Hari ni rasa nak cerita pasal anak kedua saya. Bukan tak de cerita mengenai Aqil, tapi Alia ni ada lain sikit. Istimewanya Alia....ialah rambut dia. Saya pun tak pasti dia dapat dari mana rambut tu, abang punya rambut memang tak macam tu. Mungkin dari saya, kalau tengok gambar kecil2 adalah kerinting sikit. Tapi dah besar tak pulak...mungkin dah selalu potong. So, nampak ikal jer.
Mula2 dulu rasa pelik gak dengan omputih kat sini, ada yang tanya " Is it real?" ; " What a lovely curly hair, are they natural". Apa ingat saya ni takde kerja ker kecik2 dah pegi set rambut anak. Diorang macam impressed sangat tengok rambut si Alia ni. Dalam hati, alhamdulillah...itulah besarnya anugerah tuhan.
Saya pun tak pasti bila rambut Alia start kerinting. Kalau masa dia baru lahir dulu rambut dia lurus. Lepas saya cukur rambut dia, bila tumbuh balik terus jadi kerinting. Bila dia baru bangun dari tidur, lagi mengancam tengok rambut dia ni. Saya dan abang pun selalu tergelak. Dia cuma tersengih jer.
Alia baru 2 bulan. Rambut masih lurus.
Sekarang ni bertambah nakal. Banyak belajar dari abang dia Aqil. Saya nampak yang kedua ni lebih panjang akal dari abang dia. Lebih kuat merajuk, lebih kuat dengki dari abang dia. Kalau dulu masa dia kecil, Aqil memang suka dengki dia ni. Aqil seorang anak yg nakal dan lasak. Tak berapa dengar cakap kalau kita cakap pasal adik dia. Memang saya nampak dia jealous sangat dengan Alia. Masa Alia baru berusia sebulan setengah, Aqil pernah tarik dia dari atas katil ke bawah. Lebam lah kaki budak tu di buat dia. Masa tu saya masih dalam pantang lagi tak silap, ke bilik air sekejap, dok pikir Aqil kat bawah tengah menonton tv, saya tak terpikir dia akan naik ke atas kacau adik dia. Abang pulak di universiti. Bayangkan perasaan saya masa tu. Nasib baik tak ada apa yang serius.
Alia lahir di Sheffield. Keluarga saya, atau sebelah suami takde yang datang masa kelahiran dia. Bahkan, sampai sekarang pun kedua2 atuk dan nenek dia tak pernah lagi bersua muka dengan cucu dia yg satu ini. Jadi, masa dari dai baru lahir sampailah sekarang, semua saya buat sendiri. Dalam pantang dulu jangan cakaplah, tak terlayan dengan kerenah si Aqil yang selalu nak kacau adik dia. Alia baru lepas cukur rambut
Mungkin sebab itu saya lihat Alia lebih independent berbanding Aqil, walaupun dari segi nakal dan kuat merajuknya kekadang dia lebih.
Alia terkini
Kini saya lihat kedua-dua anak saya ni semakin serasi bersama. Dah pandai berkawan baik. Alia kalau ada apa-apa, selalu ingat abang dia, tapi Aqil kita cakap baru dia nak share. Apa yang pasti, Aqil dah boleh sesuaikan diri, dan kurang sikit sifat cemburu dia pada Alia. Mungkin sebab dia pun dah ramai kawan. Kawan baik dia di sini Darwish (anak kak faez) dan Amir. Asyik2 sebut nama kawan2 dia kalau time dia boring. Boleh menangis dekat sejam kalau time dia kata nak Darwish...tapi kita busy, buat dunno jer. (Merajuk ler tu). Laa ni dah pandai sebut nama baru " Iman", kawan Pakistan yang sama belajar di Greendland Nursery.
Comel tak Alia pakai tudung
Saya berdoa semoga kedua-duanya akan jadi manusia berguna satu hari nanti. Impian ibu begitu tinggi sayang. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna di zaman yang penuh dengan pancaroba kini. Kekadang rasa takut melihatkan anak2 zaman siber ni yang terlalu pandai, sampai dah tak tahu hormat dengan orang yang lebih tua. Minta di jauhkan perkara2 seperti ini daripada keluarga kami.
Alia baru bangun tidor. (Tengoklah rambut dia)
Aqil dan Alia di pagi raya 2005
10 comments:
budak perempuan yang kerinting semulajadi memang kiut! anak buah ada seorang, umur 5 tahun. petah pula tu! geram!
selamat berblogging!
Comeyyy.. budak kecik rambut keriting..
Aqil dah sekolah lum?
Salam
Ajzie
lahaii cute nya. geram nak gi tengok alia.
ha'a cam darwish n nabilah la, dua2 dah geng. 'she's my best friend' dan mummy dia tambah 'and your worst enemy, kan darwish?'.
bila la nabilah nak geng dgn alia ni? asyik malu2 aje bila jumpa. padahal, darwish suka main dgn alia juga (mummy dia selalu pesan, jgn usik anak dara org lebih2, hantaran tak bayar lagi heheh).
darwish memang sentiasa rindu kat aqil, tapi cam yus gak, kita buat deq jek kekdg tu bila dia mintak nak ke aqil's house.
happy berweekend.
gitartong,
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya.
Si Alia ni pun mulut dia dah mula bising, cuma masih belum faham apa yang dia cakap...banyaknya " atatata...tata" tapi dia dah pandai sebut abah...ibu jadi apu. Hahahaha...dua2 anak saya pandai sebut abah dulu. Masa Aqil dulu dia panggil saya pibu.
Ajzie,
Alia kalau dia senyum lagi comeyyy. Aqil dah masuk nursery sekarang ni, bulan 9 nanti baru dia mula masuk reception class. Dia memang suka pergi sekolah.
Kak Faez,
Busylah ek minggu ni kerja malam. Kalau senang bawalah Darwish dan Nabila datang. Yus nak bawa Aqil ke sana takut bising sebab family akak ada. Hari tu, masa Aqil ke sana pun dia dah melalak tak nak balik, tapi papa kak faez dah hantar dia separuh jalan. Mungkin dia segan dengan Tok Ayah Darwish, so dia diam aje masa papa kak faez hantar tu, tapi dah sampai rumah sibuk nak ke sana semula.
terimakasih atas kunjungan ke blog saya. enjoy yr stay in the UK.
yus...kak lady buat kunjungan balas ni....amboi comelnya anak dara yus tu....kak lady memang suka tengok bebudak perempuan kecik2 yang keriting rambutnya ...cute sgt...
alahai cutenya dia...
siannya kena berdikari berpantang. akak tak taulah camner kalau akak tpt awak.tpkan kalau dah terpaksa tu blh aje kan?
si Alia pulak satu2nya yg berambut perang, tak tau mai import mana :)
Ninuk dan Kak Lady,
TQ atas kunjungan balas. Memang enjoy stay di sini, tapi still rindu pada Malaysia.
Kak Syikin,
Betul tu kak, bila dah terpaksa, semuanya jadi. Saya bertuah juga sebab suami sporting dan banyak membantu di dapur sewaktu dalam pantang. Selain tu, masyarakat Melayu di sini ada buat giliran tolong masak untuk ibu2 yang baru bersalin dalam seminggu dua pertama. Semua tu, turut membantu.
Ya-Allah,macam Izz Farish anak lelaki saya bila alia takde rambut...
izhal,
oooo...ye ker?? Tapi bila dah ada rambut lain kan.
Post a Comment