Tuesday, April 17, 2007

Hari Jadi Emak...



Hari ni hari jadi mak aku. Bila aku telefon dia pagi tadi, dia sendiri mulanya tak ingat hari ni hari jadi dia. Itulah mak aku. Bukan kisah sangat pasal sambutan ulangtahun sesiapa pun. Kalau hari jadi aku pun, aku telefon dia cakap, mak hari ni hari jadi Wati....baru dia ingat, lepas tu tanya berapa haribulan ni? Aku tak kisah pun, sbb aku tahu mak aku. Daripada kecik kami tak pernah di ajar untuk sambut hari lahir masing2. Paling kuat kalau dulu2, mak aku masak something special untuk kami. Itupun selepas diingatkan dulu, "mak, esok harijadi ...."(sesiapalah dlm keluarga).Tapi tidak ayah. Ayah sentiasa ingat hari ulangtahun anak2 dia. Pagi2 bila bangun, ayah akan ucapkan Selamat Hari Jadi di hari jadi kami. Bila aku telefon mak tadi, mak beritahu adik2 aku semua buat birthday suprised untuk dia malam tadi. Baru dia ingat hari jadi dia dah tiba. Terharu juga dia...

Aku tahu mak tak tengok pun blog aku ni. Manalah ada komputer di rumah. Adik2 aku ada juga menjengah. Namun untuk tatapan anak2 aku yang tak pernah kenal pun siapa atok nenek mereka, aku letak gambar mak yang ada dalam simpanan aku ni di sini. Kesian anak2 aku tak pernah jumpa pun dengan mereka dan begitu juga sebaliknya.Ingatan mereka hanya pada Aqil, yg baru berusia setahun 6 bulan masa kami pergi dulu. Walaupun gambar dan video cucu2 mereka ni ada aku kirimkan ke Malaysia, tapi tak sama dengan menatap sendiri wajah cucu2 kesayangan mereka ni.

Hari ini 17 April, 2007 aku ingin ucapkan Selamat Hari Ulangtahun yang ke 52 buat emak tersayang Yunasteri Baba. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di pelihara kesihatan, dan sentiasa di bawah lindunganNya. Salam sayang dari kami sekeluarga di perantauan. InsyaAllah kita akan bersua kembali , walaupun jauh di mata, tapi mak sentiasa dekat di hati kami....mmuahh...

nota kaki: Bila aku tunjuk gambar tok mak dia pada Alia, dia cakap itu ibu..adeh. Ibu pun ibulah Alia...nanti tak lama lagi kita jumpa tok mak kay.


18 comments:

Mama Sarah said...

kepada ibu Yus: Bonda Yunasteri, Selamat Hari Jadi yang ke-52(muda lagi!!!) SEmoga bertambah seri kebahagiaan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Unknown said...

mama sarah yus ni anak sulung, mak yus kahwin muda kot, 20 tahun dah kahwin..hehe, Terima kasih atas ucapan..

NBK466 said...

Mudo laie mak Yus nie..lum sampai umo pencen pun laie...Semoga kekal sihat walafiat hendaknya..

maklang said...

selamat hari jadi buat mama yus...moga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik selalu...

Ajzie said...

Selamat hari ulang tahun buat ibu Yus.. Moga panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki...

Tersentuh baca N3 ini.. Arwah ibu ajzie juga begitu. Tidak pernah ambil tahu hari lahirnya....Kami anak2 yg selalu mengingatkan nya...

Unknown said...

nbk hehe..muda lagi ker?, tapi mak yus tak pernah kerja sejak kahwin..

aminn..sihat hendaknya

maklang terima kasih

ajzie mak yus tu selalu tak tengok kalendar, dan tak perasan hari tu hari apa, tu yg dia tak ingat tu...

aNIe said...

SELAMAT HARI JADI BUAT YUNASTERI...Moga bonda Yus akan sentiasa sihat walafiat dan berbahagia disamping suami dan anak2 tersayang...moga dilanjutkan usia agar dpt bersama-sama melihat anak2 cucu & cicit...Ameen

Mummy Rizq said...

Semoga berbahagia selalu disamping anak, menantu & cucu cucu...

silversarina said...

Selamat Hari Jadi buat ibu Yus...

Nenek dapat tengok gambar cucu pun dah cukup bahagia :)

oldtown~Smell the Roses said...

Selamat Hari Lahir buat ibu Kak Yus..moga sihat sentiasa.

Abid dah besar..and makin chubby!

Mulan said...

semoga mak yus sentiasa dikurniakan kesihatan & kebahagiaan berkekalan. saya pun anak sulung, mak kawin umur 19, dapat saya umur 20. bila jalan macam adik beradik..

Unknown said...

kak lady,mummy rizq,loveujordan,nani dan mulan terima kasih atas ucapan.

Mulan, mak saya pun dpt saya selepas setahun, tapi tak pernah ada yg cakap mcm adik beradik sbb dulu saya kurus kot. Kalau skrg mungkin sama...haha dah tembam sikit...kihkih.

akirasuri said...

epy belated besday..muda lagi ek mak akak :)

tapi. eiii geramnya kat budak berempat tu!! geram. geram. geram. lalalalala~

Unknown said...

akira!! Bila pulak jadi berempat ni, anak akak 3 orang ajer..sorang lagi tu saper..hihi

ayu_mkay said...

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UTK TOK MAK JUGE. MOGA DI PANJANGKAN USIA & DI TETAPKAN IMAN.

psst, besday mak yus sama ngan ulangtahun kelahiran blog akak :D

Unknown said...

ayuMK iya ker kak. Yang ke berapa? Selamat Ulangtahun Blog akak...teruskan berblogging tau...

HAPPYIRFA said...

la siannya nenek x pernah tgk cucu dia.mak irfa yg duk dlm mesia ni pun kalau dah 2 bulan tak balik kg sibuk tanya bila nak balik kg sbb dah rindu nak tgk anak cucu.camner lah kalau iraf duk luar negeri .he he

Unknown said...

irfa ha'ah tak pernah tgk lagi, duduk jauh nilah yg kena tahan, rindu pada keluarga...*sob**sob*