Thursday, March 29, 2007

Jiran

Ini kisah jiran aku yang tinggal selang sebuah rumah dengan rumah aku. Aku pun tak tahu berapa orang anak dia ada, yang aku selalu jumpa isteri dan anak bongsu dia ajer, sbb anak dia yg bongsu ni sebaya dengan Aqil. Orang Pakistan. Aku takdelah masalah dengan mereka ni, cuma hubby aku bengang gila dengan laki dia.

Jiran kami ni ada 3 buah kereta (menurut hubby akulah, aku nampak 2 ajer, satu lagi aku tak tahu yg mana).Ingat lagi tak aku pernah letak gambar bersama kereta ferrari jiran aku di depan rumah. Tak ingat takpe, aku letak balik gambar tu kat sini. Nilah salah satu kereta dia. Kami tak kisahlah dia nak ada berapa buah kereta pun, cuma yang buat hubby aku bengang orang lain tak boleh parking kereta dari kawasan depan rumah dia tu hinggalah ke belakang. Dia kata tempat tu dia punya. Kalau hubby aku terparking depan rumah dia, dia siap letak kertas dekat cermin, tulis situ,"Please don't park infront of my house".

Dah dua kali hubby aku kena mcm tu. Yang pertama tu dia sempat letak. Yang kedua, dia baru nak letak hubby aku dah keluar, jadi dia cakap terus dengan hubby, jangan parking depan rumah dia lagi. Hubby bengang ler. Hubby cakap balik, dah lama duduk sini, tak kisah pun parking mana2. (Jiran kami ni baru nak masuk setahun lebih tinggal sini).Bila hubby aku tanya, mcm mana dengan bahagian belakang ni, dia kata tu pun tempat dia. Dia cakap dia dah tanya mat salleh sebelah rumah dia tu, dia boleh parking situ. (Mat salleh tu takde kereta). Hubby aku katalah, dia pun bayar road tax gak, jalan ni untuk semua, tak kisahlah parking mana pun. Dia boleh jawab, kalau dah bayar road tax, kenapa tak parking kat kawasan lapang kat belakang. Adeii!! Teruk betul. Itu dah lorong lain. Dia nak parking betul2 depan rumah dia, orang lain dia suruh parking jauh2, ada ker patut.

Cubalah fikir, kadang2 ada kereta entah dari mana dan entah siapa punya parking kat depan rumah kami, jadi kalau bahagian belakangnya kosong, bila hubby balik, dia parkinglah kat situ. Dari dulu lagi, nampak tempat kosong, kita parking situlah. Lagipun cuma selang satu rumah ajer. Jalan tu pun jalan untuk orang ramai. Tak nampak pun rumah dia kat depan tu, ada pokok besar. Si mamat ni siap cakap lagi dengan hubby aku, kalau orang lain parking depan rumah kami, cakaplah dengan orang tu. Yang penting jangan parking depan rumah dia dan bahagian belakang yang seterusnya. Dah dekat 4 tahun kami duduk sini.Orang lain tak kisah apa pun, dia ajer. Sebabnya dia ada 3 biji kereta, semua kereta dia, mesti parking dekat2 agaknya. Aku yang dengar pun geram.

Gambar kawasan rumah kami. Rumah mamat tu betul2 depan pokok besar tu. (Ini gambar masa bulan September, jadi daun kat pokok tu hijau lagi. Skrg ni togel ajer) Kalau orang lain parking kat sebelah pokok tu hingga ke belakang dia tak bagi. Dua hari lepas, hubby nampak ada kereta lain parking dekat situ. Ada kertas terletak di cermin tertulis jangan parking situ. Mesti Mamat tu yg letak kertas tu. Lepas tu, kereta BMW dia, di parkingnya depan rumah kawan kami. Boleh pulak?? Nak gaduh pun malas, tapi hubby aku duk tunggu ajer, kalau dia terparking depan rumah kami, siaplah..haha. Skrg ni, kalau takde tempat nak parking, terpaksalah hubby cari kawasan depan yang kosong, nak cari sebelah belakang, takut jadi gaduh..huhu. Semua tu mamat tu punya tempat. Sabor ajerlah....

Tuesday, March 27, 2007

Hari ini bersama Alia


Bermain komputer aktiviti kegemaran


Menonton cbeebies di tv sungguh mengasyikkan


Tolong ibu tolak pushchair Abid dlm perjalanan mengambil Aqil dari sekolah


Bermain gelongsor bersama Aqil di sekolah sebelum pulang ke rumah


Dah sampai rumah, bermain bersama Aqil dan Abid sebelum terkurung semula di dalam rumah....huwaaaa

Saturday, March 24, 2007

Abid Zulfan Beraksi Lagi

Aksi Pertama, ketawa bila di geletek



Aksi Kedua, bersilat,ketawa, masuk jari dalam mulut, semua pun ada...haha

Thursday, March 22, 2007

Cerita Alia...

Susah betul skrg ni nak duduk depan pc, rehatkan otak kejap, melawat blog kengkawan, membalas komen, baca online paper. Kalau dulu aku selalu berebut dengan Aqil, Alia tak pandai lagi nak menyebuk masa tu. Tapi sekarang, dia yang melebih. Akhir2 ni, paling lama aku boleh berada depan komputer ni 10 minit tanpa di ganggu. Tak pun, waktu pagi mcm nilah, selepas Subuh, sebelum mereka bangun dapatlah aku bermaharajalela sekejap...haha. Kalau selepas tu, komputer ni dia punya, tak boleh di ganggu langsung. It's mine ibu!! Itulah ayat standard dia.

Bila nampak aku depan komputer ajer, mulalah...Ibu!! Cicik....cicik ibu (maksud dia cbeebies website). Dok melalak perkataan tu sampai dia dapat...huhu. Bila nampak dia ok sikit, aku menyelitlah kejap...dapatlah aku melawat2 blog kengkawan sekejap. Itu pun yg ada tak sempat bagi komen apa, sempat baca ajer. Lepas tu, Alia ni dia suka kalau aku berada di sebelah dia melayan dia main komputer tu. Suka sangat buat colouring. Yang paling dia suka mewarna teletubbies. Sambil tangan dia bermain dengan 'mouse' komputer tu, mulut dia pun tak henti bercakap. Kadang sampai abah dia datang dan perhatikan di sebelah pun dia tak perasan. Khusyuk sungguh.

Kalau aku nak ber'ym' dengan kawan2 sekejap pun ada ajer gangguan. Dialah yang duk sibuk nak menaip jugak. Sesiapa yg biasa kena tu tahulah kan. Selepas pukul 3 bila Aqil dah balik sekolah, giliran Aqil pulak depan komputer tu. Aku menyelit2 kejap ajerlah. Kalau aku tutup, Aqil dah pandai bukak komputer sendiri. Alia taklah, tapi dah pandai mintak suruh bukak gak. Kecuali kalau aku layan dia main kat ruang tamu. Kalau aku sibuk mengulit Abid, dia sibuklah suruh aku pasang komputer. Aku tak layan, mulalah merengek, sibuk kata tangan dia sakitlah, kaki dia sakit lah. Bila Abid tidur ajer, dia sibuklah nak duduk kat riba aku. Sungguh nak bermanja dengan aku Alia ni. Kesian dia, tak puas bermanja lagi agaknya.

Kalau aku sibuk masak, aku suruh dia tgk tv, mulut dia tetap bising. Apa saja yg dia nampak dalam tv tu, dia panggil aku. Aku nak masak kat dapur tak keruan jadinya. Kejap2 ibu!!! look!!..##'**/? (cakap bahasa dia). Excited sungguh nak suruh aku tengok apa yang dia tengok. Terpaksalah aku kejap2 datang tengok. Akhirnya, kerja yang patut siap 1/2 jam, sampai 2 jam baru siap kadang tu. Tak termasuk dengan Abid meragam lagi.Kadang2 tu aku rasa geram pulak. Tapi bila aku rehatkan badan, rehatkan otak sekejap, aku terhibur sebenarnya dengan ragam mereka adik beradik. Cuma bila waktu aku sibuk dengan urusan rumah yg lain, dia pun asyik merengek tak henti2, hangin gak aku.

Aku respect sungguh dengan ibu2 yang buat phd, dan ada anak kecil. Sibuk dengan study, nak masak lagi,mengemas rumah, kena juga layan anak dan suami. Aku?? Belum tentu aku dapat buat agaknya.

Macam nilah khusyuknya Alia bila di depan komputer.


Aku tak dapat nak letak gambar dia yg aku ambil depan komputer ni, nak upload masuk komputer tak sempat lagi. Asyik tergendala ajer sejak Alia dah pandai guna komputer ni....hehehe

Tuesday, March 20, 2007

Abid ku sayang

Abid semakin hari semakin keletah aksinya. Kalau bersuara konon nak ajak berbual, rasa macam nak terkeluar anak tekak dia. Beriya sungguh dia mengeluarkan suara...hihi. Sungguh aku terhibur dengan keletah dan aksinya. Sekarang ni makin susah nak tidur, dia lebih suka nak bermain. Akulah yang penat melayan, tapi sungguh menghiburkan. Melihat dia tersenyum dan ketawa, segala apa yg berserabut dalam kepala boleh hilang sekejap. Besar nanti macam ada potensi nakal seperti abang dan kakaknya. Kecik2 pun dan meligat ajer..huhu. Takdelah....Abid baik kan, Aqil dan Alia pun baik, semua anak2 ibu baik. Big Hugs....(ini Alia punya favorite words skrg)

Saturday, March 17, 2007

Satu hari ku pasti merinduinya....

Hari ini dengan tidak semena2 aku membaca kembali entri aku yang lepas2. Panjang juga aku berceloteh rupanya. Lately aku lebih suka letak gambar atau bercerita pasal anak.Dalam salah satu entri pada bulan May 2006, seorang rakan bloger ada bertanya bila kami akan balik Malaysia. Aku jawab InsyaAllah bulan Mac tahun depan. Hari ni 17 Mac 2007, dah hampir ke penghujung nampaknya bulan Mac tahun depan yang aku maksudkan masa tu. Kami masih di sini, sehingga habis Mac pun, belum boleh balik lagi. Dalam hati memang rasa ingin benar pulang, tapi komen kak faez dalam kotak jerit aku buat aku berfikir balik. Selagi aku masih di sini, aku harus ambil peluang ni untuk menikmati kehidupan di sini. Walaupun banyak aktiviti seharian aku akhir2 ini perkara rutin, (hari2 pun sama) membosankan, tapi cuaca dan keadaan di sini, satu masa nanti pasti aku merinduinya.

Aku memang belum boleh jawab bila kami akan meninggalkan bumi Sheffield ni. Semuanya terpulang pada kerja2 suami aku. Hari2 aku berdoa semoga segala kerjanya di permudahkan. Bukan senang nak berjaya. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuh. Ada satu ketika pada bulan lepas, hampir suami ku berputus asa, hilang semangat sekejap kerana tesis yang patut dah sampai ke penghujung untuk siap, tiba2 supervisor kata apa yang di buat itu salah. Alahamdulillah dia dapat mempertahankan apa yang diragui oleh supervisornya dengan fakta yg kukuh. Dapatlah dia meneruskan penulisan tesisnya semula. Kalau tidak, kena buat balik ekperimen semua, aku yang dengar pun kecut perut.

Kadang2 aku pulak yang tak sabar. Dalam hati dok berkata, Hai!! Bilalah nak siap agaknya? Tapi, aku hanya melihat, bukan aku yang buat, satu hapah pun aku tak faham apa yang dia buat. Bukannya tesis mcm masa undergraduate dulu. Aku sendiri belum tentu dapat melakukannya.

Dua tiga hari lepas, selepas pulang dari universiti, masa waktu makan, suami ku bercerita tentang seorang kawan kami. Dia di UK ni pun sudah tahun akhir, tapi eksperimen dia masih belum menampakkan hasil. Kalau eksperimen pun belum habis, nak mula tulis tesis jauh lah lagi. Supervisor seperti tidak membantu. Tiba2 tuan rumah pulak buat hal, suruh mereka keluar dari rumah tu sebelum akhir bulan April. Sudahlah rumah yang di sewa mereka tu tanpa satu perabut pun. Maknanya semua barang dalam rumah tu kepunyaan dia sendiri. Kalau berpindah nak angkut barang2 yg dah di kumpul hampir 3 tahun mmg banyak tu. Macam nak balik Malaysia pulak. Nak cari rumah lain, skrg rumah dah mahal. Kalau boleh nak cari di kawasan yg berdekatan, jadi senang untuk anak2, tak perlu sibuk nak tukar sekolah semua. Kerja banyak, nak pikir pasal rumah lagi, memang kesian sangat dengan kawan kami ni.

Suami aku cakap, bila dia dengar tu, dia rasa 10 kali bersyukur, dugaan yang dia terima takdelah seberat mana. Supervisor masih lagi membantu walaupun terkadang respond yang di beri agak lambat. Aku pun rasa bersyukur sesangat. Moga2 segalanya di permudahkan. Aku dah tak nak fikir sangat bila nak siap, bila nak balik Malaysia. Masanya akan sampai juga. Sementara tu, nikmati kehidupan di sini. Cuma adakalanya bila orang asyik tanya, kita terasa juga. Yelah..dah lama di sini, dah hampir 4 tahun. Teringat pulak pesan mak aku di telefon dua tiga hari lepas, jaga anak2 tu baik2, sudahlah mak tak pernah jumpa cucu mak lagi ni (mak aku maksudkan Alia dan Abid). Sedih dan kesian pulak kat mak. Aku rasa benda2 mcm nilah yg selalu buat aku rasa nak balik ajer ( di samping masalah ekonomi). Kalau tidak, aku suka juga suasana di sini. Dah balik nanti pasti aku merinduinya. Aku kena ambil mana yang positif, buang yang negatif.

Kalau ada yang masih ingat gambar di bawah ni ada pada entri aku yang lepas (klik sini) . Masa ni hijau ajer belakang rumah aku ni.

Tengoklah gambar hari ni pulak di lokasi yang sama.

Perubahan suasana macam nilah yang pasti aku tak jumpa bila balik nanti. Jadi yus.....enjoy sementara ada, dah takde nanti teringat pulak....Terbayang2 macam dok terbayang pucuk ubi dan sayur turi tu karang.....hahaha.

Wednesday, March 14, 2007

Aku terbayang.......yang aku dapat....

Dah beberapa hari aku terbayang aku dapat makan sayur lemak pucuk ubi bersama ikan selar goreng dan sambal belacan. Aku terbayang, biasa bila balik ke rumah mak, kalau teringin makan, aku akan tolong mak kutip pucuk ubi yang tertanam berdekatan parit kat belakang rumah mak aku. Aah...alangkah seronoknya aku rasa kalau aku dapat buat begitu.

Aku terbayang, pergi ke pasar tani bersama mak, membeli sayur paku pakis, atau pucuk meranti, atau pucuk manis, buat masak lemak. Sekali lagi di makan bersama ikan selar atau kembung goreng dan sambal belacan. Memang itulah antara makanan favorite aku. Kalau dapat lauk macam tu, aku boleh makan sampai 3 pinggan...hihi.

Apalah daya kat UK ni manalah aku nak jumpa sayur2 tu semua. Rindu sungguh rasanya.3 tahun lebih tak merasa. Akhirnya, aku jumpa sayur ni kat kedai Khawaja berdekatan rumah aku.


Sungguh aku tak tahu sayur apakah ini. Ku cium baunya, aku rasa2, waah..macam boleh di buat sayur lemak ni. Terus aku membelinya. Sayur yang aku tak tahu itu, di masak lemak, bersama ikan goreng dan sambal belacan...alangkah enaknya. Ku belek2 dalam peti ais ku, sudah habis rupanya stok ikan kembung yang ada.(Kat sini susah nak jumpa ikan mcm kat Malaysia tu.) Tapi, masih ada ikan sardin beku yang aku beli hujung minggu lepas. Ok juga ini...dan akhirnya inilah hasilnya. Yummy.....apa yang aku terbayang, masih dapat aku rasakan, walaupun tak sama, cukuplah untuk melepas kempunan. Kalau dapat sayur pucuk ubi atau sayur turi, lagilah nikmatnya.....




Alahamdulillah...dapat juga aku merasa, walaupun aku tak tahu nama sayurnya, rasanya seakan pucuk manis, sampai 2 pinggan aku habis....hehe

Tuesday, March 13, 2007

Tag lagi......


Gambar di atas takde kena mengena dengan tag yer. Kejap lagi baru akak jawab tag nko tu yer liza..hehe. Ini sebenarnya menu hujung minggu kami yang baru lepas. Takde koje lain aku ni, dok ambik gambar makanan yg aku masak, lepas tu letak kat sini. Sebenarnya saja nak mencuba edit gambar guna ps. Ini percubaan ke dua aku, yg pertama tak yah lah tayang kat sini. Dah berapa kali mencuba baru kini berjaya. Ajzie tahulah kan apa yg yus maksudkan..hehe

Ok...di bawah ni pula bagi menjawab tag razlizahazleen . Kena tayang desktop ler pulak.


Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)

Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor

Been using this desktop since : 2 bulan lepas kot

Kaedah (bagi yg tak tau) : Hit “Print Scrn” di keyboard > Ctrl+c > Ctrl+v dalam paint/adobe photoshop..:)

Oklah, kena tag blogger lain ker? Takde pulak tetap syarat mcm tu kan liza. Jadi aku ambil keputusan tak mahu tag sesiapa lah. Takdelah tag ni jadi tag berantai....yer tak.

Sehingga di lain waktu...

Friday, March 9, 2007

Alahai Aqil.... ada ajer jawapan dia...

Minggu lepas ada perjumpaan antara ibubapa dan guru. Mereka panggil Parents Day. Masa nilah guru kelas akan berbincang dengan ibubapa mengenai perkembangan anak di sekolah. Aqil setakat ini guru kelas dia berpuashati dengan perkembangan dia di kelas. Membaca pun dah semakin lancar, dah naik ke level ke dua menurut guru kelasnya. Cuma satu masalah Aqil, dia malas nak menulis. Bila gurunya suruh tulis sesuatu, dia buat dekkk ajer. Adeiii!! Yang ni aku tak dapat nak kata apa. Aku pun dah tahu sangat, Aqil kalau di rumah pun macam tu. Aku suruh menulis, memang liat sesangat. Kalau aku tulis satu ayat, aku suruh dia buat sampai 10 baris ayat yang sama, paling kuat dua baris ajer dia buat. Lepas tu, ada ajerlah alasannya. Aku pun cakaplah dengan Mrs Holland tu, (guru kelas Aqil) Aqil cuma nak menulis kalau dia ada mood. Tapi, guru kelas dia tak risau sangat. Aqil akan berubah gak nanti. Dia pun baru 5 tahun.

Oleh kerana guru kelas dia pun dah komplen, Aqil malas nak menulis, aku pun hari2 lepas sekolah, suruhlah dia menulis sesuatu. So far, masih takde perubahan, Aqil masih dengan sikap ikut mood dia. Sekarang ni pulak apa ajer yang aku cakap dan suruh, ada ajer jawapan dia. Sampai aku naik geram. Ini insiden semalam...

Aqil, tulis ni cepat. (Aku suruh dia tulis perkataan 'come' mengikut tajuk buku yang dia pinjam)
Aqil tak nak ibu....
Kenapa tak nak pulak, Mrs Holland cakap Aqil malas tulis. Aqil baik kan...ikut jer macam dalam buku tu.
Orait...(dia menjawab dengan malas, tapi lepas tu dia tulis jugak)
Kenapa Aqil tulis 'E' besar, kan dlm buku tu 'e' kecik, ikutlah macam dalam buku tu.
No!! I like big 'E', I don't want small 'e'.
Salahlah macam tu, mana sama tu, buatlah small 'e'.
It's still same ibu....ni 'E' jugak.
Mana sama, satu 'E' besar, satu lagi 'e' kecik.
Aqil tak nak small 'e', Aqil like big 'E'.
Aqil nakal lah....Aqil tak dengar cakap ibu.
No!! Aqil listen to ibu.
Kalau Aqil dengar kenapa Aqil buat big 'E', kan dalam buku tu small 'e'.
I don't want it. Big 'E' is easy.
Aku dah naik geram, terus buat muka masam mencuka. Dia diam, selang beberapa minit dia bersuara lagi...
Why ibu naughty??
Ibu naughty pulak...Aqil lah naughty, Ibu suruh tulis Aqil tak nak tulis betul2.
No!! You naughty ibu.
Kenapa pulak...(kompius kejap)
Because you doing like this...(sambil buat muka masam, mata tercegil, lepas tu terkebil2, ikut gaya aku marah dia lah tu) Sabor ajerlahhh.....

Hari ni, waktu aku ambil dia dari sekolah, cikgu dia komplen lagi. Cikgu dia kata Aqil gigit kawannya di sekolah. Sudah....sejak bila pulak Aqil pandai gigit orang ni. Bila cikgu dia panggil, Aqil duduk ajer...nampak muka aku pun dia tak nak bangun. Aku tahu dia takut aku marah dia sebab cikgu dia dah mengadu pasal dia lagi. Mrs Holland kata, bila dia tanya, kenapa Aqil gigit budak tu, dia diam ajer, tak nak jawab. Aqil masih tak nak berganjak dari tempat duduknya. Aikk..tak nak balik ke budak ni. Terpaksalah aku pegi kat dia cakap elok2 baru dia nak bangun. Dalam perjalanan pulang tu, aku tanyalah pada dia baik2....

Aqil gigit kawan kat sekolah ker??
No!!
Habis kenapa Mrs Holland cakap Aqil gigit kawan Aqil. (Dia diam)
Kawan Aqil buat apa sampai Aqil gigit dia. Dia kacau Aqil ehh?
No Ibu!! Aqil tak gigit.
Tadi Mrs Holland cakap Aqil gigit, takkan Mrs Holland tipu ibu.
Aqil just tickled him. Aqil tickled him like this (sambil tunjukkan kat aku macam mana dia geletek kawan dia tu)
Ye ker?? Mrs Holland cakap dengan ibu, Aqil gigit dia...
Kenapa Aqil gigit dia?
Aqil hungry ibu...(ekk eleh)

Itu pulak jawapan dia.Nak ketawa pun ada, sampai tadi aku tanya lagi kenapa dia gigit kawan tu, masih takde jawapan yang betul. Macam manalah nak cakap dengan Aqil ni, kadang2 tak tahu nak cakap apa, apa aku cakap, pandai dia melencong ke lain....Macam mana ekk??

Nota tambahan: Baru sebentar tadi, dalam pukul 5.30ptg aku dapat jawapan sebenar kenapa dia gigit kawan dia tu. Aku tanya siapa nama kawan yang dia gigit tu. Dia jawab Farhan. Kenapa Aqil gigit Farhan? Tak baik tau. Because he said, he's not my friend. Aduhhh....macam manalah budak tu nak kawan dgn Aqil, kalau baru cakap mcm tu pun dah kena gigit sayang oii....

Saturday, March 3, 2007

Small Update...Abid dan gambar

Aku sebenarnya sibuk dengan urusan rumah dan anak2. Abid sekarang dah dekat 4 bulan. Dah pandai ketawa, dah pandai mengagah,dah pandai mengomel, dah pandai tarik baju aku, dah tahu mengiring tapi belum meniarap lagi. Aku seronok melayan kerenah dia. Rasa dia comel sangat. Lihatlah gambar terbaru Abid.
Abid tengok siapa tu??

Yang ni gambar ala2 angkasawan..hehe

Hobi baru dia sekarang masuk jari ke dalam mulut. Kalau boleh ke lima2 jari dia nak masuk dalam mulut. Habis basah semua. Aku perhatikan dia suka bermain dengan Aqil walaupun Aqil suka cium dia. Kalau Aqil mengagah, bukan main ketawa lagi dia. Tapi kalau dengan Alia dia ada kurang sikit. Aku rasa dia tak suka dengan rambut Alia. Bila Alia nak cium dia ajer, mesti rambut yg sampai kemuka dia dulu. Lemas agaknya dia. Rambut siapalah ni yg kerinting dan panjang....hihi (agaknya itulah yg dia cakap dalam hati)

Dua beradik sedang tidur lena
Di bawah ni pula beberapa keping gambar masa kami ke London pertengahan Februari lepas.

Bergambar bersama dua abang polis ni. Terasa alangkah rendahnya aku disamping mereka...haha

Aku suka tengok gambar ni. Gambar awan di belakang tu rasa cantik sangat.

Gambar ni pun aku suka tengok awan tu.

Empat beranak posing berlatar belakangkan Buckingham Palace.

Burung2 berterbangan, tenang mata memandang

Aksi Aqil dan Alia. Seorang khusyuk tengok itik, seorang lagi tak tahulah aksi apa agaknya tu..hihi

Aksi 3 beradik

Berhampiran Big Ben

London Eye di waktu malam
London Eye dari jauh

Aku ke London hari tu naik bas. Macam nilah lebih kurang rupa bas yang aku naik tu. Masa ni bas aku belum sampai. Aku tengok bas ni teringat aku kartun transformer...haha


Oklah semua. Abid dah merengek2 minta di pegang. Tak dapat aku nak upload gambar yg lain. Sehingga di lain waktu.....