Monday, July 10, 2006

Cleethorpes dan Lain-lain

Salam untuk semua kawan-kawan bloggers. Maaf sebab dah lama juga tak update blog ni. Ada sawang ker?? heheh..... Hari ni baru masuk 5 hari..oklah tu....kan..kan. Sebenarnya a little bit busy dengan benda2 lain. Di samping pening kepala saya yang kejap2 datang di tambah dengan sakit pinggang gak. Tak tahulah kenapa. Saya rasa pregnant ke 3 ni, banyak sikit sakitnya saya ni. Badan pun tak delah secergas dulu. Cepat penat, cepat mengah, baru naik tangga sikit dah tercungap. Walaupun begitu, takdelah duduk relax jer tau.
Semalam sebenarnya ada family day untuk semua warga Melayu di Sheffield ni. Jadi, dari pagi sampai ke petang di sana. Nanti akan saya cerita serba sedikit mengenainya, Bukan sekarang ye. Petang pukul 6 dah start final WC. Jadi di depan tv jer lah walaupun kami terlepas untuk tgk first half. Sebabnya ingat dia start pukul 8 mlm, rupanya pukul 6 petang. Hahah. Saya duk sibuk tgk cerita lain, husband pulak tidur kepenatan. France kalah lah pulak. Zidane kena kuar padang.....aduh. Semua pasukan yg diharapkan menang, kecundang. Jadi, malaslah nak cakap pasal bola.
Saya sebenarnya nak cerita mengenai trip kami ke Cleethorpes beach pada hari Khamis lepas. Rombongan ni di buat oleh nursery tempat Aqil belajar sekarang ni. Jadi, ini kira rombongan dari Greenland Nurserylah. Dah lama, cikgu dia beritahu pasal rombongan ni. Mula ingat tak naklah ikut. Tapi, kalau takde family yang ikut, anak tak leh pegi pulak. Kena bayar, satu kepala £7. Saya ingatkan adalah game apa2 ker bila pergi sana...yelah apa2 aktiviti yang menarik ker untuk bebudak nursery ni kan. Kesianlah pulak kat Aqil, sibuk dia nka pegi beach. Jadi, kami sekeluarga ikut sekali. Mula saya dengan Alia jer yang nak pegi, abang tak nak ikut, tapi bila fikir2 kami jer Melayu rasanya, saya takut mati kutu lak dgn parents lain, saya suruh gak cik abang ikut..hehehe.
Perjalanan sepatutnya bertolak pukul 9 pagi, tapi biasalah kan bas pulak lambat, pukul 9.30pagi baru bertolak. Aqil bukan main seronok lagi, konon nak pegi pantai bersama2 cikgu dan kawan-kawannya. Tapi, takdelah kawan dia sibuk ngan dia, sibuk ngan mak dia jer. Kesian Aqil.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Saya ok jer dalam bas, aqil pun happy jer, alia pulak mula2 seronok dia, lepas tu tidur je sepanjang perjalanan. Tapi, kesian kat husband saya, boring dia, tak ramai bapa2 yang ikut, ramainya emak2. Pulak tu, yang ada tu boleh katakan majoriti semua orang Pakistan, India n Bangladesh kot. Kira dalam bas tu penuh dgn kaum dialah kalau tak termasuk cikgunya dan driver bas. Cikgu pun seorang jer mat salleh. Aduh!! Cik abang saya sibuk sakit kepala. Yelah, diorang dalam bas tu, macam apa jer. Pok pek pok pek 24 jam, cakap bahasa dia. Dia siap cakap dgn saya, kita ni kat mana ni???? England ker? India ker? Pakistan????
Hahahah...memang betul, saya pun naik pening. Kat nursery Aqil ni, memang majoriti student dari kaum2 dia. Maklumlah area Darnall tempat kami duduk ni, kawasan Muslim, mat salleh ramai gak, cuma diorang tak ke sekolah Greenland ni. Semua ke tempat lain kot. Adalah juga yg sekolah di sini, tapi tak ramai. Sekolah ni yang paling dekat dgn rumah kami, jadi gasaklah kan. Dan Muslim Britain ni ramainya orang Pakistan, jadi apa lagi...memang terpaksalah kan. tapi, nasib baik husband saya ikut, kalau tak memang betul saya mati kutu. Dahlah rupanya tak de aktiviti yang di rancang oleh cikgu2 ni. Main redah sendiri jer, ikut suka family masing2. Jadi kami pun buat hal sendirilah. Kalau tahu memang tak nak ikut, tapi Aqil sibuk jer kan. Takpelah..pengalaman ni. Nasib baik pantai dia cantik gak. Dan kawasan sekitar pun boleh tahan lah. Kami pun memang tak pernah pegi sini, layan kan jer lah. Aqil jer konon sibuk naik main dgn kawan2 dia, tapi kawan dia bila dah ada family masing2 semua tak sibuk pun. Macam tak layan jer.....geram pulak tgk kaum ni. Nasib cikgu dia ok. Takdelah rasa tersisih sangat. suami saya lagilah, asyik dok panggil diorang ni...'k......ng'. Saya pulak yang marah, takut diorang dengar kan. Dia cakap, apa barang, bukan diorang faham pun, kalau yg kat Mesia memang lah marah..ini tak fahamlah. Tak kisahlah diorang faham ke tidak, sya tak suka gak.
Jadi, di sana, kami buat hal sendirilah. Waktu tengah hari makan mee goreng yang kami bawa. Berjalan2 di kawasan sekitar. Pukul 2 bas bertolak balik. Tapi, dah di beritahu bas bertolak pukul 2 tu, ada juga yang ntah ke mana-mana, lambat. Pulak tu, bila dah sampai situ, boleh berlenggang-kangkung lagi jalan. Geram betul. Sepatutnya sampai semula Darnall, pukul 3.30 lah kan, tapi ada kemalangan pulak dekat Motorway. Dah tersangkut, pukul 4.30 baru sampai. Lepas tu, masa nak turun tu, cikgu Aqil ni pun beritahulah yang esok takde nursery, tapi kena pegi Hazel park, ada aktiviti lain bersama keluarga gak. Hmm tak kuasa nak pegilah, mesti jumpa kaum dia gak ramai. Dan betul pun, sebab semalam masa family day tu, ada kakak ni cakap..." Memang pun Yus. Tak payahlah pegi. Macam pesta diorang pulak..siap dgn pakaian masing2, berwarna-warni. Nasib baik.
Di bawah ni, slide gambar2 masa kami di sana. Aktiviti keluarga sendiri jer..heheh.




Dan hari ini, barang yang kami kirim dari Malaysia dah sampai. Heheh..seronoknya, stok baru ikan bilis dah sampai. Belum bukak pun lagi, lepas ni bukak lah. Oklah semua. Berhenti di sini dulu.

23 comments:

Sastri said...

Wah wah... selain ikan bilis apa lagi yg dikirim dari malaysia tu?

Kak Lady said...

Yus...hahaha...nak ketawa aje bila hubby tu naik pening bila dgr ckp diorang...memang pun diorang tu kalau dah ramai-ramai berbual...kita jadi pening...

Kalau kat sini mertua selalu cakap bila jumpa diorang...

'Wah...banyaknya buah manggis...'

Heheheh....warna2 baju diorang yang tak tahan tu...

Wilhelm~Achtzehn said...

Yus
Kak Lady ckp buah manggis still ok lagi.. Kalau kat opis kawan2 Ajzie cakap.. "Burung gagak dah datang sampai dah" Sabau aje lah tau.. Mula2 tuh tak faham
gak.

P/s
Amboi bukan main seksi lagi anak dara awak eik. Cubit pipi kang..baru tau..hihi Jgn mare eik..Mama Alia.

Izhal said...

woooo maggi tomyam ada tak dalam kotak tu???

yus said...

sastri,
ikan bilis dgn jamu bersalin jer. Ada lah campur2 minyak telon...mostly brg keperluan bersalin.
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
Buah mangis eh kak. Lain kali panggil mcm tu gak ler. Memang pening, dok berborak tak habis2 dalam bas tu...hihi
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
Ajzie,
Burung gagak lah pulak..hahaah.
p/s: kecik2 ni biorlah dia seksi, jgn dah besar karang cam gitu jugak memang nak kena penampar ngan abah dia....hehe
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
izhal,
tak pernah pun kirim maggi dari malaysia. Sini banyak jual jenama maggi ni. Maggi tomyam pun ada, takdelah mahal noo pun, satu paket yg dlmnya ada 5 bungkus tu regenya 99p.

akimanikki said...

pertama kali jenguk blog ni,
seronok ya, ada anak sepasang camni,
teringin aku nak anak ke dua yg lelaki.

bagus ya, ramai orang muslim di sana, di tempat aku hanya 4 orang termasuk aku dan isteri.

Syikin said...

eh..kat sana pun ada istilah janji melayu gak ya..;), yelah, bertolak jam 9 patutnya, tp 9.3o

kan best kalau ada aktiviti2 yg pihak sekolah sediakan..terutama sukan mini utk anak2 tukan..

ontahsapo said...

makan sambal ikan bilis lah malam ni ek..?

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

huh..pajngnyer entri x larat den nk bacoo...hehehehe..
>kak yus..sakit2 badan ms pegnant tu kan satu pgorbanannn..jd..sabo jo lahhh...nanti akan nmpk hasil nyerr..hehehe..cam pgalaman jo den ckp...huhuhu

yus said...

akimanikki,
apa maksudnya tu ek?? susah pulak nak nyebut. Selamat datang ke blog saya....jemput dtg lg yer.

Ada anak sepasang memang seronok...InsyaAllah lepas ni adalah tu...hehe.

Ramai muslim di kawasan ni bagusnya senang nak cari makanan halal, ke masjid pun senang....tak bagusnya, semua org Pakistan....bukanlah tak suka dgn bangsa diorang ni, tp bila diorang dah berkumpul sesama sendiri tu...aduh.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kak Syikin,
Sama jer kak kat mana2 pun..hehe
Tulah...ingat adalah aktiviti..barulah seronok kan..beramah mesra bebudak ni dgn parents masing2...ini buat hal sendiri jer....hampeh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

OS,
memang dah lama tak buat sbb stok tinggal sikit jer..hehe. InsyaAllah lepas ni buat sambal ikan bilis tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
zz,
apalak panjang nooo...ekau tu yg maleh nak baca...hehe.
iyelah.....cakap mcm ada pengalaman jer ek?? Takpe...nanti dia akan rasa.....tapi, betullah tu, cuma kalau anak sulung, sakit2 leh berehat panjang gak, ini baru nak berehat, anak yg sorang nak itu, pas tu yg lg sorang nak ini....tu yg tambah sakit n ponat.

Mamamanja said...

dapat MM bayangkan kalo MM yang ada kat dlm bas tuh!

Mama Sarah said...

hahaha amat kelakar!

saya pun mesti tawar hati kalau kena camtu. tapi apakan daya, demi anak2 kan yus?

NBK466 said...

Laa....kenapa daku tak dijemput ke FD warga Melayu Sheffiled nie???? Ni yg nak majuk ni.....

yus said...

MM,
hehe...mesti MM pun ikut pening kepala...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MS,
tulah....malas lah nak ikut lagi kalau cam tu, memang terus tawar hati.Tapi, cam MS ckp, demi anak2, ni pun Aqil dok sibuk tanya bila nak pegi beach lagi....haha.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nbk,
nak majuk2 pulak....saper nak pujuk ni?? hihi...lagipun ekau tu dah lama meninggalkan bumi Sheffiled ni, kalau jemput leh dtg tak????

oldtown~Smell the Roses said...

salam kak.lama tak reply blog ni.last week sempat jenguk je.sronok ye anak2 main pantai. last week masa Sofiya kat kg, tokma & tokpa nye bawak main pantai, suka bebenar katanya. Itula 1st time dia main pantai.

Ayu said...

aiyaksss bleh dibayangkan.. ade bau-bauan tak hehehe jahatnya saya :)
kwn sy masa buat master kat India dulu dia kata mmg pening kepala sbb naik bas dgn dorang berhimpit2 hehehe

blackpurple said...

Kualiti lebih penting dari kuantiti Yus...hehehe

Ikan bilis pun nak yang Malaysia punya....Kat sana tak de ke? Belacan tak kirim sekali..?hehehe

Zakiah said...

barang dari msia saya pesan dari sini gak tak sampai sampaiiiiii...waaaaaaaa

hish samelar kiter. Saya terlepas 2nd half. Ingat start 11 pm dubai time rupenyer pukul 10pm. Hubby pun tido gak...

yus said...

Nani,
Welcome back. Memang seronok bawak anak2 main tepi pantai..diorang yg seronoknya pun...hihi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ayu,
Nasib tak de bau-bauan tu. Dan ada juga yg tak faham bahasa diorang, ckp dlm BI...mungkin campur2 Urdu, Hindi..jd yg tak tahu ckp BI lah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BP,
heheh..yelah tu betul. Saya pun skrg ni tgh takde mood sgt nak berblogging sebenarnya.

Ikan bilis sini payah nak carilah...mmg dari mula dtg dulu, ikan bilis Malaysia jer. Ikan bilis sini sepaket yg lebih kurang segenggam jer, besar2 dabak lak tu, mahal gilos.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
zakiah,
diorang pos pakai apa? Yus ni, abg ipar bg msg, dia pos masa kitaorg pegi beach Khamis tu, Senin dah sampai tau. Oklah cepat...tp pakai pos laju.

FaEzHussain said...

Puan Yus,
Wah nampak best jek gi beach tu. Kami maybe ke situ gak kut next saturday 22nd.insyaAllah.
Anyway, nasib baik tak pergi situ, sebab on the same day ada interview dgn USM kat London. So turun ke Londonlah kami.
Also, nasib baik tak pergi ke Fun Day tu...hahah kalu tak pening la Darwish...itu pun sebab ayah dia tak sihat.
Terkilan gak tak gi Family Day hari tu, dah la maybe ini kali terakhir.......*sob*sob*

Lan Rambai said...

apsal pantai tu nampak macam kelam jer.. pasir dia nampak coklat... rasanya tak secantik pantai kat mesia.. betul tak? So.. baliklah Mesia hehehe

yus said...

Kak Faez,
Takdelah best mana pun beach tu. Tapi, masa Family Day tu memang seronoklah..sbb Yus mungkin yg terakhir juga kan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lan rambai,
pantai sini memang tak secantik Mesia punya...di akui 100%. Tapi, jgnlah cakap pasal balik Mesia ni...saya memang rindu sgt nak balik....huhu. Kalau En Lan baca entri saya yg lepas tajuk Rindukah aku?? En. Lan akan faham....sob..sob.

Lan Rambai said...

Yus.. tahu awak rindu kat kami hehehe.. saja usik jer...

er.. kami tu represent Malaysia hehehe