Hari ini genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Aku masih ingat sewaktu kami mula2 kenal 13 tahun yang lalu. Masa itu, masing-masing masih macam budak-budak, masih sibuk tunggu keputusan SPM keluar. Aku pun tak pasti bagaimana boleh tersangkut denganHappy Anniversary Abang!!budak kecikyang mereka panggil 'parque dinque' itu. Bermula dari kursus bahasa inggeris yang kami sama2 ikuti, persahabatan terus berpanjangan walaupun kami belajar di universiti yang berlainan. Akhirnya ikatan perkahwinan menyatukan kami pada 29 April 2001.
Aku bersyukur kami bahagia sampai sekarang bersama dengan 3 orang cahayamata yang amat kami sayangi. Doa aku kebahagiaan ini akan terus berpanjangan hingga ke akhir hayat kami.Semoga kehidupan kami sekeluarga di rahmati Allah, terpelihara daripada anasir-anasir jahat, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit yang merbahaya. Alam rumahtangga memang besar tanggungjawab dan dugaannya. Semoga kita dapat memikulnya bersama dengan baik kan bang .Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu daripada kelemahan diri aku jua.
Sayaaanng abang!!
Nota sisi: Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-32 buat ayahanda Paiman Santri dan bonda tercinta Yunasteri Baba pada 26 April yang lalu. Semoga terus bahagia hingga keakhirnya.
Nota kaki: Aqil dan Alia kena chicken pox, kesian pulak tengok mereka, harap2 tak berjangkit pada Abid.
24 comments:
Happy Anniversary.. Moga berbahagia selamanya...
Alahai kesianya Aqil n Alia...Harap Abid tak berjangkit... Abid belum setahun kan Yus.. Belum ambil chicken pox vaccine kan.. Harap tak berjangkit lah.
ajzie komen yang pertama tu kenapa delete ajzie..hihi.
TQ, amin...
tulah berharap tak jangkit kat Abid, kalau tak susah juga. Tgk mereka ni ok ajerlah, cuma sekali sekala menggaru, belum keluar habis, Aqil dah penuh satu badan, Alia baru sikit yang keluar..huhu
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 6..
Tak sangka kita kawin pada tahun yang sama 2001 tapi saya in January..u dah ada 3 anak..I baru 2..x tahu bila nak tambah lagi..2 dah cukup kot..hehhe
Ala..kesiannya Aqil dan Alia..
Yus.. Azie salah eja daaa... hihihih.. keyboard german nih selalu buat azie konpius...Y&Z berlainan tenpat dengan Msia punya keyboard.. dan banyak lagi huruf yg lain kedudukannya .Tension betullll kekadang...
faizah terima kasih. Aikk tak kan dua jer kot, kena tambah satu lg tu faizah...hihi
ajzie keyboard german yer..hihi
lawak pulak baca komen azi ni, kesian dia, jgn tension..dia saja suruh azi tgk betul2..kena tukar sikitlah ekk skill menaip ni, tempat letak huruf dia dah berbeza..hehe
selamat ulang tahun perkawinan semoga bahgia hingga akhir hayat.
ada chicken pox outbreak ye?
Selamat ulang tahun perkahwinan Yus..dan en din..semoga bahagia ke akhirnya...amin..
Smoga Kak Yus & Encik Din bahagia ke akhir hayat!
Siannya Alya n Abid kan..nak suh minum air klapa, bukan kat Mesia. hihi!Sofiya dah kena last year, blompun umur 2 tahun. Tengok dia menggaru aduss!
Oppsss..alya n aqil!silap daa...hehe
salam,
moga bahagia dunia akhirat :D
moga anak2 cepat sembuh. sungguh, janganlah ebrjangkit kat abid
err..masa kat padang berbunga tu, pasang kaset lagu SRK & Kajol tu tak ? hihihi
happy anniversary kak yus!
moga berbahagia dan murah rezeki selalu :)
moga bahagia, kekal abadi, berterusan selamanyaaa....
hepi anniversary yus...mudah mudahan jodoh yus ngan hubby kekal selamanya dan diberi kebahagiaan selalu dlm rumahtangga....
Happy 6th Anniversary !!
Cantik gambar kawin tu , macam cover magazine je...sweet :)
happy anniversary Yus.. moga bahagia selalu.. sehingga ke akhir hayat.. aminnnn
yus selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 6. moga sentiasa dirahmati dan diberkati. moga berkekalan hingga ke akhir hayat.
keep smile :)
1. Happy 6th Anniversary Pn dan En. Yus
2. Happy 32nd Anniversary Ibu dan Ayah Yus
3. Harap tak berjangkit pada si kecil.
selamat ulangtahun perkahwinan buat Yus dan ayah ibu Yus... now i know where alia got her looks... :D
err... kena chicken pox ek? org tua2 kata elok kena semasa kecil sbb kurang berparut...
kak yus dan suami!
selamat ulangtahun! :)
mudah-mudahan panjang jodoh hingga ke syurga. tambah rejeki [kuatiti anak :p] dan berbahagia sokmo :D
kak elle terima kasih kak. Ha'ah, semua family melayu di balfour road ni dah kena, anak2 kami ni kira penutup.
sarahjiha aminn...
nani ada suruh minum juice kelapa, tapi diorang ni jakunlah nani, kena paksa..huhu. Alia pun kuat menggaru..
kak long terima kasih kak, harap2 macam tulah..
hihi, takdelah kak..:D
leeds tq
mummy rizq InsyaAllah..
rafflesia merah amin...tq
loveujordan hihi..thanks kak..:D
ayu terima kasih
ayuMK aminnn... moga makbul doa akak..
mama sarah thanks untk no 1 dan 2, no 3, harap2 mcm tulah hendaknya, belum berjangkit pun dah kuat ngamuk, kalau dah kena nanti tak tahulah...
sastri thanks..erkk..ikut siapa ekk..hihi :D
akirasuri tambah kuantiti anak yer...hihi, tunggu akira kawin dululah, boleh..:)
Salam Yus,
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan.
Didoakan sentiasa dalam rukun damai dan bahagia sehingga ke hembusan nafas terakhir.
Ikhlas,
BR
buat bunga rampai, terima kasih, moga doa BR makbul, aminn...
Post a Comment