Thursday, March 29, 2007

Jiran

Ini kisah jiran aku yang tinggal selang sebuah rumah dengan rumah aku. Aku pun tak tahu berapa orang anak dia ada, yang aku selalu jumpa isteri dan anak bongsu dia ajer, sbb anak dia yg bongsu ni sebaya dengan Aqil. Orang Pakistan. Aku takdelah masalah dengan mereka ni, cuma hubby aku bengang gila dengan laki dia.

Jiran kami ni ada 3 buah kereta (menurut hubby akulah, aku nampak 2 ajer, satu lagi aku tak tahu yg mana).Ingat lagi tak aku pernah letak gambar bersama kereta ferrari jiran aku di depan rumah. Tak ingat takpe, aku letak balik gambar tu kat sini. Nilah salah satu kereta dia. Kami tak kisahlah dia nak ada berapa buah kereta pun, cuma yang buat hubby aku bengang orang lain tak boleh parking kereta dari kawasan depan rumah dia tu hinggalah ke belakang. Dia kata tempat tu dia punya. Kalau hubby aku terparking depan rumah dia, dia siap letak kertas dekat cermin, tulis situ,"Please don't park infront of my house".

Dah dua kali hubby aku kena mcm tu. Yang pertama tu dia sempat letak. Yang kedua, dia baru nak letak hubby aku dah keluar, jadi dia cakap terus dengan hubby, jangan parking depan rumah dia lagi. Hubby bengang ler. Hubby cakap balik, dah lama duduk sini, tak kisah pun parking mana2. (Jiran kami ni baru nak masuk setahun lebih tinggal sini).Bila hubby aku tanya, mcm mana dengan bahagian belakang ni, dia kata tu pun tempat dia. Dia cakap dia dah tanya mat salleh sebelah rumah dia tu, dia boleh parking situ. (Mat salleh tu takde kereta). Hubby aku katalah, dia pun bayar road tax gak, jalan ni untuk semua, tak kisahlah parking mana pun. Dia boleh jawab, kalau dah bayar road tax, kenapa tak parking kat kawasan lapang kat belakang. Adeii!! Teruk betul. Itu dah lorong lain. Dia nak parking betul2 depan rumah dia, orang lain dia suruh parking jauh2, ada ker patut.

Cubalah fikir, kadang2 ada kereta entah dari mana dan entah siapa punya parking kat depan rumah kami, jadi kalau bahagian belakangnya kosong, bila hubby balik, dia parkinglah kat situ. Dari dulu lagi, nampak tempat kosong, kita parking situlah. Lagipun cuma selang satu rumah ajer. Jalan tu pun jalan untuk orang ramai. Tak nampak pun rumah dia kat depan tu, ada pokok besar. Si mamat ni siap cakap lagi dengan hubby aku, kalau orang lain parking depan rumah kami, cakaplah dengan orang tu. Yang penting jangan parking depan rumah dia dan bahagian belakang yang seterusnya. Dah dekat 4 tahun kami duduk sini.Orang lain tak kisah apa pun, dia ajer. Sebabnya dia ada 3 biji kereta, semua kereta dia, mesti parking dekat2 agaknya. Aku yang dengar pun geram.

Gambar kawasan rumah kami. Rumah mamat tu betul2 depan pokok besar tu. (Ini gambar masa bulan September, jadi daun kat pokok tu hijau lagi. Skrg ni togel ajer) Kalau orang lain parking kat sebelah pokok tu hingga ke belakang dia tak bagi. Dua hari lepas, hubby nampak ada kereta lain parking dekat situ. Ada kertas terletak di cermin tertulis jangan parking situ. Mesti Mamat tu yg letak kertas tu. Lepas tu, kereta BMW dia, di parkingnya depan rumah kawan kami. Boleh pulak?? Nak gaduh pun malas, tapi hubby aku duk tunggu ajer, kalau dia terparking depan rumah kami, siaplah..haha. Skrg ni, kalau takde tempat nak parking, terpaksalah hubby cari kawasan depan yang kosong, nak cari sebelah belakang, takut jadi gaduh..huhu. Semua tu mamat tu punya tempat. Sabor ajerlah....

27 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

susahlah kan kalo dpt jiran cenggitu, takder tolak ansur, pentingkan diri sendiri, takder sikap timbang rasa, padahal bukan kat negara dia sendiri pun, kalo negara dia kita numpang x tau nak ckp la camane perangai dia...ape kata yus mintak hubby yus discuss ngan mat saleh blkg umah dia tuh, tah2 dia reka cerita jerr...

Ajzie said...

huhuhu kesian din.. siap kena warning lagi(dpt nota) Nasib baik dia tak saman eik..hihihhi..

Kami ada garaj kereta..tp tak guna coz tak de kereta...jom ler parking sini..hihihi.

yus said...

rafflesia merah tulah, memang takde tolak ansur. Yus ada gak suruh hubby tanya kat mat salleh tu betul ker, tapi hubby malas.

ajzie kalau rumah ajzie kat sebelah, dah parking dah..hehe

juwaidah said...

Kat sini pun ada sorang yg perangai cam tu. Tapi kat kawasan rumah kawan Ju la.. Paki jugak. Tah apa-apa la diorang ni...

misazlissa said...

Yus, bengang gak dengar cerita tu. Kalau saya, dah buat taktik kotor dah, pancitkan aje kete dia tu.

ZLAA said...

Yang baca pun bengang... Kami pun tgh bengang dengan landlord Paki..

Mama Sarah said...

baru je terbaca artikel pasal parking ni. Tuan rumah tak de hak nak larang. kita pun bayar road tax jugak. betul tak? makanya, kalau rajin, silalah complain kat council. nanti mereka buat siasatan. cewah, macam bagus pulak.

(tapi betul apa. benci dgn sikap "org asia" yg pentingkan diri sendiri. tak semua camtulah kan)

yus said...

Juwaidah diorang ni mmg bangsa perangai mcm ni agaknya ekk, geram ajer rasa, sudahlah bawak kereta pun mcm apa ajer..

misah kalau ikut hati yus mcm tu gak, tapi takut dia balas balik karang. Kalau nak tahu dua bulan lepas, cermin tingkap kereta ferrari kuning dia tu, bhg driver kena pecah, agaknya ada orang tak puashati pecahkan, padan muka dia

zlaa tengah bengang gak ker kak, bukan akak nak pindah rumah baru ker hujung bulan ni, saya selalu gak masuk blog akak tapi tak tinggal komen, hehe

mama sarah, hubby yus pun tahu pasal ni, tapi malas nak gaduh ajer. Rasa mcm nak cari artikel tu , print lepas tu kalau dia buat lagi, tunjuk kat depan muka dia kata kita boleh buat aduan kan.Mungkin dia takut sikit lepas tu

happyirfa said...

masya Allah.ada jugak org camtu.
besok nanti mati dikepit tanah kubur baru tau.sabarlah kak yus

loveujordan said...

ingatkan kat sana dah moden takdelah nak gaduh pasal benda remeh camni..Paki memang camtu kot, my hubby selalu jugak komplen pasal staff Paki dia yang semacam je perangai.

NBK466 said...

Tuh ler...den ingatkan den yg koono DEJA-VU..ruponya mmg gambar yg sama....Anyhow..nie yg den berat hati nak tinggalkan kg halaman den nie..baru tinggal kejap dah bergaduh pasal tempat parking ker...isk..isk..isk. he.he.he.

oldtown~Smell the Roses said...

Eaa..sabar jelah kan?!Mcm negara tu dia punya!Kaya sgtlah tu! hmm..kalo dia letak depan umah akak, tulis besar2!Mcm jalan tu bapak dia punya..hihi!

p/s:tolong geram!

akirasuri said...

oh! dah tukar cat rumah dan wallpaper ek :P

oh ohh sungguh hampeh mamat tu ek. selfish betul.

Zakiah said...

eiii kak yus sini paki pun lebih kurang sama lar. 'ek' lebih. Nyampah saya. Kalau nak cakap pasal depa ni mmg hangin. Agaknyer bangsa nih mmg sepesen ajer perangainyer yer.

Mama Sarah said...

article tu saya dapat through post. Dari council. mungkin yus boleh google council sheffield.

tulah, kita ni pulak malas nak cari pasal kan. dahlah yus pun dah nak balik. (yus, pancitkan aje tayar dia!!!)

Honey MJ said...

isk isk...mencabar betol dapat jiran camni kan. bukan nak kata apalah...tapi rata2 bangsa tu (those dr benua yg dekat2 situ gak) mmg perangai aksyen semacam. dorang ingat dorang tu baguih sangat ke especially kalau yg perasan terlebih pandai ke kaya ke. dulu asben ada pegi bangladesh pasal keja, adalah satu mamat ni punyelah bagak cakap mcm terer semua benda last2 bila ada problem tak tahu nak settle alih2 asben gak yg kena settlekan...cakap kemain berdegar2...puihhh!

Idham said...

i can feel for u...ajak arm wrestling kalu agak2 siapa menang?
susah hati nya jiran mcm tu....buat tensi jer...

best nye rumah2 tu..nampak cantik2 jer

idham

faizabelle79 said...

Yus..mmg susah nak deal dgn org yg xde tolak ansur ni..biaq p kat dia la..jgn nak ceroboh kawasan kita lak sudah..betul x

yus said...

irfa
orang mcm ni kat mana2 pun ada. Kak yus takdelah terasa sgt sbb bukan kak yus yg bawak kereta kan..hehe

loveujordan
Sama ajer kak, bangsa diorang ni memang majoriti mcm ni kot

nbk
hehe, gambar yg samalah nbk. Saya tak sempat nak ambil gambar lain pun.Tulah ketua kampung dah takde, anak buah kucar-kacir sikit,hihi

Nani
Malas nak layan Nani, ha'ah kan, mcm dia yg buat jalan tu..

akirasuri
:D mamat tu mmg hampeh

Zakiah
oo mana2 tempat pun kalau dgn Paki ni ada masalah yer, entah apa2lah diorang ni ekk

mama sarah
hihi, hari yus balik yus pancitkan..haha, mcm berani ajer

honey_mj
satu lagi contoh masalah dgn diorang ni. Diorang ni dahlah ramai yg menumpang negara orang, buat perangai pulak ekk

Idham
hihi, kalau arm wrestling dgn saya, dialah menang, kalau dgn hubby pun rasa dia yg menang..haha

faizah
ha'ah, jgn dia parking depan rumah kita sudah kan..

blackpurple said...

Kalau saya pun hanginnnn....!

Salin kulit lagi ek.... he he he...

Sastri said...

waaa.... cat baru gak ek... LOL... dah dapat dah nengok clip Alia last entry... memang geram nengok gelagatnya...

hmm... some people can be so inconsiderate kan?

yus said...

BP
memang hanginn...

salin kulit?? :D

sastri
nak join sas dan bp, rumah bercat baru..hihi

Alia mmg menggeramkan semua orang.

betul, tak semua orang boleh bertolak ansur..

hanny said...

hi yus...saya suka baca cerita orang berkeluarga di overseas. boleh timba pengalaman...salam kenal dari saya di bumi sakura.er...saya segan nak tinggal jejak kat blog awak...nih dah tak segan...

BaYu SenJa said...

jiran..
memang ragam jiran selalu mencabar hidup berdagang kita di bumi sementara...

salam bayu senja dari bumi Syria :)

The Singa said...

tampal balik notis dia kat keta dia aci tak..? sebok jer parking depan umah org..hehe

yus said...

hanny
Salam..ha baru nak menunjukkan diri. Yus pun suka baca cerita dan pengalaman orang lain. Selalulah menjengah ke mari yer..:D

bayu senja
salam kenal dari saya juga

mama singa
aci rasaya,hihi. Tapi dia mmg tak pernah lagi parking depan rumah kami, tu yg tak buat lagi mcm tu. Kalau dia terparking nanti siaplah...

cikdinz said...

engkau pancit kan tayar dia yus. kurang ajor betul.

ak pon kau tabur paku kat depan tuh...