Wednesday, May 9, 2007

Small Update

Salam,

Maaf, tak sempat lagi balas komen-komen terbaru pada entri yang lepas. Asyik cerita pasal pukul 2.30 pagi ajer ekk. Entri ini pun di taip pada waktu yang lebih kurang sama. Dua tiga hari ni, dok belajar pasal benda lain pulak dari Ajzie. Abid pulak mula tak sihat dari semalam. Demam, jadi dia asyik meragam. Pagi ni, nampaknya aku pun nak ikut demam sekali. Tekak ni dah mula rasa sakit. Badan pun dedau jer rasa. Mood jalan-jalan di blogland pun kurang. Masih ada tapi tidak seaktif selalu. Terima kasih pada yang sudi menjengah ke blog aku ni. Aku akan kembali aktif bila mood dan kesihatan dah baik. Sebelum tu, nak juga letak di sini gambar lebah yang aku ambil dua hari lepas. Masa aku ambil ni, aku ingat dia hidup lagi, tapi tunggu punya tunggu, tak bergerak-gerak pun..hihi.

Tengah seronok nak snap gambar ajer sekarang ni. Lebah tak bernyawa ni pun aku ambil gambarnya....huhu.

Sehingga di lain waktu. Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan keceriaan buat semua. Salams....

13 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

rumah dah cat baru yer yus, lame akak x jenguk...gambar tu lawa, cerah sgt...mesti kamera tu mahal ekkk...nanti publish gambar tuan punyer blog ni pulak dekat2 yerk...hehehehe...mesti lagi berbeza dari gambar lebah tuuu....

oldtown~Smell the Roses said...

Moga cepat sembuh Kak Yus! Hai...tgh kemaruk amik gmbr ye...Nani nak blajar dr Kak Aziepun terbantut lg ni...taktau nak amik gmbr ape..hihi!

Sastri said...

down with a flu? take care ya... gambar bee secara dekat tu nampak menarik la... :D

happyirfa said...

kak yus..
tgh demam ambik gambar yer?
oklah tu..tingin nak ada camera canggih .nanti buleh buh gambar byk2 kat blog.harap anak2 cepat sembuh

faizabelle79 said...

Yus..macam mana lebah tu boleh mati?sempat posing lagi dia..haha...cantik gambar ni..guna photoshop cs3 ke?

13may said...

hoh! terkejut tengok lebah tuh...sib baik bukan ulaq:))

blackpurple said...

Seni la gambor lebah tu..

Wah 'bersalin kulit' lagi blog ni ekk... :D

Kak Elle said...

harapan untuk yus cepat sembuh dan juga baby....wah tak expert pegang camera nampak:)

Mama Sarah said...

ada snap mata dia tak?

get well soon !

MULAN said...

moga cepat sembuh semuanya..

wuii..close up lebah tu macam monster je..

minnie said...

Semoga Kak Yus cepat sihat macam biasa..

D said...

errrr... lebah ni ada signifikan apa-apa ke? like, lebah and madu? Heheheh.. just kidding!

bunga rampai said...

Ada hobi baru?

Hehehe, lebah mati ... tapi warnanya meanrik bagi saya :)

Selamat Hari Ibu untuk Ajzie, moga Allah mudahkan segala urusan mengasuh dan mendidik anak-anak.

Salam.