Selepas bersalin aje, inilah yang orang dok selalu sebut. Kena berpantang, jaga makan minum, makan jamu, bertungku, pakai barut, jangan buat kerja berat2, jalan perlahan2. Banyak benar pantang larangnya. Kalau masa anak pertama dulu, berpantang di rumah mak, memang kena ikutlah 100%. Anak kedua adalah 80% ikut. Kali ni anak ketiga, aku tak tahu berapa peratus yang aku ikut. Rasanya dalam 50% aje. Bukan aku tak mahu pantang betul2, tapi macam mana aku nak pantang 100% kalau tetiba, Alia berak,5 minit kemudian Abid nak menyusu, 10 minit kemudian Aqil dan Alia bergaduh, selang lagi 15 minit berebut nak cium adik dia. Nak turun tangga pun, Alia nak aku dukung, bukan Alia aje, Aqil pun sama mengada.
Memasak, membasuh, mengemas...kena buat juga. Nak mandi pun aku kena tunggu suami ada di rumah. Nasib baik dua mingu pertama ada kawan2 hantar makanan, suami pun di rumah aje. Tapi bila masuk minggu ketiga, semua kena atur sendiri. Abang dah mula ke Uni semula, dengan kerja part time lagi.Mingggu ke tiga tu, memang minggu paling mencabar rasanya. Rasanya hampir setiap hari air mata ni keluar. Aku ingat, anak dah masuk tiga ni, aku dah boleh atur sendiri semua. Tapi rupanya tidak. Midwife cakap, anak2 aku Aqil dan Alia tgh nak sesuaikan diri dengan kelahiran orang baru dalam keluarga kami. Bukan diorang aje, aku pun sebenarnya dalam proses penyesuaian. Kena pandai cari masa nak bereskan semua kerja di rumah ni. Yang aku pelik tu, Aqil jadi budak kecik semula. Terberak dalam seluarlah, terkencinglah, makan pun nak bersuaplah, sengaja nak buat aku marah. Macam manalah aku nak berpantang betul. Alia pun sama buat perangai. Adei!! boleh sakit jantung di buatnya.
Minggu ke 4 aku dah boleh sesuaikan diri. Rasa lebih terurus keadaan di rumah ni. Aku pun dah lebih sihat. Alia pulak tak berapa sihat, malam aje mesti batuk2 lepas tu muntah. Hari2 aku dok kena tukar cadar dan sarung duvet. Abid pulak selsema, hidung asyik tersumbat. Nasib Aqil dah ok sikit. Baru aku perasan, bila aku ok, anak2 aku2 semuanya takdelah buat perangai sangat. Aku yang kena sabar, tenangkan fikiran, jadi bila diorang buat perangai pun aku tak hangin dan aku boleh handle dengan baik. Minggu ni aku rasa perasaan dan fikiran aku lebih tenang. Alhamdulillah. Hari ini dah hari yang ke 28. Orang kata dalam pantang kita rasa lambatnya masa berlalu. Aku masih dalam masa berpantang, tapi..........tak leh nak pantang semua ....Kalau tidak haru biru rumah ni...
Tapi, bila diorang semua tidur, tenang aje tengok. Merekalah permata hati aku dan suami.
=================================================
Cerita petang Ahad
(Perbualan antara abah dan Aqil)
Abah : What is your name?
Aqil : Aqil
Abah : What is your sister's name?
Aqil : Alia
Abah : What is your brother's name?
Aqil : Abid
Abah : What is your father's name?
Aqil : Abah
Abah : Salah.....Shahruddin
Aqil : Shahruddin??
Abah : What is your father's name Aqil?
Aqil : Shahruddin
Abah : What is your mother's name?
Aqil : Ibu
Abah : No..not ibu. Your mother's name is Yusmawati
Aqil : Huh??
Abah : Yusmawati
Aqil : (Dengan mukanya yang kompius) Kerrkkkkkk
Abah dan Ibu : GELAK SAKAN. Adeii siannya anak aku ni, nama ibu sendiri pun tak tahu. Udahler nyebut nama abah dia pun slang mat salleh.
Minggu ke 4 aku dah boleh sesuaikan diri. Rasa lebih terurus keadaan di rumah ni. Aku pun dah lebih sihat. Alia pulak tak berapa sihat, malam aje mesti batuk2 lepas tu muntah. Hari2 aku dok kena tukar cadar dan sarung duvet. Abid pulak selsema, hidung asyik tersumbat. Nasib Aqil dah ok sikit. Baru aku perasan, bila aku ok, anak2 aku2 semuanya takdelah buat perangai sangat. Aku yang kena sabar, tenangkan fikiran, jadi bila diorang buat perangai pun aku tak hangin dan aku boleh handle dengan baik. Minggu ni aku rasa perasaan dan fikiran aku lebih tenang. Alhamdulillah. Hari ini dah hari yang ke 28. Orang kata dalam pantang kita rasa lambatnya masa berlalu. Aku masih dalam masa berpantang, tapi..........tak leh nak pantang semua ....Kalau tidak haru biru rumah ni...
Tapi, bila diorang semua tidur, tenang aje tengok. Merekalah permata hati aku dan suami.
=================================================
Cerita petang Ahad
(Perbualan antara abah dan Aqil)
Abah : What is your name?
Aqil : Aqil
Abah : What is your sister's name?
Aqil : Alia
Abah : What is your brother's name?
Aqil : Abid
Abah : What is your father's name?
Aqil : Abah
Abah : Salah.....Shahruddin
Aqil : Shahruddin??
Abah : What is your father's name Aqil?
Aqil : Shahruddin
Abah : What is your mother's name?
Aqil : Ibu
Abah : No..not ibu. Your mother's name is Yusmawati
Aqil : Huh??
Abah : Yusmawati
Aqil : (Dengan mukanya yang kompius) Kerrkkkkkk
Abah dan Ibu : GELAK SAKAN. Adeii siannya anak aku ni, nama ibu sendiri pun tak tahu. Udahler nyebut nama abah dia pun slang mat salleh.
19 comments:
comel ah.. budak2.. tengah nak besar.. kena sabar .. :D
dah lama tak masuk blog ni.. baru dapat baby ke? tahniah tahniah..
orang tua tua dulu risau sungguh kalau tak ikut pantang tu.. kena ikut le yg mana patut..
sabar byk2 kak!nani ingatkan ,silap masuk blog dah..sbb lain kan..pastuh tetiba dah tukar pengenalan diri..hehehe..ape2pun jaga diri akak tu elok2!
teringin nak dgr suara aqil sebut ibu atau abah in slang english!heheh
aminbakish,
betul tu...memang kena banyak sabar...cuma kekadang tu bila angin juga, lagi tgh dlm pantang kan..perasaan tu cepat aje naik turun
zino,
terima kasih. InsyaAllah saya dah cuba ikut seberapa yang boleh, yelah..kesihatan sendiri nak kena jaga juga kan
nani,
tukar pada blogger betanya template...senang nak manage, thanks nani.
Nak dengar yer....nanti kalau ada masa akak rakam yer pas tu masuk dlm blog..tp tak janji..hehe
salam,
akhirnya dapat gak buat entri baru ya yus
sempat lagi tu tukar template baru..
kerenah anak2 mmg memeningkan kepala bila mrk meragam, tp betul, time tidur tu alahai, sayu n hiba memandang merekakan..terdetik rasa menyesal napelah tak boleh sabar ngan kerenah mereka..ini akaklah ni huhuhu
Wah warna yang lebih 'light'. Sedap mata memandang.
Yus, macam boleh bayangkan aje kalau saya dalam situasi yus pun agaknya begitu juga.
Bila time saya rasa nak marah - saya cepat2 ingat ayat Allah; Surah Al Anfal:28.
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Banyak bersabar yea..Insyallah semua akan ok....
Hugs
Azi
sian kak yus...berpantang sdiri kann..aper leh watttt...aperpun..jaga kesihatannn erkkk....
>sumer ank mul ahuruf 'A'...tiba time ibu ayah ..lain lak..hehehehe..tu konfius kut...ahakk
Harap2 OK kepantangannya itew.... Syira dah diajar nama2 den & mem... Kalau tanya tempat keje den pun dia jawab 'SHAMSUNG'..... he..he.he..
saya pun cam kak yus hari tu..ye la, itu ini nak kena buat, tetambah lg kakak mmg tak tido siang..
kakak tau nama abah dia, tp bila mama, dia kata mama, sruh ckp nama betul pun xnak..dia nak guna mama jer..
hai kak yus..
assalamualaikum..tima kasih sudi dtg jengok blog saya yg tak semengah tu ..baru nak belajar..
nanti saya akan khatamkan blog akak pulak..akak duk kat mana ni?
yus, nanti email/tinggalkan kat YM fone number Yus eh. saje nak call masa 'sahabat' datang nanti.
salam yus
dah tukar template ni cepat je iv load..
pengalaman yus tu mcm iv masa baru pindah ke jitra
amatla kelam kabut..tatau nak buat cemana...tapi depan anak anak keraskan hati x nak nangis
Yus...rasanya tak salah buat kerja masa dlm pantang...sebab kalau dah duduk sendiri nak harapkan saper lagik kan? Yang penting sebelum buat kerja tu pakai barut/girdle elok2...dan kalau nak main air sejuk tu seboleh2nya guna sarung tangan....ubat pulak kene makan ikut peraturan....Insyaallah takkan apa2
Take care Yus & Congrats....
sabar Yus...jangan cepat tension...dlm pantang ni kan ke bahaya kalau kepala serabut...memang ujian semua tu...akak yakin Yus memang kuat orangnya....:D
Macam yg k.Lady cakap tu la, asalkan kita berhati2, insyaAllah tak apa2....
kak syikin,
hihi..ha'ah dpt gak buat n3 baru + tukar template baru...
betul tu kak dah lepas marah baru nak menyesal..kalau sabar sikit tak de apa pun...tapi saya ni mmg kurang sabar...
mama sarah,
mungkin saya boleh ikut cara MS ni..tq
ajzie,
tq....
zz,
tq...agaknyalah ekk..adik beradik semua mula dgn 'A' tetiba ibu dgn abah dia lain..tu yg susah noo tu..hihi
nbk,
InsyaAllah dah semakin baik...
Waah pandai Syira...
mama singa,
bila sendiri mcm ni, mmg kena pandai berdikari dan urus sendiri kan...masa dpt Alia dulu rasa ok...bila dpt Abid, ada 3 org yg kecil2 kan..tu yg rasa lagi mencabar...
irfa,
terima kasih atas kunjungan balas...duduk di Sheffield ni..
iv,
ni bila iv kata susah nak uploadlah yg buat yus tukar template blogger jer..hehe
Sebagai ibu mmg kena kuatkan hati kan..
kak lady,
tq atas nasihat, tapi kekadang tu tak sempat nak pakai pun barut or girdle tu...pulak sini tgh sejuk beku tu...tapi yus buat jugalah yg mana termampu
kak wan,
tq kak....mmg kalau kita tension lagi serabut otak ni ekk kak...
yus, tahniah dapat 3rd baby.take care n bnykkan sbar melayan anak2.:)
Post a Comment