Friday, February 23, 2007

Happy Birthday Aqil

Selamat Ulangtahun ke 5 buat anak sulung kami Muhammad Aqil Zafran. Semoga panjang umur, murah rezeki, tambah matang, tolong ibu selalu, jaga adik2 mu Alia dan Abid. Aqil anak ibu yang paling baik kan...dengar cakap ibu tau. Ibu tahu Aqil tak banyak kerenah masa kecil, skrg pun tidak, cuma Aqil terlalu aktif kadang tu, ligat semacam, belum sempat ibu bersuara Aqil dah mula buat perangai. Segala tindak tanduk Aqil terlalu pantas, kalau ibu marah, Aqil selalu diam sambil buat muka terkebil2, tak sampai seminit Aqil dah buat semula. Aqil selalu dengki dengan Alia, tapi tidak dengan Abid, asyik nak di cium ajer Abid tu, sampai naik lemas dia, ibu yg tengok pun lemas. Aqil janganlah selalu cemburu dengan Alia, Alia lagi kesian tau, walaupun ibu tak berniat, dia selalu rasa ibu mcm tak pedulikan dia, tu yang dia asyik buat perangai, padahal ibu sibuk dengan Abid pulak. Jadi, Aqil sebagai abang, tolonglah ibu kan..main dengan Alia elok2, jangan dengki dia, asyik2 nak gaduh ajer, ajar Alia sama...Aqil boleh kan buat macam tu.

Ibu tahu Aqil sekarang suka explore macam2, pulak tu banyak sangat tanya, sampai ibu tak tahu nak jawab macam mana. Aqil memang anak yang bijak, Mrs Holland pun selalu cakap Aqil bijak kan. Tapi, Aqil tak boleh kalah dan mengalah. Kenapa macam tu? Setiap orang mana boleh sentiasa di depan, menang ajer..adakalanya kita akan kebawah juga, tak bermaksud kita sentiasa kalah kan. Bila kalah ajer, menangis, merajuk. Dengan Alia pun nak merajuk...janganlah macam tu yer sayang. Kalau Aqil tak boleh kalah, tak payah masuk bertanding, sibuk konon nak berlumba, lets race ibu......tapi mesti dia yg nak menang, nampak ajer orang lain dah nak menang, terus melalak sakan...apa tu?? Bukan race namanya tu, tu kena main paksa....Aqil dah tentu pemenangnya.

Aqil nak kek ASDA ehh??....HAHA..Aqil ni, bila ibu dan abah tanya Aqil nak apa untuk birthday, jawabnya kek ASDA. Bagus sungguh...tak de mintak bukan2 kan. Ibu dan abah tak sempat belikan lagi....hari ni yer sayang. Sekali lagi.....HAPPY BIRTHDAY TO AQIL....

14 comments:

Ajzie said...

Happy Birthday Aqil, Moga jadi anak yg cemerlang pada ibu dan ayah serta keluarga..yea..

Kelakar yus ckp 'kena main paksa' hihihhi lebih kurang paksa rela lah tuh yus namanya...hihihi..

Mama Sarah said...

eh syahdu pulak baca.

Esok dah besar, bila Aqil dah jadi Doctor, Engineer ke, Lecturer ke, Accountant ke, sedaplah kita nak mengungkit cerita lama-lama....

Happy 5th Birthday Aqil!

Kak Lady said...

Bab bila race nak menang tu macam perangai Farhan masa kecik2 dulu....

Kalau nanti Aqil dah pandai membaca nanti pasti dia akan tersenyum sendiri membaca luahan hati ibunya...

SELAMAT HARI LAHIR buat Aqil semoga membesar menjadi anak yang membanggakan ayah dan ibu...

yus said...

azi,
ha'ah, kena main paksa..bila kita tak nak main..dia menangis, dia kalah pun dia menangis, siap boleh suruh orang stop kalau dia dah kalah tu, bila dia dah mendahului sikit baru kita boleh smbg...ada ker patut??...huhu

yus said...

mama sarah,
syahdu ker??...

thanks antie

kak lady,
dah besar ni ada lagi tak si Farhan perangai mcm tu kak? Pening gak kan...dia ajer nak menang..

Harap2 begitulah kak....amin.

Kaklong said...

salam,

hepi besday Aqil. moga jadi anak soleh yg berjaya dunia akhirat.

err..bab tak leh kalah kalau bermain tu kan, samalah mcm akak kecik2 dulu hikhikhik. kalau kalah tu mmg mengalirlah air mata, tak tau apasal nth, mak2 dan pak2 sedara mmg maklum ttg ni. hihi

yus said...

kaklong,
hihihi..akak pun sama ker?? Tak boleh kalah....adeiii, tak syok tau bila dia ajer yg nak menang...org lain kena ikut ckp dia..

Tapi skrg tak kan kak...hehe

Zakiah said...

ahhahaha. bab amin paksa tu mmg lawak. Anak anak sedara saya ramai cam gitu. Konon ajak main chess dah tu kalau kalah dier pulak yang ngamuk siap tak mo cakap lagi. Sabar ajerla...ehhehe.

Happy birthday aqil. Aqil bleh share kek ASDA dengan kak yus la yer. Dekat dekat tu bday nyer.

Kaklong said...

salam,

ha ah, sekarang tak dah hihihi

yus said...

zakiah,
ramai juga bebudak yg suka main paksa dia ajer nak menang ni yer..huhu

ha'ah, birthday kami dekat2, kalau ikutkan EDD dulu, patutnya sama tarikh tu, alih2 dia kuar lambat dua hari..hehe.

kaklong,
kalau ada lg susah pulak kan...berebut dgn anak2 nak menang...hihi

cikdinz said...

Happy Besday Aqil...

yus said...

cikdinz,
terima kasih uncle...

Bunga Rampai said...

Eh eh, ketinggalan keretapi rupanya makcik sorang ni...

Happy 5th Birthday Aqil :)

Moga menjadi anak yang soleh, dipermudah-NYA perjalanan hidup.

Salam Yus :)

Lan Rambai said...

Aqil saya tua setahun dari aqil awak hehehe.. happy belated birthday utk aqil awak tu.