Susah betul skrg ni nak duduk depan pc, rehatkan otak kejap, melawat blog kengkawan, membalas komen, baca online paper. Kalau dulu aku selalu berebut dengan Aqil, Alia tak pandai lagi nak menyebuk masa tu. Tapi sekarang, dia yang melebih. Akhir2 ni, paling lama aku boleh berada depan komputer ni 10 minit tanpa di ganggu. Tak pun, waktu pagi mcm nilah, selepas Subuh, sebelum mereka bangun dapatlah aku bermaharajalela sekejap...haha. Kalau selepas tu, komputer ni dia punya, tak boleh di ganggu langsung. It's mine ibu!! Itulah ayat standard dia.
Bila nampak aku depan komputer ajer, mulalah...Ibu!! Cicik....cicik ibu (maksud dia cbeebies website). Dok melalak perkataan tu sampai dia dapat...huhu. Bila nampak dia ok sikit, aku menyelitlah kejap...dapatlah aku melawat2 blog kengkawan sekejap. Itu pun yg ada tak sempat bagi komen apa, sempat baca ajer. Lepas tu, Alia ni dia suka kalau aku berada di sebelah dia melayan dia main komputer tu. Suka sangat buat colouring. Yang paling dia suka mewarna teletubbies. Sambil tangan dia bermain dengan 'mouse' komputer tu, mulut dia pun tak henti bercakap. Kadang sampai abah dia datang dan perhatikan di sebelah pun dia tak perasan. Khusyuk sungguh.
Kalau aku nak ber'ym' dengan kawan2 sekejap pun ada ajer gangguan. Dialah yang duk sibuk nak menaip jugak. Sesiapa yg biasa kena tu tahulah kan. Selepas pukul 3 bila Aqil dah balik sekolah, giliran Aqil pulak depan komputer tu. Aku menyelit2 kejap ajerlah. Kalau aku tutup, Aqil dah pandai bukak komputer sendiri. Alia taklah, tapi dah pandai mintak suruh bukak gak. Kecuali kalau aku layan dia main kat ruang tamu. Kalau aku sibuk mengulit Abid, dia sibuklah suruh aku pasang komputer. Aku tak layan, mulalah merengek, sibuk kata tangan dia sakitlah, kaki dia sakit lah. Bila Abid tidur ajer, dia sibuklah nak duduk kat riba aku. Sungguh nak bermanja dengan aku Alia ni. Kesian dia, tak puas bermanja lagi agaknya.
Kalau aku sibuk masak, aku suruh dia tgk tv, mulut dia tetap bising. Apa saja yg dia nampak dalam tv tu, dia panggil aku. Aku nak masak kat dapur tak keruan jadinya. Kejap2 ibu!!! look!!..##'**/? (cakap bahasa dia). Excited sungguh nak suruh aku tengok apa yang dia tengok. Terpaksalah aku kejap2 datang tengok. Akhirnya, kerja yang patut siap 1/2 jam, sampai 2 jam baru siap kadang tu. Tak termasuk dengan Abid meragam lagi.Kadang2 tu aku rasa geram pulak. Tapi bila aku rehatkan badan, rehatkan otak sekejap, aku terhibur sebenarnya dengan ragam mereka adik beradik. Cuma bila waktu aku sibuk dengan urusan rumah yg lain, dia pun asyik merengek tak henti2, hangin gak aku.
Aku respect sungguh dengan ibu2 yang buat phd, dan ada anak kecil. Sibuk dengan study, nak masak lagi,mengemas rumah, kena juga layan anak dan suami. Aku?? Belum tentu aku dapat buat agaknya.
Aku tak dapat nak letak gambar dia yg aku ambil depan komputer ni, nak upload masuk komputer tak sempat lagi. Asyik tergendala ajer sejak Alia dah pandai guna komputer ni....hehehe
19 comments:
eloklah tuh... 3 beranak nih berebut nak pakai PC....
Hiks, cute la Alia ni..
K.Yus, beli pc lagi satu, hehehe.. :P
hehhe...syabas syabas:D
Nak rebut pc gaks ngan Alia..Tentu seronok+geram kan..
kids now memang bijak2 kan..
he he he bijak2..
cikdinz nak berebut ngan saper lagi kan..haha, maknya pun tak mo kalah tulah pasal...
baiti laptop ada baiti, tapi si kenit tu, kita guna pc dia nak pc, kita guna laptop dia nak laptop, mcm mana tu? Saja nak gaduh dgn ibu dia..hihi
13may Alia ni mmg terlebih bijak skrg ni
ajzie haha...tang geram tu yg tak seronok, rasa nak cubit ajer pipi dia bila dia merengek2 tu....
mulan bebudak skrg ni baru 2 tahun dah pandai guna pc, saya dulu masuk form 4 barulah belajar nak guna..huhu
akirasuri bijak2 jugak, mengada2 pun iya kadang tu si Alia ni...
budak-budak memang saja nak attention... ada je nak itu nak ini....comel canat...
e-eh, dgr dari cerita ni macam keletah sungguh Alia. Mesti riuh dan gamat dibuatnya. Best je dengar telatah-telatahnya.
sah la kena tambah pc lagi satu nihhhh...
belilah pc satu lg ibu!!!hihi..
tolong cubitkan pipi dia yg tembam tu!!GERAM!
budak2 skrg dah reti guna pc yek? zaman IT lah katakan...tak taulah anak2 akak camner nanti.
hehehe comeinya alia nak cicik cicik hehehehehehe
loveujordan, yelah kak, saya pun rasa dia nak kan perhatian saya,kalau saya tak layan mulalah buat perangai lebih2
mama sarah rumah ni mmg riuh bila 3 kanak2 itew bersuara, mcm sepuluh orang ada di rumah ni..haha,
rafflesia merah tambah lagi satu?? hihi, susut duit abah dia nanti..hehe
nani akak ada laptop gak nani, tapi Alia ni, yg akak nak guna tulah yg dia sibuk, walaupun dah bukak pc besar ni utk dia, dia nak yg ibu dia guna gak, mcm mana lah tak geram...
honeymj kalau kat rumah ada pc, pandailah diorang menggunakannya tu kak, bebudak ni lagi cepat belajar dari kita ni.
ayu mmg comei dgr suara dia plus aksi muka dia tu, tapi bila lebih2 menggeramkan orang, tu yg tak tahan tu...
Ish...budak skg advance...takat PS, PC, VCD players tuh KACANG jerk..kita dulu cuma main Zero point, main masak2 & kahwin2 jerk..he.he.he.
nbk,
kita punya permainan dulu2 lagi best apa, teringat pulak main batu seremban, main guli..kan
beli je PC baru untuk bebudak tu...
maklang kat sini pun berebut dengan budak2 gak. PC dia ada, tapi tak nak, nak laptop gak! Geram gak kenkadang tu!
maklang,
yus ada gak laptop, tapi mcm kata mak lang, kita depan pc, dia nak pc, kita depan laptop dia nak laptop..huhu
Post a Comment