Perkembangan Abid terkini. Dia sudah mula meniarap. Kali pertama dia meniarap hari Sabtu lepas. Semalam dia mencuba lagi. Sampai naik semput aku tengok. Kesian pun ada. Percubaan pertamanya gagal. Namun, Abid tetap bersemangat untul meneruskan hasratnya.Dia mencuba lagi untuk kali yang ke dua. Akhirnya berjaya. Well Done Abid!
Abid juga dah pandai maju ke depan. Tapi bukan dengan meniarap, sebaliknya menelentang..haha. Dia begitu kuat menolak badannya menggunakan kaki. Walaupun dalam keadaan berbaring, sekiranya dia berhasrat untuk mencapai sesuatu, mulalah dia menolak badannya menggunakan kaki. Namun bila tidak berjaya, terus dia menangis. Rasanya itu lebih baik, ibu pasti akan membantu...hihi.Hari ini,dalam usianya yang baru 4 bulan 13 hari, aku berharap perkembangan dirinya berjalan dengan baik seperti abang dan kakaknya.
Di bawah ni pula video aksi Alia sambil menggigit bola. Bukan main lagi dia menggoyangkan badan.Aksinya membuat aku ketawa. Satu yang aku perhatikan, Alia tak suka melihat Abid meniarap. Bila dia nampak Abid berusaha untuk meniarapkan diri, mulalah dia jerit, "Ibu!Lalah (salah)". Selepas itu, dia datang dekat abid, dan berusaha menelentangkan Abid semula. Aduh! Kacau ni. Agaknya Alia tidak suka melihat perkembangan adiknya, atau dalam hatinya berkata, baby hanya perlu menelentang sahaja. Kalau begitu, bagaimana Abid hendak memahirkan diri dengan perkembangan terbarunya itu? Namun aku percaya, itu hanyalah halangan-halangan kecil yang tidak akan mematahkan semangat Abid....kan. Abid boleh!!

22 comments:
Tahniah Abid!Cepat gak dia meniarap kan...
Alia, nakal ye!Agaknya betullah Kak Yus, dia ingat Abid blh baring je. Kalo meniarap,tak betul.Tu yg "salah, salah" tu!Klakar Alia!
amboi lagu...siap lagu sudirman lagi, terasa nak balik kg lak akak....hehehehe...tomey2 nyer anak2 yus niiii....geram tiap kali akak nengok videoklip diorg nih, len kali wat lah video klip satu kuarga pulak...
agaknya alia takut abid tergolek kut..hihihi..nakalnya alia dlm video tu..comeeeelll..rasa cam nak cium2..akak,hari tu saya drive saya nampak ada plat keta no.4810..tapi sekali imbas mcm ejaan nama ABID..kan?kan?..(tgh drive pon bleh teringat abid..hihi)
nani
dia belum pandai betul lagi tu. Tapi biasa anak2 akak mmg 4 bulan dah mula meniarap. Alia ni tak tahu nak cakap apalah. Abid baru ajer berjaya meniarap, dah ditelentangkan semula, kesian budak tu..huhu
rafflessia merah
yus mmg dah rindu nak balik kampung, tu yg saja letak lagu ni..hihi.
Video klip satu keluarga tak payahlah..hehe, bior anak2 ajer yg jadi pelakon, masuk abah dgn ibu dia nanti rosak pulak..haha
razlizahazleen
dia tak kisah kalau Abid tergolek, sbb dia yg selalu menggolekkan Abid..hihi.
Yelah..sekali pandang mcm 'ABID' nombor tu..
wahhh dah nak meniarap dah... Jeles I you... Geram nak baby jugakkk
sayang alia kat adik dia.. agak nya dia tengok macam payah bebenor abid tu nak golek, dia pun tolong la tu..
ajzie
tak payahlah nak jeles, tahun depan kot2 dapat lagi satu..hihi
mulan
agaknyalah...hari ni dah laju sikit Abid memusingkan badan dia tu. Dua tiga hari lagi luluslah..hehe
erm... terasa seronok kan kalau dapat tengok perkembangan anak kat depan mata sendiri.. macam macam kerenah derang yang mungkin kita akan rindukan bila derang dewasa nanti...
waa..comelnya abid n alia..sukeee tengok alia goyang2 gelek tu..geli haiku..nasrin pun tersenyum sama nih..hihihik..dia nak kawan dgn alia rasanya...haiii alia..bisous from Nasrin..
sukanya tengok baby baru nak niarap.... mesti tak give up selagi tak dapat....
cutenya gelek-gelek...:D
ala... my favourite (amongst the many more, of course!): sudirman!! ni yang nak nenggek kat your blog je nih!
go abid...go!
adik qayyim baru teleng kepala sebelah...lambat lagi nak menerap tuh...
mummy rizq
betul tu, bila mereka besar dan dpt tgk balik video ni mesti diorang tersenyum sendiri juga kan..
faizah
hai Nasrin..salam dari Alia yg nakal dan selalu buat ibu dia geram..hihi
loveujordan
ha'ah kak, bersunguh2 kan tengok baby yg baru mula nak niarap ni, lepas tu bila penat melalak..hihi
D
hehe..:D saya pun suka lagu Sudirman..
zakiah
hehe, tunggu 4 bulan lagi Qayyim pun boleh ikut mcm abang Abid...kan
wahahahahha....syabas syabas:)
Manyak geram tgk itu budak goyang2..Mmmg kena gigit bola ker kalau nak goyang2 tuh??
go go abid! go go!
hu hu geramnya tengok pipi dia. nak gigit. nak gigit. geram. geram. huhuhu.
Entri ini entri penuh motivasi juga ni. Perjalanan kehidupan kita sebenarnya pun seperti itu juga kan.... :)
Menjawap lagu itu. "Orang kampung alhamdulillah, sihat-sihat saja.." he he he..
13may
syabas untuk Abid..yea!!
nbk466
hehe, tak juga nbk, tiba2 jer lepas saya ambil video Abid tu, nampak dia goyang2 sambil gigit bola, saya ambil pulak video dia...hihi
akirasuri
hihi, mesti dah habis pipi anak buah dia gigit ni, nak gigit anak orang pulak..haha
blackpurple
setuju.
alhamdulillah sihat, terima kasih jadi wakil orang kampung menjawap pertanyaan lagu tu..hehe
Alhamdulillah...perkembangan abid memberangsangkan....
Seronok tgk video2 yang yus masukkan ke dalam blog ni...
Cute sangatlah Alia tu! cubit sikiiiittt!
Abid tu pun! bukan main lagi. MAcam budak besar!
waaaaaaa i can't open the video.why
kak lady
Alhamdulillah kak...yus ni takde keje saja ambil video bebudak ni, besar esok diorang tgk mesti tersenyum sendiri kan..
mama sarah
ha'ah kan gaya budak besar lagaknya.
Alia tak boleh kena cubit, merajuknya lama, lepas tu sengaja melalak kuat..huhu
irfa
errk..yg ni akak tak dpt nak tolonglah irfa, tak tahu puncanya kan..dan kalau tahu pun, tak tahu apa yg perlu di buat..huhu
Post a Comment