Wednesday, November 1, 2006

Kesihatan ayah rakan blog kita

Entri ini atas permintaan rakan blog kita Dr Faez.

Saya baru menerima berita sedih dari seorang rakan blog kita iaitu Dr Faezhussain . Dia minta saya sampaikan berita ini kepada rakan blog yang mengenali beliau. Ayah beliau kini sedang tenat di UH. Khabarnya ayah Dr Faez, sesak nafas, di serang sakit jantung dan kini di dapati ada sakit pneumonia juga. Dr Faez baru saja menghubungi saya melalui SMS sebentar tadi (31/10/2006 4.07pm waktu UK).Menurut beliau, ayahnya kini masih berada di unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri. Kepada rakan2 blog yang mengenali dan biasa mengunjungi blog beliau, marilah sama2 kita mendoakan semoga ayah Dr Faez segera sembuh. Kak Faez.....harap tabah menghadapi ujian ini. Yus dan rakan2 lain mendoakan agar ayah akak akan kembali sihat seperti sediakala.

6 comments:

NBK466 said...

Hanya doa yang mampu den panjatkan buat ayahanada Dr. Faez...semoga sembuh dari ujian tuhan ini...

blackpurple @ jowopinter said...

Semoga ayah Dr Faezhussain akan pulih dan sihat seperti sediakala.... amin..

Kaklong Syikin said...

salam,

eh, rasanya akak dah tinggalkan komen kat shoutbox tu bertanyakan no.tepon dr. faez ..boleh ke yus akak dptkan no. dr. faez? email akak pun tak pe..

moga ayah dr.faez cepat sembuh.amin

Anonymous said...

semoga cepat sembuh...

Ajzie said...

Semoga ayah Dr Faez akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.... amin..

Nik Ha said...

Salam,
Semoga ayah beliau cpt sembuh.

Lama betul rasaya tak jenguk blog Yus. Dah makin cantik!. Terpegun saya tgk. Behnyer kalau boleh buat camtu jgk. Tp tak reti+tak dan nak godek2.

Semoga Yus slmt bersalin nanti :)