Monday, April 23, 2007

Mimpi Jadi Nyata...

Senyum dulu sebelum teruskan entri ini.....
(N3 ni adalah kesinambungan drpd entri sebelumnya yer)

Buang tebiat agaknya aku ni kan, sampai termimpi-mimpi pulak nak ambil gambar bersama bunga2 kuning tu. Akhirnya mimpi aku menjadi nyata. Weekend kali ni memang jalan2 ambil gambar bersama bunga ajer kerja aku. Hari Sabtu ke Botanical Garden, Sheffiled. Macam2 bunga ada di sana. Bunga tulip pun ada. Nantilah aku tunjuk gambarnya pada entri yang akan datang. Kali ni nak tunjuk gambar bunga kuning ni dulu. Ada kawan kata, bunga ni mereka buat minyak (minyak apa tak pasti).

Jadi hari ini, pagi2 lagi kami dah keluar untuk ke Carboot. Tapi sebenarnya tujuan utama nak ambil gambar bersama bunga kuning tu, carboot jatuh nombor 2..hihi. Sampai saja di sana, terus cari parking yang paling dekat dengan padang bunga tu. Punyalah ramai manusia kat carboot tadi. Memang penuh tempat letak kereta dia. Turun dari kereta terus cari port yang paling cantik dan paling tepat lagi yang paling senang untuk bawa anak2 keseberang sana. Kawasan padang berbunga ni terpisah dengan parit yang agak luas juga dengan tempat letak kereta carboot tu.Nasib ada juga papan untuk merentasinya.

Baru kami anak beranak nak melintas papan tu, terdengar satu suara, "Yus nak pergi mana tu?" (suara dari seorang rakan yang dah habis pusing carboot masa tu). Hihi..apa lagi jawab nak ambil gambarlah kan. Rupanya dia dah ambil dah gambar bersama bunga2 tu minggu lepas. Dia terus pelawa untuk ambilkan gambar kami lima beranak. Apalagi....posing sakan ler..hehe. Inilah hasilnya.


Kawasan padang berbunga kuning tu...


Lima beranak beraksi....

Aku dan Abid (Tinggi juga pokok bunga ni)

Bunga ni dari dekat

Aqil dan Alia...

Ada gaya SRK dan Kajol tak??......haha


Selepas daripada tu, barulah kami pusing2 carboot. Dan oleh kerana Aqil dan Alia posing cantik untuk ibu dia ni, dapatlah mereka basikal seorang satu...(murah...rege kedua2 basikal tu baru £5)

Tu dia...Aqil dan Alia bersama basikal mereka. Bermain2 sebentar sementara menunggu kereta lengang sedikit. Tengah beratur panjang sangat masa tu untuk keluar. Memang besar carboot hari ini...huhu. Dari jauh, nampak tak kawasan berbunga kuning di belakang sana...

nota kaki: Terima kasih tak terhingga buat suami tersayang yang sporting melayan kehendak isterinya ini. Terima kasih yer bang....hihi.

nota tambahan: Baru lepas baca blog Faizah. Rupanya bunga kuning ini bernama bunga kolza...

nota budak baru belajar: Info dari mama sarahjiha bunga ni bernama rapeseed flowers. Bila saya taip dalam google untuk kedua2 nama bunga ni, image yang keluar sama. Mungkin kolza ni bahasa french kot. (added on 23/4 @ 9.02am)

20 comments:

Ajzie said...

Yusssssss, cantik lah gambar kat bunga2 nih.. Ehh kenapa takde gambar yus berdua dengan cik din.. Tentu lagi sama dengan SRK and Kajol..

p.s
Banyak nya shopping.. penuh push chair..

oldtown~Smell the Roses said...

Subhanallah..Cantik sgt Kak Yus!Suka tengok!!!Ni yg teringin nak ke sana ni! Sib baik hubby akak memahami...

p/s: Ingatkan adelah gmbr akak & cik abang ala-ala srk & kajol, sbb sblom ni kan ade gmbr diorg. Hihi...

Unknown said...

Betullah kata Kak Ajzie, mana gambar kak Yus ngan hubby, baru real SRK dgn Kajol.. hehe :D

bestnye....

Mulan said...

macam bunga plastik je kan sbb kuning betul.. ya tak ya, mana srk & kajol senior...

Unknown said...

ajzie hihi mmg takde ambil gambar berdua pun, sibukkan bebudak tu asyik nak lintas parit, takut diorang jatuh ...hehe

p.s: banyak beli baju bebudak yg besar smlm tu ajzie, dpt murah2 kali ni, 10p,20p, paling mahal 50p ada yg £1 6 helai, apa lagi kaut ler kan..

nani cantikkan!!, gambar kami tak perlulah kot, lupa lagipun sbb anak2 dah ramai tulah..hihi

aminbakish cik abang sibuk jaga bebudak takut diorang melintas parit tu, si ibu sibuk ambil gambar bunga, terus tak ambil, ada kawan lagipun mula2 tu, tak ingat daah...

mulan dalam gambar nampak mcm plastik kot, tapi kalau tgk betul tak pulak. Keluar dari situ baju penuh dgn bunga lagi, melekat2 kat baju.

Tunjuk srk & kajol junior dah ler...hehe

Sastri said...

sabtu lepas sas cuba masuk blog ni tapi tak berjaya... hari ni baru laa dapat... waaa... cerianya warna... yellow is the colour of sun ray... :D comelnya SRK ngan Kajol tu versi putih tu... LOL...

Anonymous said...

Yus,
Bukan nama dia rapeseed flowers..takut pulak nak terjemah..tapi dari pokok ni le depa buat vegi oil...last year masa posing sakan dalam ladang teringat je masa Kajol naik kuda pakai baju pengantin..emmm layan....

Faizah said...

Yus..bunga kolza ni dalam french kot..mmg cantik la kan..bunga ini untuk dibuat minyak masak...

VitAmiN said...

yelah kak yus..kena wat video klip lari2 dalam bunga tu mcm kajol & SRK..hehe

Mrs.A said...

Wow! Bestnya Kak Yus.. Lagi best bila dapat suami yg sporting tuh kan...

Boleh buat wallpaper nih...

Unknown said...

sastri hehe, SRK & Kajol junior mmg putih..:D

sarahjiha rasa kolza bahasa french kot kak, bila yus taip dlm google utk kedua2 nama keluar bunga yg sama.

Kajol naik kuda pakai baju pengantin eh kak..hihi

faizah hmm kawan yus pun cakap diorang buat vegetable oil, betul lah tuh..

liza tak sempat nak buat video kliplah, nanti semua org kat carboot tu tgk kami pulak..hehe

minnie suami akak mmg sporting :)

juwaidah said...

Ohh.. cam ni rupanya bunga ni dari dekat.. Ju nampak la masa on the way balik dr London hari tu, tapi tak tahu nama bunga ni apa.. Cantik kan kalau lalu kat motorway? Nampak kuning je seluas mata memandang. Nanti nak cari jugak la bunga ni, nak ambik gambar! :)

aNIe said...

Yus...cantiknya...sebijik macam dlm filem tu kan? Hehehe..yang paling comel si SRK & Kajol comel tu...tapi muka si kajol comel tu kenapa masam je...heheheh

RaFFLeSiA MeRaH said...

cantiknyer pemandangan kat situ, ngan bunga2 kuning tu ha, memang lawa dlm gambar...aduiiii, nak gelak lak tgk kajol ngan shahrul khan kenit 2 org tuuu...takpun mcm yus ngan hubby masa bercinta dulu kot...hehehehe....

Unknown said...

Juwaidah ha'ah kan ju, kalau lalu kat motorway tu mmg cantik jer pemandangan di kiri kanan dengan bunga2 ni...

kak lady hihi, kajol comel tu kena paksa bangun pagi, muka monyok sbb ngantuk...

rafflesia merah hehe..:D

tumismenumis said...

Best nya kak yus. Dorang tanam ker atau memang naturally tumbuh kat situ tu Kak yus?

Dah tukar Url

Mama Sarah said...

amboi besar betul pengaruh bollywood ni.

cerita aishwarya rai kahwin tak de ke? teringat2 dia pakai sari hitam dalam cerita mohabbatein ke? cantik betul.

Kak Teapot said...

cantiknyer bunga. scene ni mengingatkan aku citer little house on the prairie tahun 70-an dulu...

bestnyer duk kat ober-c ek?

13may said...

wahahahaha...best best:))

Unknown said...

mazudi rasa tanam kot...

mama sarah hihi, ashwarya rai nak kahwin dgn abishek bachan, tp dengarnya akhir thn ni, entahlah...

honeymj hihi, yus suka gak cerita tu...

13may :D