Thursday, October 12, 2006

Alhamdulillah

Saya baru balik dari jumpa midwife. Alhamdulillah, kedudukan bayi dalam kandungan saya dah ok. Kepala dah ke bawah. Ujian urine yang ke dua hari tu pun keputusannya ok. Dah tak de infection. Tapi, ujian urine hari ini, kandungan gula berlebihan pulak. Ada ker sebab saya makan kuih bakar jagung semalam...entahlah ekk. Saya berharap, kedudukan ni akan kekal sehingga nak bersalin nanti. Kalau nak berubah pun, bila sampai masanya, janganlah dia melintang. Midwife kata, kepala dah masuk pelviks...oklah tu.

Suami saya pun lega sikit. Kalau tak dia dok gelabah gak. Risau kata dia, harap2 semuanya berjalan lancar sehingga anak kami ni lahir. Mak memang dah confirm tak datang. Saya kena lebih bersedia untuk hadapi kelahiran bayi ni nanti, dan berpantang bersama2 dua lagi kanak2 ribena yang semakin nakal tu...huhu.

Hari ni dah 20 hari kami di UK berpuasa. Rasa tak terlalu awal kan saya letak lagu raya dan ucapan Selamat Hari Raya di atas tu. Semangat pulak... . Bagaimana persiapan hari raya anda tahun ni?? Kami....biasa2 aje. Tak sibuk buat baju raya pun, kuih raya pun mungkin takde..huhu. Harap2 ini tahun terakhir kami beraya di perantauan....rindu rasanya nak beraya di Malaysia.

Oklah....
Salam buat semua......

17 comments:

sufiah said...

alhamdulillah..dah takde apa2. Hopefully sampai bersalin nnt pun sumenye akan ok! Ana pun blum buat persiapan raya..baju raya beli yg ready made je..huhu.Mak tak bg beli kuih raya, tunggu akak2 je bwk balik..hehe.
Selamat Hari Raya Aidilfitri utk abg,akak, aqil,alia dan adik aqil alia..hehe.

kakZ said...

selamat hariraya jugak untuk yus sekeluarga.

nama anak dah ada ke? :D

blackpurple said...

Alhamdulillah, semuanya ok...

Hmmm....Dah terbayang ketupat, lodeh, kuah kacang semua ni..........hehe

yus said...

ana,
Selamat Hari Raya utk ana juga....kirim salam semua family

KakZ,
Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga juga. Nama anak??..hehe..lama dah ada...huhu

BP,
Kalau org Muar, mesti nak ketupat, lodeh, kuah kacang, itulah yg saya kena buat walaupun di sini, ketupat takde, ganti ketupat segera jer, sbb daun kelapa takde. Tahun ni baru berangan2 nak buat lain, husband dah muncung...nak tu jugak....adeiii....

NBK466 said...

Lagu raya paling bermakna masa kat sana was Dari Jauh Ku Pohon Maaf (allayharyam Sudir)... Masa raya kat sana tak kira kenal ker idok..janji rumah M'sia jerk mmg kena serbu...time nie ler nak berkenal2an kan?

yus said...

nbk,
biasa undergarduate student mmg main serbu jer rumah2 postgrad ni, tak kiralah diorang kenal ke idak...hehe

Betul tu, time nilah nak kenal2 kan. Tahun lepas raya pertama kami beraya sampai ker pukul 2 pagi....itu pun tak habis cover...haha.

Lagu tu saya suka juga, tapi nak letak sini, takut sedihlah..sayu gitu, jadi letak lagu yang happy sikit.

Mama Singa said...

Selamat menyambut hari raya utk kak yus sekeluarga..
Tak dpt bayangkan mcm mana kak yus nak berpantang nanti ngan bebudak tu..saya yg sorang ni pun susah nak konsentret pantang..

Syikin said...

salam,

akak pun tak ready satu apa lagi, hatta baju raya anak.

biasanya last week puasa baru p shoppping. suami akak suka style camtu.

alhamdulillah, suka dengar latest progress pasal kandungan Yus. doalah banyak2 moga mudah segala urusan. wah..nanti yus berpantang, susahlah nak baca updated entri..kena rehat betul2kan..

Anonymous said...

salam...
kak yus.sejak saya terjumpa blog akak ni terus jatuh hati.setiap hari saya bgtau kawan saya ..saya nak gi oversea...terpengaruh dengan blog kak yus.pastu bila tgk aqil ngan alia tuh..terhibur rasa hati.entah bila lah saya dapat ke sana...nk jadi cam kak yus..tak nak sambung belajar kat sana ...tapi nk teman 'org' ja...tapi saya kat sini pun baru ja nk tamat degree...semoga akak sekeluarga sentiasa dalam lindunganNya..dan di sepuluh malam terakhir ramadan ini..diharapkan kita sama2 mendapat keberkatan lailatul qadar..dan dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat...insyaAllah

razlizahazleen said...

selamat hari raya untuk kak yus & family..saya kat sini tak besh plak nak raya.cepat sgt sebulan posa.raya pon tak feel.tak wat persiapan aper pon..

uDA said...

yus, harap2 tak ada masalah sehingga bersalin nanti ya. jgn risau2. kawan2 ramai doakan kesejahteraan yus sekeluarga. :-) lawa kad raya..hehe. slamat teruskan puasa.

Sastri said...

alhamdulillah Yus... harap2 semua ok sehingga Yus selamat bersalin nanti... Sas tak tau lagi hidangan pagi raya sbb raya pertama mmg wajib kat rumah nenek...

Kak Lady said...

Yus...alhamdulillah semua dah okay...moga yus & baby dlm kandungan sihat selalu dan semoga semuanya baik-baik saja...

Selamat Hari Raya juga dari kak lady sekeluarga buat Yus satu famili...Maaf Zahir Bathin andai terkasar bahasa kita di alam blog ini...

Kita tinggal seminggu saja berpuasa....kak lady pun jarang dpt menjengah blog...almaklum...hubby dah balik..

kunci said...

good news. smoga sihat selalu. selamat hari raya!

yus said...

mamasinga,
Selamat Hari Raya buat MS kembali. Ni second time bersalin di UK. Terpaksalah biasa2 kan diri kan. Akak pun tak dpt nak bayangkan mcm mana..hehe

Kak Syikin,
Berkat doa dari semua kak. Alhamdulillah. Yus dua hari ni baru buat kuih raya . Baru satu jenis jer....tapi dua kali buat, sbb yg petama buat, dah habis separuh anak2 makan..huhu.

Anony,
Siapa kah gerangannya ni ekk?? Letaklah nama..hehe. Semoga tercapai hajat, sendiri yg belajar pun ok apa, tak payah nak tunggu jadi teman orang.

Terima kasih atas doa. Selamat Hari Raya buat anony sekeluarga.

yus said...

liza,
S'mat Hari raya. Apa?? Tak best nak raya??....Kalau mcm akak ni, yelah tak berapa best...jauh dari keluarga...hihi

uda,
Berkat doa dari semua kan.Harap2 oklah sehingga bersalin nanti. Erkk..lawa ker??..hihi tak pandai mcm Udalah...itu simple jer...Selamat teruskan puasa n Selamat Hari Raya buat Uda sekeluarga.

Sas,
Biasa kat rumah nenek apa hidangan pagi raya tu??...Mesti best kan. Yus mungkin buat ketupat segera, lodeh, satay goreng n kuah kacang kot. Tak sure lagi..hihi.

yus said...

Kak Lady,
terima kasih kak. Hmm sure happy ni hubby dah balik, selamat hari raya buat akak sekeluarga.

Kunci,
Thanks n Selamat Hari raya.