Assalamualaikum buat semua,
Ada 3 perkara berbeza yang saya nak cerita di sini. Tak tahu nak bagi tajuk apa jadi saya letak di atas tu 3 dalam 1.
Ada 3 perkara berbeza yang saya nak cerita di sini. Tak tahu nak bagi tajuk apa jadi saya letak di atas tu 3 dalam 1.
1) Penantian
2) Email yahoo saya buat hal
Ini satu lagi perkara yang buat saya geram. Semuanya bermula Ahad lepas. Pagi2 lepas sarapan, bila saya buka pc dan cuba nak tengok email, keluar kat skrin tu, 'invalid user id' or 'invalid password'. Sudahnya saya tak boleh masuk email sendiri. Hari2 dah masuk, apa pulak yang salah. Saya memang tahu sangat id saya dan password saya tu. Tak lupa pun. Tension kejap. Tunggu hingga ke petang pun sama. Terpaksalah saya buat account baru.
Masalahnya sekarang, semua email address kawan2 ada dalam tu. Manalah saya ingat semua tu. Kenalah mencari balik ni. Kepada kawan2 saya yang biasa masuk blog ni, Azian, As, Kak Aida, Jo, Mas sesiapa juga yang mengenali saya, harap dapat email saya di alamat yang baru sebab yang lama tu saya dah tak boleh nak login. Email saya yang baru ialah maz_naz06@yahoo.co.uk. Dua tiga hari ni, bila bukak email aje, rasa kosong, tak seperti biasa mesti dah penuh . Sedih pulak..huhu ialah semua kawan tak tahu email address yang baru kan. Harap2 lepas ni ceria balik inbox email saya...... .
3) Saya kena tag
Hari Sabtu lepas, buka aje blog untuk approve komen yang masuk, tersentak sekejap bila blogger Bunga Rampai mengeTag saya...huhu. Saya tak pernah lagi jawab tag, rasa macam tak tahu pulak. Mula ingat nantilah.....tunggu lepas bersalin. Bila fikir2 semula, nanti lama sangat pulak, basi jadinya.... Di sini saya cubalah jawab yer...Harap BR berpuas hati.
1. Menunaikan fardhu haji bersama seisi keluarga.
2. Melancong ke seluruh pelusuk dunia bersama keluarga, kalau boleh kat kutub utara selatan pun nak pergi sebab saya suka tengok keindahan bumi ciptaan Tuhan ni.
3. Membantu mereka yang memerlukan, saudara mara, kawan-kawan,keluarga miskin, mereka yang teraniaya, penduduk Islam yang tertindas di dunia ni, anak2 yatim.
4. Mempunyai banglo mewah, lengkap dengan semua kelengkapan yang serba moden, semua yang pernah saya angankan ada dalam rumah tu....macam dapat aje.
5. Melabur dan menyimpan untuk hari tua dan anak2 saya. Kalau semuanya di belanjakan, millionaire pun boleh jadi papa kedana.
5 bad habits:
1. Suka makan bersulam air, orang kata tak bagus kan...tapi saya tak boleh ubah.
2. Buat kerja ikut mood, bila mood tengah baik, tak makan pun tak pe sampai kerja tu selesai, tapi kalau mood tengah takde, seminggu rumah tak berkemas pun selamba aje.
3. Cepat naik 'hangin'..tapi biasanya kejap dah 'cool' balik.
4. Suka letak barang merata tempat, lepas tu pelupa....sudahnya, satu rumah boleh kena amuk, padahal sendiri salah letak...huhu
5. Suka korek telinga guna besi atau sepit hitam tu....husband saya selalu marah, takut anak2 ikut.
5 things I hate doing:
1. Beratur panjang menunggu giliran.
2. Lipat baju....kerja rumah yang paling malas saya nak buat, suka tangguh.
3. Terpaksa buat sesuatu kerja dengan tergesa-gesa, kalau boleh biarlah kerja tu saya boleh buat dalam keadaan relax.
4. Pusing bandar sorang-sorang, saya suka berteman, tak pandai jalan sorang2.
5. Kemas mainan anak berkali2 satu hari (terpaksa gak sebab anak2 saya suka buat sepah)
5 things I will never do:
1. Memutuskan silaturrahim
2. Menderhaka pada emak dan ayah
3. Menganiaya orang tua dan kanak-kanak.
4. Membunuh diri (Na'udzubillah -minta dijauhkan)
5. Mengapi-apikan orang.
5 things I regret doing:
Tak baik menyesal, apa yang berlaku sudah ketentuan dariNya.....perlu redha dan berfikir semula kenapa perkara tu boleh berlaku.
5 fave toys or things:
1. Komputer, kalau takde boleh boring saya.
2. Cermin mata saya, kalau takde satu hapah tak nampak.
3. Beg duit saya, banyak benda ada dalam tu.
4. Handphone/telefon (senang nak contact sesiapa terutama suami saya...hihi)
5. Kamera ( boleh ambil gambar apa saja yang saya suka kan)
5 people I choose to do this:
1. Kak Faez sebab dialah yang memperkenalkan saya dengan dunia blog
2. Ajzie antara kawan pertama saya di alam maya dan selalu chatting dengan saya masa saya boring
3. Bro Zino , sebab dia banyak pengalaman
4. Seorang mama yang saya perlu banyak pelajari darinya, KakZ
5. Ana adik ipar saya yang comel, boleh kan.
Oklah...bye semua.....InsyaAllah next n3 pasal 'orang baru' pulak....
17 comments:
Hohoho..nak tergelak nih...senggih sorang nih.. Yus tag saya..huhuhu. gelihati saya..
Yus pasal email tuh try pergi kat "Forget your ID or password". Masa nak sign in ada sign nih..so Yus try masuk kan data2 Yus und than password yg system tukar tuh akan terkeluar. Tulis kat kertas coz panjang password tuh..pastu cepat2 Yus tukar yg baru..coz akan ada 2-3 password nih akan tertukar.. Apa2 nanti Ym kalau fening apa yg azi tulis nih...
Pastu..selamat bersalin yea.. Nanti jgn lupa YM eik kalau dah bersalin..
Salam dan take care..
ajzie,
hihi....alah..tak tahu nak tag saper lagi....bolehlah kan...
pasal email tu, yus dah pergi dah kat "Forget your ID or password tu". Masalahnya bila yus jawab secret question yang dia beri, dia kata jawapan yus salah...yus rasa betullah, tak tahulah apa jawapan yang yus letak dulu, sbb a/c email tu dah lama yus buat, 3 tahun yang lalu....jadi tak leh nak recover balik. Pulak tu, masa tu yus tak letak alternate email.....mmg tak bolehlah jawabnya kan...huhu
InsyaAllah...akan beritahu bila dah bersalin....
waaa... almost time ek Yus... semoga dipermudahkan proses bersalin nanti dan mendapat baby yg comel... :-)
Salam Yus,
Wow, ingatkan kena tunggu lepas Yus bersalin baru dapat baca jawapan tag itu. Saya amat berbesar hati dan menghargai jawapan Yus itu.
Korek telinga dengan sepit hitam :)) teringat masa saya kecik-kecik ...
Semoga besabar dalam penantian, dan tidak mengalami kesukaran. Tawakal.
salam kak yus! org baru dah kuar lom nih? lama tul mm x singgah sini.. jauh sangat gamaknya tu yg lama baru nak sampai.
sejak akhir2 nih bz sket.. tu yg x baper nak sempat melawat blog kengkawan. blog sendiri pun selalu bersawang
waa..akak tag ana.ni mesti kes sbb ana dh lame tak update blog. Bz aa kak..
Ekceli kn, semlm ana baru terfikir nk tulis mende2 ni sume..siap beli buku lagi. Sekali kene tag pulak..rezekilah..
tak sabar nak tunggu gambar baby kak yus..semoga semuanya selamat belaka..
pasal makan sulam air tu..saya pun tak leh nak ubah..cam tu jugak..kalo pedas lagi la..
Sy suka gambor hiasan yg atas tu... cute hehehe
Rata-rata ramai yang anti beratur panjang2 ni ekk....
Selamat dan selamat buat Yus....
Yus...semoga Yus dan bakal baby hendaknya....
Rehatlah ...nanti jgn lupa masukkan gambar orang baru ye...
kakZ,
hihi...tq cepat betul akak jawab tag yus...
Korek telinga guna sepit tu dah terbiasalah kak, kalau guna cotton bud, tak puas...hihi
sastri,
tak sabar ni..hihi..tq sas
Bunga rampai,
Nak tunggu lepas bersalin macam lama sangat pulak...TQ doakan yus
mamamanja,
yelah..lama MM tak ke mari. Belum lagi..masih menanti...
ana,
hihi....ada buku pasal tag ni yer....hehe jakun pulak akak...ekeke
mamasinga,
tunggu!!!..hehe. Ada gak sepesen ngan akak suka makan sulam air yer....
BP,
cute eh gambar tu...hehe
TQ..moga semua selamat...amin.
Harap2 sempat beri ucapan Selamat Bersalin kat Yus.... Nanti anakanda punya my card kode negeri dia sama cam den lah agaknya XXXX-99-XXXX. Kod negeri Sheffield samo cam den..he.he.he..(perasan ler lahir kat Sheffield tuh...hu...hu..hu..)
kak,bukan akak je yg tak sabar..saya pon tak sabar tunggu..slalu saya masuk blog akak tgk2 kot2 dah ada watak baru..hehe
salam,
bab korek telinga ngan besi tu samalah kita, mmg ketagih..
18/11 tukan samalah ngan tarikh due alia..tp alia cepat 2 hari. husna lmbt 3 hari.aiman cepat seminggu n huda cepat 5 hari..
moga selamat semuanya ya..sapa tukang urut nanti?
mog aegalanya selamat kak yus
moga selamat dan dipermudahkan ya...
hampir semuanya .... hampir sama ..... bila tarikhnya ?
Post a Comment