Friday, January 5, 2007

Cerita Kopi

Semalam adalah seorang kakak dan keluarganya datang ke rumah. Mereka baru sampai di UK ni lebih kurang 2 bulan lebih. Akak ni sibuklah bertanya pada kami, kalau pos barang dari Malaysia berapa lama boleh sampai. Dia minta maknya poskan kopi Hang Tuah kegemarannya. Dah kemaruk minum kopi katanya. Tapi belum sampai lagi. Baru minggu lepas pos katanya, kalau guna pos laju biasanya dalam seminggu lebih sampai ler. Kalau guna laut memang lambat...

Dia rasa macam tak lengkap hari tu tak dapat kopi. Adei!! Kesian kak L ni. Aku pulak jenis tak kisah. Semua boleh ngap. Kat sini memang ler tak dapat kopi macam kat Malaysia. Kopi dia semua style nescafe tu. Dah keluar cerita pasal kopi, hubby pun dok ceritalah pasal kopi 434 kegemaran keluarganya. MIL aku dulu2 memang kemaruk kopi gak. Hubby kata sampai kadang tu, mil akan ambik kopi tu di hujung sudu, pas tu masuk mulut. Rupanya kak L pun sama, masa dia mengandungkan anaknya dulu, dia pun ada tabiat yang sama. Cuma kopi dia lain ler, bukan kopi 434 sebab kak L ni orang Pahang.

Ayah aku tak minum kopi, mak aku aje sebab atuk sebelah mak memang ada pokok kopi di belakang rumahnya satu ketika dulu. Mak kata, dulu2 kalau nak minum kopi, atuk dok proses sendiri jer. Lagi 'kaw' katanya. Aku pun memang suka minum kopi yang arwah atuk buat dulu. Ayah aku pulak, kalau dia minum kopi, alamat malamnya tu memang ler dia batuk2 pas tu hilang suara. Dia suka minum nescafe. Jadi di rumah keluarga aku, memang ler susah nak dapat kopi, kecuali kalau mak aku teringin.

Keluarga hubby aku pulak memang penggemar kopi 434 ni. Orang Muar kan. Bila kahwin, aku pun berjinak-jinak semula minum kopi.Sejak di UK ni adalah dua tiga kali hubby minta abang ipar aku poskan dari Malaysia. Aku tak pernah nampak kopi ni ada di jual di sini, kalau ada kan ker bagus. Kopi ni bila kita minum, memang lepas tu asyik nak lagi jer.Dalam aku dok menaip ni, aku try search dalam google mengenai kopi ni. Rupanya ada jual online..terkejut gak aku, cuma harganya dalam US Dollar.Boleh klik di sini.

Popular sungguh rupanya kopi ni. Bang, lepas ni leh ler beli online kalau kemaruk sangat yer...hihi.
Erkkk kopi satu..... Coffee Drinker


18 comments:

Ajzie said...

Sini ada Jacobs sama gak mcm kopis
Msia.. Cuba lah suruh Kak L try n test. Mana lah tahu boleh hilangkan kemaruk Kak L.

Yus, sekrang hari2 update nih..Aqil dah naik sekolah yea..yabedabedu..ibu dia..hehhh..

Zakiah said...

sama la dengan saya kat sini. Walaupun sebenarnyer tak leh minum kopi sebab kalau minum sure berangin satu badan tapi hentam jugak.Lama lama badan dah terbiasa jadik okay. Kemaruk la jugak tapi kena limit to secawan ajer sehari nanti dehydrated badan. Saya balik msia siap bawak balik dah tu habis pesan kawan pulak. Cicah dengan biskut lemak lagi la best...hubby pun dari tak minum terus suka plak.

Mama Sarah said...

yus, orang tu post worldwide tak? nanti jadi mahal lah pulak kalau campur postage.

saya selalu dapat minum kopi kampung 434 kat nottingham. Rumah auntie yang selalu kami ziarah tu. Mereka memang tak putus bekalan kopi Muor :)

yus said...

ajzie,
Kopi Jacobs?? Tak perasan lak ada..

Mood tgh ada plus ada idea, update lah ajzie. Faktor Aqil dah start sekolah tu pun satu bonus gak..hihi

yus said...

zakiah,
suka kopi 434 juga yer..hihi

Tapi betullah, kopi ni memang sedapkan...cicah biskut lemak?? Aduh!!Ni yang rasa nak minta orang Mesia pos ni..hihi

yus said...

mamasarah,
yus tak pastilah dia pos worlwide ker idak, yus pun belum tgk betul2 website tu....hehe, lagipun rasa mcm mahal aje, baik suruh org M'sia pos campur barang2 lain...hihi

maklang said...

salam.......


maklang minum kopi bila terpaksa je...kalau ngantok kat opis.

tapi cik abang memang feberet dia kopi. nak2 kopi aik cheong tu. memang sedap . cubalah rasa...

13may said...

aku ketagihan nescafe "O" yg kronik....tiap2 hari mau aku balun 6-7 cawan..kalau tak kena...takleh nak wat keja....

Sastri said...

salam Yus... 434 mmg sedapp... Sas tak brapa minum kopi tapi kalo 434 bersusu, mmg takkan tolak... gara2 pengaruh si Blackie yg perkenalkan 434 nih... :D

blackpurple said...

yeah....Hidup Kopi 434...!!!

Orang Muor tak layak dipanggil 'Muorian sejati' kalau tak minum kopi 434....

Ajzie said...

Yus, baca comments pemblog yg lain..balik Msia kena try kopi 434. Suka betul nampaknya En. BP kita eik..

yus said...

maklang,
kopi aik cheong yer...ramai gak yg promote ni, kena cuba ni..

13may,
ni dah kes teruk gak ni, sampai tak boleh buat keje tak pekena nescafe..hihi....asal bahagia

yus said...

sastri,
434 bersusu yer..yus pulak suka 'O', kalau bersusu macam tak asli..hehe

BP,
amboi!! sukanya dia..hehe, BP ni mmg Muorian sejati ni

yus said...

ajzie,
Cubalah, memang sedap tau! Abang ipar yus yg kat KL tu pun balik Muor jer dok angkut kopi ni ke sana utk buat stok..hehe

Kak Lady said...

Yus...kak lady pun peminat kopi...ade geng kat umah tu...Ude. Kitorang peminat kopi pekat...tak kesahlah apa kopi pun.

Kalau dah lama tak dpt kopi rasa macam missing something...heheh

Sikenit Comel-AminBakish said...

saya suka milo.. :D

yus said...

kak lady,
penggemar kopi ni kalau tak dapat, memang selalu rasa macam kehilangan sesuatu yer..hihi

aminbakish,
saya semua saya bantai...hehe, tapi sebenarnya paling suka teh tarik.

desilza said...

aiyak... kopi/nescafe tak berapa suka, kalau minum sure pening lepas tu
*masa pantang, my wife minum kopi, lepas tu arissa hyperactive n takmo tido, terus kopi dibanned!