Friday, November 3, 2006

Terbaru....pulangnya kerahmatullah.

Saya ingin berkongsi dengan semua berita terbaru yang saya terima mengenai ayah Dr Faez. Ayah beliau telah pun pulang kerahmatullah sebelum subuh pagi tadi waktu Malaysia. Saya tak dapat menghubungi Dr Faez untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya. Sama-samalah kita mendoakan semoga arwah ayah Dr Faez di tempatkan bersama-sama dengan orang yg mukmin.

Buat Kak Faez sekeluarga, harap bersabar dan tabah dengan dugaan ini. Kami sekeluarga tumpang sedih atas pemergian arwah. Takziah dari kami ye kak. Sempat juga tumpang bermanja sewaktu ayah Kak Faez ke sini dulu. Kami turut mendoakan agar rohnya tenang di sana.... Amin.

Al-Fatihah.

Update: 3/11/06@3.40pm waktu UK

Saya baru dapat bercakap dgn Dr Faez sebentar tadi. Dia mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada rakan2 yang turut mendoakan kesihatan ayah beliau, tapi kerana sudah sampai ajalnya, dia redha dengan pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Ayahanda Dr Faez telah selamat di kebumikan lebih kurang pukul 6 petang waktu Malaysia di kampungnya di Terengganu. Dr Faez turut meminta maaf kepada semua kerana dah lama tak update blog beliau, dan bila masa mengizinkan nanti mungkin dia akan berkongsi dengan semua.

13 comments:

Lan Rambai said...

Takziah buat Dr Faez

Mama Sarah said...

Oh sedihnya. TErasa walaupun tak pernah berjumpa.

Al Fatihah

Wilhelm~Achtzehn said...

Takziah buat Dr Faez

Kak Lady said...

Sampaikan takziah kak lady buat Dr. Faez...dan Al-Fatihah buat yang telah pergi moga rohnya dicucuri rahmat...

Harap Dr. Faez...tabah menghadapi segalanya...

zino said...

takziah buat Dr Faez dan keluarga..
al-fatihah..

mazudi said...

Takziah dari saya juga.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang soleh.

Sastri said...

takziah buat Dr Faez... semoga dia dapat bersabar dgn dugaan ini... Al-Fatihah...

Syikin said...

salam,

Alfatihah. takziah utk dr. faez.

tiba masanya dia berehat drp kehidupan dunia yg sementara ini.InsyaAllah dia bahagia di sana.

bunga rampai said...

Salam,

Takziah untuk Dr. Faez sekeluarga.
Al-Fatihah.

blackpurple said...

Takziah buat Dr Faez sekeluarga.

Al Fatihah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Amin.

Aku Bukan Bidadari said...

wah...kalo main kat obersea mesti pulis tak kacau kan..

bestnya..

Aku Bukan Bidadari said...

eh rasanya salah kotak kmen ke?

yus said...

aku bukan bidadari,
polis tak kacau kalau main pada hari yg boleh main, tapi dia round jer...takpe salah kotak pun, nasib faham...hehe