Friday, May 26, 2006

Sayang....maafkan ibu.

Malam tadi Alia buat perangai. Sampai pukul 11 pun masih tak nak tidur. Beberapa kali cuba tidurkan dia..dia masih seronok nak main. Ketawa terbahak-bahak dok main kereta mainan abang dia. Tengah2 malam buta takut juga jiran2 sebelah bising. Aqil dah lama di buai lena. Abang pulak dah tido kepenatan. Pukul 8 mlm baru sampai rumah, lepas jer makan malam dan sembahyang maghrib, dia dah tak boleh nak bukak mata. Kesian juga kat abang. Biarkan jerlah.

Saya masih melayan kerenah Alia. Mata dah mengantuk. Saya cuba sekali lagi, bagi dia susu botol, akhirnya dia telelap. Sejak 3 minggu dia mula hisap susu botol sepenuhnya ni, dia memang susah sikit nak lelapkan mata. Saya sengaja berhentikan susu badan awal sikit, sebab yelah...dia bakal dapat adik lagi. Takut nanti dah ada adik, masih nak menyusu, susah pulak. Ini pun baru dia nak susu botol sepenuhnya. Susah jugalah nak suruh dia berhenti.

Akhirnya saya pun terlelap sama. Entah kenapa, pukul 1 pagi dia terjaga lagi. Tepuk-tepuk suruh tidur tak nak juga. Abang terjaga dari tidur. Dia tolong buatkan Alia susu lagi. Habis jer susu sebotol, mata dia terus segar bugar. Mula start nak main balik. Terjerit-jerit dia main sebab nak dapatkan perhatian kita. Tunjuk kat saya kereta mainan abg dia sambil menjerit Ata!!! Lepas tu ketawa lagi. Dalam hati dok cakap, apa kena dengan anak aku ni. Tak pernah2 dia buat perangai maam ni. Aku dah mula pening kepala. Tengok jam dah 1.15pagi. Aku masih belum solat isya' . Tadi ingat lps tidurkan dia nak solat, yelah isya' skrg masuk pukul 11.22mlm. Selalu macam tu, nak tunggu masuk waktu, tidurkan anak2 kita tertidur sekali. Biasa abang akan kejutkan bgn solat sbb dia biasa tidur lambat, buat kerja dia. Malam tadi dia pun nampak letih sangat, sama2 tertidur. Subuh pula pukul 2.30. Ada waktu lagi.
Lepas solat, saya tengok Alia semakin cergas. Perut saya pulak terasa lapar. Biasalah saya ni kan, lapar sokmo. Abang pun kata dia lapar. Kami sama2 kedapur, malas pulak nak makan yg berat2. Saya buat roti bakar, makan dua keping. Abang makan mee yg saya buat mlm tadi. Lepas makan tengok tv sekejap. Alia semakin lincah bermain. Yang pelik tu, dia macam excited sangat, terjerit2 nak ambil perhatian kita. Padahal siangnya tu, dia cuma tidur dalam 1/2 jam. Biasa dia tidur dekat 3 jam. Pening kepala saya. Mata saya dah mula berat semula. Dah terlanjur bangun ni, tunggulah sampai subuh. Esok pagi nak kerja. Hai....kepala pulak mula rasa sakit.

Lepas solat subuh, saya layan lagi dia main sampai pukul 3 pagi. Abang pun dah tak ngantuk, sambung buat kerja2 dia semula. Dah tak tahan sangat, saya bawa juga dia ke katil, suruh dia tidur. Akhirnya Alia tidur juga. Lepas tu dah tak sedar apa dah. Tiba2 dengar suara Aqil menangis.

"Ibu nak kencing!!" Saya dengan tiba2 macam naik angin. Saya pun tak tahu kenapa. Tahan lagi perasaan tu, " Ha! pergilah kencing. Aqil kan selalu pandai pergi toilet sendiri".

Memang tiap2 pagi Aqil akan bangun, sibuk nak ke toilet. Dan selalunya bila saya cakap "pergi cepat", sambil tengokkan dia, dia akan pergi sendiri, lepas tu masuk tidur semula. Tapi kali ni dia pun buat perangai. Terus jer merengek, hentak2 kaki dia sambil jerit kat saya, "Aqil nak kencing!!". Saya terus tak dapat tahan perasaan marah, mata dahlah mengantuk, temankan juga dia ke toilet sambil mulut saya bising, "Tak tahu pergi sendiri ker?? Biasakan Aqil pandai". Saya bukakan lampu bilik air tu, entah kenapa dia tak sempat bukak seluar, terkencing kat situ. Lagi ler saya naik hangin. Saya pukul kaki dia sambil marahkan dia. Abang terjaga dari tidur. Saya pun tak sedar bila abang tidur semula.Terus dia cakap,
"Kenapa dengan ibu ni?? Janganlah marah dia." Saya terdiam. Tersedar diri rasa bersalah pukul Aqil. Dia menangis. Lepas saya buka seluar dan bersihkan dia, abang take over, pakaikan seluar lain. Saya terus masuk bilik, tarik duvet, tiba2 air mata terus menitis. Dengan tidak semena-mena air mata saya terus mencurah-curah. Menangis yang tak dapat di tahan-tahan. Saya memang macam ni sekarang. Selalu jer naik angin, lepas tu bila tersedar, baruler rasa bersalah yang amat sangat. Tersentuh hati saya bila abang tegur begitu tadi. Apalah salah si Aqil tu, sampai saya marahkan dia. Ibu apalah saya ni kan. Saya menangis lagi, sampai rasa macam nak muntah. Aqil masuk ke bilik saya.
"Ibu.....what happened ibu??", dia bertanya dengan suaranya yang manja. Dengar jer suara dia cakap macam tu, terus air mata saya mencurah lagi. Dia terus baring sebelah saya...diam memandang ke arah saya..."Ibu!!!" Saya cuma pandang aje wajah dia, tapi masih menangis lagi. Tak boleh nak sebut apa dah. Sayu rasa hati saya. Aqil diam seakan faham situasi saya. Lama2 dia tertidur.
Abang pulak muncul. "Kenapa menangis pulak ni??. Tegur sikit nangis...tulah dia." Saya bertambah sedih. Saya menangis sebab rasa bersalah pada Aqil, tapi abang menambahkan lagi rasa bersalah saya. Saya tak tahu nak cakap apa. Tutup muka..terus juga menangis. "Ibu minta maaf bang", dalam hati berkata...tapi tak terlepas keluar. Abang pun agaknya pening kepala. Yelah saya tahu, dia tension akhir2 ini sebab kerja2 labnya yang masih tak dapat result yang bagus. Saya menambah lagi ketensionan dia. Hua..hua...air mata menitis lagi.
Saya cuba kawal perasaan. Dalam masa yang sama, saya dengar abang ke bilik air mandi.Saya tengok jam di handphone saya, dah pukul 4.45 pagi. Saya biarkan dulu.
Abang keluar dari bilik air, bersiap2 macam nak ke Uni. Saya diam saja, takut nak bercakap dengan dia. Abang mula nak turun anak tangga, saya bersuara, "Bang...nak pergi mana??".
"Nak pergi kerja. Dah bengkak mata tu, tak kan ibu nak kerja, abg ganti ler." Aik??? Baru pukul 5 pagi. Saya diam lagi. Abang terus turun ke dapur. Saya ikut turun. Diam jer tengokkan dia. Dia terus masak air, keluarkan bekas, ambil tepung, bawang..macam nak buat cekodok ikan bilis. Saya biarkan lagi. Nak bercakap rasa takut yang amat sangat. Macam orang yang dah buat salah besar. Bila cekodok tu dah di kuali, terdengar pulak suara Alia menangis. Saya berkejar ke tangga. Tengok2 dia dah ada tercongok kat depan anak tangga tu. belum turun lagi, sambil menangis teresak-esak. Saya bawa dia ke dapur bersama, sambil melihat abang buat cekodok. Dalam hati saya tahu, mesti abang nak bawa bekal dan lepas kerja terus pergi Universiti. Saya semakin sedih. Semalam dia ada cakap hari ni tak nak ker Uni sebab tension kata dia. Nak buat kerja di rumah jer. Apsal nak ke Uni pulak. Mesti sebab saya ni. Sedihnya rasa.
Alia menangis tak berhenti2. Abang ambil Alia dari tangan saya. Bawa dia ke ruang tamu. Saya terus sambung tengok cekodok dalam kuali. Sambil tangan memegang sudip tu, saya beranikan diri bertanya, " Abang nak ke Universiti ker? Semalam kata tak nak pergi."
"Duduk rumah pun semua orang menangis buat apa?". Dengar aje jawapan abang, saya terus menangis lagi sekuat hati. Tak malu apa dah. "Tengok tu, nangis lagi. Tanya kenapa, tak jawab."
Saya terus peluk abang sekuat hati. Teresak-esak menangis sambil berkata..."Bang....ibu minta maaf bang. Ibu bukan sengaja nak marah Aqil. Ibu pun tak tahu kenapa ibu asyik nak naik angin je sekarang ni. Abang tanya, bukan ibu tak nak jawab. Tapi ibu rasa bersalah sangat marah Aqil, abang cakap macam tu, lagi ler tambah rasa bersalah ibu. Ibu nak jawab pun tak boleh. Lepas tu abang nak pergi Uni pulak tinggalkan ibu.Lagilah ibu rasa sedih sangat.Bang...maafkan ibu!!".Saya terus menangis lagi, rasa tak mahu lepaskan abang dari pelukan. Alia abang letakkan di kerusi. Dia tengok saya menangis, dia pun lagi bertambah kuat tangisannya. Macam nak lawan ibu dia pulak.
"Dahlah tu. Abang pun minta maaf jugak. Lain kali janganlah di marah anak tu atas perkara2 macam tadi. Dia budak lagi. Bukan dia tahu pun....ok. Abang pandang tepat ke muka. Saya hanya mengangguk. Ambil Alia, diamkan dia pulak. Selesai masak, jam dah pukul 5.30 pagi. Abang makan cekodok tu, di ambil nya sedikit masuk dalam bekas, untuk bawa bekalan.
"Abang nak pergi Uni jugak ker??" Cuba memujuk. Dia diam saja. Akhirnya dia tak jadi bawa bekal tu. Beg yang dia dah siap2kan pun di tinggal jer kat sofa. Dalam hati berbunga gembira. Sebelum abang pergi kerja tadi, sempat mencium tangan dia minta maaf lagi macam rasa pagi raya pulak. Selalu salam dan cium tangan jer. Takdelah adegan sadis. Rasa sayang sangat dengan abang.
Lepas abang pergi, buatkan Alia susu lagi, tukarkan lampin dia, tidurkan dia semula. Tengok Aqil kejap, saya cium kepala dia. "Sayang.....maafkan ibu". Air mata saya menitis lagi. Sensitif sungguh saya ni, tapi masih nak marah-marah kan. Apalah saya ni. Saya pun tertidur semula. Memang mengantuk pun mata, maklumlah semalaman tidur tak betul. Teringat pada abang....mesti dia pun mengantuk. "Maafkan ibu....bang".
Aqil bangun jer dari tidur, terus tengok saya, "Ibu...are you allright?", sayangnya Aqil pada ibu. Saya cium pipi dia, "Ibu ok sayang." Ibu sorry eh Aqil. Aqil sayang ibu tak??". Dia mengangguk. "Aqil nak ibu!!!" Saya tersenyum sambil memeluk dia erat.
Hmmm..tak sedar pulak saya dah menaip panjang berjela. Tak kisah ler. Saya nak keluarkan apa yang saya rasa. Lega rasanya. Dalam hati berharap, saya tak cepat naik angin lagi. Adakah mungkin pembawakan budak. Entahler. Kalau tak mengandung pun, saya selalu juga naik angin. Cuma, perlu lebih beringat...kan.

14 comments:

Izhal said...

sabar mami yus sabar... heheh... tapi biasalah kat sini punya mami pun kadang2 termarah... ye lah dari pagi sampai ke malam jaga budak2... tu yang weekend kena bawak pi shopping bagi bertenang si ibu ni :)

Ajzie said...

Memang kekadang kita akan rasa lega bila kita luahkan semua. Tak per2 Ajzie sudi membacanya dan mendengarnya. Sama ler Ajzie pun sama..selalu TER naik angin ngan Alya n Haziq. Tp bila tgk muka mereka masa tido rasa sedih ler plak. Selalu ajak berbincang ngan husband apa yg Ajzie rasa. Alhamdulilah semua ok.

Take Care and happy Weekend.

Kaklong Syikin said...

Yus..akak dah lalui apa yg yus lalui, apatah lagi masa time mengandung ni.mmg semua tu bercampur baur, ngan pembawaan mengandung, penat tak cukup tidur..tp mmg lepas marah or terpukul anak, mmg jadi sedih..tp anak takkan benci ibunya..

dan bagus minta maaf drp anak sbb anak akan lebih menghargai kita..

akak pun sampai sekarang tgh belajar to be a better mom.anak2 akak lagi 4 org, lagi banyak kerenah n i'm impatient mom. la ni tgh belajar berlapang dada ngan kerenah anak2..

yus tgh ngandung ni mmg kena banyak tahan, kalau tak tahan, mintak tolong suami ok..

Unknown said...

izhal,ajzie n kak syikin,
Terima kasih atas sokongan semua. Saya memang masih perlu banyak belajar dalam menangani kerenah anak2 ni. Banyakkan bersabar...itu yang perlu saya buat.

Izhal said...

woooo!!! template baru yang lawa!!! :)

NONIE AZIZ said...

Yus,pembawakan ibu mengandunglah tu...jgn ikutkan sangat emosi tu!!nanti baby keluar asik sensitif jer...be happy n always smile..nanti baby dlm perut keluar pun tak de moody2...ok? Take care sis!!

FaEzHussain said...

Yus,

sabar. kakfaez pun cam tu gak kekdg, kesian dorang. rasa bersalah sesgt, and selalu mintak maaf dgn dorang. itu yg kalau kepala dah serabut sgt, nyorok dari dorang, kalu tak pasal2 aje cari gaduh.

wah template baru anggun gitu. mana dapat???

kalau tension2 tu, antar aje aqil ke rumah ni, bley dia main2 dgn darwish.

Unknown said...

izhal,
Terima kasih. Saja nak cuba template baru pulak.

Mamarissyia,
Mungkin betul, tapi saya ni memang cepat juga naik angin. Terima kasih atas nasihat MR tu.

Kak Faez,
Tulah kak, kekadang memang tak sabar dengan diorang ni. Ada jer nak buat kita naik angin kan. Kena belajar berlapang dada macam kata Kak Syikin.

P/s: Template tu dapat dari http://blogspottemplates.blogspot.com/
Tengan boring, saja nak cantikkan blog konon.

oldtown~Smell the Roses said...

Takpe tulis pjg2 pun..Nani baca gak dr mula smpai last...sedey pun ade.tp Nanipun macamtu, kadang2 geram kat Sofiya tak dgr kata.kadang2 terpukul gak,tp lepas tu rase bersalah sgt.nak releasekan rase berslah, bgtau suami td pukul Sofiya sbb bla bla..tgk dia tidur, lgla kesian. Kalau hubby pukul Sofiya mesti Nani tak bg..hmm..tu la...time kite marah tak sedar.
Ape2 pun, moga byk2 bersabar. Baca cerita Yus mcm baca novel plak.Blh tulis novel ni!

p/s:Lawa+cun aa blog Yus skang. Blh ajar dak nak wak mcm mana? Xtau mcm mana nak tukar background Nani yg pink striking tu..huhu...

Unknown said...

Yus pun sama macam Nani. Kalau husband pukul yus tak bagi, tapi yus terpukul...heheheh, biasalah kan. Memang kalau time hangin tu, susah nak sabar, ibu muda macam kita ni.

P/s: Template tu macam yang yus jawab di atas, di http://blogspottemplates.blogspot.com/
Dekat situ dia ada tunjuk cara nak buat.Cubalah.
One more thing, macam novel??? muahahahahha...merepek lah Nani ni. Baru nak belajar tulis, BM pun tonggang terbalik.

NBK466 said...

Well...as a father pun kadang2 bila TERPAKSA marah mahupun tinggikan sore kat anak...mlm bila tgk anak tido...rasa menyesal pun ada gak....Apakan daya....kita hanya manusia..chewah...

Unknown said...

nbk466,
ye, saya setuju, tapi father ni biasanya tak tunjuk sangat ye tak?? Kontrol macho sikit...heheh

Anonymous said...

yus, sedihnya... hmmm boleh tulis novel nih!
memang kalau dapat luahkan segala yg kita rasa akan rasa lega... mana yus dapat kekuatan tu? (chewah!)

Unknown said...

atie,
masa tu tulis jer apa yg terlintas kat otak...lega bila dapat luahkan. Tulis novel??? Sorang lagi merepek ni..hahahahah.