Saksikanlah aksi Alia bersama gitarnya, siap tertonggeng-tonggeng.....hihi. Sebenarnya biasa lagi ligat dia menari2 tapi bila aku nak rakamkan aksi dia aje, mcm malu2 kucing pulak, kalau tidak, bukan main ligat lagi....hehe
Sunday, January 28, 2007
Thursday, January 25, 2007
Minggu Blues
Minggu ni dah mula rasa sejuk beku. Bangun aje pagi, memang rasa malas nak keluar dari duvet tu. Dalam duvet tebal tu pun aku rasa sejuk semacam. Rasa nak pasang heater 24 jam, tapi nanti karang nak membayornya pulak terkial2. Udah ler rate laa ni makin naik. Nasib ler, kami buat direct debit tolak bulan2. Kira macam ansuranlah ni, sebab bil biasa datang 3 bulan sekali. Harapnya takdelah melambung bil gas dan letrik rumah aku nanti.
Ada juga yang tertanya2 mana aku hilang....errkkk ada ker??Kalau orang lain biasa letak Monday blues, aku pulak minggu blues. Memang seminggu ni malas bebenor nak tgk pc, nak pergi blogland jalan2 langsung tak bersemangat. Nak balas komen2 dalam n3 lepas pun tak daya rasa...kihkihkih, mcm berat noo lah nak menaip yer...hehe. Aku tak tahu kenapa, tp memang mood aku takde nak jln2 di blogland, minta maaf pada kawan2 bloggers semua. Rasanya, memang semua orang ada masa2 dia akan mengalami situasi sebegini, mood hilang nak berblogging, lepas tu bila datang balik, mulalah jadi blogger tegar semula...hehe
Minggu ni kerja aku bila time free ngadap tv. Kalau biasa aku melawat blogland, minggu ni dari hari isnin sampai semalam aku ngadap tv. Hari ni aku rasa kena update gak, nanti takut takde org nak masuk blog aku lagi pulak kan...asyik tgk gambar jln2 di Sheffield ni aje....muahahah. Korang nak tahu aku tgk cerita apa?? Cerita hindustan...wakaka, apalak puan yus kita ni...hehe cerita hindustan pun dia layan. Jangan tak tahu, aku ni dari kecik mmg suka tgk cerita hindustan. Aku tahu tak semua orang ada minat mcm aku ni, cerita hindustan ni banyak khayalan dan mengarutnya. Tapi aku memang suka layankan...hehe. Tahap paling kritikal aku minat tgk hindustan ni, masa aku kat UiTM Shah Alam dulu, tahun 1997-1999 masa tu SRK baru nak meningkat naik. Bebudak satu rumah aku dulu mesti ingat punya...Yan...nko jangan ketawa yer...haha. Aku tahu nko baca blog aku ni..kihkih. Sampai pakwe aku yg sorang tu pun aku ajak layan sekali. (saper lagi kalau tak mdh skrg) Dia yg tak minat tgk pun boleh tersangkut sekali minat, lepas tu bebudak satu rumah sewa dia kat Bangi masa di UKM dulu tu pun dia ajak sekali join. Dengarnya sampai ikut menari2 satu rumah,( ye kan bang) sabar ajerlah....
Ni dah duduk UK ingat takdelah pengruh Hindustan ni, dah lama jugak aku tak tgk, mula2 dulu ada gak aku beli cd di ebay. Lepas tu malas dah nak layan. Alih2 hari Isnin lepas, husband aku cakap ada channel baru dlm telewest ni, dari pagi sampai petang hindustan. Aku terkejut jugak, betul ker??Apa lagi, tersangkut lah aku....wakaka. Dalam aku tgk2 tv tu, sambil2 tu aku buat packing gak. Masuk barang2 dlm almari tu ke dalam kotak. InsyaAllah dah nak balik Malaysia tahun ni. Kemas ler sikit2, tak confirm lagi bila, mungkin bulan Jun nanti. Sambil2 tu juga aku dok layankan Alia main.
Ye anak dara aku nan sorang ini, macam2 kerenahnya. Suka main bedak dan minyak rambut. Pantang nampak bedak tu, asyik nak di sapu ker muka. Bila aku solat, dia pun sibuk gak nak sembahyang, sibuklah dia nak pakai tudung semua, aku belum pun habis satu rakaat, dia dah berhenti dan mula main bedak semula. Hari Isnin tu pulak geram sungguh aku, yang ni Aqil ler, mana ntah dia dapat gunting abah dia dlm bilik ni, di guntingnya rambut Alia yg cantik tu. Dah botak sebelah..., geram sungguh. Banyak pulak tu dia gunting, nampak ler sikit kulit kepala dia. Bila aku sikat semula, try cover tempat yg dia gunting tu, nasib boleh, kalau tidak....
Satu lagi yg buat aku geram, hobi baru Alia, dalam sejuk2 ni, dia suka bukak pakaian dia. Habis semua togel, dengan nappies2 pun dia bukak. Tak sejuk ker apa?? Ibu n abah dia pakai baju dlm rumah pun dua tiga lapis, dia asyik nak bukak baju aje...sabar ajerlah.Anak UK agaknya, lahir kat sini, tu yg tak sejuk agaknya. Hubby aku ckp kalau asyik sejuk mcm ni, tak lama lagi snow nak turun, ntah lah....dah lama tunggu ni, bilalah nak turun snow ni. Kengkonon nak main snow kali akhir kan... Aiseyy..dlm aku dok menaip ni anak dara aku ni, dah togel lagi, SABAR AJERLAH.........
Oklah kena stop, tgk lah gambar2 aksi Alia ni, yg pakai tudung pun ada, yg penuh bedak di muka pun ada...hehe.

Saturday, January 20, 2007
Jalan-Jalan Sheffield - part 2
Dua tiga hari ni aku tak berapa sihat sangat, selsema sikit di campur dengan aku ada perkara baru yg aku sibuk nak belajar dan buat, jadi takde mood sangat nak update cerita bergambar ni cepat2. Macam dan nak basi pulak cerita ni ekk, tapi sebab aku dah janji nak sambung, maka aku teruskanler. Lagipun, gambar2 ni tak basi kan....
Hari itu, kami jalan2 makan angin aje. Dalam sejuk2 tu, nak makan angin lagi ekk...anak2 pun dah lama tak berjalan2, tu yg seronok tu. Satu sebab lagi, tahun ni InsyaAllah tahun terakhir kami di sini, dah nak habis ni pun tak banyak gambar di Sheffield yang kami ambil, tu yang kengkonon jalan2 makan angin sambil ambil gambar. Bolehlah anda semua tumpang sekali menjamu mata kan....
Yea!!! Kami Di Sheffield City Centre (erkk apasal muka monyok jer...hihi)
Dalam kawasan Sheffield Fountain Park (menurut mdh) tapi bila aku check balik ini rupanya Sheffield Town Hall Garden
Dalam kawasan Sheffield Fountain Park (menurut mdh) tapi bila aku check balik ini rupanya Sheffield Town Hall Garden
Tiga beranak tgh jakun tgk benda alah ni...di perbuat daripada sudu2, garpu dan pisau besi tu. Ni dalam kawasan Millenium Galleries Sheffield, berdepan dengan Metalwork Gallery kalau tak silaplah..
Town Hall Sheffield
Oklah..rasanya cukuplah di sini. Nak letak semua gambar yg aku ambil hari tu, ada yang tak muat nanti....hehe. Penat jugalah aku berjalan hari tu.Nasib Abid tak meragam, senyap aje dia , dari mula naik bas tidur ajer. Dah nak balik tu baru merengek2 sikit. Balik dalam bas rasa letih, tapi Aqil dengan Alia dok bising sambil bermain2 dengan pedang star wars yang aku beli. Masa nak tunggu bas pun punyalah kecoh, sebab pedang tu berbunyi2 macam dlm cerita star wars tu....adeii saper suruh beli tadi kan....tapi aku yg berkenan mulanya dengar bunyi benda alah tu, rege pun £1 jer. Kena tahanlah sendiri.....
Wednesday, January 17, 2007
Jalan-Jalan Sheffield - part 1
Hari Ahad lepas, kami sekeluarga berjalan2 menikmati keindahan bandar Sheffield setelah lama aku dok terperuk dalam rumah. Punyalah excited nak berjalan, especially aku dan Alia. Kami ke bandar naik bas...jangan tak caya...sedondon 5 orang tu naik bas, bersama Abid yang kecik..hehe...
Bas....pandangan dari sisi
Bangunan pertama yg aku ambil gambarnya...gereja apa ntah...kalau ke depan lagi sikit, jumpa tempat kerja aku lama...(kerja paling popular di sini floor engineer..hihi)
to be continued......
Bas....pandangan dari sisi
Bangunan pertama yg aku ambil gambarnya...gereja apa ntah...kalau ke depan lagi sikit, jumpa tempat kerja aku lama...(kerja paling popular di sini floor engineer..hihi)
Bentuk bangunan kedai di sini...
Errkkk, nanti aku smbg lagi ehh....cerita bergambar ni, anak2 tgh buat perangai...huhu
to be continued......
Monday, January 15, 2007
Tuesday, January 9, 2007
Abid Terkini (50 hari)
Ini video aksi Abid terkini. Hari ni dia berusia 50 hari, dah pandai tersenyum dan cuba berbalas cakap bila kita panggil nama dia. Tak lama lagi bila dia dah pandai ketawa mesti lagi seronok.
Video ni ada sedikit gangguan selepas 3 saat, tak tahu kenapa, video asal ok jer, tapi bila saya upload dalam google jadi mcm ni pulak. Tak kisahlah tu asal boleh nampak gak kan. Enjoy yer.....
Video ni ada sedikit gangguan selepas 3 saat, tak tahu kenapa, video asal ok jer, tapi bila saya upload dalam google jadi mcm ni pulak. Tak kisahlah tu asal boleh nampak gak kan. Enjoy yer.....
Inilah dia Muhammad Abid Zulfan
Monday, January 8, 2007
"Sipapepier"
Dalam bilik tidur sedang berehat2 bersama-sama Aqil, Alia dan Abid. Hubby dalam bilik komputer......
Aqil:Ibu...Aqil do magic.Looks.....it's sipapepier ibu. (sambil menyorokkan puting adiknya Abid di bawah kain lampin )
Aku: What??(Kompius)
Aqil:Ibu sipapepier!!!
Aku: Yelah (tak perhatikan dia sangat sambil menyusukan Abid)
Aqil: Look ibu...Aqil sipapepier (sambil menutup seluruh muka dia dengan kain tu pulak)
Aku:Aqil cakap apa ni?(makin kompius)
Aqil:Aqil sipapepier ibu! (muka dia masih bertutup dgn kain lampin adik dia tu)
Aku: (Termenung kejap) Ooooo...disappeared ker?
Kuang..kuang..kuang....aku gelak sakan lepas tu, abah dia dalam bilik komputer pun join sama gelak. Selang beberapa minit....
Aqil: Abah...you sipapepier, Aqil count
Abah: Ok
Aku:Aqil nak main hide and seek eh??
Aqil: Yess...abah come on you hiding abah...
Abah pun menyoroklah. Lepas kira sampai 10, Aqil mula mencari abahnya.
Aqil: I found you!!! (Sambil menunjuk ke tingkat bawah dari atas)
Aku: Where's abah Aqil?
Boleh ker abah dia sembunyi dalam baju2 yang tergantung ni........wakaka
Abah dia yang menyorok kat dalam bilik air pun gelak sakan, terus keluar dari situ.Bila nampak abah dia keluar, Si Aqil boleh pulak kata lagi......
Yeah!!! I found you!!
Dan semalam, kami ke rumah kawan dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan tu, sempat ambil gambar aksi2 Aqil dan Alia.
Hai!! Mereka berdua ni, memang macam2 kerenah. Buat kami tergelak jer kadang tu....hihi

Aqil: Over there, under the coat!!( Dia menunjuk lagi ke tingkat bawah di tempat kami sangkut jaket dan kot)
Aku pun cepat2 tengok betul ker abah dia di situ. Lepas jer aku tengok terus gelak sakan. Cubalah korang semua tengok sama....
Aku pun cepat2 tengok betul ker abah dia di situ. Lepas jer aku tengok terus gelak sakan. Cubalah korang semua tengok sama....
(gambar pandangan dari atas tempat Aqil berdiri sambil tunjuk kata abah dia di situ)
Boleh ker abah dia sembunyi dalam baju2 yang tergantung ni........wakaka
Abah dia yang menyorok kat dalam bilik air pun gelak sakan, terus keluar dari situ.Bila nampak abah dia keluar, Si Aqil boleh pulak kata lagi......
Yeah!!! I found you!!
Dan semalam, kami ke rumah kawan dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan tu, sempat ambil gambar aksi2 Aqil dan Alia.
Hai!! Mereka berdua ni, memang macam2 kerenah. Buat kami tergelak jer kadang tu....hihi
Friday, January 5, 2007
Cerita Kopi
Semalam adalah seorang kakak dan keluarganya datang ke rumah. Mereka baru sampai di UK ni lebih kurang 2 bulan lebih. Akak ni sibuklah bertanya pada kami, kalau pos barang dari Malaysia berapa lama boleh sampai. Dia minta maknya poskan kopi Hang Tuah kegemarannya. Dah kemaruk minum kopi katanya. Tapi belum sampai lagi. Baru minggu lepas pos katanya, kalau guna pos laju biasanya dalam seminggu lebih sampai ler. Kalau guna laut memang lambat...
Dia rasa macam tak lengkap hari tu tak dapat kopi. Adei!! Kesian kak L ni. Aku pulak jenis tak kisah. Semua boleh ngap. Kat sini memang ler tak dapat kopi macam kat Malaysia. Kopi dia semua style nescafe tu. Dah keluar cerita pasal kopi, hubby pun dok ceritalah pasal kopi 434 kegemaran keluarganya. MIL aku dulu2 memang kemaruk kopi gak. Hubby kata sampai kadang tu, mil akan ambik kopi tu di hujung sudu, pas tu masuk mulut. Rupanya kak L pun sama, masa dia mengandungkan anaknya dulu, dia pun ada tabiat yang sama. Cuma kopi dia lain ler, bukan kopi 434 sebab kak L ni orang Pahang.
Ayah aku tak minum kopi, mak aku aje sebab atuk sebelah mak memang ada pokok kopi di belakang rumahnya satu ketika dulu. Mak kata, dulu2 kalau nak minum kopi, atuk dok proses sendiri jer. Lagi 'kaw' katanya. Aku pun memang suka minum kopi yang arwah atuk buat dulu. Ayah aku pulak, kalau dia minum kopi, alamat malamnya tu memang ler dia batuk2 pas tu hilang suara. Dia suka minum nescafe. Jadi di rumah keluarga aku, memang ler susah nak dapat kopi, kecuali kalau mak aku teringin.
Keluarga hubby aku pulak memang penggemar kopi 434 ni. Orang Muar kan. Bila kahwin, aku pun berjinak-jinak semula minum kopi.Sejak di UK ni adalah dua tiga kali hubby minta abang ipar aku poskan dari Malaysia. Aku tak pernah nampak kopi ni ada di jual di sini, kalau ada kan ker bagus. Kopi ni bila kita minum, memang lepas tu asyik nak lagi jer.Dalam aku dok menaip ni, aku try search dalam google mengenai kopi ni. Rupanya ada jual online..terkejut gak aku, cuma harganya dalam US Dollar.Boleh klik di sini.
Popular sungguh rupanya kopi ni. Bang, lepas ni leh ler beli online kalau kemaruk sangat yer...hihi.
Thursday, January 4, 2007
Apa nak cerita??
Tak tahu apa yang ada dalam kepala aku ni. Macam serabut aje. Terasa nak update blog, macam2 rasa nak cerita, tapi bila aku mula menaip satu perenggan aje, aku rasa nak cerita pasal lain pulak. Lepas tu aku delete, aku taip cerita yang lain, baru dua tiga ayat,aku terfikir perkara yang lain pulak. Last2 aku dah tak ada idea nak tulis apa. Macam mana tu?
Memang serabut otak aku hari ni agaknya. Geram sikit dengan hubby sebenarnya, (merajuklah ni konon), lepas tu melaratlah geram kat anaklah. Tak pasal2 pun aku nak marah, dengan hubby aku dok diamkan diri, tapi aku dok lepaskan kat anak2. Tak patut betul kan. Kesian kat diorang. Ni aku dah ok dah .Bukan sebab diorang pun, buat apa aku nak marah2 kan. Patut muhasabah diri, aku pun sebenarnya tak patut gak, aku tahu hubby pun geram kat aku. Sama2 geramlah ni. Minta maaf yer bang...
-------------------------------------------------
Hari ni tiba2 teringat kat midwife aku. Hari Khamis lepas dia dah discharge aku. Lepas ni dah takde can ler nak jumpa dia. Aku berterima kasih sangat pada dia sebab banyak bantu aku sepanjang aku pregnant dan selepas kelahiran Abid. Nama dia Kath Moody. Masa aku dok serabut dalam pantang dengan anak2 aku ni, dia sanggup telefon aku tiap2 hari tanyakan keadaan aku hari tu. Lepas tu dalam seminggu mesti jumpa aku sekali, dan kalau dia sibuk dia hantar midwife lain untuk jumpa aku. Aku tahu memang itulah kerja dia pun tapi aku suka borak dengan dia, sebab aku berpeluang bercakap dalam bahasa Inggeris. Aku sebenarnya tak berapa pandai berbahasa Inggeris, kalau dengan kawan2 sendiri rasa kekok nak bercakap, dengan dia aku rasa biasa aja. Dia pun banyak bantu aku, tu yang best tu. Midwife aku yang sebelum ni, masa aku ngandungkan Alia takdelah seramah dan sebaik dia. Dengan si Kath ni aku mudah mesra, dan aku boleh cerita kat dia apa masalah aku. Terima kasih yer Kath......(erkk macam ler dia baca blog aku ni )
Inilah dia Kath Oklah, baik aku stop di sini. Kalau tak ntah apa2 yang aku melalut nanti, maklumlah tengah mood merajuk ni..hihi.
p/s: Dalam tak tahu apa nak cerita, panjang juga rupanya aku menaip.....
Tuesday, January 2, 2007
Raya Haji dan Tahun Baru 2007
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007 buat semua.
Raya Haji di UK jatuh pada hari Sabtu 30 Disember 2006. Aku rasa merdeka sangat sebab dapat keluar rumah setelah 40 hari. Patut tunggu 4 hari lagi, tapi oraitlah tu. Kami buat aqiqah 2 ekor kambing untuk di jamu di pagi raya haji tu. Terima kasih pada kawan2 yang tolong masak. Kali ini ada 5 ekor kambing semuanya yang di aqiqahkan termasuk 2 ekor dari kami tu.Kambing tu mereka buat masak kurma dan kari masala sebagai juadah pagi raya di PMC pagi itu. Seperti biasa kami warga melayu Sheffield bertakbir dan solat aidiladha bersama. Selepas tu, beramah mesra sesama kami dan makan2. Seronok rasanya berjumpa kawan2 setelah lama gak terperap di rumah kerana berpantang. Lepas daripada tu sessi beraya ke rumah kawan2 pulak.Rumah aku sendiri tak masak apa pun. Inilah pertama kali rumah aku tak berasap di pagi raya...nasib ada rumah2 kengkawan utk menjamu selera. Aku tak berdaya lagi nak masak-memasak ....erkk..boleh di maafkan ker?..hihi. Rasanya tak mahu cerita panjanglah..boleh tengok pada gambar2 dibawah. Gambar pun boleh menceritakan apa yang berlaku kan...
Menu utama pagi raya di PMC hari tu..kambing masak kari masala, kurma kambing dan acar di makan bersama nasi minyak.
Suasana di PMC..acara makan2
Alia dan kawan2nya
Gambar keluarga. Inilah first time ambil gambar berlima selepas kelahiran Abid
Antara makanan yang ada di rumah kengkawan yg kami pergi
Sempat juga Aqil dan Alia posing depan rumah mat salleh ni. Beriya dia sambut krismas agaknya...
Dan hari ini di hari pertama tahun 2007 aku cuma masak lauk daging goreng ni jer utk menu tgh hari kami..huhu
Hari ni pun ada kawan yg jemput ke rumah makan2.....yea...yea. Bagaimana dengan sambutan adiladha dan tahun baru kawan2 semua?
Selamat Tinggal 2006,
Selamat Datang 2007,
Semoga tahun ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada kita semua...InsyaAllah.
Selamat Tinggal 2006,
Selamat Datang 2007,
Semoga tahun ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada kita semua...InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)