Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007 buat semua.
Raya Haji di UK jatuh pada hari Sabtu 30 Disember 2006. Aku rasa merdeka sangat sebab dapat keluar rumah setelah 40 hari. Patut tunggu 4 hari lagi, tapi oraitlah tu. Kami buat aqiqah 2 ekor kambing untuk di jamu di pagi raya haji tu. Terima kasih pada kawan2 yang tolong masak. Kali ini ada 5 ekor kambing semuanya yang di aqiqahkan termasuk 2 ekor dari kami tu.Kambing tu mereka buat masak kurma dan kari masala sebagai juadah pagi raya di PMC pagi itu. Seperti biasa kami warga melayu Sheffield bertakbir dan solat aidiladha bersama. Selepas tu, beramah mesra sesama kami dan makan2. Seronok rasanya berjumpa kawan2 setelah lama gak terperap di rumah kerana berpantang. Lepas daripada tu sessi beraya ke rumah kawan2 pulak.Rumah aku sendiri tak masak apa pun. Inilah pertama kali rumah aku tak berasap di pagi raya...nasib ada rumah2 kengkawan utk menjamu selera. Aku tak berdaya lagi nak masak-memasak ....erkk..boleh di maafkan ker?..hihi. Rasanya tak mahu cerita panjanglah..boleh tengok pada gambar2 dibawah. Gambar pun boleh menceritakan apa yang berlaku kan...
Menu utama pagi raya di PMC hari tu..kambing masak kari masala, kurma kambing dan acar di makan bersama nasi minyak.
Suasana di PMC..acara makan2
Alia dan kawan2nya
Gambar keluarga. Inilah first time ambil gambar berlima selepas kelahiran Abid
Antara makanan yang ada di rumah kengkawan yg kami pergi
Sempat juga Aqil dan Alia posing depan rumah mat salleh ni. Beriya dia sambut krismas agaknya...
Dan hari ini di hari pertama tahun 2007 aku cuma masak lauk daging goreng ni jer utk menu tgh hari kami..huhu
Hari ni pun ada kawan yg jemput ke rumah makan2.....yea...yea. Bagaimana dengan sambutan adiladha dan tahun baru kawan2 semua?
Selamat Tinggal 2006,
Selamat Datang 2007,
Semoga tahun ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada kita semua...InsyaAllah.
Selamat Tinggal 2006,
Selamat Datang 2007,
Semoga tahun ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada kita semua...InsyaAllah.
22 comments:
salam,
salam aidil adha utk yus sekeluarga
selamat tahun baru
best tul menu2nya. hehe..dah dpt 40 hari tu, jauhlah berjalankan..
Yussss
Seronoknya..siap ada gathering beramai2. Abid tentu jadi jejaka tumpuan ramai..kih kih kih.
meriah nampaknya sambutan raya tu lebih2 lagi bila ada kari kambing tu hehe
syoknya pergi gathering. gathering kami di coventry this coming weekend :)
baju alia cantik sungguh. menawan in green.
Selamat Tahun Baru :D
semoga lebih berjaya tahun ni...... :D
kak syikin,
Selamat tahun baru untk akak sekeluarga juga.
Hehe...yus dah dpt kaki semula ni...hihi
ajzie,
berkumpul ramai2 mmg seronok.
Takdelah sehebat kakak dia Alia. Lebih menjadi tumpuan si rambut kerinting tu...hehe
bro zino,
kari dan kurma kambing tu mmg sedap...
mama sarah,
ramai dok puji baju alia cantik...
dah dari tahun 2005 beli tu..tapi sbb besar, sebelum ni, baju dia jer pakai..hehe
aminbakish,
selamat tahun baru, semoga lebih berjaya utk aminbakish juga
Alamak kak yus lauk itu sungguh memikat kalbu. Adeh...adeh...terliur pulak kita kat sini....
Lauk daging tu nampak ajer simple. Makan dengan nasi panas...pergh boleh bawak tambah tuh!!
salam yus, syiok nya ween tengok lauk pauk pagi2 ni... kelaparan dibuatnya...
wah bestnya!dah merdeka ye.
nampak sedap daging goreng tu!!
Selamat Tahun Baru 2007!
wah wah...menyelerakan:))
Salam 2007. Salam Qurban.
Wah Raya Haji kat sana lagi meriah dari di kota KL ekk...
Dah snowing ker kampung halamanku itew Pn Yus? Raya Korban tahun nie pun tak dapek nak balik kampung..hu..hu..hu.. Anyhow salam tahun baru 2007...
zakiah,
betul tu..hari tu masing2 sampai tambah 2 kali..makan panas2 memang sedap...hihi
ween,
lapar eh?? Sekarang ni sure dah kenyang kan..
nani,
hihi...MERDEKA!!
13may,
lauk pauk di hari raya tu memang semuanya menyelerakan, tinggal sedia perut ajerlah...boleh masuk semua ker tidak..hehe
BP,
Salam Tahun baru buat BP juga.
Kat sini memang meriah BP
nbk,
Snow tak muncul2 lagi tahun ni...suhu pun tak sejuk mcm tahun lepas, belum mencecah 0 pun lagi, kami pun tertunggu2 nak main snow kali akhir kononnya.
Selamat Tahun Baru buat nbk juga.
SELAMAT TAHUN BARU YUS...Memang seronok tak terkata dpt kluar selepas berpantang....40 hari tu okay je...orang kata kadang2 org melayu ni pepandai je tambah 4 hari lagik tu...kak lady selalunya amik 40 hari je...
Seronok tgk keluarga Yus menyambut Raya Aidil Adha bersama-sama kawan2...makanan pun nampak sedap...
Ha'ah kak lady, seronok bebenor. Raya tu keluar rumah pukul 9 pagi, balik rumah pukul 9 malam...lepas solat sunat raya dan makan2 di dewan PMC tu tak balik2, seronok beraya..hihi.Nasiblah Abid tak meragam, kalau tak pening juga.
Wah..
Dah merdeka K.Yus rupanya, hehehe..
Ingat lagi masa berpantang di London. Ada satu hari tu Snowing lebat sgt kat London. Hubby kidnapped bwk gi jalan2 kat Edgware Road sbb nak enjoy the 'snowy moment' together, heheh.. Hiks, mak mentua yg dtg kata, "Isk2, budak2 ni. Sabar je la.. "
baiti,
oo kena kidnapped yer...haha, masa tu dah berapa hari tu...hehe
eheh, masa tu pantang dalam 20 hari kut.. hehehe..
Post a Comment