Terima kasih buat semua yang memberi ucapan tahniah buat kami. Maaf saya tak dapat nak jawab komen sahabat semua satu persatu, terima kasih sekali lagi.
Ramai yang bertanya berapa berat Abid masa lahir. Saya pun lupa pulak nak tulis dalam N3 sebelum ni. Kecil saja anak saya ni, beratnya masa lahir 2.96kg. Ramai yang cakap kecik jer...tapi sebenarnya dialah yang paling berat masa dilahirkan antara ketiga2 anak saya. Aqil dulu cuma 2.65kg, Alia pulak 2.82kg. Hari ini genap 9 hari usia Abid. Hehe..baru 9 hari yer. Semalam berat Abid dah bertambah kepada 3.3kg, dalam masa 8 hari berat dia dah naik lebih kurang 400gm. Midwife saya siap terkejut, biasa dia kata takdelah naik banyak sangat dalam masa 8 hari tu. Ada baby yang beratnya makin turun, tapi Abid naik banyak pulak. Alhamdulillah, yang penting sihat kan. Muka dia pun dah berubah sikit sekarang ni. Dah nampak chubby sikit berbanding masa hari pertama dulu.
Keadaan sekarang dah semakin terkawal. Saya pun dah tambah sihat. Takde tukang urut yang pandai urut orang lepas bersalin, jadi tukang urut tak bertauliah En. Din yang tolong urut. Itupun bahagian perut dia tak berani, saya dok sengkak sendiri, bertungku sikit2 dan pakai barut jer. Kalau dulu masa bersalinkan Alia ada seorang kakak ni memang pandai urut orang lepas bersalin, tapi laa ni dia dah balik ke tanahair....huhu. Saya amat berterima kasih pada kawan2 disini yang bergilir2 tolong masak dan hantar makanan pada kami selama 2 minggu ni. Terima kasih juga pada Pn. Anita yang tolong buat air mandian serai wangi untuk saya. Rasa tak nak keluar jer dari bilik air tu bila mandi dengan air tu..haha.
Jamu ada orang Malaysia kirim untuk saya. Pada NBK...yang bertanya tu...takdelah saya makan jamu dari kedai Pakistan. Manalah ada jamu atau akar2 kayu di jual kat kedai Pakistan tu En. NBK oii....nak tergelak pulak saya baca komen kata beli akar2 kayu kat kedai Pakistan...hehe.
Di bawah ni gambar terbaru Abid bersama Abah, Abang dan kakaknya. Terima kasih juga pada yang beri hadiah untuk Abid yer.....
Oklah, berhenti di sini dulu. Sehingga di lain waktu, Salam.
18 comments:
yus..
sempat lagi tu nak buat entry baru...he..he..mummy modern la katakan..
haha....alah kak nita...komputer kat sebelah ni jer ha!! Ketuk2 jerlah...hehe
Sori kak yus lama tak lawat blog kak yus sampai tak tahu kak yus dah sembilan hari dah bersalin.
Tahniah dan salam untuk Muhammad Abid Zulfan.
Ok la tu. Segalannya dipermudahkan walaupun duk jauh, sampai boleh mandi serai wangi.
Terima kasih mazudi. Saya pun tak sempat lagi nak melawat blog kengkawan semua, cuma baru sikit2 jer. Alhamdulillah, berkat doa dari semua, segalanya dipermudahkan.
Yus kat sana ada serai wangi ker yus? Beli ker tanam? Boleh hidup ker?
Dah montel dah eik Abid..pinjam boleh?
Salam Yus,
Alhamdulillah, dah selamat semuanya.
TAHNIAH atas kelahiran Abid, doa saya moga Yus terus tabah menjadi ibu yang baik dan manis, juga Abid bakal seorang anak yang soleh.
Aduh, lagu Yus ini buat saya jiwang....
sempat lg mengedit gambar..nampak muka abid makin bulat..
saya haritu ada tok sedara tolong buatkan inai utk mandi..
Wah ...cute..!
Dah pandai membuat aksi gimnastik nampaknya....
hehehe
ajzie,
serai ada di jual di kedai cina atau thai. Air tu anita buat campur serai, daun sirih, daun pandan...yus pun tak tahu mcm mana dia buat. Tapi mmg wangi dan menyegarkan.
Pinjam untuk pegang kejap boleh...
bunga rampai,
terima kasih.
Saya mmg suka lagu ni.
mama singa,
sempat...hehe. Mandi air inai?? Baru first time dengar..
BP,
sebulan dua lagi mcm2 aksi dia boleh buat rasanya..ikut abang n kakaknya....hihi
a'ah lah Abid dah chubby sikit.
abang dengan kakak Abid tak jealous ke dgn baby baru tu..? :D
salam,
wah..sampai sheffield mandi air serai wangi tu..rasanya anita rebus serai tu ngan semua daun yg ada tu..mmg best baunyakan..akak mmg mandi air tu masa dlm pantang, mil akak mmg tanam masa akak start mengandung anak pertama dulu.
husna akak paling kecil masa lahir, 2.78 kg. alia n huda, 3 kg memasing. aiman paling berat 3.3 kg..
tak pening kepala ya lelama ngadap pc time pantang ni? sapu tak dahi tu ngan alah...apa tu, benda alah jamu utk elakkan angin masuk kepala tu..?
aminbakish,
ada gak jealous, kalau boleh semua nak tidur dengan ibu dia bila malam.
kak syikin,
ngadap pc time baby tidur...hehe.
Yang sapu kat kepala tu namanya pilis, yus pakai juga, tapi tak hari2 selalu terlupa..hihi, takdelah rasa pening kepala, yus pening bila tiga2 budak dalam rumah ni melalak serentak...sakit terus kepala.
anak2 melalak tu adatlah yus. Jangan ibu dan abah yang melalak. sure pelik depa semua tengok nanti.
esok2 diorang besar, banyaklah benda boleh ungkit kat diorang semua kan?
Oh..takde yek akar2 kayu kat kedai Paki??? he..he.he... Anyhow dulu tak pernah amik tahu pasal baby's wear kat UK...mahal2 tak?
waa.... comelnyerrrr diaaa... anak2 Yus ni semuanya comel2 belaka la...
Yus,
azi ingat pokok serai wangi..tp saya tahu juga mcm mana nak buat air tuh juga, coz arwah mak saya pun ajar saya juga.
alhamdulillah..dh semakin sehattt
Post a Comment