Kami sekeluarga di kunjungi rakan blog kita Ajzie dari German pada 21hb yg lepas. Program CCE (Cuti2 England) mereka bermula dgn malam pertama bermalam di rumah kami. Dari mula nak datang, ajzie dah berpesan supaya aku tak payahlah sibuk2 kan diri sangat sebab masih dlm pantang. Tapi aku ni biasalah kan..nak juga sibukkan diri, takkanlah kawan datang dari jauh tak sediakan apa2 pulak. Walaupun tak seberapa, kenalah ada juga. Kalau ikut schedule, ajzie dan keluarga di jangka tiba pukul 6 petang tapi, oleh kerana flight mereka terkandas di sebabkan kabus, mereka tiba lewat. Aku risau juga takut2 mereka tersesat, sampai dua kali dok telefon mereka, tanyakan tahu tak jalan ni. Aku pulak yang terlebih excited...haha. Sudahlah cik abang sayang kat tempat kerja, aku konon yang tahu jalan ni, (sebenarnya takdelah pandai pun) dok telefon mdh kat tempat kerja dia, confirm kan..pas tu tepon balik ajzie dan akmal...wakaka. Akhirnya sampai cik abang balik keje pun diorang tak sampai lagi. Pukul 9.40mlm baru tiba. Alhamdulillah selamat sampai gak dengan jalan yang berkabus tu.
Nilah baru pertama kali jumpa ajzie. Seronok rasanya dapat jumpa dia. Yelah, aku kenal dia dari aktiviti aku berblogging nilah. Tak sangka ghopenya husband dia pun dari Kuittho, lepas tu barulah jejak kasih.....kawan baik kedua2 husband kami di Kuithho tu sama...hihi. Lepas tu selalulah kami berYM...akhirnya dapat juga jumpa yer ajzie. Malam tu dok borak sakan gak....mcm tak faham pulak kawan ni penat, esok nak jalan lagi. Seronoknya berborak macam dah kenal lama gitu. Ajzie dah husbandnya pun sempoi jer orangnya, mmg ngamlah dgn kami. Anak2 pun excited jer jumpa. Ammar suka Thomas jugak mcm Aqil. Aqil pulak kedekut....kesian Ammar.

Aksi Ammar
Malam tu sampai pukul 12 lebih barulah masuk tidur. Itu pun sebab en abang dok perli..hehe. Esoknya, ajzie sekeluarga ke Manchester. En abang dia nak sangat tgk stadium Old Trafford tu. Peminat fanatik Manchester United dengarnya yer...hehe. Malam itu ajzie dan keluarga bermalam lagi di rumah kami. Aqil dok asyik tanya jer mana Haziq (panggilan lain utk Ammar). Tapi bila jumpa, dok sakat jer budak tu. Si Ammar pulak selamba jer muka. Di bawah ni aksi2 Aqil, Alia, Alya dan Ammar di rumah kami.
Dapat juga ambil gambar Ammar bersama yang lain, jari masuk dalam mulut ker Ammar
Lagi aksi Alia dan AlyaMalam ke dua berborak sampai ker pukul 12 lebih jugak. Bila dah mula bercerita, macam2 cerita yang keluar. Anak2 pulak macam tak mahu tidur jer. Semua segar bugar. Abid aje yang tidur lena. Semua dok bising2 dia macam tak sedar apa aje. Lena sungguh tidur dalam buai tu. Kasi can ibu borak yer Abid...hehe.
Hari Sabtu 23hb, ajzie meneruskan perjalanan ke Stoke dan Bristol. Sekarang ni di mana yer ajzie?? hehe.

Hari Sabtu 23hb, ajzie meneruskan perjalanan ke Stoke dan Bristol. Sekarang ni di mana yer ajzie?? hehe.
Aqil, Alia, Alya dan Ammar bergambar di luar rumah kami sebelum mereka sekeluarga bertolak ke destinasi seterusnya
Semoga perjalanan dipermudahkan yer ajzie dan dpt kembali ker Weingarten dengan selamat.Minta maaf kalau ada layanan yg terkurang semasa di rumah kami.Sama-samalah kita nantikan update dari ajzie nanti......
p/s: Gambar ajzie dan suaminya saya tak dapat masukkan di sini sbb dah dapat arahan dari tuan punya diri....(jangan letak gambar kami dlm blog...SEGAN..hihi) Gambar anak2 bolehkan ajzie....hehe
p/s: Gambar ajzie dan suaminya saya tak dapat masukkan di sini sbb dah dapat arahan dari tuan punya diri....(jangan letak gambar kami dlm blog...SEGAN..hihi) Gambar anak2 bolehkan ajzie....hehe














. Kalau ikutkan hati saya rasa malas aje nak update blog ni. Tapi nanti terasa lama sangat pulak tak update sehingga saya bersalin. Sampai sekarang masih menanti. EDD saya pada 18/11, maknanya ada 3 hari lagi sebelum tarikh due tu. Saya pun dah rasa tak sabar menanti kelahiran 'orang baru' dalam keluarga kami ni, lebih-lebih lagi bila orang asyik tanya, bila due...huhu. Kalau ikutkan pengalaman lepas, saya biasanya lambat dari tarikh jangkaan doktor. Aqil lambat 2 hari, Alia pulak lambat 4 hari. Erkk...adakah kali ini lambat 6 hari....
. Kalau betul...lama lagilah penantian kami ni akan berakhir. Hmm....tak kisahlah, yang penting anak ibu ni lahir dengan sihat dan selamat. Kasi canlah abang dan kakak bermanja lagi dengan ibu dan abah kan....hehe. Saya tak putus berdoa semoga kelahiran kali ini di permudahkan olehNya....Amin.
. Sedih pulak..huhu ialah semua kawan tak tahu email address yang baru kan. Harap2 lepas ni ceria balik inbox email saya......
.








. Bagaimana persiapan hari raya anda tahun ni?? Kami....biasa2 aje. Tak sibuk buat baju raya pun, kuih raya pun mungkin takde..huhu. Harap2 ini tahun terakhir kami beraya di perantauan....rindu rasanya nak beraya di Malaysia.



Sakit kepala di buatnya. Lepas tu Alia ni ada satu perangai dia yang saya tak gemar. Bila saya sibuk di dapur, dia pun sibuklah menyelongkar almari kat dapur tu. Tahu apa yang di carinya?? Ikan bilis mentah dgn spagheti yg belum di rebus tu. Punyalah suka dia makan dua benda ni. Diam2 jer mesti kat tempat saya simpan benda tu. Skrg ni saya dah letak tempat lain. Tapi, bila dia nampak saya dok keluarkan ikan bilis tu, mulalah dia capai satu, di makannya. Geram juga. Pulak tu bila saya kasi yang dah saya kopek dan buang tahinya tu, tak nak dia. Dia nak yang masih ada kepala tu, sedap jer dia kunyah. Apa2lah anak dara saya seorang ni kan. Jadi ibu ni memang berat tanggungjawabnya. Selalu tak sabar aje dengan mereka.Harap2 dapatlah saya jadi ibu yang baik pada mereka.
Kali ni bila ibu dalam pantang nanti, abang dah makin pro ler masak kan....hehe. Senang sikit.









