Wednesday, February 7, 2007

Sejuk oh sejuk...

Kalau tengok dalam BBC punya website hari ni suhu max 2 darjah celcius, min pulak -4. Nilah cuaca kat sini, tak menentu, minggu lepas panas..sampai gak lah 10 darjah celcius, minggu ni dah sejuk balik. Aku pulak dah booked tiket bas ke London hujung minggu ni. Kalau sejuk macam ni ada yg beku jer berjalan. Nampak gaya kalau sejuk jer tak kemanalah kami, duduk dlm hotel jer pas tu Isnin pagi pergi Malaysian High Commission buat pasport untuk Abid. Lagipun itulah tujuan sebenar ke London ni nanti.

Dalam sejuk2 ni, aku pulak sakit perut. Dah dua hari perut aku ni sakit. Tak tahulah kenapa, nak kata cirit-birit tak pun. Tapi dia sakit kat bahagian kanan , bila aku tekan memang sakit. Kat sini pulak yg aku boring tu, nak jumpa doktor kat klinik tu kena buat appoinment dulu. Aku tepon tadi, receptionist tu jawab hari Jumaat depan 16/2 baru ada kosong. Adeii terus aku malas. Lama sangat....jgn2 waktu tu aku dah ok dah.

Kat UK ni mmg mcm ni, kalau bukan emergency kes, nak jumpa doktor buat temu janji dulu. Kalau boleh dapat esoknya tu dah kira baguslah. Kalau tak mcm aku tadilah..Jumaat depan baru ada kosong. Kalau setakat sakit sikit2 ni, demam ker..pergi jerlah farmasi beli paracetamol atau calpol. Abid hari tu lepas kena injection, nurse tu bagilah surat kata aku boleh dapatkan paracetamol free di farmasi untuk Abid kalau dia demam. Bila aku pergi nak mintak ubat tu, farmasi pulak cakap, tak leh senang2 dapat ubat ni, kecuali budak tu betul2 demam. Dia baru lepas kena inject kan...so tunggu dulu..kalau betul demam nanti baru boleh amik. Adeii macam tu pulak kata dia.So, aku balik rumah terus tuam kaki dia....nasib tak demam. Kalau di Malaysia terus jer di bagi ubat tu kan. Belum demam pun dah kita kasi ubat demam tu. Kalau Aqil atau Alia demam, pergi jerlah ASDA beli calpol. Kat car boot pun ada jual, tak yah sibuk2 gi klinik. Sebabnya nak ke klinik kena buat temu janji dulu. Kalau teruk sangat kena terus bawak ke children hospital.

Aku dulu masa baru sampai sini, Aqil demam teruk gak ler. Sampai bernanah telinga dia. Oleh kerana tak dapat buat appoinment dengan GP, kami pegilah Children Hospital bhgn emergency. Memang masa tu telinga Aqil dah kena infection, so oklah.... Dua tiga hari lepas tu, Aqil macam tak kebah dari demam, tapi dah pulih sikit dari yg sebelumnya. Kami bawa lagi ke sana, sebab takut kan....doktor di sana still layan kami dengan baik, takde masalah apa, tapi kena sound dengan nurse yg mula2 tengok Aqil tu. Dia kata lain kali kalau setakat mcm ni ajer pergi GP (klinik sendirilah tu). Pulak tu kat sini, tak macam di Malaysia, suka2 kita nak pergi klinik mana pun. Kat sini kena pergi klinik yang kita dah register saja. Dan kita hanya boleh berdaftar dengan satu GP dalam satu2 masa. Kalau berpindah, berpindahlah GP kita..kira yg paling dekat dan ada kosong.

Aku pun tak berapa faham sistem di sini. Tapi yg bagusnya, tak payah tunggu lama2, sampai jer klinik, dua tiga minit, memang turn kitalah, sbb dah buat appointment dari awal kan. Layanan memang bagus, cuma tang nak jumpa tu ajer..semua kena ada appointment...huhu

Oklah..ntah apa2 aku merepek ni. Tgh rindu gak nak main snow mcm Ajzie di Germany. Tapi kat Sheffield ni biasa kalau turun pun ciput jer. Jadi aku letak gambar2 tahun lepas masa ada snow yg ciput tu...huhu.



23 comments:

NBK466 said...

Nampak sangat snow kat Sheffiled pun dah rindu kat den...sbb zaman den kat sano dulu meriah snownya...hu..hu..hu..

blackpurple @ jowopinter said...

Isk...tak suka la sejuk-sejuk ni. Mulalah berair hidung nanti....

Main snow kat Mines Wonderland jer.. he he

Unknown said...

nbk,
oo zaman tu snow tebal ehh?? Bestlah...cuaca skrg ni mmg banyak perubahannya kan..

BP,
saya pun tak suka..tapi sekali sekala nak juga...hihi

cikdinz said...

elok lah klinik mcm tu.
kalu kat m'sia nih dah ade klinik haram dah...

Unknown said...

cikdinz,
memang bagus, nak beli ubat pun kena pantau..tak boleh suka2 beli, kena ada prescription dari doktor..kecuali paracetamol atau calpol n ubat batuk biasa tu.

13may said...

ish! camna gamaknya kalau saya lepak UK...mandi pagi kat Mesia pun susah...sejuk!

Mama Sarah said...

Yalah Yus, boleh jadi gaduh time nak buat appointment.

Positivenya di Msia, klinik swasta banyak. Siap duit ajelah. Lagi banyak ubat, lagi banyak lah kena bayar.

Kat sini utk anak-anak dan ibu mengandung dan lepas bersalin = Free. Cuma sakit hati nak buat appointment.

Yus, kalau sakit yus tu tak hilang juga, (or anak2 sakit) pergi Walk in Centre dulu. Boleh dapatkan alamat klinik terdekat melalui website NHS. Buat apa nak bayar calpol tu kalau boleh dapat free kan?

aNIe said...

Kak lady nak ajak cik abang tu pegi Mineslah...sikecik ni asyik merengek aje sejak tengok blog2 yang ade snow ni...hehehe

Kenapalah sistem dia camtu plak ye...nak kene booking plak...heran akak ....mcm kata yus...nanti kalau booking...esok2 dah baik pulak

Ajzie said...

Adehhh Azi suka Uk kalau compare dgn German nih...Rasa Azi semua mcm senang nak cari..tp baca cerita yus kali ini Azi rasa klinik di German lagi bagus kot compare to UK. Kami disini ada medical insuran. So kami boleh pilih mana2 klinik yg kami suka, tak kira pakar atau biasa. So anak2 mmg kami guna satu klnik (Pakar kanak2) sahaja mereka akan update pada kami bila kami harus ke klinik dan akan call jika ada apa2 vaksin baru yg perlu anak2 kami ambil. Perubatan utk kanak2 bawah 17tahun juga percuma disini.

Azi dah husband pula guna klinik yg sama (Alles Medical) dan kami boleh pergi bila kami sakit tanpa perlu ada appointment. Ubat pula kami perlu ambil di appoteke (Parmacy) kena bayar juga, tp tak mahal just 2-5euro sahaja.

Yus jom datang sini..main snow..azi tunggu tau..Nanti kita main masak2..huhuhu

Unknown said...

13may,
kalau nko kat UK mesti hari2 tak mandi..haha, kami dulu mula2 sampai, mandi dua tiga hari sekali, tak tahan sejuk, tp skrg tiap2 hari gak mandi, kecuali cik abang saya..haha

Unknown said...

mama sarah,
itu yg bagusnya kan, utk budak2 dan ibu bersalin free, tp yus kadang malas nak pergi dptkan yg free tu...tu yg beli tu.

Nisak..thanks beritahu suruh ke Walk in Centre tu dulu, mmg yus tak tahan sakit especially mlm tadi. Bila yus ke sana, rupanya ada infection kata dia pada bladder sbb tu yus sakit bahagian bawah belah kanan tu. Dia bg antibiotik dan suruh mkn utk 3 hari, kalau lps tu sakit lg kena jumpa doktor ler.

Unknown said...

kak lady,
hehe..ni mesti si Fareez ni..bawaklah kak dia ke sana, kesian dia..hehe.

Ha'ah kak mmg kat sini mcm tu sistem dia, kena buat appointment dulu, tak boleh main dtg sergah ajer, tak dpt buat appointment dgn doktor sendiri pergilah ke walk in centre mcm mama sarah ckp tu...Tapi kalau sampai masa appointment tu kita dah baik, kenalah cancelled sebelum waktunya , jd slot utk kita tu boleh org lain guna.

Ajzie,
kat sini utk kanak2 pun free tp kena ada prescription lah nak dptkan di farmasi tu, tak pun pegi ke farmasi yg berdaftar bawah GP(klinik) kita. Untuk ibu2 yg pregnant dan setahun selepas bersalin pun free, tp kena dptkan maternity exemption card dari GP tu, kalau lupa mintak..tak de proof masa nak ambik ubat tu kena bayar jugak...setahu yuslah.

ontahsapo said...

tgh simpan duit nak pi sana...

Unknown said...

OS,
InsyaAllah satu hari nanti sampailah tu kan....tp sebenarnya takdelah best sgt pun di sini, sejuk ajer..takut nak keluar rumah tau.

Kaklong Syikin said...

salam,

hmm..payah pulak ya sistem klinik kat sana. nampak mudah kat msia ni lagi.

yus, kalau ada halia segar tu, cubalah potong nipis2 dan rebus sampai menggelegak. bila suam, minum tu campur gula sikit.mana tau kot2 ada angin tersumbat kat dalam tu..insyaAllah, at least bolehlah k*nt*t tu tolog keluarkan angin

Unknown said...

kaklong syikin,
yus dah ke WIC di hospital berdekatan smlm. Yus sebenarnya terkena infection pada bladder..tu yg sakit tu, bukan sbb angin. Dah dpt antibiotik, tgklah dlm 3 hari, kalau masih sakit, kena jumpa doktor semula.

Hari ni nampak mcm kurang sikit sakitnya, tp mlm smlm memang yus rasa tak boleh tidur.

Mulan said...

betul tu..masa nak bawak zharif dulu pun, camtu la jgk masa pi clinic. sbb tak serius, disuruhnya kami buat temporary resident card, pastu pi hospital which is FOC. nasib tak jauh. nak buat card lama la pulak, kami patah balik pi clinic. depa check la jugak tapi kata kena bayar. tak kisah la. dapat bill, laaaa.. takde la mahal pooonnnn. macam clinic msia je..

yus, perut tu dah baik ke? kesian pulak dengar...

cikdinz said...

tulah pasal. kalu kat m'sia, dah ade klinik yg jual pil kuda, ecstecy, ubat batuk dan bermacam-mcm lagi.

p/s:hari tu baca pasal klinik haram kat m'sia. takut betul lah.

uDA said...

yus dah sihat ke?

sana tak banyak snow eh? tengok status ym laily dia meredah snow. macam tebal je bunyinya snow kat sana. hehe. semoga sudah sembuh yus!

Ajzie said...

Alhamdulilah kalau dah ok sikit.. Tp jgn lupa byk minum air masak tau..
Rasa yg ini kot
http://familydoctor.org/190.xml

Ok yus take care n salam.

cikdinz said...

cik kak!!!! dah main snow ka belom.

Unknown said...

mulan,
itulah kan..
alhamdulillah dah baik..terima kasih tanya.

cikdinz,
eiii..takut kan klinik haram ni. Ntah bertauliah ker tidak doktor tu sebenarnya, nilah klinik nak cari duit ajer. Sebenarnya bagus juga di UK ni, dia kawal mcm tu, jd dia tahu saper patient dia dan doktor mana yg bagi ubat tu pada patient semua kan...

Unknown said...

uda,
alhamdulilah dah ok dah...

sini kalau turun tak tebal mana pun,tp bagi yg baru pertama kali merasa snow turun tu, nak meredah snow waktu dia turun tu mmg sejuk giler ler....tak tahan, boleh rasa kebas semua tangan kaki tu...lagi2 si laily yg kena jln ke tram nak ke uni kan, sure dia kesejukkan.

ajzie,
thanks....hugs untuk ajzie....

cikdinz,
tak main lagi ..tak sempat...huhu kesian kita, sbb cik abang sibuk, kita malas duduk luar tu dgn budak bertiga nak main snow, baru keluar ambil Aqil smlm hidung alia dah berair ajer.