Friday, February 9, 2007

Akhirnya kau turun jua, dan macam2 cerita...

Akhirnya hari ini, salji turun gak di kawasan rumah aku. Patutlah dua tiga hari ni rasa sejuk beku. Tapi mcm biasalah tak tebal mana pun. Rasa pukul 7 pagi dia mula turun, pukul 2 petang tadi, dah hilang dah..nampak becak ajer. Tapi sempat juga aku ambil video Aqil ke sekolah pagi tadi dan masa waktu tu salji tgh turun lebat sikit. Rasa sekejap ajer dlm 5 minit ajer kot...huhu.



Patutlah agaknya aku beriya nak ambil video dia ke sekolah pagi ni. Rupanya ada insiden nak jadi petangnya. Betul2 buat aku seriau...lepas tu menangis. Biasa memang hubby aku yg ambik dia balik dari sekolah. Tapi hari ini dia ada meeting dgn supervisor pukul 2 petang. Jadi mmg dah rasa tak sempat nak ambik Aqil. Aku pulak sejak dah ada Abid ni memang susah nak mengusung budak berdua tu dlm sejuk2 tu ambil Aqil dari sekolah. Kalau hantar Aqil ke sekolah waktu pagi tu, aku dah pernah buat ler sejak ada Abid ni. Abid aku letak rumah akak sebelah, Alia tidur lagi, jadi aku tinggal jer dia di rumah. Aku jln kaki dengan Aqil ke sekolah. Kalau Alia dah bgn aku bawak jugak ler.

Hubby aku ckp dah mintak tolong kawan kami ni ambilkan. Kawan kami ni pulak ckp nanti hari ni confirm balik dgn dia, teponlah dia dlm pukul 1.30 ker...betul ker nak minta tolong ambilkan Aqil. Aku pun tak kisah ajer, sbb memang dah selalu juga minta tolong dari dia. Semalam pun masa aku ke WIC jumpa doktor, tak sempat nak ambil, dia yg tolong ambilkan. Dah selalu mcm tu, bila ada hal kami minta dia ambil Aqil dari sekolah, lepas tu Aqil tinggal di rumah dia sebentar...bila hubby dah balik, nanti hubby ambil Aqil di rumahnya.Jadi, aku ni ingat, Aqil dah di rumahnyalah waktu tu. Mungkin silap kamilah, tak telefon balik hari ini confirm dengan dia untuk ambil Aqil dari sekolah. Sudahnya pihak sekolah tepon aku dlm pukul 3.30 kata Aqil masih di sana. Yang lain semua dah balik.

Alahai..kesiannya anakkku. Tak keruan aku jadinya, rasa bersalah sgt...apa punya ibulah aku ni. Sedih tiba2. Aku tepon hubby tanya dia, kenapa kawan tu tak ambil Aqil. Rupanya hubby aku tak tepon semula confirm dengan dia. Aku jadi kelam kabut, kenapalah hubby aku tak pesan pada aku supaya aku tepon kalau dia tak sempat tepon. Dengan Abid yg melalak..dengan Alia yg buat perangai, aku cepat2 salin pakaian, baru ajer siap, hubby tepon semula kata dia dah minta kawan yg lain jemput. Alhamdulillah..kawan ni nak jemput. Sebab kawan yg pertama ni tadi belom balik dari sekolah anaknya yg satu lagi. Tak tahu mana silapnya, kira silap komunikasilah ni. Aku rasa menyesal pulak tak ambil inisiatif sendiri utk tepon kawan ni confirmkan semula dgn dia. ...Memang salah kami rasanya. Esok pun hubby tak dpt pulang awal ambil Aqil.Hubby tanya aku mcm mana?? Aku rasa biarlah aku pergi ambil, sejuk2 pun sejuklah, bawak ajerlah Abid dan Alia tu. Aku dah tak nak harapkan orang lagi, sudahnya anak aku yg jadi mangsa. Kesian Aqil...Maafkan ibu yer sayang.

Aku pun tak salahkan kawan kami tu. Memang salah kami tak confirm balik dengan dia. Hubby yg kata, akan tepon balik hari ni untuk confirmkan semula. So, bila kami tak tepon, dia ingat tak jadilah. Aku pun mcm selamba ajer di rumah.....adeii...memang salah aku jugak.

Perut aku dah tak sakit sgt. Aku dah jumpa doktor smlm di WIC. Terkena infection sikit. Dia bagi antibiotik, alhamdulillah nampak kurang sakitnya hari ini. Hubby pulak balik jumpa supervisor, muka tension ajer..sbb banyak yg kena perbetulkan semula. Kesian hubby aku. Nampaknya lambat lagilah nak siap ni, dan lambat jugalah kami balik Malaysia. Tapi duit elaun dah tak masuk....kena jimat semampu boleh, dan kalau tak siap gak sampai bulan 5 ni, mungkin aku dan anak2 kena balik gak dulu. Tak mampu kami hidup di sini dengan hanya gaji part time hubby sbg cleaner.

Doakan hubby aku dpt siapkan tesisnya dlm masa terdekat ini. Aku harap dia boleh lakukannya. Bang...minta maaf tak dpt tolong banyak. Ibu tahu abang penat, nak siapkan tesis bukannya mudah, dgn kerja part time lagi, lepas tu terpaksa juga layan kerenah ibu dan anak2.Orang di kampung pun asyik tanya ajer bila nak balik. Soalan cepu emas yg tak tahu mcm mana nak menjawabnya kan. Kesian abang.Ibu doakan semoga segala kerja abang di permudahkan. InsyaAllah. Moga kita dapat pulang bersama2 nanti, takdelah seorang di sini dan seorang di sana..lagi tak keruan jadinya nanti kan bang. Abang boleh.


21 comments:

Zakiah said...

sana sini dah snow...

Aqil tak nangis ker duduk sorang sorang. Takperla kak. Kalau tak jadik macam ni mana kita nak belajar kan. Kak Yus pun bz dengan anak anak. Hubby busy dengan tesis dan kerja.

anita kema said...

yus,
kalau ada apa yg aku boleh tolong, bagitau ye yus..
sian yus kena bawak budak kecik berdua tu nak amek aqil.

sufiah said...

org kt kpg takleh tanye bile nk balik eh?Oklah..tak tanye lg..

happyirfa said...

loh siannya ..sib baik sekolah tepon dan tak biarkan anak2 keluar sendiri dr sekolah.

teringin gi london lagi .
kalu boleh masa ada salji.

cikdinz said...

hmmm...miscounication rupe nye.
jgn buat lagi...sian kat anak tu.

insyallah, hubby yus dpt habihkan projek dan balik ke m'sia. confident lah sket kat hubby tu, ok.

oldtown~Smell the Roses said...

sian aqil!!! dan sian gak kat akak. Nani doakan hubby akak cepat2 abih tesis! sume blh blk sama2.

NBK466 said...

Kawan2 hubby tuh org2 kita jugak kan? Org Melayu nie duk negara org mmg pandai duk bersatu padu & harmoni...tuh yg bestnya.. Dah kat sini...lain jadinya pulak..he.he..he..

p/s : Tgh camkan jln dlm video diatas. Is that the main rord from the town to Darnall which the bus 52 lalu?

Ajzie said...

Bersabar yea Yus, tak lama lagi siap lah thesis Din tuh k. Insyallah dapat balik bersama2 nanti.

Kesian Aqil, untung Yus ramai kawan2 disana yg sedia membantu. Moga tiada miscomunication lagi yea..

Hugs

Raiedzall said...

Saya perasan kat uk nih, kalau org nak minta tolong kat sesama melayu, sikit punya liat (esp org melayu yg bakal pulang dengan gelaran Dr.)...

Kalau belajar tinggi2 tapi nak tolong org punya liat, pada pendapat saya baik jadi petani atau nelayan sahaja...

Jangan marah, bukan semua... :)

MULAN said...

sabar yus, ada hari kita terrr-salah pandang & dengar. bukan yus sorang je, ramai lagi camtu (terrr-miss amik anak & miscomunication). kami kat sini camtu jugak kenkadang..

Mama Sarah said...

hugsss...

bAiTi said...

Alahai, kesiannya Aqil :(.

Sabar ek K.Yus.. Hmm, macam K.yus cakap dlm blog saya, kita tolong la mana yg mampu.. ;)

Insya Allah, tak lama lagi habis la thesis hubby K.Yus tu.. ;)

13may said...

alahai...kesiannya....
Mesti kelam kelibut kan????
Nasib baik tadak apa2....

sarahjiha said...

Kesian yus.. aka pernah juga terlambat ambik Sarah dulu...bukan sebab lupa.. tapi kereta rosak.. tak de sapa nak tolong ambikkan.. pukul 4 kita orang ambik..semua dah semenyeh dengan air mata dan higus..

yus said...

zakiah,
tak nangis pun dia...sibuk dia kata dia main dgn cikgu dia, ibu dia yg menangis adalah..huhu

anita,
thanks bebanyak....yus pun takut anita sibuk, smlm masa ambil Aqil tinggal Abid di rumah kak niza.Anyway terima kasih yer..*hugs*

ana,
bukan tak boleh tanya, cuma bila selalu tanya, kami pun rasa serba salah, sbb kami pun sebenarnya nak balik...huhu

yus said...

irfa,
kat sini kalau infant junior school, bebudak ni mmg cikgu tak kasi keluar dari kelas selagi takde yg dtg ambil, so cikgu akan tunggu sampai parents sampai.

cikdinz,
ha'ah...miscommunication..tak buat lg dah, ni kena ingat sampai bila2, jadikan pengajaran. Smlm masa ambil Aqil siap kena perli dgn cikgu dia...Lucky you don't forget your son again today, kata dia..sabor ajerlah..huhu.

terima kasih...betul tu kena konfiden dgn dia ekk, baru dia lebih yakin.

nani,
thanks....

yus said...

nbk,
saper lg yg nak tolong kalau bukan kawan2 kan....

erkk..bukan, yg tu jln balfour road, main road yg bus 52 lalu tu kena belok kanan dari rumah saya tu, terus ajer, haa..jumpalah..hehe

ajzie
terima kasih..ha'ah nasib ada yg boleh tolong, kalau tak lg kelam kelibut yus...

raiedzall
Kami ker???

yus said...

mulan
hmm..yelah kan, bukan setiap hari kita sama ajer

mama sarah
terima kasih...*hugs* kembali

baiti
thanks...kadang akak ni pandai nasihat orang tp bila terkena diri sediri, sama juga..betul lah kata org berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul kan. Tapi, kita sesama kita patut saling ingat mengingatkan...betul tak, itulah namanya erti persahabatan...terima kasih baiti

yus said...

13may
ha'ah kelam kelibut gak ler masa tu..alhamdulillah ok

sarahjiha
alahai kesian bebudak tu, mesti ingat akak kak mana lah tak sampai2...

Sikenit Comel-AminBakish said...

semoga dimudahkan ye.. urusan keluarga dan segalanya.. :D

yus said...

aminbakish,
InsyaAllah...thanks ye..