Friday, April 20, 2007

Aku teringin benar.....

Sabtu lepas kami sekeluarga ke Loughborough menziarah kawan kami di sana. Dalam perjalanan melalui motorway untuk ke sana tu, di kiri kanan jalan aku nampak padang yang penuh dengan bunga kuning. Terus aku teringat pada satu cerita hindi yang aku suka sangat tengok iaitu Dilwale Dulhania Lejayenge (memang cerita favorite ni). Dalam satu adegan lagu ada scene di mana SRK dan Kajol menyanyi dalam padang bunga-bunga kuning ni. Cantik aku rasa. Teringin pulak nak bergambar bersama bunga-bunga kuning tu. Mesti cantikkan. Aku cakap dengan cik abang tak boleh ker berhenti ekk ambil gambar kat sini. Tapi itu motorway, mana boleh suka2 berhenti tepi jalan. Kenalah cari jalan masuk sebenar untuk ke sana. Tapi kami tak tahu jalannya.

Semalam lepas balik dari Universiti, abang cakap, kawan dia kata kat carboot Oldcotes ada padang bunga kuning ni. Waah..apa lagi, suka benar aku dengar. Dah lama tak pergi carboot sebenarnya, agak2 boleh masuk ker kat kawasan yg berbunga kuning tu untuk ambil gambar. Aku dah sampai termimpi2 malam tadi. Adeii..kes teruk pulak...Sekarang ni kan musim bunga, tu yg ada tu kan. Sebelum ni tak nampak pun...Ada sesiapa tahu tak apa ekk nama bunga berwarna kuning ni?




Inilah scene yang aku cakap SRK dan Kajol di padang bunga kuning tu,menyanyikan lagu Tujhe Dekha To Ye Jana Sanam....

Bang!! Ahad ni kita pergi ehh? Nak gak ambil gambar kat padang berbunga kuning ni....please!!!!

Di bawah ni pulak saja aku letak gambar terbaru Abid....


13 comments:

aNIe said...

Yussss.....jelesnya akak orang tu nanti dpt amik gambar ala2 kajol kat dlm filem tu....Filem feveret akak jugak tu...

Nanti pakai lah baju ala hindustan gitu...heheheh....

Jgn lupa masukkan gambar tau...

Unknown said...

hehe....belum confirm dpt ambik gambar tu lagi kak...Ada org kata, bunga kat sini tak tinggi mcm dlm cerita tu, rendah ajer. Yang yus nampak tu dari jauh, jadi tak pasti tinggi ker tidak bunganya...hehe, nanti yus beritahu ehh apa yg terjadi..hihi

akirasuri said...

kak! nanti bolehlah posing maut dengan incet abang akak macam kajol+shahrukh ek kat padang tu :P

wah! tak sabar nak tengok gambar akak berposing :D

Geramnya tengok abid. comel comel comel. dan. gigit pipi dia. dan lari :D

13may said...

wah wah wah!
jgn sesat dlm kebun bunga kuning tu dah ler....:D

AyunasiA said...

wahhh nak posing gaya hindi nampak? tak tau nama bunga tu tapi derang buat minyak ape tah guna bunga/pokok tu kan?

Kaklong Syikin said...

salam Yus :D...

Kiah Kardashian said...

amboi minah hindustan yer...

eh lawalar bunga kuning tuh. Tapi takder orang allergic ker dengan pollen. Nanti lain plak jadiknyer. pastikan pergi carboot tuh pakai ala ala kajol. abe kena pakai ala ala shah rukh khan lar. Alia kena pakai pawade untuk penari latar..ok??

Unknown said...

akirasuri takdelah posing maut pun...hihi, suruh bebudak jer posing cukuplah..

13may mana ada sesat, masuk sikit jer..hihi, nak masuk sampai dalam takut lemas ...

norasiah kat sini pun kawan cakap buat minyak, minyak rambut kot...tapi ada yg kata vegetable oil, entahlah..

kak long selamat kembali kak..:D

zakiah hehe...rasa dlm keluarga takde yg alergic apa2 lagi, erkk tak sempat baca komen zakiah dah pegilah...mana ada baju ala hindustan pun, alia sorang ajer ada..hihi

Anonymous said...

Ha..gie rumah sapa kat Loughborough?..kat Loughborough memang banyak pokok bunga ni...sebab kampungkan..pokok apple dan pear pun bersepah tepi jalan..

Unknown said...

sarahjiha pergi rumah yusri/ros kak...member kuithho gak ler...mmg banyak betul pokok bunga ni di kiri kanan jln kan..

Mrs.A said...

Kak Yus,
Comelnya gambar Abid... Tu baru tgk gambar.. Jumpa tuan punya badan mesti lagi comel..

Saya dah tak suka tgk citer hindustan.. seba tiap-tiap kali saya tgk mesti saya nangis... Pastu pakcik saya suka hulurkan kotak tisu... sakitnya hati... depa ingat saya suka kot...

Faizah said...

alamak Yus..entry kita sama la..my day 2 entry..same tapi x serupa..anyway..saya pun minat sangat kat filem Gilwale tu..huhu

Unknown said...

minnie budak2 semua mmg comeyy...:D

hehe...kak yus suka tgk cerita yg heronya SRK ajer, tapi cerita Dilwale ni dah tgk berpuluh kali, mmg best..

faizah hihi, yus pun perasan, nampaknya minat kita samalah. Yus minat tgk hindustan sbb cerita nilah, dulu2 masa anak dara mmg minat giler...sampai masa bertunang pun lupa nak cabut gambar SRK dalam bilik, malunya..:lol