Thursday, January 4, 2007

Apa nak cerita??

Tak tahu apa yang ada dalam kepala aku ni. Macam serabut aje. Terasa nak update blog, macam2 rasa nak cerita, tapi bila aku mula menaip satu perenggan aje, aku rasa nak cerita pasal lain pulak. Lepas tu aku delete, aku taip cerita yang lain, baru dua tiga ayat,aku terfikir perkara yang lain pulak. Last2 aku dah tak ada idea nak tulis apa. Macam mana tu? Hmm 2
Memang serabut otak aku hari ni agaknya. Geram sikit dengan hubby sebenarnya, (merajuklah ni konon), lepas tu melaratlah geram kat anaklah. Tak pasal2 pun aku nak marah, dengan hubby aku dok diamkan diri, tapi aku dok lepaskan kat anak2. Hot Head Tak patut betul kan. Kesian kat diorang. Ni aku dah ok dah Woohoo .Bukan sebab diorang pun, buat apa aku nak marah2 kan. Patut muhasabah diri, aku pun sebenarnya tak patut gak, aku tahu hubby pun geram kat aku. Sama2 geramlah ni. Minta maaf yer bang... Bow To Each Other
-------------------------------------------------

Hari ni tiba2 teringat kat midwife aku. Hari Khamis lepas dia dah discharge aku. Lepas ni dah takde can ler nak jumpa dia. Aku berterima kasih sangat pada dia sebab banyak bantu aku sepanjang aku pregnant dan selepas kelahiran Abid. Nama dia Kath Moody. Masa aku dok serabut dalam pantang dengan anak2 aku ni, dia sanggup telefon aku tiap2 hari tanyakan keadaan aku hari tu. Lepas tu dalam seminggu mesti jumpa aku sekali, dan kalau dia sibuk dia hantar midwife lain untuk jumpa aku. Aku tahu memang itulah kerja dia pun tapi aku suka borak dengan dia, sebab aku berpeluang bercakap dalam bahasa Inggeris. Aku sebenarnya tak berapa pandai berbahasa Inggeris, kalau dengan kawan2 sendiri rasa kekok nak bercakap, dengan dia aku rasa biasa aja. Dia pun banyak bantu aku, tu yang best tu. Midwife aku yang sebelum ni, masa aku ngandungkan Alia takdelah seramah dan sebaik dia. Dengan si Kath ni aku mudah mesra, dan aku boleh cerita kat dia apa masalah aku. Terima kasih yer Kath......(erkk macam ler dia baca blog aku ni Smile )

Inilah dia Kath

Oklah, baik aku stop di sini. Kalau tak ntah apa2 yang aku melalut nanti, maklumlah tengah mood merajuk ni..hihi.

p/s: Dalam tak tahu apa nak cerita, panjang juga rupanya aku menaip..... Bouncy



8 comments:

Unknown said...

sabar kak yus.. :)

azlissani said...

your hubby tengah stress tu... kejar dateline + scholarship dah nak abis. Cool down dan simpan je dulu dalam hati, balik mesia nanti merajuk habis2 ngan dia... anyhow, sabarlah ye

13may said...

jgn merajuk lama2...
nanti hubby plak yg merajuk, lagi susah...jenuh plak nak pujuk:D

Kiah Kardashian said...

bawak banyak bersabar ye kak yus. Yerla dwe dwe agaknya tengah serabut. Cik abang akak pun makin bertambah tanggungjawab..heheh. Lama lama okeh la tuh..jangan stress stress. memang mangsa nyer budak la kan. macam saya Rayyan tu kecik lagi lagi la tak tau aper. Kalau marah lepas tu kita yang nyesal.

Mama Sarah said...

lagikan lidah lagi tergigit... kan yus?

saya pasti, rajuk-rajuk sayang tu. hihi. geramnya tengok gambar kath dan anak2 yus. terasa teringin nak jumpa Alia dgn her maggie mee hair tu. belum tengok keletah dia lagi tuh. mesti cuteee!!

Ajzie said...

Gelak baca comments En Azlis kita tuh. Tp betul juga katanya tuh. Dateline dah nak dekat kan.. Bersabar yea Yus.. Sikit aje lagi. nanti kita boleh jumpa dan borak di BP.

Moga semuanya berjalan dengan lancar.

Hugs
Azi

Unknown said...

aminbakish,
ok sebenarnya, merajuk sayang..hihi

desilza,
saya pun rasa cam tu, memang dia tgh stress...doakan dia cepat habis yer..tak sabar nak balik ni..huhu

13may.
yer ker?? Mcm ada pengalaman pulak awak ye..hihi, hubby saya tak pandai merajuk sebenarnya, saya jer yg terlebih..hehe

Unknown said...

zakiah,
betul tu, bila marah kita tak sedar, lepas tu meamng nyesal..kesian kat bebudak tu..

mama sarah,
hehe...merajuk sayang.

marilah kemari auntie nisak, leh main2 dengan alia...hihi, sarah pun leh join sekali nanti...

kak ajzie,
yus mula baca pun tergelak...hihi
InsyaAllah berjumpa kita kembali di BP