Friday, May 19, 2006

Melayang £300

Pagi ni aku tak berasa sihat. Pening jer kepala. Sebenarnya dari malam tadi kepala dah berpusing. Malam tu abang(husband tersayang) cakap takpelah esok dia gantikan aku punya kerja. Aku kerja part time (cleaner) kat sini. Bolehlah tambah duit elaun hubby aku. Nak kerja full time, siapa pulak nak take care anak2 di rumah. Nasib baik supervisor kat tempat kerja aku tu Melayu juga, jadi dia dah kenal dgn kami sekeluarga, so tak kisah kalau abang gantikan time aku tak sihat.

Nak jadikan cerita, pagi lagi abang dah keluar rumah hari ni. Aku punya time kerja 6am-8.30am, so 5.30 pagi dia dah keluar dengan kereta. Biasa naik bas aje tapi, sebab abang bercadang nak terus cari workshop untuk betulkan kereta tu, lebih baik bawa kereta. Dah hampir 3 minggu kereta tu ada problem dengan gearboxnya. Entahlah aku pun tak faham, tapi yg pasti ada minyak mengalir dari tempat gearbox tu. Takut gearbox rosak, kena betulkan juga. Lagipun kami bercadang nak berjalan jauh sikit awal bulan June ni, kalau tak settle takut pulak nak bawa kereta tu berjalan jauh. Dah dua tiga kali jugalah abang bawa kereta tu ker bengkel, tapi asyik tak jadi betulkan. Pertama kali bawa, masalah parts takde nak ganti, jadi kena order dulu. Nak tunggu order 3 hari baru sampai. Bila dah sampai, rupanya salah order part. Bukan salah abang, tapi salah dealer tulah, kereta kami model lain, dia pergi order untuk model yang lain.

Mula2 tu tak perasan sales person tu salah bagi information, dah dia cakap kita salahlah. Memang polisi dia tak boleh refund kalau dah tersalah beli. Termenunglah kejap sebab dah bayar dalam 100 pound. Banyak tu, boleh makan seminggu. Abang dah pening kepala. Nasib baik ada kawan yang memang expert pasal kereta model ni tolong bantu. Bila dia review balik, dapatleh kesan sales person tu salah print information mengenai model kereta kami. So, dapatlah duit refund dan beli lah part yang betul pulak. Bila dah dapat part, nak pergi betulkan pun satu masalah. Bengkel yang mula2 abang pegi tu asyik tutup aje. Macam tak nak buat pulak.So, hari ni abang nekadkan hati, carilah mana2 bengkel yang sanggup buat.

Dalam pukul 12.30tgh bila aku call abang dia cakap dah kat kedai tu. Oklah boleh settle kata abang. Part yang dia beli tu pun, memang dah betul. Legalah sekejap sebab rasanya takdelah mahal setakat bayar duit upah mechanic tu, sebab part kita dah bawa sendiri. Dalam proses repair tu, kena buka banyak component jugalah rupanya untuk sampai ker part yang perlu di ganti tu. Entah macam mana, susah nak bukak component2 tu.Ada satu bahagian tu screwnya tak boleh di buka, terpaksa di patahkan. Apalah punya mechanic. Jadi, kena ganti satu bahagian yang dah terpatah tu yang nilainya hanpir 500 pound. Terduduk abang di situ, mana nak cekau duit sebanyak itu. Nak cancel tak boleh, kereta dah terbarai, tak boleh jalan. Nak tak nak kena ganti juga. Nasib baik tauke bengkel tu telefon dealer tanya, and then dia cakap part tu tak perlu ganti keseluruhan. Separuh bahagian jer yang perlu diganti. abang telefon aku di rumah, minta pandangan, aku dengar jerlah...hai melayang lagi duit simpanan ni. Tapi ok kan jerlah. Kesian jugak kat abang, kereta tu untuk kegunaan bersama gak. Aku suruh abang confirm betul2 dengan tauke kedai tu, berapa jumlah keseluruhannya. Abang cakap dalam 300 pound. Baru sebentar tadi dapat sms dari abang kata semua dah ok. Jumlah kos repair 298pound. Kira 300 lah tu.

Kalau fikir pasal duit ni, boleh jadi pening. Abang selalu kata, aku ni berkira sangat pasal duit. Mungkin betul, aku kalau tak iya2 memang berkira sikit pasal duit ni. Nak dapatkan susah, nak habiskan seminit pun boleh. Kalau bukan untuk benda2 yang betul2 diperlukan, aku akan berkira2 dulu untuk keluarkannya. Yelah duduk jauh di rantau orang kan. Manalah ada saudara-mara yang nak menolong kalau kita tersesak nanti. Aku rasa ada lebih sikit untuk bulan tu, barulah aku beli barang2 tambahan yang aku inginkan. Itupun dah siap buat kira-kira dulu. Orang kata beringat sebelum terlambat.Bila dah terkena macam ni, kira kami dah overbudget untuk bulan ni. Ada hati nak pegi jalan2 next month tu. Tapi, yg ni dah plan dekat dua bulan. Kalau tak jadi, tak best pulak. Ini pun plan terakhir nak berjalan2 di UK ni sebelum abang semakin sibuk nak habiskan PHD dia.

Duit bukan boleh bawa ke mati ye tak. Adalah tu rezeki kami di mana-mana nanti. Mungkin rezeki anak-anak. Asal keluarga kami tetap bahagia dan gembira itu sudah cukup bagi aku. Abang....tak perlulah susah hati sangat. Keep the good work. Maintain your study. Cepat-cepatlah habiskan kerja tu. Tak sabar nak balik jumpa orang kampung ni.


7 comments:

Wilhelm~Achtzehn said...

Salam ziarah dan kenal dari Ajzie. Betul kata Yus tuh duduk di rantauan org kena pandai berjimat cermat.

P/s Ajzie datang dari blog FaezHussain.

Salam

Syikin said...

assalamualaikum..

akak balas kunjungan ni :)

sama2lah kita berbalas kunjungan ya:). blh akak link awak kt blog akak?

oh ya..betul, duit bukn blh dibawa ke mati. tp mmg kesian ujian yg menimpa suami yus. insyaAllah, berkat sabar, pahala bnyk n rezeki bertambah murah :)

yus said...

Ajzie,
Salam kenal dari saya juga. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya .

Kak Syikin,
Waalaikumsalam...
Terima kasih atas kunjungan balas. Dah selalu melawat blog akak, suka baca coretan akak. Sumber inspirasi saya juga untuk memulakan blog. Saya tak kisah kalau akak nak link ke blog saya, saya pun nak link dengan akak..bolehkan.

Wilhelm~Achtzehn said...

Yus,
Ajzie pun sama mcm Kak Syikin yea..nak minta izin link blog Yus...

Salam

yus said...

Ajzie,

Dah tentu boleh. Yus ni belum minta izin tapi sebenarnya dah link blog ajzie pada blog yus. Tapi, bolehkan.

FaEzHussain said...

Puan Yus

kakfaez tak mintak izin pun, tapi dah linkkan blog yus.takpe kan yus? wahh cepatnya dia pandai hias blog dia heheh.
puan syikin dan puan ajzie, saya dah linkkan blog u all ke blog saya, ampun tak minta kebenaran pun.

Wilhelm~Achtzehn said...

Faez & Yus
Kein Problem kata org German..Sila2 kan lah..

Kein = Tiada


Salam
Ajzie