Hari ini dengan tidak semena2 aku membaca kembali entri aku yang lepas2. Panjang juga aku berceloteh rupanya. Lately aku lebih suka letak gambar atau bercerita pasal anak.Dalam salah satu entri pada bulan May 2006, seorang rakan bloger ada bertanya bila kami akan balik Malaysia. Aku jawab InsyaAllah bulan Mac tahun depan. Hari ni 17 Mac 2007, dah hampir ke penghujung nampaknya bulan Mac tahun depan yang aku maksudkan masa tu. Kami masih di sini, sehingga habis Mac pun, belum boleh balik lagi. Dalam hati memang rasa ingin benar pulang, tapi komen kak faez dalam kotak jerit aku buat aku berfikir balik. Selagi aku masih di sini, aku harus ambil peluang ni untuk menikmati kehidupan di sini. Walaupun banyak aktiviti seharian aku akhir2 ini perkara rutin, (hari2 pun sama) membosankan, tapi cuaca dan keadaan di sini, satu masa nanti pasti aku merinduinya.
Aku memang belum boleh jawab bila kami akan meninggalkan bumi Sheffield ni. Semuanya terpulang pada kerja2 suami aku. Hari2 aku berdoa semoga segala kerjanya di permudahkan. Bukan senang nak berjaya. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuh. Ada satu ketika pada bulan lepas, hampir suami ku berputus asa, hilang semangat sekejap kerana tesis yang patut dah sampai ke penghujung untuk siap, tiba2 supervisor kata apa yang di buat itu salah. Alahamdulillah dia dapat mempertahankan apa yang diragui oleh supervisornya dengan fakta yg kukuh. Dapatlah dia meneruskan penulisan tesisnya semula. Kalau tidak, kena buat balik ekperimen semua, aku yang dengar pun kecut perut.
Kadang2 aku pulak yang tak sabar. Dalam hati dok berkata, Hai!! Bilalah nak siap agaknya? Tapi, aku hanya melihat, bukan aku yang buat, satu hapah pun aku tak faham apa yang dia buat. Bukannya tesis mcm masa undergraduate dulu. Aku sendiri belum tentu dapat melakukannya.
Dua tiga hari lepas, selepas pulang dari universiti, masa waktu makan, suami ku bercerita tentang seorang kawan kami. Dia di UK ni pun sudah tahun akhir, tapi eksperimen dia masih belum menampakkan hasil. Kalau eksperimen pun belum habis, nak mula tulis tesis jauh lah lagi. Supervisor seperti tidak membantu. Tiba2 tuan rumah pulak buat hal, suruh mereka keluar dari rumah tu sebelum akhir bulan April. Sudahlah rumah yang di sewa mereka tu tanpa satu perabut pun. Maknanya semua barang dalam rumah tu kepunyaan dia sendiri. Kalau berpindah nak angkut barang2 yg dah di kumpul hampir 3 tahun mmg banyak tu. Macam nak balik Malaysia pulak. Nak cari rumah lain, skrg rumah dah mahal. Kalau boleh nak cari di kawasan yg berdekatan, jadi senang untuk anak2, tak perlu sibuk nak tukar sekolah semua. Kerja banyak, nak pikir pasal rumah lagi, memang kesian sangat dengan kawan kami ni.
Suami aku cakap, bila dia dengar tu, dia rasa 10 kali bersyukur, dugaan yang dia terima takdelah seberat mana. Supervisor masih lagi membantu walaupun terkadang respond yang di beri agak lambat. Aku pun rasa bersyukur sesangat. Moga2 segalanya di permudahkan. Aku dah tak nak fikir sangat bila nak siap, bila nak balik Malaysia. Masanya akan sampai juga. Sementara tu, nikmati kehidupan di sini. Cuma adakalanya bila orang asyik tanya, kita terasa juga. Yelah..dah lama di sini, dah hampir 4 tahun. Teringat pulak pesan mak aku di telefon dua tiga hari lepas, jaga anak2 tu baik2, sudahlah mak tak pernah jumpa cucu mak lagi ni (mak aku maksudkan Alia dan Abid). Sedih dan kesian pulak kat mak. Aku rasa benda2 mcm nilah yg selalu buat aku rasa nak balik ajer ( di samping masalah ekonomi). Kalau tidak, aku suka juga suasana di sini. Dah balik nanti pasti aku merinduinya. Aku kena ambil mana yang positif, buang yang negatif.
Kalau ada yang masih ingat gambar di bawah ni ada pada entri aku yang lepas (klik sini) . Masa ni hijau ajer belakang rumah aku ni.
Tengoklah gambar hari ni pulak di lokasi yang sama.
Perubahan suasana macam nilah yang pasti aku tak jumpa bila balik nanti. Jadi yus.....enjoy sementara ada, dah takde nanti teringat pulak....Terbayang2 macam dok terbayang pucuk ubi dan sayur turi tu karang.....hahaha.
20 comments:
ada la hikmahnya.. sabar, sabar.. tapi betul jugak, nanti bila dah balik msia, sure rindu suasana 4 musim tu..
Sabar yea.. Sikit aje lagi tuh. Betul tuh kata Yus nanti dah balik Msia kot2 rindu nak balik kat Sheffiled plak.. hihihi..
Takper2 nanti kita buat activity bersama..Yus, Misah and Azi.
salam.
sabar. ada hikmah. rindu itu suatu kebiasaan seorang manusia. eceh. cakap lebat saya nih! ha ha ha. suami akak buat phd ya :)
mulan betul tu, pasti rindu dgn suasana 4 musim ni bila dah balik
ajzie mcm dapat bayangkan kita buat aktiviti bersama tu, sure seronok kan. Kalau satu hari nanti dok rindu Sheffield, entah bilalah dapat jejak lagi masa tu
kot-kotlah akmal smbg phd kat Sheffield ker?? bolehlah kami ke sana..hehe
akirasuri ha'ah, suami akak student phd di sini..
kakYus nampak tak keajaiban Allah Maha Mendengar...di saat2 kakYus bagai ilang sabar nak balik, tetiba ada pulak kisah kawan yang lebih tak bernasib baik...
Allah Maha Mendengar apa yang kakYus mahu, tetapi Dia nak bagi beberapa lagi nikmat yang mungkin kakYus tak jangka..kakYus redha lah dengan perancangan Allah ye..
InsyaAllah, usaha yang baik (mencari ilmu demi mendapat keredhaan Allah) akan diiringi dengan ganjaran2 yang baik..
betul kata kakYus..nikmatilah apa yang kakYus ada sekarang, kerana tak tahu bila lagi kakYus akan memperolehnya.. :)
Carpe deum - seize the day. Selagi badan sihat, otak waras (ramai PhD candidate mereng, ye dak??), each member of the family must help the journey to be most pleasurable. Semoga sentiasa dipelihara dan dibantu Allah...
Masanya akan tiba insyaAllah. Bersabarlah.
Hihihihi betul gaks kan.. Kita pun tak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan kan kan..
Lama tak menjenguk blog ni.. dah nak balik Mesia ya..
Aku baru balik dari Mesia selepas 3 bulan bercuti.. ada beberapa perkara yg kadang-kadang buat aku terasa terasing walaupun di bumi kelahiran sendiri..
saya jeleskan kak yus yang ada di sana.... :D
Betul tu yus..bila panas-panas kat malaysia akak selalu ingat UK, bila tengok orang bawak keta tak senonoh akak teringat UK..bila tengok appel layu kat Malaysia akak teringat UK..bila Sarah menjerit tak nak gie sekolah akak teringat UK..emm bukan tak seronok balik Malaysia..cuma teringat je apa lagi la ni spring..emm..
Normal lah tu K.Yus..
Saya dulu pun beriya2 nak balik Msia, alih2 bila duk Msia, dah rindu sgt2 nak balik sana semula.
Hiks, nnt bila kt sana.. teringin beriya2 lak nk balik Msia, huwaaa..!!
Hmm, kalau UK-Msia ni sepelaung je, kan best, hehehe..
bukan senang nak senang kak yus.
harap kak yus bersabar.masa utk pulang mesia akan tiba jugak satu hari nanti.jd hayati dan nikmatilah hidup kak yus kat sana.kami yg dok sini tingin nak dok london ..he he
Yus...orang kata...tempat jatuh lagi dikenang...
Tapi...selalu orang kata...
Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri...lebih balik di negeri sendiri...
Tak lama lagik tu...pejam celik..pejam celik dah tahun depan...
saya pon jeles kak yus kat sana..jadi utk memuaskan hati jeles,saya suka tgk gmbr2 kak yus kat sana..dah abih jeles saya nanti kak yus bleh balik..hahah..
Ok lah tu diberi peluang berada di perantauan lebih lama sedikit demi kebaikan juga, kalau yus tak sabar nak balik , cik abang lagilah tak sabar nak habis kan pengajian... sabar ye dik...
setuju dengan rakan2 lain, enjoy your stay while you still can... at least yus ada peluang duduk kat negara orang... sampai masa nanti, pasti Yus akan balik gak ke Malaysia... till then sabar yea... and do take care... :D
betul tu.. I have left toledo for about 8 years now.. but I can still feel the warmth of the people.. the peaceful park etc.. how I missed my days there..
Buat semua,
Terima kasih atas komen anda semua. Memang betul apa yang anda semua katakan. Saya ni biasalah, terkadang terlebih emo sikit, kalau tidak, ok juga, tak pernah balik selama di sini, tu yg terasa sangat. Tapi, seperti kata sarahjiha, Baiti dan mummy rizq, antara yg pernah tinggal di luar negara dan dah balik pun, memang merindui kenangan di sini kan. Saya akan ambil iktibar nasihat semua tu.
Tapi, yang buat saya paling tersenyum, komen liza..haha, InsyaAllah kalau ada lagi gambar akak letak kat sini yer. Tapi skrg ni tak keluar rumah sgt, tak menarik pun kalau nak tangkap gambar..
Tgk keadaan den yo dah pasti menjawab soalan kerinduan yg bakal menjelma itew...WHHHUUAAAAAA....
Post a Comment