Monday, February 19, 2007

Minggu sakit....

Minta maaflah pada kawan2 blogger yg kemari asyik tgk gambar snow jer. Snow pun dah takde. Hari tu ajerlah yg penuhnya. Seperti yg aku beritahu hari Ahad 11/2 hingga Isnin 12/2 kami sekeluarga ke London. Tujuan utama nak buat surat beranak Malaysia dan pasport untuk Abid. kami takdelah jalan kemana sangat pun sebab cuaca agak mendung dan gerimis sikit. Nanti ada masa aku letak gambar2 kami ke London hari tu.

Balik dari London, esoknya hubby dah mula panas badan, masuk malam demam. Esoknya mula teruk sikit. Hari rabu, Aqil pulak demam. Belum lagi baik, Khamis aku pulak jangkit, Jumaat kira paling teruklah. Masuk malam tu, Alia pulak sampailah Sabtu. Aku sampai semalam masih teruk gak, pagi ni ajer rasa ringan sikit badan ni. Nasib Abid tak demam sekali, tapi dia asyik meragam ajer, aku kasi susu macam dia tak puas. Agaknya rasa pahit kot sebab aku makan ubat tu yg dia geram ajer bila menyusu tu. Satu rumah ni memang sakit sepanjang minggu ni. Hubby aku cakap rumah ni muram ajer, semua sakit. Nasib Aqil cuti sekolah. Hari ni dah mula sekolah semula. Nampak dia ok sikit pagi ni. Harap2 takde apa2lah dia di sekolah tu.

Aku pun sepanjang minggu ni tak daya nak tgk komputer ker jln2 blogland ker....memang tak sihat. Anak2 atau hubby demam ok lagi. Tapi bila Ibu dah demam sekali..memang tak jadi kerja kan. Kena jugak masak sebab anak2 lapar pulak nanti, dalam pada tak daya tu terpaksa gak buat. Nasib hubby membantu. Oklah semua......aku tak dpt nak cerita panjang.......sehingga di lain waktu.

7 comments:

Ajzie said...

Moga cepat sembuh yea. Nanti boleh cerita panjang2.

Hugsss
Azi

Mama Sarah said...

harap selesai lah urusan buat paspot dan dafter kelahiran Abid.

get well soon!

13may said...

get well soon!

Kiah Kardashian said...

get well soon kak yus.

kak yus kena tag dengan saya. Kalau ada masa jawab ler...biler dah sembuh dan aktif blog nanti lar.

NBK466 said...

Tak melawat blogland sbb demam ker atau demam sbb tak melawat blogland..he.he.he.. Anyhow semoga sembuh & ceria semua seisi keluarga..

cikdinz said...

laaaaa...sumer demam yeik. sian nye.
semoga cepat sembuh dan buleh gi jenjalan lagi....

Unknown said...

ajzie, mama sarah, 13 May,
terima kasih

Zakiah,
errkk...kena tag lagi ker?? Huhu...poning nak jawab ni..InsyaAllah...but tak janji tau

nbk,
dua2lah agaknya nbk...hehe

cikdinz,
thans..errk..cikdinz ni masih merajuk tak nak tulih blog ker??jgn merajuk lelama tau.....buruk hehe