Friday, May 25, 2007

Update cerita...

Bertemu Jumaat kembali. Baru seminggu jer aku tak update sebenarnya tapi ada rasa satu perasaan yang tak dapat aku jelaskan bila aku mula nak menaip ni. Entahlah. Empat n3 terakhir aku sebelum ni, aku seperti buat derkk ajer. Aku langsung tak balas komen dari rakan2 seperti selalu. Bukan sombong, tapi mood aku hilang entah kemana. Rasa bersalah pulak.

Aku takdelah sibuk mana pun. Konon jer sibuk aku ni. Entah apa yang di sibukkan agaknya tu yer. Dah mula packing barang? Yupp aku memang dah mula packing barang dari dulu lagi. Tapi seminggu dua ni mula pulak packing barang yang besar-besar. Penat rupanya mengemas barang2 masuk kotak ni. Lebih penat lagi bila barang besar-besar macam almari tu pun nak kena bungkus..huhu. Masih belum nampak bayang bila nak balik. Yang pasti, visa tamat akhir bulan Ogos, jadi kena baliklah sebelum tamat tempoh tu kan. Dah renew sekali dulu, kalau nak renew lagi pun sekarang ni dengarnya dah naik lagi bayarannya.

Bermula minggu lepas aku mula kerja balik kat tempat lama aku dulu. 4 jam sehari, itu pun tengok gak jadual hubby bila dia free. Memang dia dah agak free sekarang, thesis dah habis tulis, supervisor pun dah puashati, tapi sekarang ni dia suruh kawan dia semak semula bahasa dan grammar. Kawan tu pulak busy gak, dah 3 minggu bagi pun masih belum siap. Hubby kata kalau nak hantar ke pusat bahasa Universiti minta mereka buat semakan boleh, tapi kena bayar sampai beratus pound juga. Bolehlah cepat submit kalau macam tu, tapi nak bayar sampai beratus pound banyak tu, baik simpan buat belanja lain.

Aku seronok gak dapat keluar rumah sekejap ke tempat kerja. Oh ya, bukan hari2 sebenarnya. Macam semalam aku tak kerja pun. Tempat kerja ni ada unik sikit. Aku kerja bahagian hand finishing. Kilang printing ni. Dulu masa tahun pertama aku di sini, kerja di sini lagi best. Masa tu boleh masuk kerja ikut sesuka hati kita pukul berapa, tapi bila dah start kerja tu, mesti min 4 jam lah. Tak boleh kurang dari tu. Kalau kita dah ada akaun dengan dia, memang senang, telefon jer dengan supervisor tanya esok boleh datang tak. Nanti dia tanya nak datang pukul berapa, cakaplah pukul 9 ker 10 ker asal kita kerja sekurang2nya 4 jam. Tapi sekarang ni dia dah ubah rule sikit. Kalau nak mula kerja sama ada pukul 7 atau 8 pagi hingga 12 atau habis (biasa habis pukul 4 petang atau 5), atau mula pukul 12 hingga pukul 4 atau 5. Lepas tu, sebelum balik, kena book dulu untuk datang kerja esok. Tulis nama kita dalam list yang boleh datang kerja esoknya. Kalau kita ada hal tak boleh datang, tak perlulah tulis, balik jer. Bila kita boleh datang balik, telefon semula tanya ada kosong tak. Kalau si Alan tu (supervisor dia nilah) kata ok, boleh datang dan macam tulah seterusnya. Tapi, kalau tak banyak kerja hari tu, dia pulak boleh suruh kita balik awal, belum cukup 4 jam kerja pun dia dah boleh halau kita balik..huhu.

Bila takde kerja ( barang tak banyak, order pulak tak masuk agaknya) tak bolehlah kita datang, macam semalam. Unik kan. Jadi, kalau kita ada hal tiba-tiba tak boleh datang, walaupun dah booking nama, boleh telefon kata ada hal, tak dapat datang. Syaratnya kena beritahulah, kalau kita buat selamba jer tak datang, next time tak boleh booking nama terus pulak, kena balcklist nanti. Dah hampir setahun setengah aku tak kerja, bila aku telefon balik dua minggu lepas, supervisor tu ingat aku lagi..hihi. Aku sendiri dah tak ingat nombor pekerja aku, dia kata takpe nanti dia boleh semak semula. Waah..seronok rasa. Anak2 hubby jagalah dalam tempoh 4 jam tu, aku kerja 12-4 jer. Pagi2 sebelum kerja kenalah siapkan semua, makanan dah kena ready. Tapi, kalau hubby ada hal di universiti waktu tu, aku tak kerja juga, macam Isnin lepas dia ada meeting. Nasib baik senang juga nak booking nama balik.

Bila balik dari kerja, aku dah penat. Dah malas nak mengadap pc. Tu yang blog ni aku biarkan jer tu. Bila sekali sekala menjengah, mood dah hilang sikit, nak jawab komen pun mood aku takde. Aku masih juga ziarah ke blog kawan2 cuma tak semua aku tinggalkan jejak . Minta maaf yer. Aku memang hargai rakan2 yang baca dan tinggal jejak kat blog ni. Sangat-sangat aku hargai. Aku rasa, kawan-kawan semua pun mesti ada ketika mood hilang kejap tengok blog ni kan. Tapi memang rasa bersalah juga senyap ajer. Biasa tak update pun, komen masih aku jawab. Sampai ramai pulak yang buat andaian aku dah sibuk sangat packing yer. Belum sebenarnya. Tapi tinggal sikit2 ajerlah yang belum packing tu.

Dalam pada tu aku banyak habis masa dengan anak-anak. Seronok pulak bermain dengan mereka, baca buku cerita dengan Aqil. Tengok Doraemon dan Shin Chan dengan mereka... hihi. Anak-anak aku tak pernah tengok kartun Doraemon sebelum ni. Sini takde. Baru2 ni aku yang gatal tangan ni, pegi download cerita Doraemon dan Shin Chan dari internet. Kelakar pulak tengok Aqil yang cuba untuk fahami apa yang sebenarnya Doraemon tu cakap. Dia tak faham sangat bahasa melayu. Aku pulak yang kena traslate pada dia. Mula-mula tu dia tak minat nak tengok, mungkin sebab dia tak faham, laa ni suka pulak. Hari-hari dok bukak, sambil dia cuba ikut apa yang Doraemon dan Nobita tu cakap. Cute jer rasa dengar dia cakap melayu. Huhu, kesian anak aku ni, BM tak pandai, BI pun tunggang terbalik gak sebenarnya.

Abid pulak dah pandai merangkak sekarang ni. Satu lagi memang pantang nampak aku atau hubby duduk, mulalah nak memanjat badan kami. Aku rasa cepat pulak perkembangan dia ni berbanding Aqil dan Alia. Baru masuk 6 bulan tu. Memang nampak lebih ligat berbanding abang dan kakaknya. Dah dua kali jatuh dari katil tu..huhu.

Oklah, rasanya berhenti di sini dulu. Dah panjang rupanya aku berceloteh. Tak larat pulak orang nak baca nanti..hihi. Sehingga di lain waktu dan ketika. Salam....

18 comments:

Honey MJ said...

samalah kita yus. kenkadang takde mood nak hapdet blog or bloghop ni. rasa bersalah gak kalo orang komen kita tak balas. lama2 orang pun tak nak singgah ke blog kita...hehe

nak pek barang nak pi mana? nak balik ke sini terus ke? alangkah bagusnya kalo ada majikan mcm tu kat sini. kerja flexi time & part time. kalo ader keja camni kat sini dah lama dah aku keja dari duk rumah.

Ajzie said...

wah wah yus.. lama tak update.. panjang lebar ceritanya..
Yus , azi ingat kan yus kerja hari2.. so tak lah buzz kat ym. Lama tak berbual dengan yus.. Konon mcm banyak cerita nak ceriti..hihihi..

p.s
Ehh kami dah call Sahfie tau.

Kak Elle said...

Yus bagus lah kerja walupun 4 hours only ada juga pocket $$ kan bershopping....hehe

so dah mula packing bila nak balik?

Mama Sarah said...

dah start packing? saya satu apa pun tak buat lagi. esok nak balik baru nak kelam kabut. tapi kami tak de lah bawa balik furniture.

Sastri said...

dah nak balik ye... :D memang penat nak packing barang... tak boleh imagine kalau sas kena pindah-randah... tak sanggup...

Zakiah said...

rata rata ada virus sibuk ni nampaknyer...dan ada virus nak balik mesia...hahahhah

biasala tu sibuk. Blog ni patutnya prioriti yang paling bawah sekali kan. faham...faham...

nanti trun saya pulak yang sibuk packing. sekarnag tengah sibuk shopping nak bawak balik barang!

13may said...

perghhh!!!
panjangnya...lepas geram ke akak;)

hahha...

oldtown~Smell the Roses said...

takpe..panjang2 pun..lama sgt tak dgr citer kan?!Wah..dah start mem'packing' tuh akak kite ni.

NBK466 said...

Shin Chan tuh bukan budak2 jerk suka..den pun suka layan kenkadang tuh..he.he.he.. Cuma skg dah lama gak tak layan... Ptg2 Sabtuh manjang ada hal jerk...

happyirfa said...

salam buat kak yus..
oh dah keje .patutlah bz.ada masa kita ada mood nak apdet blog ada masa kita cuma baca blog org jer..takpelah nanti dtg balik mood tu.dah nak balik mesia ker?

RaFFLeSiA MeRaH said...

panjangnyer...best baca kisah2 yus ni, kalo tak selalu tunjuk gambar jerrr....

blackpurple said...

Ini dah kategori cerpen bebas ni. He he he.

Seronok ekk main dengan anak-anak. :)

ontahsapo said...

ada yg pendek sket tak...?

loveujordan said...

salam,

Dah nak balik dah yer?? macam kata zakiah virus balik kampung dah melanda, akak pun nak balik jugak tapi satu apa pun tak siap packing lagi....

selamat bekerja !!

~ yus ~ said...

honyeymj ha'ah pack barang untuk balik Malaysia..InsyaAllah..tak lama lagi, doakan yer..

Memang best kalau kat Malaysia pun ada kerja mcm tu kan..

ajzie hehe, smlm baru kita berbual kan...smlm pun tak keje sbb bank holiday, tu yg shopping tu..huhu

kak elle InsyaAllah balik in Ogos, belum pasti tarikh lagi...

mama sarah yus ni kena start dari skrg, brg banyak gak..hehe..

sastri kalau nak pack semua satu hari mmg lagi penat, tu yg buat sikit2 tu

zakiah waahhh! sibuk shopping yer, kita ni pun masih ada gak shopping brg sikit2..hihi

13may ha'ah kot..lepas geram..haha

~ yus ~ said...

nani hehe, adalah sikit2, bila mula packing lagi semangat nak balik..hihi

nbk saya pun baru gak tgk Shin Chan ni, best pulak...haha. Ooo kalau di Malaysia hari Sabtu yer siarannya...

irfa kerja part time jer, InsyaAllah tahun ni balik..

rafflessia merah ye ker selalu tunjuk gambar..hehe. Dulu2 yus banyak gak berceloteh, laa ni kurang idealah, tu yg tunjuk gambar jer tu..:D

BP anak2 memang penghibur hati walaupun adakalanya membuat kita pening kepala..:D

OS errkk sekali sekala panjang...:D

Kak rina ada lagi dua bulan nak balik, kena packing sikit2 dari awal, ada anak kecik ni takut nanti kelam kabut, brg banyak gak..hihi

faizabelle79 said...

Yus..bukan anak2 je suka Sin Chan n Doraemon tu..mak2 n bapak2 pun sker jugak..

best tu kena x lama..
nanti leh order tefal ye..

ummu_naqeebah said...

eeei suka nya lagu i'll stand by you , dah lama suka lagu tu tapi x kesempatan nak cari kat internet...ehehheehactually suka kat singer dia, cute sgt...