Monday, February 5, 2007

Dan bila kasih bertaut........

Aku di sini

Engkau di sana

Segala kerja dilakukan bersama...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Shopping pun bersama, di samping si kecil yg comel

Dan bila keletihan...tidur tak ingat dunia...muahaha


Kasih kita tak akan dapat dipisahkan....bak kata pepatah air dicincang tak akan putus. Moga besar nanti tetap saling bantu membantu

Salam sayang buat anak2 ibu....

17 comments:

Ajzie said...

Wahhh shopping yea? Comelnya Abid..rasa nak geget boleh tak?

aNIe said...

Yus...anak2 ni...bila kecil bermain bersama...gaduh pun bersama...itulah kenangan yang mereka ada untuk diceritakan bersama bila mereka dewasa....

Comelnya dua beradik ni...hahaha...tak tahan tengok part tertidur tu....

Mama Sarah said...

haha yus dah 'buat' dah! Yus buat sendiri blogskin ni ke? Kat mana nak dapat skin macam ni eh? cantik lah!

gambar pertama-ketiga tu di mana? ramai anak-anak yang suka atur toy car memanjang macam tu. Saya selalu rasa amazed dgn ketelitian anak-anak sebenarnya.

Unknown said...

ajzie,
kami mmg tiap Sabtu akan shopping barang2 dapur..hehe

kak lady,
part tertidur tu saya pun tak tahan, nak turun kereta, tgk diorang mcm tu...ibu dia yg nakal ni pun 'snap' ler...haha

mama sarah,
dah 'buat' ..hihi...bila boring datang, nilah kerja yus...yus tukar2 ajer kaler dia dari yg asal...skin tu dapat dari http://www.vladstudio.com/home/

gambar pertama-ketiga tu di Meadowhall..saja jln bawak diorang kat play area di situ..bebudak ni memang suka main macam tu kan...

Mulan said...

salam yus...

tu video shot kat sheffield ke? rasanya mcm pernah sampai situ dulu. beli stroller mothercare kat manchester, tapi tukar kat sheffield sbb ada defect kat seat stroller tu.. comelnya anak2.. bijak gitu..

Unknown said...

mulan,
salam...

ha'ah..video tu ambil di Meadowhall, Sheffield. Dari mana nak ke mana masa tu? boleh pulak menukar stroller tu di Sheffield?

Kaklong Syikin said...

salam,

itulah keistimewaan hub. adik beradikkan..time gembira, main bersama.tp time gaduh..adehlah..

penatnya Alia..tak sedar tidur sampai tunduk camtu.

dah besar dah Abid..alahai :D

Mulan said...

he he.. cite lama. tapi masih segar bugar di ingatan. hubby ada keje di runcorn, kami duduk di knutsford, cheshire. weekend je kami travel selagi boleh. tapi takde la tukar stroller tu pd hari yg sama. rasanya 2 weeks lepas beli kot..

Unknown said...

kak long, memang tak sedar dia tertidur sampai mcm tu..nak turun kete baru yus perasan..pas tu gatal tgn amik gambar dia..hehe

mulan,
ooo, jauh tu beli stroller..hehe

zino said...

besar sikit nanti start le gusti tinju karate tu hehe

Mulan said...

suratan dan kebetulan, memang dah target sbb dah tau nak pi sana masa tu.. time summer pulak.. barang anak2 la sakan beli.. he he..

Anonymous said...

kasih saudara :D

Unknown said...

bro zino,
tak payah tunggu besar..la ni pun dah mula bergusti, karate semua...sabor jerlah kan...hehe

mulan,
kalau dpt shopping barang2 utk bebudak ni mmg best kan...barang kat UK lagi murah ker berbanding di sana??

aminbakish,
ye..kasih saudara harapnya berkekalan sehingga ke akhir hayat..

cikdinz said...

sama mcm my kids.
buat ape-ape semua sesama...
beli benda pun nak kena sesama ade.

Unknown said...

cikdinz,
semua benda nak kena sama..bila lain sikit mulalah seorang merajuk..kan..kan...anak2 mmg selalu buat kita ketawa.

cikdinz said...

skang nih my kids tgh berebut nak baby yg mana, boy or girl...
aduh, pening lah.....

Unknown said...

cikdinz,
diorang pulak yg berebut ekk?? Mak dgn ayah dia tak kisah pun..hihi

Cikdinz bakal dpt sorang lagi ker??...kalau betul..tahniah.