Thursday, June 29, 2006
SELAMAT HARI ULANGTAHUN BUAT SUAMIKU TERSAYANG~Shahruddin Mahzan@Mohd Zin
Tuesday, June 27, 2006
Cerita bergambar di hari Ahad
Si abah sedang sibuk memesin rumput sambil disaksikan anak perempuannya. Anak lelakinya pun ada tapi tak nampak dlm gambar.
Aksi si anak, sambil melihat abahnya mesin rumput. Si Alia kononnya buat colouring, si Aqil belajar menulis ABC.
Si adik bertepuk sakan
Bila abah dah siap masing2 sibuk nak menolong kemas.
Dan oleh kerana blogger.com buat hal lg, saya tak boleh nak upload gambar seterusnya, terpaksalah buat slide lg.
Bila semua dah selesai, si ibu pun dah siap masak laksa (menu hari tu). Menjamu selera, berehat dan lps tu pukul 5 ptg menonton bola England main masa tu. (Yg bak kata Dr. Faez, lenggang kangkung jer main). Oklah...itulah saja cerita bergambar kita kali ini.
Monday, June 26, 2006
Kelakar....video lucu
Enjoy yer....
p/s: Video ini perlu ditonton sampai habis untuk merasai kelucuannya yang sebenar...
Saturday, June 24, 2006
Rindu ke aku???
Nak balik Malaysia..duit tak cukup? Mahalnya tambang...satu kepala dah 400 pound. Takkan nak balik sorang. Sebab tulah abang selalu bawa kami sekeluarga jalan2 di hari minggu. Biar aku tak terasa terperap jer kat rumah ni. Tak delah aku pikir yang bukan2. Walaupun dia sibuk, sanggup luangkan masa untuk kami. Terima kasih abang.
Dan, aku percaya...Tuhan itu Maha Adil. Ada hikmah di sebalik semua tu. Kita hanya merancang.....Dia yang menentukan. Aku pasrah dan berserah.....anak ini dia yang kurnia. Ada orang berapa tahun kahwin pun masih menanti. Bila aku fikir semua tu, aku jadi tabah.InsyaAllah segala-galanya akan di permudahkan nanti.
Pada abang...minta maaf kalau nukilan ini buat abang terasa. Ibu tetap akan berada di sisi abang. Buatlah yang terbaik yer bang. Untuk kita. Ibu tahu abang boleh. Kuatkan lagi usaha tu. Minta maaf banyak2 kalau terkadang ibu seakan tak faham masalah abang. Ibu tahu bukan senang buat phd ni. Banyak dugaan dan cabarannya. Di tambah dengan usia kita mungkin yang agak muda berbanding orang lain yang buat phd. Banyak yang perlu di pelajari. Kuatkan semangat abang. Semoga kita dapat pulang dan kembali bersama keluarga tercinta di tanah air. Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri....alangkah indahnya negeri sendiri kan bang.
Entah apa2lah yang aku tulis ni. Sekadar ingin berkongsi dengan semua perasaan aku hari ini. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis.
Wednesday, June 21, 2006
Perjalanan ke Manchester - Menziarah Ahmad Bukhary
Oklah. Kita cerita mengenai perjalanan kami sekeluarga ke Cheetam Hill Manchester, ke rumah sahabat suami yg sama dari Kuittho pada hari Sabtu yang lepas (17/6/06). Beliau dan isteri baru mendapat anak pertama 2 bulan yg lalu. Dah 2 bulan, barulah kami berkesempatan melawat. Tahniah untuk mereka berdua di atas kelahiran putera sulung yang di beri nama Ahmad Bukhary bin Ahmah Mujahid. Comel..macam muka mamanya.
Kat tempat kami berehat ni, ada tasik yang cantik. Tak tahulah tasik buatan ker tasik semulajadi. Sambil makan dan berehat2 tu, ada sekumpulan itik datang. Anak saya Aqil memang pantang tgk burung atau itik. Mesti sibuk nak mengejar. Mulalah dia dok sibuk beri itik tu makan biskut. Tapi, si Alia...punyalah penakut. Mula2 macam berani, ada hati gak nak pergi dekat. Bila itik tu datang dekat, punyalah menjerit. Kelakar pulak ingatkan muka dia balik. Memang nampak sangat dia takut.Bila abang pegang, ada hati gak nak tengok itik tu semula. Haha..Alia..Alia. Di bawah ni slide gambar2 itik tu, dan rupa Alia yang takut.
Selepas daripada tu, kami meneruskan semula perjalanan ke Cheetam Hill. Masa kami sampai, lebih kurang pukul 4 petang, tuan rumah takde di rumah....tapi isteri dan ibunya ada. Lepas 1/2 jam barulah sahabat abang balik. Ada urusan projek. Rajin saudara Mujahid kita...hehe. Dah lama tak jumpa kawan lama, banyak jugalah yg kami bualkan. Abang biasalah, mesti cerita pasal research masing2. Maklumlah, kami datang dulu pun lebih kurang sama.Dapat juga menjamu juadah yang disediakan oleh tuan rumah....terima kasih kepada mama tuan rumah kita ni. Mamanya masih di sini, menjaga cucu pertamalah katakan. Hujung bulan ni akan pulang ke Malaysia.
Inilah dia Ahmad Bukhary Ahmad Mujahid. Comelkan.
Kami bertolak untuk pulang semula ke Sheffield lebih kurang pukul 6 petang. Abanglah nak mengejarkan untuk main bola bersama2 kawan2 nya petang Sabtu tu. Konon star postgrad..hehe. Sampai rumah pukul 7.15ptg, solat, terus lah dia main bola. Cakap pasal bola ni teringat pulak England main malam tadi. Hai...geram ajer tgk England main. Masuk separuh masa kedua, macam kelam kabut. Dengan si Owen yang tercedera tiba2 lak di awal permainan. Gelihati juga dengan gelagat si Rooney bila dipanggil keluar padang. Geram agaknya sebab tak dapat menunjukkan permainan yang baik. Nasib England menang. Oklah tu, seri dgn Sweden, berbanding dah lama tak pernah menang dgn diorang sebelum ni.
Teringat pulak gambar Aqil bersama patung Rooney di ASDA Sabtu tu. Punyalah jakun anak saya sorang ni suruh tangkap gambr tak mahu. Jadilah gambar dia ntah apa2 di bawh ni. Heheh.Nak upload gambar tak boleh lagi. Jadi buat slide lah...selalu sgt tak boleh nak upload gambar blog ni. Apsal ntah.
Monday, June 19, 2006
Carboot, Mengemas dan Selamat Hari Bapa
Lepas daripada tu, perut pun dah semakin lapar. Tengok jam dah pukul 3 petang. Makanan pun dah siap, lauk simple jer, ayam masak kicap dan sayur kacang panjang goreng campur cendawan butang. Selera pulak rasa makan...almaklum perut dah lapar kan. Dah selesai semua, naik atas solat, buka blog, ada pulak orang tanya bila nak balik Malaysia? Huhu...kalau boleh esok juga nak balik, dah tak betah tinggal lama2 kat sini. Tapi nak buat macam mana kan...cik abang saya tak selesai lagi kerja2nya. Bila hari minggu cam ni, berjalan2 pulak ek..mana nak siap cepat. Sekarang ni pun, dia tengah dok tengok bola Brazil lawan Australia tu.Tapi cik abang kata, kalau 24 jam menghadap kerja, mahu biol kepala.Saya faham tu, kesian abang. Kadang tu siap tanya lagi dengan saya, cam mana ni, cam mana tu....manalah saya nak tolong...tak pernah belajar pun pasal engineering ni. Satu hapah tak tahu. Sorry yer bang..tak dapat nak tolong.Tolong doa semoga segalanya dipermudahkan jerlah, itu jer yang saya mampu buat.
Thursday, June 15, 2006
Cerita Ular
Tuesday, June 13, 2006
Cerita aku dan bas
................
Monday, June 12, 2006
Hari Ketiga dan Terakhir-St.Michael Mount,Lands End dan Pulang(4/6/06 &5/6/06)
Thursday, June 8, 2006
Hari kedua-Jalan2 Sekitar Newquay dan kawasan berhampiran -3/6/06
Bila tengahari, masing2 dah mula lapar. Balik ke caravan,makan, lepas tu berehat sekejap. Pukul 3ptg baru kami mulakan perjalanan ke Eden project. Boleh click di sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal tempat ni.
Kami tak masuk pun, hanya tgk dari luar. Mahal sangat yuran masuknya sampai £13 sorang. Lagipun last masuk pukul 4.30ptg. Kami sampai betul2 waktu tu.Dapat tangkap gambar dari luar jerlah.Lepas tu ke kedai souvenier dia. Tapi memang cantik tempat ni. Kalau ada peluang masuk, tengok yang kat dalam mesti lebih menarik. Saya sempat beli beberpa keping poskad gambar2 di Eden project ni. Boleh lihat di bawah ni. Cantikkan.
Balik dari Eden Project tu, kami bersantai di pantai Newquay. Seronok anak2 bermain pasir..konon buat sand castle. Ibu2 dok sibuk borak sambil makan2.Dalam waktu tu ada mat salleh sedang buat majlis perkahwinan dia. Dalam pada kami berborak tu, sambil cuci matalah tengok majlis diorang. Tapi saya tak teringat pulak nak tangkap gambar majlis tu.
Malam itu kami makan di caravan abg H. Perut pun dah lapar, rasa berselera sangat makan lauk ayam masak tika massala, ada rendang, sayur goreng campur, telur dadar dan sambal belacan. Sayalah siap bawak lesung batu nak buat sambal belacan punya pasal..heheh.
Habislah hari kedua percutian kami. Agak relax berbanding hari pertama. Anak2 yang paling seronok dapat mandi dan main pasir. Hari ke tiga kami menuju ke St. Michael Mount dan Lands End. Tempat ni memang cantik. Nanti saya sambung eh.
Tuesday, June 6, 2006
Hari pertama-Perjalanan dari Sheffield ke Newquay,Cornwall 2/6/06
Kali ini kami bercuti ke Cornwall. Percutian 4 hari 3 malam ni agak memenatkan, tapi semua yang pergi enjoy. Anak-anak lah yang paling seronok dapat berjalan. Tapi, mereka pun kepenatan juga, bila dalam kereta..masing2 nak mengamuk aje. Bila dapat turun barulah muka nampak ceria.
Perjalanan yang sepatutnya cuma mengambil masa 6 jam, telah berlanjut kerana tayar kereta kami pancit. Di tambah dengan keadaan jalan yang jam. Banyak sangat jalan yang dalam proses baik pulih.Kami sampai di caravan kami pukul 7 ptg. Maknanya perjalanan kami, lebih kurang 12 jam. Penat sungguh, kalau naik flight dah boleh sampai Malaysia..hahaha. Kami menginap di Parkdean Holidays park. Caravan ni kami kongsi bersama satu lagi keluarga, iaitu keluarga abang S. Mereka dah sampai dulu, yelah sebab mereka bertolak sehari lebih awal. Malam itu, kami makan bekalan yang kami bawa. Dapatlah berehat setelah melalui satu hari yang panjang.
Bersambung perjalanan seterusnya untuk hari ke dua pulak.Tapi, next entrilah ye. Dah panjang sangat ni. Tempat2 yang kami lawati memang cantik. Sejuk mata memandang. Kawasan sekitar Cornwall ni terkenal dengan pantainya. Jumpa di next entri.
Thursday, June 1, 2006
Merapu dan Botanical Garden
Ini pun sepatutnya saya tak boleh menghadap komputer ni lama2. Banyak kerja lagi perlu beres sebelum kami berangkat ke Cornwall Jumaat pagi. Plannya nak bertolak dari sini pukul 6 pagi. Jadi, segala persiapan awal dah kena buat. Esok dah sibuk nak masak itu dan ini untuk di bawa bekalan. Sebelum masak, kenalah beli barang2 nya dulu..ye tak. Semua tu nak kena buat esok. Oleh kerana itu semua nak buat esok, hari ni dah patut start packing baju2 yang nak di bawa. Saya ni biasalah, semua buat awal kalau nak berjalan. Sebab semua pun saya juga yang buat nanti. Abang tolong sikit2 jer.Tapi dalam hati, terasa kena update blog ni sebelum di tinggalkan lama sikit. Jadi, mulalah saya merapu ni.
Oleh kerana tak tahu nak merapu apa, saya uploadkan di sini gambar yang kami ambil masa kami ke Botanical Garden Di Sheffiled pertengahan bulan April yang lepas. Dah lama duduk sini, baru tahun ni pergi. Terukkan. Asyik nak tengok yang jauh2 yang dekat baru nak pergi...ahaks. Tempatnya takdelah cantik sangat, tapi untuk bawa anak2 bermain di waktu petang ok ler.
Boleh click pada gambar untuk lihat apa saya tulis. Kali ni, semuanya ada description...sebab gambar sikit jer.