarik. Aktiviti biasa. Ahad ke Carboot seperti biasa. Hari Sabtu, tuan rumah kami Mr F yang kebetulan baru balik dari masjid, terserempak dengan abang yang dalam perjalanan dari kedai runcit berdekatan rumah kami. Apalagi, dia pun memulakan bebelannya seperti biasa. Semuanya pasal rumput di belakang rumah kami yang telah panjang. Memang nampak semaklah.
Minggu lepas dia dah beritahu saya, suruh potong rumput tu. Saya cakap, abang tengah sibuk sekarang, takde masa nak buat lagi. Saya pun tengok tak senang mata memandang. Saya tahulah, rumah ni kami dah duduk dekat 3 tahun. Tiap-tiap tahun, bila rumput tu panjang, kami mesti potong punya. Tak sabar-sabar Mr F ni. Dia kata nanti dia bagi mesin kalau takde mesin. Biasa kami pinjam mesin kawan.
Nak di jadikan cerita, rupanya dia dah bagi mesin rumput tu pada jiran sebelah, yang juga penyewa rumah beliau. Saya dan suami tak tahu. Dia pun sebenarnya suruh anak dia yang hantar. Jadi, hari Sabtu tu, bila dia nampak rumput masih panjang, mulalah dia bising, kata dah bagi mesin pun tak nak mesin rumput tu. Abang yang tak tahu hujung pangkal ni, angin ler juga. Mesin dia yang lama dah pernah hilang, jadi dia ingat kami hilangkan mesin dia lagi. Padahal yang dulu tu pun, anak2 dia ambil agaknya. Sebab biasa mereka anak beranak pakai masuk jer ke stor belakang kalau ada apa2. Sekarang ni, kami dah beli mangga baru, untuk stor belakang tu. Takut juga, sebab banyak juga barang2 kami letak di situ.
Mr F mulalah cakap kata kami tak pandai jaga barang yang dia bagi. Sibuk ler dia mengungkit kata rumah kami ni sewanya murah berbanding rumah dia yang lain. Saya dan suami tahu, dia memang dah berapa kali nak cari jalan naikkan sewa rumah kami ni. Dulu dah naik sekali. Biasa kami berurusan dengan anak dia yang sulung. Mr F cuma penasihat aje. Rumah sewa semua atas nama anak dia ni. Jadi, dia bising2 pun, kalau anak dia ok tak jalan juga. Nasib baik. Anak dia dah janji, tak akan naikkan sewa lagi. Mungkin dia tak senang hatilah, sebab rumah sewa yang sebelah ni dah naik 30pound semenjak penyewa bertukar. Kami ni dah menetap di sini hampir 3 tahun. Rumah sama juga, asyik nak naik sewa mana boleh. Lepas tu mulalah dia pusing tengok2 barang kat dalam stor kami tu. Barang kami pun dia ingat barang dia. Sibuk dia nak ambik. Geram juga dengan Mr F ni. Bila abang tunjuk yang mana dia punya barang, tak nak pulak dia ambik.
Selepas Mr F balik, abang suruh saya tanya jiran sebelah kami, (Mrs A) betul ker ada anak dia hantar mesin rumput. Yelah...dah dia ingat hantar pada kami, pas tu sibuk kata kami hilangkan, kenalah selidik duduk perkara sebenar. Suami Mrs A takde di rumah, kami tahu tu, sebab suami dia kerja di restoran. Tu yang abang suruh saya pergi tanya. Rupa-rupanya betullah ada pada Mrs A. Tak pasal-pasal kami yang di salahkan. Pada Mrs A pun dia dah bising juga rupanya. Mrs A kata pakailah mesin tu. Sebab dia dah guna pun.
Jadi, petang Sabtu tu, abang mesin ler rumput di belakang rumah kami, walaupun sebenarnya plan mula-mula nak bawak anak2 pergi jalan2 di taman. Hmmm...bagus juga Mr F bising2, kalau tak abang memang tak sempat nak buat dengan kerja-kerja dia yang memang dah sedia banyak. Saya nak buat tak pandai nak pegang mesin pun..ahaks.
Dibawah ni gambar yang di ambil setelah selesai mesin rumput.
Gambar sebelumnya (masa rumput masih panjang ) lupa nak ambik. Hehehe..
Ni baru jer selesai mesin
Hari ni nampak ok sikit, mungkin sebab rumput tu dah kering sikit.
Teringat pada lagu kanak2 lama..bahagian yang dia kata,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku.
Tapi kali ni kena ubah sikit,
Rumput oh rumput kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang, cik abe tak potong aku....ahaks.
Oklah, kepada semua pembaca, enjoy your day. Sayonara....

25 comments:

Izhal said...

syok la rumah2 sana... sure cozy... siap ada backyard lagi...

FaEzHussain said...

puan yus,

selamat rumput dah pendek...bley anak2 bermain dengan aman...

yus said...

saudara izhal,
alhamdulillah, selesa lah juga kami di sini. Rumah takdelah besar mana pun, harapkan backyard jer yang besar.

kak faez,
jomlah kemari...sure seronok bebudak tu main. Tapi sekarang ni cuaca tak menentukan, kejap terang,kejap mendung, tetiba hujan..pas tu cerah balik.

blackpurple said...

Tahniah kerana dah memendekkan rumput.

Kalau kat kampung, rumput panjang elok bela lembu....hehehe

oldtown~Smell the Roses said...

baru nampak clear...hehe..blh main guling2!

Syikin said...

cantiknya blog ni..dpt kat mana ya template dia? akak tgh berkira2 nak tukar template gak ni..ari tu dah survey, ada yg berkenan sangat tp jenis berbayar.

eh, akak suka stail rmh camni..best betul laman belakang ni, luas ya Rabbi. kalau anak2 akak, mesti suka main punya. ngna emaknya sekali main guling2.hehe..silap2 hari bulan siap main lagu hindustan ngan cik abe, haha

MAMARISYIA said...

mak aih lebatnya rumput tu!!..Mesti rasa lapang jerkan sekarang!!!

yus said...

Bp,
Terima kasih. Saya pun rasa lega rumput dah pendek, sedap mata memandang.

Nani,
Main guling2 takdelah, tapi anak2 selalu gak baring kat situ. Bentang tikar, mulalh diorang dok tengok awan.

Kak Syikin,
Rumah2 disini memang yus perasan diorang lebihkan garden daripada keluasan rumah. Anak2 mat salleh ni biasa tak ramai, rumah kecik sikit takpe, backyard yang penting kena besar.Tapi ada juga yang takde backyard langsung.

Yus pun dok asyik survey nak tukar template. Dapat yang ni berkenan...akak cuba click kat blog yus ni, bahagian bawah sekali blog design by....dia ada tunjuk macam mana nak tukar template tu. Selamat Mencuba.

yus said...

MR,
Sebelum mesin tu memang lebat, tapi anak2 yus dok main juga di situ. Ni dah clear, lagilah diorang asyik nak kebelakang.

marlinabaharom said...

alaa.. bestnya tengok umah tu. teringat waktu kat US dulu. Rumah lebih kurang sama jer environment nya.

yus said...

MB,
Bila di rantau terkenang kampung halaman, bila dah pulang, teringat pula tempat bermain. Biasalah tu.

Wilhelm~Achtzehn said...

Bestnye rumah ada backyard. nasib baik tak lama 3 sem aje. Kalau tak mahu fening kepala. Lagi2 masa winter terperap aje dalam rumah.

maklang said...

Rindunya nya nak gi carboot. Suka beli rumah kecik2 tu and backissues of x-stitch magazines. Boleh kirim ka?

yus said...

Yus yang ada backyard ni pun pening bila time winter. Gelap semacam jer.Pukul 4 petang dah maghrib ler katakan.Nak pegi mana2 pun sejuk.Memang terperap jer lah, sama gak macam ajzie.

yus said...

Ermmm boleh tu boleh, tapi nak kena pos ke Terengganu lah ek??

Raiedzall said...

Ada lagi mesin rumput tu? boleh pinjam..? :P

yus said...

raiedzall,
nak pinjam ker? Nasib baik yus belom pulang pada Mrs A. Datanglah ambik kalau nak pakai.Tapi lepas pakai jgn simpan peti, takut terlupa, Mr F karang cari...bising dia. Kami ada juga sendiri punya, beli carboot, mula beli tu tak berapa tajam, tapi hari sabtu tu pakai ok jugak ler. So, Sabtu lepas sorang satu pegang mesin, cik abe kita ajar ler.

Kak Lady said...

hahaha....kat sana takde kerbau ke nak makan rumput?...seronok bila tengok halaman rumah dah kemas ye...kalau tak semak mata memandang....

yus said...

Kak Lady,
Sini biasa yang banyaknya kambing biri-biri. Kalau ada kerbau pun takkan nak letak kat belakang rumah tu...heheheh.

NBK466 said...

Yus duk area mana yek. Dah lama tinggalkan kampung nama2 tempat pun dah lupa. Yg den ingat 1st year duk kat Darnall juah gak dari U kenkonon nak cost saving sbb sewa murah. Final year baru duk dekat2 area Sheffield U (walking distance)..ramai gak bebudak M'sia duk sana...den pun dah lupa nama tempat tuh..apa Street tah..he..he..he..

maklang said...

Bawak balik je, bila Yus balik nanti! Tapi bila ek???

Syikin said...

yus, akak try upload image tu kat dlm photobucket tu, tp tak jadilah, nape ek? camner nak buat?

yus said...

nbk466,
saya duduk darnall gak skrg ni. Kat Blafour road, husband pegi U naik bas. Bila last saudara di sini?

maklang,
Memang dah ada banyak gak collection rumah tu, tapi magazine cross tich tak pernah cari lagi. Yus balik lambat gak lagi, mungkin bulan Mac tahun depan.

Kak Syikin,
yus ada bagi email pasal nak upload image tu. Harap akak dah terima.

NBK466 said...

Tak salah 96 & 97...duk Darnall 96. Naik bus guna monthly pass. Mmg ramai M'sian yg buat Postgrad duk kat Darnall kan kawasan tenang sikit. Tak pasti bapa angkat ada lagi kat sana, abg Salleh cam Cina2 sikit..dah balik M'sia kot.

Perkara paling gila buat masa duk Darnall... Masa Boxing day kan takde bus service..ingatkan mmg sales habis2an... Sanggup jalan kaki dari Darnall ke town dgn housemate.. Tgk2 kedai semua tutup..ha.ha..ha.. Terpaksa balik naik CAB. Rupanya teh next day baru start SALES nya..he.he..he..

yus said...

nbk466,
ooo 10 thn lps tu, sure dah lama balik abg tu. Skrg pun kami guna monthly pass naik bas. Tapi, sure rate dia dah jauh beza dari masa saudara dulu. Sbb 3 thn kami di sini pun, dah 3 kali naik...tension jer.