Friday, March 9, 2007

Alahai Aqil.... ada ajer jawapan dia...

Minggu lepas ada perjumpaan antara ibubapa dan guru. Mereka panggil Parents Day. Masa nilah guru kelas akan berbincang dengan ibubapa mengenai perkembangan anak di sekolah. Aqil setakat ini guru kelas dia berpuashati dengan perkembangan dia di kelas. Membaca pun dah semakin lancar, dah naik ke level ke dua menurut guru kelasnya. Cuma satu masalah Aqil, dia malas nak menulis. Bila gurunya suruh tulis sesuatu, dia buat dekkk ajer. Adeiii!! Yang ni aku tak dapat nak kata apa. Aku pun dah tahu sangat, Aqil kalau di rumah pun macam tu. Aku suruh menulis, memang liat sesangat. Kalau aku tulis satu ayat, aku suruh dia buat sampai 10 baris ayat yang sama, paling kuat dua baris ajer dia buat. Lepas tu, ada ajerlah alasannya. Aku pun cakaplah dengan Mrs Holland tu, (guru kelas Aqil) Aqil cuma nak menulis kalau dia ada mood. Tapi, guru kelas dia tak risau sangat. Aqil akan berubah gak nanti. Dia pun baru 5 tahun.

Oleh kerana guru kelas dia pun dah komplen, Aqil malas nak menulis, aku pun hari2 lepas sekolah, suruhlah dia menulis sesuatu. So far, masih takde perubahan, Aqil masih dengan sikap ikut mood dia. Sekarang ni pulak apa ajer yang aku cakap dan suruh, ada ajer jawapan dia. Sampai aku naik geram. Ini insiden semalam...

Aqil, tulis ni cepat. (Aku suruh dia tulis perkataan 'come' mengikut tajuk buku yang dia pinjam)
Aqil tak nak ibu....
Kenapa tak nak pulak, Mrs Holland cakap Aqil malas tulis. Aqil baik kan...ikut jer macam dalam buku tu.
Orait...(dia menjawab dengan malas, tapi lepas tu dia tulis jugak)
Kenapa Aqil tulis 'E' besar, kan dlm buku tu 'e' kecik, ikutlah macam dalam buku tu.
No!! I like big 'E', I don't want small 'e'.
Salahlah macam tu, mana sama tu, buatlah small 'e'.
It's still same ibu....ni 'E' jugak.
Mana sama, satu 'E' besar, satu lagi 'e' kecik.
Aqil tak nak small 'e', Aqil like big 'E'.
Aqil nakal lah....Aqil tak dengar cakap ibu.
No!! Aqil listen to ibu.
Kalau Aqil dengar kenapa Aqil buat big 'E', kan dalam buku tu small 'e'.
I don't want it. Big 'E' is easy.
Aku dah naik geram, terus buat muka masam mencuka. Dia diam, selang beberapa minit dia bersuara lagi...
Why ibu naughty??
Ibu naughty pulak...Aqil lah naughty, Ibu suruh tulis Aqil tak nak tulis betul2.
No!! You naughty ibu.
Kenapa pulak...(kompius kejap)
Because you doing like this...(sambil buat muka masam, mata tercegil, lepas tu terkebil2, ikut gaya aku marah dia lah tu) Sabor ajerlahhh.....

Hari ni, waktu aku ambil dia dari sekolah, cikgu dia komplen lagi. Cikgu dia kata Aqil gigit kawannya di sekolah. Sudah....sejak bila pulak Aqil pandai gigit orang ni. Bila cikgu dia panggil, Aqil duduk ajer...nampak muka aku pun dia tak nak bangun. Aku tahu dia takut aku marah dia sebab cikgu dia dah mengadu pasal dia lagi. Mrs Holland kata, bila dia tanya, kenapa Aqil gigit budak tu, dia diam ajer, tak nak jawab. Aqil masih tak nak berganjak dari tempat duduknya. Aikk..tak nak balik ke budak ni. Terpaksalah aku pegi kat dia cakap elok2 baru dia nak bangun. Dalam perjalanan pulang tu, aku tanyalah pada dia baik2....

Aqil gigit kawan kat sekolah ker??
No!!
Habis kenapa Mrs Holland cakap Aqil gigit kawan Aqil. (Dia diam)
Kawan Aqil buat apa sampai Aqil gigit dia. Dia kacau Aqil ehh?
No Ibu!! Aqil tak gigit.
Tadi Mrs Holland cakap Aqil gigit, takkan Mrs Holland tipu ibu.
Aqil just tickled him. Aqil tickled him like this (sambil tunjukkan kat aku macam mana dia geletek kawan dia tu)
Ye ker?? Mrs Holland cakap dengan ibu, Aqil gigit dia...
Kenapa Aqil gigit dia?
Aqil hungry ibu...(ekk eleh)

Itu pulak jawapan dia.Nak ketawa pun ada, sampai tadi aku tanya lagi kenapa dia gigit kawan tu, masih takde jawapan yang betul. Macam manalah nak cakap dengan Aqil ni, kadang2 tak tahu nak cakap apa, apa aku cakap, pandai dia melencong ke lain....Macam mana ekk??

Nota tambahan: Baru sebentar tadi, dalam pukul 5.30ptg aku dapat jawapan sebenar kenapa dia gigit kawan dia tu. Aku tanya siapa nama kawan yang dia gigit tu. Dia jawab Farhan. Kenapa Aqil gigit Farhan? Tak baik tau. Because he said, he's not my friend. Aduhhh....macam manalah budak tu nak kawan dgn Aqil, kalau baru cakap mcm tu pun dah kena gigit sayang oii....

21 comments:

Mama Sarah said...

hehehe... tumpang gelak sekaki.

tapi nervous jugak nak gelak ni. Esok-lusa anak saya kena gi sekolah jugak. Entah apa ragam pulak tu!

MULAN said...

kenkadang budak2 ni cakap ikut suka je... biasa la main2 tu, ada terkena sana sini..

gelak betul dengar cite aqil ni.

Ajzie said...

Hihihi Aqil budak cerdik kan..

Yus still ok lagi kalau Yus faham apa Aqil cakap.. Azi tak faham kalau Alya cakap..coz dia dah buat ayat dalam Deutcsh sejak bersekolah nih.. kekadang dia translate kan...kadang2 dia kata tanya daddy...

yus said...

mama sarah
tulah, sejak sekolah ni, pandai ajer dia menjawab...

mulan
agaknyalah ekk, diorang ni cakap sesedap rasa ajer, tapi selalu buat kita tersenyum sorang2 dengar apa yang dia cakap..hihi

ajzie
Cerdik tapi moody..takut gak tu, kalau time mood dia tak elok, satu apa kita cakap pun dia buat tak layan, tak pun ada ajerlah jawapan dia..geram tau ajzie.

haha...baguslah ajzie, alya dah pandai ckp Deutcsh, bolehlah ajzie belajar dari dia. Alya ni lagi bijak, tiga bahasa sekali dia faham...

D said...

naughty ibu!!

hakim dirani said...

YA, saya teringat ketika saya masih kecil dulu, sebijik macam Aqil tak suka menulis.

Bunga Rampai said...

Salam,

Hahaha...cutenya !

Aqil memang pintar! Nakal-nakal bijak tu :)

happyirfa said...

hai kak yus..mmg pening kalau anak dah pandai jawab.apalagi kalau loyar buruk..geram betul tp bila dok kt opis dok teringatlah pulak kt dia..camno?

yus said...

d
hehe...ibu dia pun naughty, anak tu ikut perangai saperlah agaknya ekk??

Hakim dirani
dah besar ok kan...kalau mcm tu takdelah saya risau sgt

bunga rampai
Aqil ni skrg banyak sangat cakap, geram betul...harap2 betul lah kata BR tu, nakal2 bijak..:D

irfa
biasa loyar buruk dia tulah yg buat kita teringat kan...senyum sorang2..hehe

13may said...

hahha...suka menggigit nih:D

Sikenit Comel-AminBakish said...

hehe... saya teringat dulu pun saya masa kecik2 macam tu... :D

jangan risau kak yus, besar2 aqil jadi orang baik... saya baik ni... :D

Zakiah said...

hahhaha kelakar. Yang part dia kata dia hungry tu yang tak tahan tu. Boleh cam gitu???

Macam macam yer bebudak ni. Kengkadang wonder aperla yang ada dalam kepala dia.

Kak Lady said...

Hahaha....macam2 jawabnya ye...bebudak memang camtu...kadang kita nak jawab balik pun susah...ade2 aje jawapannya

blackpurple said...

He he he.. Gigit-gigit manja tak apa..

Ikut mamanya masa kecil-kecil dulu kot.. he he he

yus said...

13may
tulah..hari tu pun dia dah gigit adik dia Abid sekali, kenapa ntah..

aminbakish
kecik2 pun mcm tu yer?? part yg mana tu?? Yang gigit orang ker yg tak mahu menulis?..hehe:D

zakiah
itulah...lapar sangat agaknya sampai gigit orang...

kak lady
ha'ah kak...selalu saya mati kutu nak jawab apa kadang tu, biasa bila dah tak tahu nak jawab apa, saya diam ajer, nanti adalah dia cakap benda lain konon nak ceriakan saya balik...

BP
hihi..macam tahu jer mcm mana gigit2 manja tu yer...

Sastri said...

LOL... haduiii.. tergelak besar Sas baca entri Yus ni... i think he's soooo cuteee... maybe a bit naughty but i guess that's normal for a boy... LOL...

Sikenit Comel-AminBakish said...

hehe.. malu nak bagitau...

akirasuri said...

ha ha ha comel gila aqil ni..

yus said...

sastri
harap2 takdelah sampai ke besar nakalnya tu..

aminbakish
hehe..rasanya akak dpt teka..hihi

akirasuri
nakal sebenarnya..

cikdinz said...

ada jugak perjumpaan antara guru ngan parents.
kalu kat m'sia takde....

aqil same with me. takpe, nnt dia jadik genius...heheheee...

yus said...

cikdinz,
mintak2 betullah pandai..tak perlulah sampai genius..hehe